ad ld

Friday, December 28, 2012

Perkahwinan Khairul Fahmi dan Leuniey Di Pasir Pekan (Gambar)

Tahniah utk Apek dan Leuniey yg telah selamat dinikahkan pada 10 pagi Jumaat 28.12.12. Penjaga gol No 1 Kelantan ni menamatkan zaman bujang dgn gadis pilihannya Leuniey juga asal dari Kelantan yang turut bersama membintangi iklan perfume SimplySiti itu. Tahniah utk mereka, Selamat Pengantin Baru.

- Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.


Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.

Tuesday, December 25, 2012

Banjir Kuantan Terburuk (Gambar)

Sejak semalam Pahang, Kelantan dan Terengganu mula dilanda banjir. Keadaan agak teruk di Kuantan yg dilaporkan antara terburuk terjadi dlm tempoh beberapa dekad lalu. Tengok berita tv n online pun byk info pasal banjir kilat Kuantan ni.


Banyak kereta tenggelam x sempat diselamatkan kerana air naik dengan cepat. Gambar kanan tu kawasan Megamall Kuantan. - sumber FB.

-- Pernikahan Anne Ngasri Dan Mohd Sumali Reduan Di Homestay Citra
-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)

Friday, December 21, 2012

Spaghetti Prego Menu Best Di Hari Cuti

Spaghetti Prego in the house. Aura memasak muncul hari ni lps plan nk kuar breakfast down coz hujan. Mmg dh ready nk kuar tup2 hujan so postpone la kuar petang plak. Pastu baru masuk dapur tengok stok apa yg ada.


Masa plan nk kuar td rasa nk makan ayam goreng, bila hujan cmni tukar menu nak spaghetti plak. Lagi pun bukan susah nk buat ni, siap pun cepat. Biasalah tepati slogan masakan, Mudah, Cepat dan Sedap kan..hehe. Ok uolss, jom makan.

Thursday, December 20, 2012

Kes India Tetak Melayu Di Sg Petani Terkini

Kes gaduh India tetak Melayu di Sg Petani mmg hot skang ni. Macam macam versi keluar lbh2 lagi dlm facebook n media sosial lain. Siap citer ada rusuhan la kat SP, pergaduhan kaum la, gangster la..perhh. Ok ni nak habaq mai, mmg kes tetak tu ada, berlaku 16hb area Paya Nahu. Dah ada tangkapan polis, yang cedera plak masuk hospital.

Polis, MPV dan FRU pun mmg ada tapi xtvt harian tetap berjalan seperti biasa. Cuma ada banyak roadblock di sesetengah kawasan. Pepun, semoga segalanya ok dan normal as usual.

Sunday, December 2, 2012

Izyan Hani Juara Masterchef Malaysia Musim Kedua

Pegawai Geologi, Izyan Hani dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia musim kedua pada pertandingan akhir program itu yang berlangsung pada malam Sabtu. Kemenangan Izyan melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah peralatan memasak tajaan Panasonic.


Mengulas kemenangannya, Izyan berkata, tunjuk ajar daripada chef dan ilmu yang dkutip sepanjang berada dalam program tersebut telah digunakan sebaiknya dalam pertandingan akhir itu dan bersyukur semua usaha kerasnya telah membawa hasil.

Izyan Juara Masterchef Malaysia 2 Raih RM100 Ribu

Izyan Juara Masterchef Malaysia 2 mengatasi Ah Hong dan Along dalam episod akhir penentuan Juara Masterchef 2 pada 1.12.12. Peserta perlu siapkan masakan untuk para chef juri dalam masa 3 jam. Sebelum itu, Etiqa tersingkir dan tidak dapat turut serta dalam cabaran akhir ini.

Izyan sememangnya antara peserta pilihan kerana sentiasa komited dan mendapat pujian para chef juri dlm kebanyakan episod Masterchef 2 ni. Kemenangan ini membolehkan Izyan meraih hadiah wang tunai RM100 ribu di samping hadiah lain.

Episod akhir ini turut dimeriahkan dgn kehadiran Dr Ezani Juara Masterchef Malaysia 1 dan Datuk Fazdley Juara Masterchef Selebriti.

