ad ld

Thursday, July 28, 2011

Alhamdulillah, Dh Slmt Smp Kelantan, Jom Cuti Sambut Ramadhan

Alhamdulillah, dh selamat smp Kelantan tercinta. Bertolak pagi tadi lps breakfast, cuaca cerah elok je sepanjang perjalanan. Plan cuti sambut Ramadhan bersama keluarga tersayang di kg, walaweh bestnya. Seminggu gak la kt kg ni..hehe.

Oklah, xleh cer byk2, sambung lain kali plak ye..

Wednesday, July 27, 2011

Saga FLX 1.3L CVT, Harga, Spec, Gambar Dan Warna Terkini

Proton Saga versi terkini dikenali SAGA FLX telah diperkenalkan. Dgn harga mampu milik bermula RM38,148 solid 1.3(M) standard dan RM44,998 metallic 1.3(A) Executive, tentunya harga yg cukup kompetitif.

Dilengkapi enjin CamPro IAFM 4 Cylinder DOHC 16V, menggunakan CVT (transmisi berubah berterusan) membolehkan pemanduan yg lbh lancar dan penjimatan minyak.

Dari segi Performance pula, max speed km/h dicapai 160, daya pecutan 0-100 km/h (sec) pada 13.0 dan penggunaan minyak @ 90km/h (1/100km) adalah 5.7. Cukup menarik kan.

Pilihan warna ditambah dgn warna baru coklat elegan di samping warna sedia ada iaitu hitam, perak, putih dan biru. Model terbaru Saga FLX CVT kini boleh dilihat di semua wakil jualan syarikat Proton. sumber: proton

-- Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air
-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini

Double Cheese Burger McD, Nyam Nyam

Double Cheese Burger McD ni mmg sedap kan. Lalu depan McD td terus tingat. Bila agaknya nk bt lg kupon Buy 1 Free 1 cmtu? Tu pn seb baik last 2 week sempat gak dpt 6 ketul, mabless wooo. Singgah lg esoknya, tp frust coz dorg kata dh abis stok dh. Maklum la McD ada satu je kt SP ni beb.



Tgk iklan GCB nmpk sedap tp blom try la. Uols dh test ke GCB tu, best tak? Kalo best igt nk test gak. hehe.

-- Persalinan Memey RM7.2juta, Tajaan Rafflesia Dan Rekaan Kasut Jimmy Choo
-- Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air

Tuesday, July 26, 2011

McChicken Bekal Tenaga XTVT Weekend

Syukur Alhamdulillah, lately dh berjaya kurangkan 'lawatan' utk fast food, mmg plan since awal thn 2011 ni nk bt cmtu. Kalo sblm ni bleh kata at least once per week, skang dh krg kpd 3 minggu atau sebulan sekali dh. Mmg mencabar gak nk bt coz Kfc ada 4 n McD 1 semuanya nmpk dri dlm kete sepanjang jalan nk blk umah. huhu.


Lokasi plak mmg strategik, lps parking di basement msk je mall terus nmpk McD ni. Hanim pn jalan straight pilih meja la. Hari tu McChicken jd santapan.



Pastu Hanim request nk gi tesco plak, rindu kt Luna gajah tu katanya. Layan je lah.

Monday, July 25, 2011

Ikan Masam Manis, Ayam Halia Membuka Selera

N3 makan2 lagi, kata dh dua minggu x masak kan, jd tu lah cer utama kt blog minggu ni..huhu. Lps abis demam Nora Elena, rutin mcm biasa blk keje singgah mall layan Hanim berhorey horey dlu pastu bru makan. Entah nape lately selera nk makan ikan plak selain ayam. Lps layan siakap asam boi, tertarik dgn menu ikan masak masam manis plak. Perhh sedap jugak rupanya menu nih, lg best dri masak 3 rasa kot.


Hanim ni kalo tgk makanan mmg dia senyum lah, terus je baca doa makan. Alahai gegirl mama ni.


Ayam masak halia pun sedap, so tnggu apa lagi jom makan lah..hehe.

-- Gambar Pernikahan Farah AF Dan Johan Johari Di Cruise Tasik Putrajaya

Wednesday, July 20, 2011

Ikan Siakap Asam Boi Di Ptg Hari

Sejak blk K.L rasanya dh dua minggu x masak kt umah, asik lunch n dinner kt luar je. Air masak pn beli kt tesco je, penangan gara2 En.Ery aura makin sweet apa ntah lunch hour je muncul kt ofis,' Jom dating'. Pastu layan lah McD ke Kfc or laksa. Nak kata krisis umur pertengahan xkan kot sbb umur bru 30an..kih3.


