ad ld

Thursday, January 29, 2015

Lisa Surihani Disahkan Mengandung Anak Pertama (Gambar)

Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya Lisa Surihani kini hamil. Bagaimanapun ujar pengarah Cicakman 3 ini, mereka enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.


"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohom maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut. "Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

Budak 5 Tahun Mati Jatuh Dari Tingkat 6 Flat PPR Kota Damansara (Gambar)

Seorang budak lelaki berusia lima tahun mati selepas terjatuh dari tingkat enam Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Seksyen 8, Kota Damansara  ketika sedang bermain 'kejar-kejar' dengan abangnya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata kanak-kanak itu sedang bermain di koridor luar flat kediamannya apabila dia terjatuh melalui jurang di antara pagar besi sekitar pukul 3.18 petang Rabu.

Nursuhaila Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 7 Hari

Bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana dengan sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak pasangan itu.


Hakim Syarie, Mawardi Che Man mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, bermula hari ini selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan Nurshuhaila. Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4.00 petang hari ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya. mediahiburan

--  Hari Pertama Sekolah Kakak Hanim Darjah 3
--  Jenazah Raja Abdullah Arab Saudi Selamat Dikebumikan (Gambar)
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Monday, January 26, 2015

Hari Pertama Sekolah Kakak Hanim Darjah 3

Kakak Hanim darjah 3 tahun ni, cepat betul masa berlalu. Dah makin besar gegirl mama ni. Tahun ni kakak Hanim dilantik jadi pengawas, so pakaian tahun lepas dah x pakai totally semua baru dia tahun ni. Jenuh gak la nk cari pakaian pengawas kat sp nih, kena menapak 4-5 kedai cari beb. Nak matching size lg, last2 beli tudung, baju n kain semuanya kedai lain2 huhu.



Hari pertama sekolah kakak mama papa hantar la kan. Bagi sokongan moral katakan hehe. Nampak happy je dia smp skolah, lama x jmp kwn2 tu. Belajar elok2 ye kakak hanim. Mama papa doakan segalanya dipermudahkan utk kakak. Errr ada request nti balik school. Kfc la sambil ditemani adik kembar Husna n Hanis kan.


--  Amanjaya Mall Cmart Lawatan Mingguan Si Kembar
--  Lahirnya Kembar Husna Dan Hanis
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  PU Azman Juara Pencetus Ummah 2 Raih RM100 Ribu (Gambar)

Mohammad Azlan Pemenang Tiga Pingat Emas Paralimpik Incheon Maut Kemalangan Di Serdang Raya

Pemergian bintang paralimpik negara Mohammad Azlan Mat Lazim yang maut akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu, begitu terkesan bagi kedua ibu bapa Allahyarham.


Sejak bergelar atlet paralimpik olahraga negara, kedua-dua mereka sentiasa  memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar arwah beroleh kejayaan dalam sebarang temasya yang disertainya.

Jenazah Tengku Intan Zaharah Bekas Raja Permaisuri Agong Selamat Dikebumikan (Gambar)

Jenazah Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin selepas solat zuhur pada Ahad.


Istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu Dr Zulkifly Muda. Turut hadir kerabat diraja Terengganu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda serta anggota Majlis Mesyuarat Negeri.

Nurul Dan Anak Ketiga Bernama Raphael Depp (Gambar)

Mengambil keberkatan hari Jumaat, penyanyi Nurul Depp telah mendedahkan wajah dan nama anak ketiganya yang dinamakan Raphael Depp atau singkatannya Raffa.


Menyedari pemilihan nama anaknya bakal menjadi perbualan ramai netizen di negara ini, Nurul turut menjelaskan maksud disebalik nama yang dipilih menerusi 'entry' sama yang dimuatkan di dalam blognya.

Saturday, January 24, 2015

Jenazah Raja Abdullah Arab Saudi Selamat Dikebumikan (Gambar)

Jenazah Raja Abdullah Abdulaziz selamat disemadikan di sebuah kubur tidak bertanda di tanah perkuburan awam di Al-Aoud selepas solat Jumaat.


Jenazah baginda disemadikan tanpa keranda mengikut istiadat Islam yang tidak membezakan antara raja yang memerintah dan rakyat jelata apabila seseorang itu meninggal dunia.

Friday, January 23, 2015

Video Zamani Slam Dipaksa Menyanyi Dengan Tangan Bergari Jadi Viral

Pengurus kepada Zamani (Slam) Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungajwab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.


Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.