Izyan juga turut cemerlang dalam bidang akademik kerana menuntut di universiti di Kanada dlm jurusan sains dan bekerja sebagai Geologist. Tahniah untuk Izyan semoga terus maju dan berjaya capai impiannya.

-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)
-- Dean Homestay Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Di Cameron Highlands

Saturday, December 1, 2012

Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)

Anak sulung Datuk K Muhd Anas Zawawi berkahwin dgn Nasha Allysa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Naib Presiden Umno.


Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak Ampang Jaya pada 24 November lalu.


Muhd Anas Zawawi adalah anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama bekas isterinya Tengku Datin Zawyah Tengku Izham.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza iaitu ibu tiri pengantin lelaki.

-- Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya
-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)

Majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi berlangsung dalam suasana meriah dengan dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.
Pada majlis itu, kedua-dua mempelai, Nasha Alyssa, 23, dan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 25, mengenakan pakaian pengantin berwarna coklat keemasan dan kelihatan ceria melayan tetamu termasuk perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung.
Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu.
Muhd. Anas Zawawi merupakan anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K bersama bekas isterinya, Tengku Datin Zawyah Tengku Izham.
Majlis itu turut diserikan lagi dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang merupakan ibu tiri pengantin lelaki. Siti Nurhaliza menyanyikan dua buah lagu iaitu Mencintaimu dan Zapin Budi.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm#ixzz2D
Majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi berlangsung dalam suasana meriah dengan dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.
Pada majlis itu, kedua-dua mempelai, Nasha Alyssa, 23, dan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 25, mengenakan pakaian pengantin berwarna coklat keemasan dan kelihatan ceria melayan tetamu termasuk perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung.
Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu.
Muhd. Anas Zawawi merupakan anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K bersama bekas isterinya, Tengku Datin Zawyah Tengku Izham.
Majlis itu turut diserikan lagi dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang merupakan ibu tiri pengantin lelaki. Siti Nurhaliza menyanyikan dua buah lagu iaitu Mencintaimu dan Zapin Budi.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm#ixzz2Dl9PeJlg
Hakcipta terpelihara
AnasMajlis kenduri perkahwinan anak perempuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi berlangsung dalam suasana meriah dengan dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.
Pada majlis itu, kedua-dua mempelai, Nasha Alyssa, 23, dan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 25, mengenakan pakaian pengantin berwarna coklat keemasan dan kelihatan ceria melayan tetamu termasuk perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung.
Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu.
Muhd. Anas Zawawi merupakan anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K bersama bekas isterinya, Tengku Datin Zawyah Tengku Izham.
Majlis itu turut diserikan lagi dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang merupakan ibu tiri pengantin lelaki. Siti Nurhaliza menyanyikan dua buah lagu iaitu Mencintaimu dan Zapin Budi.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm#ixzz2DkySBKtR
Hakcipta terpelihara
Majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi berlangsung dalam suasana meriah dengan dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.
Pada majlis itu, kedua-dua mempelai, Nasha Alyssa, 23, dan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 25, mengenakan pakaian pengantin berwarna coklat keemasan dan kelihatan ceria melayan tetamu termasuk perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung.
Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu.
Muhd. Anas Zawawi merupakan anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K bersama bekas isterinya, Tengku Datin Zawyah Tengku Izham.
Majlis itu turut diserikan lagi dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang merupakan ibu tiri pengantin lelaki. Siti Nurhaliza menyanyikan dua buah lagu iaitu Mencintaimu dan Zapin Budi.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm#ixzz2DkySBKtR
Hakcipta terpelihara

Thursday, November 29, 2012

Kepala Koyak Kena 30 Jahitan Main Gelongsor Air Di Taman Tema Air Di Ayer Keroh Melaka

Ngeri tengok gambar ni, 30 jahitan di kepala dan pendarahan otak selain retak tempurung kepala kesan jatuh dari gelongsor air boomerang pada ketinggian 4 meter.

Pergi main nak seronok2 tapi jadi cmtu plak. Pepun semoga dia cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa.

