ad ld

Monday, May 17, 2010

BELI GULA KENA BAWA IC N SIJIL NIKAH

Salam. Apa cer hr ni uols? Dh bekfes ke? Makan tu jgn pilih yg ada gula byk2 plak, x baik utk kesihatan ye..hehe.. Ni ada cer bab gula, jom layan..

DUNGUN 16 Mei - Tunjuk kad pengenalan dan surat nikah untuk membeli sekilogram gula!

Bunyinya seperti jenaka. Namun itulah yang perlu dilalui oleh seorang pengguna di daerah ini ekoran krisis gula yang meruncing kebelakangan ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Siti Marsila Sheikh Abdul Rahim, 24, bersama suaminya Mohd. Faizul Hashim, 28, keluar ke bandar Dungun untuk mendapatkan bekalan gula yang semakin sukar diperolehi.

Pada awalnya, Mohd. Faizul ke sebuah kedai runcit di bandar Dungun untuk mendapatkan sekilogram gula namun setelah menunggu hampir sejam, dia terkejut dengan tindakan peniaga kedai runcit itu yang memintanya menunjukkan kad pengenalan.

"Suami saya yang hairan dengan tindakan peniaga berkenaan terus menunjukkan kad pengenalan tetapi terkejut apabila peniaga itu memaklumkan pula dia hanya menjual gula kepada rakyat Terengganu sahaja.

"Memandangkan nombor kelahiran (03) tertulis di kad itu yang menunjukkan dia berasal dari Kelantan, peniaga itu tidak mahu menjual gula kepada suami saya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Siti Marsila, mereka kemudiannya pergi ke kedai lain dan berdepan dengan insiden yang lebih memeranjatkan.

Jelasnya, dia yang terpaksa berbaris panjang di kaunter bayaran terkejut kerana peniaga itu memaklumkan dia tidak boleh membeli gula kerana "masih kanak-kanak".

"Ia mungkin kerana tubuh saya agak kecil dan kelihatan seperti kanak-kanak namun setelah saya memaklumkan bahawa saya telah berkahwin, lain pula yang diminta oleh peniaga itu.

"Dia mahu saya tunjukkan surat nikah untuk membuktikan saya telah berkahwin dan layak membeli sekilogram gula dan bukannya daripada sindiket membeli gula," jelasnya yang amat kecewa dengan kejadian itu.

Tambahnya, bagi mendapatkan sekilogram gula, dia dan suami terus pulang ke rumah untuk mengambil surat nikah walaupun masih bingung mengapa perkara itu mesti berlaku.

Ujar Siti Marsila, setelah membawa surat nikah berkenaan, barulah dia diberikan sekilogram gula - pembelian yang paling sukar dalam hidupnya selama ini.

Sementara itu, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. Hilmi Mohd. Noor berkata, pihaknya memandang serius kes tersebut dan akan melakukan siasatan segera.

"Saya nasihatkan jika pengguna menghadapi masalah yang sama, mereka boleh terus berjumpa dengan anggota penguat kuasa di setiap daerah untuk mendapatkan bekalan gula," katanya. - Petikan Utusan Online 17 Mei 2010.

--> Mcm2 hal kan. Uols agak2 cmne cara family yg bukan asal sana nk bli gula ekk? Lu pikir la sndri..huhuhu..

24 comments:

Unknown said...

biar betui..ish ish kalau kat putrajaya jadi cenggitu maknanya takdapat le ina ngan huby beli gula sebab dua-dua dari utara hehe

mamaarifakeemaisy said...

huissh mcm tak logik je bunyinya..adooi, minum ayaq kosong jelah kalo camtu..huhu..mcm2 hal!

Syida said...

hah?
kalau brown sugar pun nak bawak ic jugak ke?

Mama Hanim said...

Adlina: tau xpe..hehe..
nape la kan bleh jd cmtu.. kesian kt customer kan.. pelik2..

Mama Hanim said...

mamalieyna: tu la, kena minum ayaq tebu je la klu nk rasa manis gak..huhu..

Kniedaz said...

gila sungguh! Tak pernah lagi mengalami benda macam tu..diorang ni pun amik kesempatan sungguh sampai menyusahkan pengguna..yg peliknya benda2 pelik macam ni berlaku di negeri-negeri yg berdekatan ngan thailand je...

Mama Hanim said...

Syida: x tau la 'perintah' tu apply pd semua jenis gula ke tak.. ahaks..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

perh...dasyat punyer berita ni...macam2 hal la sekarang ni....

Mama Hanim said...

Kniedaz: mmg keje gila pn..huhu..

tu la, kedah perlis pn slalu ada masalah gula..pelik btul..

Mama Hanim said...

Anje: pelik tp benar kan.. nk sgt tau apa tindakan pd dia..huhuhu..

Zaidah said...

betul ker macam tu...mcm tak betullah plak..ker tu alasan peniaga tak nak jual gual...or nak sorokkan gula...

azimask said...

eehh bio betik... eehhkk boii betul.... giles la kalau jual pada org ganu je.. bis tuh kalau bukan org ganu tak leh la beli gule..? hikk hikkk

Mama Hanim said...

Zaidah: tu la kan k.zai, mcm2 ragam peniaga skang ni.. apa daaa...

Mama Hanim said...

mimie: tau xpe.. klu mimie gi sana pn xleh bli gula ye..jgn lupa bw stok sndri..huhu..

attyfir said...

macam2 skrg..nak dpt gula pun susah

Ctnurkhijah said...

awat yang susah sangat ni???
sian dia tu..

minum ayaq kosong ja lah...
tak kena kencing manis..

Mama Hanim said...

kty: tu la, mcm2 hal..

Mama Hanim said...

siti: btul tu , ntah pasai apa bleh jd cmtu..

minum ayaq kosong pn bags, baik utk kesihatan..hehe..

Tq sudi dtg sini..

Nieza Ishak said...

sampai camtue skalik ....
aduhhhhhhhhhhhh .....

Ena said...

hah?
tak rase melampau ke erk? takkan la sampai nak mintak ic bagai kan!.. naya la cmtu kalo gituw.. haishhhhhh

GREENJADE said...

gilo melampau punye tokei kedai..!

itu ler padah nye bile gule byk diseludup ke seberang sempadan wpon pemantauan agak ketat tetap bolos jugeks keluar sempadan..iskhh iskhh

Mama Hanim said...

Nieza: dunia dunia.. huhu..

Mama Hanim said...

Ena: dia rasa ok je bt cmtu, pasni glamer la kot..

Mama Hanim said...

Tinie: tau xpe.. huhu..

ntah la nape smp jd tahap cmtu.. agak2 la kan..