Thursday, January 22, 2015

Caliph Buskers Romancinta AJL 29 Terus Jadi Sebutan (Gambar)

Sudah tiga hari Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) berlalu, namun nyanyian lunak pemuzik jalanan, Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta masih menjadi sebutan.


Twitter memperlihatkan ramai yang masih berkongsi rasa kagum terhadap kekuatan vokal vokalis kumpulan orang kurang upaya (OKU) itu.

Datuk Nik Aziz Hidap Kanser Prostat (Gambar)

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan menghidap penyakit kanser prostat dan memerlukan rawatan berterusan daripada doktor.


Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ayahnya menghidap penyakit tersebut sejak sekian lama.

Kes Bunuh Altantuya Sirul Ditahan Di Australia (Gambar)

Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah atas sabitan kes bunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia, lapor  ABC News pada Rabu.


Menurut agensi berita itu, Sirul, 43, diletakkan dibawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Datuk Nik Aziz Solat Subuh Dan Senyum Ketika Terjaga Di ICU HUSM

Selepas hampir 24 jam dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tindak balas positif terhadap rawatan yang diberikan.


Menurut anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, ayahnya juga sempat menunaikan solat subuh ketika terjaga pada awal pagi Rabu.

Saturday, January 17, 2015

Alyah Langgar Kereta Ramli MS Kerana Terlalu Marah (Gambar)

Kerana terlalu marah dan kesal dengan tindakan suaminya, Datuk Ramli MS, Alyah yang ketika itu hilang pertimbangan diri telah melanggar kereta mewah milik suaminya itu. Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh pelantun lagu, 'Sesal Separuh Nyawa' menerusi laporan sebuah akhbar tempatan.


"Memang saya buat masa itu sebab saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar kejadian biarlah kami berdua saja yang tahu.

Anak Artis Di Hari Pertama Persekolahan (Gambar)

Seronok lihat pelbagai gelagat anak-anak rakan ke sekolah. Ada yang menangis dan ada juga yang teruja habis nak ke sekolah dengan beg baru. Seperti biasa, bagi anak –anak yang pertama ke sekolah rendah atau pra sekolah, ibu bapa pasti akan menghantar dan menemani untuk mereka membiasakan diri.


Selebriti pun tidak ketinggalan mengambil kesempatan menghantar anak mereka ke sekolah pada hari pertama sekolah. Antaranya di laman sosial Instagram adalah Eizlan Yusof yang menghantar anak sulungnya Zaara. Wah baguslah walaupun dia dan isteri sudah bercerai, tanggungjawabnya terhadap anak-anak tetap tidak dilepaskan.

Friday, January 16, 2015

Gary Steven Robbat Digantung 3 Bulan Denda RM50 Ribu (Gambar)

Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat berputih mata untuk menyertai mana-mana pasukan selepas digantung tiga bulan daripada beraksi dalam sebarang kejohanan dan didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat.


Gary dijatuhkan hukuman berdasarkan Artikel 17, Status dan Pemindahan serta merta  selepas menimbulkan isu kontrak bersama dua pasukan iaitu Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Kemalangan Bas Terbakar Di Tapah 8 Rentung 21 Cedera (Gambar)

Lapan penumpang rentung, manakala 21 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi Khamis.


Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 21 penumpang lain cedera termasuk lebih 10 cedera parah.

Wednesday, January 14, 2015

Denggi Diubati Jus Betik Dan Sup Ketam? Jom Baca Ni

Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan peningkatan kes demam denggi sehingga mendorong masyarakat mencuba pelbagai cara dan petua untuk merawat penyakit itu termasuk kaedah tradisional.


Tidak dinafikan, setiap kali ada yang menghidap demam denggi, pasti akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platlet dalam darah.

Tuesday, January 13, 2015

Alyah Dedah Gambar Ramli MS Dan Wanita Lain Dengan Kapsyen Teraniaya (Gambar)

Isu rumah tangga penyanyi Alyah memasuki fasa baharu selepas wanita itu memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dinyatakan identitinya.


Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, di Instagram miliknya itu mencetuskan tanda tanya apabila dia menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya. "Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulisnya.

Gadis Bertudung Peluk Artis Kpop Lebih Teruk Drp Peluk Anjing (Gambar)

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia, Dr Zaharuddin Abdul Rahman melahirkan rasa terkejut adegan kumpulan K-Pop B1A4 yang terdiri daripada anggota lelaki memeluk dan mencium gadis bertudung dalam satu persembahan di Kuala Lumpur, kelmarin.