- Keseronokan seorang pelajar mandi-manda di sebuah taman tema air di Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi igauan buruk ketika bermain salah satu gelongsor air di situ.

Wednesday, November 28, 2012

Nina Tersingkir Masterchef Malaysia 2 27.11.12

Hari ketiga minggu terakhir Masterchef Malaysia 2 menyaksikan Nina tersingkir. Tugasan kali ni menyediakan masakan bebas tapi bermotifkan taste style or citarasa 3 chef juri iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.

Lima peserta terbaik iaitu Nina, Izyan, Etiqa, Along dan Ah Hong perlu memasak sehabis baik utk menepati selera para chef juri berdasarkan pengalaman mereka sepanjang berada dlm Masterchef Malaysia 2 ni.

Izyan mendapat markah tertinggi dlm cabaran ini, Along dan Nina pula hanya beza satu markah iaitu 19.5 dan 18.5. Nina tersingkir dari persaingan dan masih tinggal 4 peserta meneruskan cabaran.

Nurul Shazlina atau juga dikenali Nina, berusia 31 tahun dan berasal dari Jitra, Kedah. Beliau kini bekerja sendiri dan bercita-cita untuk menjadi seorang pakar motivasi dan chef terkenal satu hari nanti.

Nina meminati bidang kulinari sejak kecil, malah mula membuat dan menjual biskut raya ketika beliau di bangku sekolah lagi.

Orangnya nampak pendiam, pemalu dan amat mudah menitiskan air mata terutamanya apabila bercerita tentang anaknya yang berusia 11 bulan.

-- Kenduri Lauk Basi Busuk Dan Nasi Mentah Di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
-- Dean Homestay Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Di Cameron Highlands

Tuesday, November 27, 2012

Lodeh Mak Lodeh Jom Menari Bersama Hanim @ Tadika Najiha 2012

Mulanya mmg x sangka Hanim akan terlibat dlm persembahan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Najiha 2012 ni. Tahun lps 2011 Hanim terpilih utk persembahan Nasyid, tahun ni utk tarian Lodeh Mak Lodeh plak. Byk improvement yg dicapai Hanim hasil 2tahun tadika kt situ. Selain dpt kuasai asas membaca menulis rumi dan jawi, teknik komunikasi dan pergaulan juga semakin baik. Alhamdulillah. 


Sebaik abis final exam, cikgu buat pemilihan murid utk persembahan di majlis akhir tahun ni. Lebih krg 3 minggu gak Hanim training. Blk umah ptg tiap hari mitak nk tgk youtube dlm tab coz cikgu dia ajar step by step dgn youtube kt sekolah. Practice make perfect katakan..hehe.


Tiba hari besar tu, agak berdebar gak la Mama Papa tnggu gegirl ni performed. Lepas acara penyampaian sijil dan hadiah utk murid cemerlang, persembahan dimulakan. En Ery kata dia akan buat video, Mama plak snap gambar ye.


Happy sgt tgk Hanim dpt performed dgn baik, mmg parents pun suka n kagum dgn teknik para cikgu dpt latih murid buat cmtu. Tahniah untuk semua yang terlibat kan.

-- Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Ini Lbh Baik Drp Tahun Lepas, Well Done Hanim

Che Lah Cantik Tersingkir Masterchef Malaysia 2 6 Terbaik 26.11.12

Che Lah dikenali dengan taglinenya,' Orang Cantik Pun Pandai Masak Tau' telah tersingkir dari persaingan Masterchef Malaysia 2 di hari ketiga minggu akhir program ini.

Che Lah dikatakan 'Penyeri' yang turut membantu menghidupkan lagi Masterchef dgn celoteh dan gelagatnya walaupun masih ada peserta yg lbh muda dan cantik seperti Etiqa, Izyan dan Nina.

Dua cabaran dilalui peserta dlm sessi ini dgn menyediakan satu masakan bebas dlm masa 30minit. Etiqa, Nina dan Izyan terselamat dlm cabaran pertama tapi Ah Hong, Che Lah dan Along terpaksa jalani cabaran penyingkiran dikehendaki sediakan satu sajian pantas dlm masa 15 minit.