Ptg blk keje singgah makan dlu siap2 b4 smp umah. Kt umah terus rehat je hubby kata. Mmg bestnya lps Isyak tgk t.v on air-cond 23'c pastu ada org volunteer picit2 kaki plak. Walaweh heaven sgt lah. Tq my darling, u make me feel so so so touching. Really2 appreciate that.

Mcm terbalik plak bab picit kaki ni, hubby yg keje kt site pakai boot berat yg patut dipicit2 tp bini yg keje ofis plak yg dpt. Katanya,' Xpe lah, Abe dh ok dgn mesin urut 3minit RM1 kt tesco tu. Alahai sabar je la dgn my hubby nih.


Ok lah, tu picca layan siakap masak asam boi a.k.a stim. Mmg terbaik di SP setakat ni, mabless sgt.

Tuesday, July 19, 2011

Sony Xperia Itu Jadi Milikku, Alhamdulillah

Minggu lps cek nuffnang dh clear kan, plan nk shopping2 la skit weekend tu. Tgk kasut xde berkenan, baju blom jmp yg menarik, handbag pn cmtu gak. Tup2 tgk henpon, tetiba jd like lah.hehe. My hubby En.Ery dh jeling, cun gak tu katanya. Bagi green light la tu kot, pastu belek2 Sony Xperia ni based on Android, touch screen n ada mcm2 aplikasi dlm tu. Harga pn x mahal mana.


Kebtulan bru dpt cek kan, tggu apa lg rembat je lah..kih3. Dh selamat, dtg ofis dgn henpon bru le, phewiitt.

-- Review JUVANA Episod Akhir 18 Julai 2011

Monday, July 18, 2011

Drama JUVANA Episod Akhir

Bru sempat nk online, meeting je hari ni..hu3. Nk blk rehat, mlm ni Juvana final episode kan. Mesti tgk nya lah apa penamat citer best tu kan. Cmne dgn nasib Daim, Cikgu Zakiah n watak2 lain mcm Botak, Pengetua dgn Ayam. - Klik SINI utk review sinopsis JUVANA episod akhir.



Pepun, Juvana satu drama yg best bukan sebab byk aksi 18sg tp cara olahan satu2 plot dlm citer mmg menarik. Betul tak uols? Oklah, sama sama kita saksikan je 9mlm nti ye.

-- Review JUVANA Episod Akhir 18 Julai 2011
-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini

Thursday, July 14, 2011

Cek Nuffnang Dtg Lagi, Duit Oh Duit

Hari ni dh khamis, esok kedah cuti la. Bestnya weekend lbh2 lg cek nuffnang dh clear. Ekceli blk dri K.L last week smp dpn umah tgk ada envelope dlm box. Mcm kenal je, ada bau duit lah..ekeke. Selasa lps suh en.ery bank in cek tu, biasa dua hari dh bleh cash lah.


Hah apa lagi, it shopping time maknanya tu duit free katakan. la la la.. Jom2 shopping n tq nuffnang. I like it, Alhamdulillah.

Wednesday, July 13, 2011

Sessi Hanim Di Swimming Pool Plak Ye

Lagi citer di K.L. Lps abis kursus gi Cheras umah makngah Hanim. Kalo sebut je nk gi K.L, mesti dia tya 'Boleh tak nk swim kt swimming pool makngah? Bila dh berendam plak Hanim yg bagi syarat, kalo hujung jari dia dh kecut sejuk baru bleh stop main air. huhu.



Mama papa tunggu je lah Hanim main air tu puas2, plg kurang sejam gak la. Xpe lah mama papa pun bleh dating kt tepi kolam tu kan. hehe.

Tuesday, July 12, 2011

Jom Naik Bot Di Tasik Shah Alam, Nice View

Smbg cer naik bot plak. Duduk dulu, bot gerak jap lagi ye. Baju merah depan Hanim tu singkat la plak, seb baik blom bln puasa kata papa, kalo tak free je 'kurus puasa'.huhu.



Relaks je gegirl mama ni atas bot, teruja la tu. Pic 2 tu background Quality Hotel kalo x silap.