Menurutnya, adegan seperti itu 'benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal' dan 'jauh lebih teruk daripada memeluk anjing', merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.

Mejar Zaidi Ahmad Dipecat Kerana Komen Dakwat Kekal (Gambar)

Mahkamah tentera memutuskan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipecat daripada perkhidmatannya, kerana membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 2013 tidak berkesan dan mendedahkan maklumat mengenai surat pemindahannya.


Kolonel Saadon Hasnan, yang mempengerusikan perbicaraan yang terdiri lima anggota panel, mengumumkan keputusan itu selepas mendapati Mejar Zaidi Ahmad bersalah atas tuduhan tersebut.

Monday, January 12, 2015

Majlis Akikah Anak Che Ta Dan Zain Di Hotel Royale Bintang (Gambar)

Majlis akikah dan kesyukuran cahaya mata pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah berlangsung dengan meriahnya di Hotel Royale Bintang pada 7 Januari lepas.


Aaisyah Dhia Rana, 2 bulan telah diraikan atas pentas yang dihias indah dengan rona merah jambu dan emas. Zain melahirkan keterujaannya bergelar bapa dan bersyukur di atas kurniaan-NYa itu.

Sunday, January 11, 2015

Sharifah Aleya Bersalin Anak Lelaki 2.5kg (Gambar)

Pelakon dan bekas penyampai Hot FM, Sharifah Aleya yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga.


Leya telah berkongsi berita gembira ini bersama pengikutnya di Instagram dengan disertakan bersama status; "Alhamdulillah, pada jam 5.55pg td (9.1.15), saya telah pun selamat melahirkan anak lelaki (2.5kgs) secara normal. Namanya InsyaAllah akan ditetapkan dan dikongsikan kelak. Terima kasih atas segala doa2 dan kata2 semangat anda semua. Alhamdulillah," tulisnya.

Saturday, January 10, 2015

Emma Maembong Berendam Air Mata Makan Hati Dengan Zizan Razak

Industri seni tanah air dikejutkan apabila cinta antara pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dengan pelakon Emma Maembong disahkan telah menemui titik noktah.


Emma yang membuka mulut kepada media mengakui membuat keputusan untuk meninggalkan Zizan gara-gara tidak tahan dengan sikap pelawak itu.

Tun Abdul Rahman Yakub Meninggal Dunia Bekas Yang di Pertua Negeri (Gambar)

Bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'kub meninggal dunia pada usia 87 tahun.


Menantu lelakinya, Datuk Justine Jinggut, berkata ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucu-cucu berada di samping beliau sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Pakar Perubatan Normah kira-kira pukul 9.35 malam.

Thursday, January 8, 2015

Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak (Gambar)

Selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, bapa aktres itu, Ismail Embong pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan pelawak tersebut di sebuah akhbar.


Ismail berkata, dia tidak senang apabila Zizan memberi pendapat sekiranya dia menjadi menantu pelukis terkenal tersebut.

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Konsert Akhir Gegar Vaganza (Gambar)

Hairul Azreen  membuat kejutan pada program Gegar Vaganza, malam Ahad apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha, 25, untuk dijadikan sebagai isteri. Program itu diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.


Hairul, 27, muncul di pentas Gegar Vaganza menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.

Wednesday, January 7, 2015

Amanjaya Mall Cmart Lawatan Mingguan Si Kembar

Amanjaya Mall Cmart Sg Petani tempat 'berfoya foya' yang latest kat SP ni. Lokasi pun mudah cari dekat exit tol sg petani utara. Lepas bayar tol tu dri highway tgk kiri dah nampak dah.


Skang ni cmart tu antara venue tetap weekend la kunjungan si kembar Husna Hanis dan kakak Hanim. Seronok la dorang jalan sana sini sebab tempat tu luas skit compare dgn mall lain kt sp nih.

Thursday, January 1, 2015

Tan Sri Abdul Hamid Meninggal Dunia Bekas Menteri Di JPM (Gambar)

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi pada usia 70 tahun akibat komplikasi jantung.


Menerusi mesej daripada anak Allahyarham, Junaidi, 26, yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia daripada mengerjakan umrah, bapanya meninggal dunia pada jam 9.52 malam selepas dimasukkan ke IJN kira-kira jam 5 petang.

Helikopter Polis Mendarat Cemas Di Tanah Merah Kelantan (Gambar)

Sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan itu.


Helikopter itu melakukan pendaratan cemas di kawasan terbabit. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.