Che Lah gagal dlm ujian ini dan tersingkir dgn meninggalkan 5 lagi peserta terbaik utk meneruskan persaingan merebut gelaran Juara Masterchef Malaysia 2.

Monday, November 26, 2012

Nabil Ahmad Terkejut Isteri Bersalin Awal Tiga Minggu (Gambar)

Tahniah untuk Nabil Ahmad dan isterinya Nazirah Ayub telah menyambut kelahiran anak perempuan mereka. Bayi perempuan tu lahir awal 3 minggu melalui pembedahan Caesarean di Shah Alam. Semoga kehidupan mereka semakin ceria dengan kehadiran ahli keluarga terbaru tu. Tahniah sekali lagi.


- Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad mengakui terkejut menyambut kelahiran anak perempuannya pada pagi Ahad yang dilahirkan lebih awal daripada jangkaan. Nabil, 29, berkata, perasaan itu wujud kerana anak yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan isterinya Nazirah Ayub, 24, bersalin iaitu pada pertengahan Disember depan.

Sunday, November 25, 2012

Nora Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Kerana Paflova

Nora tersingkir dari persaingan Masterchef Malaysia 2 kerana paflova masakannya tidak memenuhi kriteria para chef juri. 7 peserta dikehendaki menyediakan paflova dlm masa 75 minit. Ah Hong menang cabaran ni dgn mendapat komen terbaik. Penyingkiran Nora di hari kedua minggu terakhir ni menyaksikan 6 lagi peserta berpeluang teruskan persaingan hingga saat akhir.


- Nora atau nama penuhnya Nora Ahikin binti Abd Basir berusia 26 tahun dan berasal dari Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan salah seorang pemain Kesatuan Rugby Malaysia dan juga pernah bertugas sebagai seorang pegawai sukan di sebuah kolej swasta. Nora hanya mula belajar memasak secara serius dua tahun lalu iaitu melalui televisyen dan juga internet.

-- D King Mee Udang Banjir Sg Petani
-- Fizuan Tersingkir Masterchef Malaysia 2 8 Terbaik 

Fizuan Tersingkir Masterchef Malaysia 2 8 Terbaik

Masterchef Malaysia 2 kian hampiri kemuncaknya. Fizuan tersingkir meninggalkan 7 lagi peserta untuk meneruskan cabaran bergelar Juara Masterchef Malaysia 2 dan merebut hadiah RM100 ribu. Peluang masih terbuka untuk Etiqa, Izyan, Ah Hong, Along, Nina, Che Lah dan Nora menunjukkan bakat dlm sessi cabaran seterusnya.

Dlm cabaran 24.11.12, peserta dikehendaki memilih satu bahan setiap seorang seterusnya menyediakan masakan Cipta Rasa dgn 6 bahan yg dipilih. Peserta kemudiannya perlu memasak dgn tema Sejuk Beku dan turut diadili oleh juri jemputan dari pihak MyChef. Fizuan kurang bernasib baik apabila tersingkir kali ni. Sedikit mengenai Fizuan:-

Friday, November 23, 2012

D King Mee Udang Banjir Sg Petani

D'King Mee Udang mmg femes di Sungai Petani. Makanan sedap dan murah plak tu. Tempat pun agak selesa. Selain mee udang, masakan panas lain pun ada macam tomyam, nasi goreng, makanan laut bakar. Service agak cepat tapi depend jugak pergi waktu mana. Petang till senja biasa je tapi bila lps kul 8mlm mmg full. Parking pun senang siap ada org jaga trafik.


Cik Hanim punya fevret ni mee udang dan jus epal..yummy..


Harga semangkuk besar mee udang ni RM16.20 untuk dua orang makan. Murah x uolss? Kata je utk dua orang tapi kuantiti byk utk 4 org pun boleh.


Tunggu apa lagi, jom makan uolss..hehe.