Pic 4 tu berbackground Masjid Shah Alam. Rasa syahdu je tgk, cantik kan. Pic 5 plak ready nk lalu bwh bridge depan tu. Pic 6 view restoran terapung apa nama ntah lupa daa.



Byk lg pic tp x larat nk upload, bot round Tasik Shah Alam tu lbh kurang 25minit kot, lama gak tu kan. Picca last, Hanim cakap best sgt naik bot cmni, bila plak kita nk naik lagi. Sabar je lah keletah gegirl mama ni. Xpe sayang nti kita dtg lagi ok.

Monday, July 11, 2011

Berfoya Foya Di Tmn Tasik Shah Alam

Ni bru nk cer xtvt masa kursus di K.L last week tu kan. Lepak kt Taman Tasik Shah Alam, mmg seronok sakan la Hanim tgk playground luas cmtu maklum la compare dgn Tmn Jubli SP kan..huhu. Sesape yg penah gi situ bw anak2 rasanya compem lenguh kaki ikut anak main sana sini.


Mcm2 bentuk mainan ada cuma larat ke tak je lah. Setakat sejam dua tu mmg x terasa pun duk situ. Keadaan angin sepoi2 bahasa, x panas sgt coz redup bayang2 pokok sesuai sgt lah utk bersama family. Ada gak 3-4 pasangan siap berbaju pengantin bt photoshot sekitar tmn. 


Pic 4 tu Hanim berehat jap, lgpun dh semua mainan dia try. Pastu dia perasan ada bot lalu tepi tasik tu, tetiba je cakap nk naik bot tu. Alahai x penah2 pn naik bot, mana dtg ntah berani plak dia nk try. Sabar je lah.


Tu bot yg jd idaman Hanim hari tu. Kena tggu turn gak la coz ramai dh Q masa tu. Mmg best naik bot cmtu keliling tasik dgn org2 tersayang, very nice view dan moment yg bleh kata romantik gak la kan..hehe. Opps kita sambung cer ni next n3 plak ye. Tq.

Saturday, July 9, 2011

Recharge Mode Lps Kursus

Slmt hari sabtu. Balik dri kursus Isnin lps rasa x brp sihat. Gi klinik doc kata maybe berkaitan cuaca, sakit tekak n keletihan. Tp kena msk ofis gak walau dpt MC coz byk hal kena settle. Semlm cuti rehat je kt umah, mood recharge la katakan. Pepun seb baik Hanim ok je, sihat Alhamdulillah syukur dgn nikmat Allah.

Hari ni plak kena kuar umah tghari coz ada kenduri di Merbok n satu lg di area Sg Petani my student kawin. Rupanya this n next week ramai yg bt kenduri kawin tgk kad jemputan atas meja td ada la lbh 5. Ye la kalo kawin bulan ni maka raya nti dptla berkepit sana sini dh kan..kui3. Lgpun perkara baik cmtu x rugi dicepatkan.

X sampai sebulan lg Ramadhan akan kembali. Cmne dgn puasa ganti uols, dh settle ke ekk? X semestinya perempuan je yg terlibat puasa ganti, kaum lelaki pn maybe ada gak kan mana tau masa Ramadhan lps terpaksa buka puasa sbb demam ke or sbb2 lain yg dibenarkan. Cuba2 ingat balik b4 terlambat ok, hehe.

Monday, July 4, 2011

Kursus Dh Tamat, Jom Blk Kedah

Dh seminggu kt K.L ni, tiba masa gerak blk Kedah. Agak memenatkan tp berbaloi dpt settlekan kursus n dlm masa yg sama jln2 dgn family.

Hanim mcm x nak check out hotel je coz best katanya. Bukan buat apa pn, just layan astro tgk kartun je keje dia. X best kuar jln2 dgn papa kalo mama gi work dia kata, sabar je lah..huhu. Tgk tu, kt bilik mcm x nk kuar tp bila dh kuar x nk balik plak, asik ajak gi sana sini.

Lepak kt Taman Tasik Shah Alam dekat 3 jam, perhhh segala mainan dia try, pastu ajak naik bot keliling tasik. Happy tgk Hanim teruja cmtu, w/pn x byk masa nk layan dia sbb mama kursus, at least ada gak moment yg dia suka.

Ok lah, hari ni dh nk balik kedah. Doakan perjalanan kami segalanya selamat ye. Tq.