-- Jom Naik Bot Di Tasik Shah Alam, Nice View
-- Gamat Langkawi Di Nusantara Maju

Thursday, November 22, 2012

Buah Di Kebun Dah Masak, Baliklah Kg Duhai Anak Di Perantauan

Last week balik kg lagi, mula x plan pun coz baru je blk raya haji lepas. Baru dua minggu lgpun ada check up pagi rabu 14hb tu. Mlm sblm tu siap call family kat kampung bgtau kami x balik coz 13hb ada kenduri jiran depan umah n 14hb plak ada check up plak.


Tokma n Tokbah kata xpe la, rehat je umah lgpun baru dua mggu lps balik kan. Next month nk K.L plak. Penat gak badan byk travel masa mengandung ni.

Nak jadi cerita, masa check up tu punya lah lama coz ramai nurse cuti, gi kul 8pg kul 11 baru siap. Biasa sejam je dh siap. Pastu tanya En.Ery, kalau kita blk kg sekarang agak2 smp kul brp ye? Jwbnya around kul 5. Hai nk blk kg plak ke? Sambil angkat2 kening..huhu.

Rasa nak makan kuah laksa Ma masak la Be, kata ku. Papa jwb ok je jom2. Ekceli dlm hati mmg nk blk kg, tapi takut Mama penat. Alahai so sweet la Papa..hehe. Finally bertolak blk kul 12pm n smp kul 5 Alhamdulillah.

Gambar buah buah tu kat kg En.Ery, Tokma Tokbah kata masa kami sama2 kait buah2 tu, mmg dh siap reserved utk anak anak yg balik kg. Sape yg blk dulu amik buah pokok depan, yg blk lambat skit amik kat pokok area belakang. Hanim pun seronok kutip buah duku n rambutan dgn Tokma Tokbah. Lovely moment kan.

Wednesday, November 21, 2012

Durian Crepe Tengok Sedap Makan Lagi Sedap

Durian crepe dh cetus fenomena kan, kat mana2 pun heboh pasal durian crepe ni kan. Kursus or kelas nk belajar buat benda ni cost RM200-300 woo jgn x tau beb. Alhamdulillah dh ada rezeki merasa durian crepe ni, tp makan x la byk sangat coz doktor dh nasihat jaga pemakanan semasa tempoh pregnancy ni. Rasanya? Mestilah superb maklum lah durian kan yg jadi bahan utamanya.


Ada sorang kawan yg buat bisnes durian crepe ni katanya sales cecah RM1k sehari skang ni. Perhhh mmg kencang la masyukkk tu kan. Ok uolss jom layan durian crepe ni, yummy..

-- Dean Homestay Tersingkir Masterchef Malaysia 2 Di Cameron Highlands
-- Siakap Asam Boi Dan Udang Celup Tepung Mmg Best

Tuesday, November 20, 2012

Pantai Cenang Langkawi @ Cuti Cuti Langkawi

Pantai Cenang Langkawi ni mmg best, pasir memutih dan air laut yg tenang. View yg sangat memberikan ketenangan gitu. Cantik kan.


Posing dulu sebelum turun main pasir..hehe.


Jet ski, banana boat, parasailing n many more ada kat sini. Siap duit je boleh main macam macam. Kalo tepi pantai dekat area hotel-hotel, ada pakej 'cuci mata' sekali. Ramai berjemur kat situ..huhu.

-- Idaman Suri Langkawi Tempat Terapi Terbaik

Monday, November 19, 2012

Ammar Tersingkir Masterchef Malaysia 2 10 Peserta Terbaik

Ammar tersingkir dalam cabaran yg ditentukan melalui undian token pemenang-pemenang Heinz dlm facebook. Peserta yg terlibat memakai apron hitam dlm sessi penyingkiran kali ini ialah Ah Hong, Along dan Etiqa. Ah Hong dan Along mendapat 44 token, Etiqa 32 token dan Ammar 30 token.

Situasi bertukar agak sentimental apabila keluarga semua peserta turut berada di luar dapur MasterChef. Para peserta diberi peluang bersama keluarga setelah beberapa minggu tidak bertemu.

Misi Ammar untuk tersenarai 5 terbaik gagal tapi masih berjaya muncul antara 10 terbaik peserta Masterchef Malaysia 2.

- Bangga menjadi anak jati Selangor dan bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang. Muhammad Khairul Ammar bin Jasni berumur 22 tahun atau lebih mesra dengan panggilan Ammar, ingin terbang lebih jauh dengan bakat memasak yang dmilikinya.

Sunday, November 18, 2012

Pierre Andre Masuk Tabligh Dah 5 Bulan (Gambar)

Ucapan Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat.

Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah. "Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Tuesday, November 13, 2012

Langkawi Cable Car Best Moment @ Cuti Cuti Langkawi

Tahap adrenalin confirm naik beb bila try Langkawi cable car ni. Mmg adventure tp seronok dpt nikmati view yg sgt cantik dari Gunung Mat Cincang. Kira x sah la sampai Langkawi kalau tak try kereta kabel ni kan. Memang best naik dgn family, pengalaman yg mengujakan. 


Tiket murah je RM15/per rasanya. Kena beratur gak la nak naik tu, tp x lama sgt coz 6org boleh masuk setiap satu unit cable car tu. 


Saturday, November 10, 2012

Produk Ayamas Bebas Antibiotik

Kementerian Kesihatan mengesahkan ujian pada 41 sampel produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) sehingga semalam mendapati tiada residu antibiotik Chloramphenicol yang boleh menjejaskan kesihatan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman memberitahu, 10 sampel produk yang dikilangkan pada 10 Jun lalu itu diuji untuk memastikan tahap keselamatan produk keluaran syarikat yang terdapat di pasaran termasuk di Sarawak dan mendapati tiada residu antibiotik berkenaan.

Friday, November 9, 2012

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Ini Lbh Baik Drp Tahun Lepas, Well Done Hanim

Alhamdulillah Hanim berjaya tingkatkan pencapaiannya tahun ini, dgn result final exam yg lbh baik compare dgn tahun lepas. Balik dri sekolah, Hanim terus tanya,' Mama n papa happy tak kalau Hanim dpt result bagus? (Sambil serah buku rekodnya). Papanya jawab,' Mestilah happy sayang'. Dan hasilnya. 5 subjek dapat 100 markah, 1 subjek dpt 91 markah dan lbh baik drp result penggal 1. Katanya cikgu cakap tahniah, nanti dpt hadiah di hari konvo.


Memang menitis gak la air mata mama setitis dua spontan masa tu..hehe. Happy sangat tengok hasil Hanim ke tadika dah dpt kuasai ilmu asas. Tahniah my dear Hanim, i'm proud of u. Tahniah n terima kasih juga utk Tadika Najihah atas ilmu dan didikan yg diberikan. Satu team pengurusan yg baik dlm membentuk sahsiah permulaan utk kanak kanak.


Ada juga kawan yg bgtau, x puas hati dgn tadika anak dorg coz si anaknya masih x tau baca or menulis even kenal ABC pun x abis walhal yuran mahal. Kdg2 balik umah siap ada biru lebam sana sini lagi, pasir dlm baju la pastu tanya cikgu plak x tahu. So dorg decide nak tukar masuk Tadika Najihah for the next year la plak.


Hari ni hari terakhir Hanim pakai baju tadika ni, next year dh masuk sekolah rendah pakai baju seragam baru la kan. Dah besar gegirl mama ni, semoga segalanya terbaik dan sempurna utk Hanim. Amin.

-- Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun, Berjaya Ke Hanim?

Thursday, November 8, 2012

Chef Riz Dan Ana Dahlia Bercerai

Simpati jugak dengan situasi Chef Riz dan Ana Dahlia ni, baru 11 bulan perkahwinan mereka dh bergolak. Pepun jodoh pertemuan, ajal maut juga rezeki ditentukan oleh- Nya. Segala yg berlaku pasti ada hikmahnya, semoga mereka tabah.


- Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia. “Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tuesday, November 6, 2012

Ayamas Nafi Guna Antibiotik Chloramphenicol Dlm Produk

Sejak dua tiga hari lepas keluar berita pasal penggunaan antibiotik Chloramphenicol dlm produk ayam sebuah syarikat terkemuka. Cumanya mcm biasalah, tidak disebutkan NAMA syarikat tersebut dan pasti membuatkan para pengguna tertanya tanya status sebenar. Hari ni pula ada petikan penafian drp sebuah syarikat. Jom tengok apa cer..

- Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) semalam menafikan dakwaan yang menyatakan syarikat itu menggunakan antibiotik yang diharamkan pihak berkuasa dalam produk ayam keluaran syarikat tersebut.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Ayamas, Rosniza Baharum berkata, pihaknya sangat terkejut mendengar larangan import produk ayam keluaran Ayamas ke Sarawak oleh pihak veterinar negeri tersebut kerana didakwa mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa melaksanakan langkah kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan semua produk keluaran Ayamas sentiasa berada pada tahap terbaik sebelum dipasarkan kepada pelanggan kerana keselamatan dan kesihatan pengguna adalah keutamaan syarikat itu. kosmo

-- Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Borang Online
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman

Monday, November 5, 2012

Bomba Disambar Api Sillinder Minyak Meletup Di Pengkalan Chepa (Gambar)

Besar jasa dan pengorbanan pasukan beruniform dlm jalankan tugas seharian mereka spt Polis, Bomba, Tentera dan Jururawat kan. X kira apa jua situasi, mereka tetap jalankan tugas dgn penuh amanah. Kita patut bersyukur dan berterima kasih dgn adanya insan sebegitu.


Mmg terasa sayu dan simpati dgn kejadian 10 anggota bomba yg cedera ketika padamkan kebakaran kilang tayar di Pengkalan Chepa tu. Ada yg terbakar muka dan tangan, ada yg berlari sambil baju terbakar disambar api. Semoga mereka semua cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa. Amin.

Bot Di Tasik Shah Alam Ada Lagi Ke?

Annual dinner ofis mcm biasa setiap bulan 12. Lokasi tahun ni kat area Bukit Kiara plak. Tahun lepas kat PWTC, stay hotel di Shah Alam. Hanim dh bt request, nak naik bot kat Tasik Shah Alam lagi mcm tahun lps. Insya Allah ada rezeki boleh naik lagi kan.


Cuma x pasti khidmat bot tu ada lg ke tak coz masa gi k.l 2-3 bulan lps xde la plak, maybe service kot masa tu. So harap2 kali ni ada la ye bot tu.


Tiap kali gi K.L mesti singgah Shah Alam ni, selain senang jalan jalan x crowded sgt, sempat la tengok tempat2 zaman mama n papa dating dulu dulu..hehe.

-- Jom Naik Bot Di Tasik Shah Alam, Nice View
-- Cek Nuffnang Dtg Lagi, Duit Oh Duit

Sunday, November 4, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Borang Online

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 dibuka mulai 1 Nov 2012. Antara syarat layak mohon BR1M (RM500), ketua keluarga lelaki atau perempuan berpendapatan RM3000 dan ke bawah, bujang yg mempunyai tanggungan berumur 20 thn ke bawah.


BR1M (RM250) pula Bujang yg tiada tanggungan berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan RM2000 dan ke bawah. Maklumat lanjut dan Borang permohonan boleh download atau isi online di http://www.hasil.gov.my dan juga https://ebr1m.hasil.gov.my.

-- Perkahwinan Diana Danielle Dan Farid Kamil Di Hotel Flamingo (Gambar)
-- Idaman Suri Langkawi Tempat Terapi Terbaik
-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)

Saturday, November 3, 2012

Perkahwinan Diana Danielle Dan Farid Kamil Di Hotel Flamingo (Gambar)

Gambar gambar sekitar majlis akad nikah Diana Danielle dan Farid Kamil yg berlangsung pagi sabtu 3.11.12 di Lakeside Hotel Flamingo. Tahniah utk mereka, Selamat Pengantin Baru.


Pengantin perempuan berjalan masuk.


Tanda kesyukuran pengantin lelaki.


Mahar daripada pengantin lelaki.


Hantaran daripada Diana Danielle. Siap ada motor tu, perhh..

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis