ad ld

Friday, October 31, 2014

Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya

Tiga bulan selepas tragedi yang meragut nyawa pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, isteri dan anak lelakinya telahpun memulakan kehidupan dengan pembukaan francais Boost Juice di D’Pulze, Cyberjaya, baru-baru ini.


Menurut isterinya, Asmaa Aljuned, Hakimi pernah menyatakan hasrat ingin membuka restoran sebelum pemergiannya, dan mencadangkan supaya bermula secara kecil-kecilan, lapor sebuah portal.

Thursday, October 30, 2014

Izzah Dan Suami Cuba Selesai Hak Penjagaan Anak (Gambar)

Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan isterinya Nurul Izzah Anwar masih cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu pada April lepas.


Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, ketika ditemui media di luar mahkamah selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Amran Mat Zain. Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.

Wednesday, October 29, 2014

Bienda Bersalin Awal Anak Kedua Selepas Demam Panas (Gambar)

Bienda bersalin anak kedua melalui pembedahan pada Khamis lalu 23 Oktober. Bienda berkongsi berita gembira itu melalui instagramnya turut memuat naik gambar anak keduanya itu.


Laxiendra Namiraz nama diberi. Bienda sepatutnya bersalin normal pada jangkaan tarikh 2 November tapi terpaksa bersalin secara pembedahan selepas demam panas.


Tahniah buat Bienda dan suaminya Kamarul Zariman Abd Rahman.

--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar) 

Tuesday, October 28, 2014

I Want To Touch A Dog Penganjur Akan Dipanggil Jakim (Gambar)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pihak penganjur program 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan penganjuran program tersebut.


Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, program yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang Ahad telah menimbulkan keresahan orang awam khasnya dalam kalangan umat Islam kerana perkara itu bercanggah dengan pegangan mazhab dan 'uruf' atau adat di Malaysia.

Tuesday, October 21, 2014

Pernikahan TMJ Dan Khaleeda Bustaman Di Istana Bukit Serene Jumaat Ini

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.


Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.

Monday, October 20, 2014

Farhan Juara Dai Musim Kedua Raih RM50 Ribu (Gambar)

Farhan muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Da'i musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.


Kemenangan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 24, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta hadiah sampingan lain.

Saturday, October 18, 2014

Najwa Mahiaddin Bertudung Selepas Tunai Haji (Gambar)

Najwa Mahiaddin masih belajar untuk menyesuaikan diri apabila membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji pada Selasa lalu.


Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Najwa, 28, bagaimanapun memberitahu, semasa dalam proses menyesuaikan diri ini, pelbagai perkara boleh berlaku sama ada dia mahu berubah dengan imej baharunya itu ataupun kekal kepada penampilan sebelum ini.

Friday, October 17, 2014

Hospital Ampang Puteri Taja Che Ta Bersalin Kelas A

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta mendapat tajaan sepenuhnya Hospital Ampang Puteri untuk proses kelahiran anaknya nanti. Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.


Kos bersalin di Hospital Ampang Puteri difahamkan boleh mencecah lima angka, tambahan pula jika melibatkan sebarang pembedahan.

Thursday, October 16, 2014

Kes Bunuh Syaleza Jaafar TV9 Norazman Menangis Rindukan Anak

Suasana Mahkamah Tinggi Shah Alam hiba sebaik Norazman Bashah Ahmad Azam, 33, yang didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza Jaafar, 31, dua tahun lalu menangis melepaskan kerinduan terhadap anak tunggalnya yang berusia empat tahun.


Selesai prosiding Norazman Bashah yang ketika itu diiringi keluar oleh anggota polis dipeluk ibunya sebelum melulut serta mencium anaknya.

Gandar Belakang Myvi Dan Alza Tercabut Apa Kata Perodua (Gambar)

Perodua semalam menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.


Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

Wednesday, October 15, 2014

Kate Middleton Mengandung Anak Kembar

Selepas mengumumkan berita kehamilannya sedikit masa lalu, Kate Middleton dan suami, Putera William menerima satu lagi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata kembar untuk kehamilan keduanya ini.


Memetik laporan majalah Star, perkhabaran ini diketahui selepas mereka menjalani pemeriksaan 'ultrasound' dan pasangan ini jelas terkejut dengan apa yang dilihat.

Tuesday, October 14, 2014

Adib Datuk K Dilantik CEO Tune Studios (Gambar)

Anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K iaitu Mohd. Adib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Jeremy Ahmad Maikel.


Adib, 24, menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, selain memegang jawatan tertinggi itu dia juga bertindak sebagai pemegang saham syarikat kumpulan Tune tersebut berkuatkuasa 9 Oktober lalu.

Dinding Flat Loke Yew Tercabut Ditiup Angin (Gambar)

Ribut yang melanda ibu kota semalam bukan sahaja meragut nyawa dua anggota polis, tetapi ada juga yang terpaksa tinggal dalam ketakutan.


Dinding dua unit Flat Loke Yew di Jalan Kenanga, tercabut berikutan hujan ribut serta tiupan angin kencang yang berterusan sejak pukul 5 petang.

Foto-foto daripada kejadian itu mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial. Untuk makluman, dinding rumah pangsa berkenaan diperbuat daripada kayu yang menyebabkan ianya mudah tercabut sekiranya berlaku tiupan angin kencang.

DBKL kini dalam proses membaik pulih dinding rumah terbabit dan penghuninya sudah diminta berpindah ke Dewan Orang Ramai buat sementara waktu. mlp

--  Video Kemalangan Ngeri Bas 10/10/10 Di Lebuhraya PLUS
--  (Gambar) Budak 5 Thn Mati Jatuh Dri Tngkt 6
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
--  Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz 

Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang Runtuh (Gambar)

Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang Ahad. Ekoran kejadian itu lalu lintas di kawasan berkenaan sesak teruk.


Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Johor Bahru, laporan diterima pada pukul 4.38 petang.


Jelas jurucakap itu lagi, jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dengan kekuatan sembilan anggota ditugaskan ke lokasi pada pukul 4.39 petang dan sampai pada pukul 5.05 petang.

Seorang pemandu lori disahkan cedera manakala dua buah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal mengalami kerosakan. mlp

--  Cerita Sebenar Kemalangan Ngeri Terowong Menora (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar) 

Cerita Sebenar Kemalangan Ngeri Terowong Menora (Gambar)

Banyak spekulasi di media sosial yang kita dengar selepas kemalangan maut berdekatan Terowong Menora yang mengorbankan dua nyawa, beberapa hari yang lalu.


Apa yang terjadi sebenarnya. Ia diceritakan sendiri seorang pemandu bas Transnasional yang merupakan saksi kejadian.

Monday, October 13, 2014

Pernikahan Erin Malek Dan Farriz Fauzy Di Duta Suria (Gambar)

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Erin Malek, 20, akhirnya bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang.


Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof kira-kira pukul  9.12 malam diwalikan oleh bapa Erin. Pada majlis itu, Farriz, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000.

Saturday, October 11, 2014

Biopik Saloma Waris AR Tompel Tuntut Maaf Dan Henti Tayangan

Waris Allahyarham AR Tompel meminta Astro memberhentikan terus tayangan telefilem biopik Saloma Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh di Astro First Eksklusif (saluran 489 dan 490).


Menerusi satu sidang media khas yang diadakan di Finas semalam, Adlin Aman Ramlie, meluahkan rasa kesal kerana telefilem yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap bapanya itu masih ditayangkan meskipun pihaknya menerusi peguam Azam & Co telah mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.

Pernikahan Farhan AF Dan Ahmad Rashadan (Gambar)

Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz.


Pasangan itu selamat diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Masjid Al Hasanah. Farhan, 30, diwalikan oleh bapanya, Azizan Mohd Khir manakala pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof.

Bajet 2015 Bonus RM500 Atau Setengah Bulan Gaji Penjawat Awam

Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. "Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat.

Saturday, October 4, 2014

Jalan Kuala Lipis Gua Musang Sesak Teruk Lori Terbabas (Gambar)

Cuti Aidil Adha ramai warga kota pulang ke kampung halaman masing masing. Biasa cuti raya Haji sehari je kan tapi tahun ni raya pada hari Ahad so cuti bersambung la kan.


Semalam ramai yang berkongsi gambar kemalangan lori di Bukit 7 Jalan Kuala Lipis Merapoh Gua Musang menyebabkan kesesakan teruk kerana lori terbabas melintang jalan di kedua dua laluan. sumber whatsapp

Ibu Datuk Seri Hishammuddin Meninggal Dunia (Gambar)

Bonda Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat. Tun Suhailah Tan Sri Noah yang juga balu Perdana Menteri Ketiga Tun Hussien Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara kerana sakit tua.


Allahyarham adalah kakak Tun Rahah ibu Datuk Seri Najib Tun Razak. Bapa Allahyarham Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.

Friday, October 3, 2014

Dah Sampai Kota Bharu Cuti Raya Haji Alhamdulillah

Alhamdulillah dah selamat sampai Kota Bharu. Cuti Aidiladha di kampung tercinta pasti meriah kan. Plan nak bawa si kembar tengok orang sembelih lembu, pengalaman baru untuk dorang. Biasa tengok lembu dalam tv n masa kat kg je hehe.


Uolss camne, balik raya kat kampung tak? Pepun selamat bercuti ok.

Thursday, October 2, 2014

Ras Adiba Di ICU Akibat Demam Panas (Gambar)

Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.


Melalui sebuah tulisan di laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi, kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam.

Wednesday, October 1, 2014

Harga Petrol Ron95 Dan Diesel Naik 20sen Mulai 12.01pagi 2.10.14

Harga runcit RON 95 yang baharu naik daripada RM2.10 kepada RM2.30, manakala diesel daripada RM2 kepada RM2.20, berkuatkuasa 12.01 tengah malam Khamis.


Harga baharu itu berikutan pengurangan subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen. Pada masa ini, harga pasaran bagi petrol RON95 ialah RM2.58 seliter, sementara harga diesel ialah, RM2.52 seliter.

Video Remaja Mati Dibaham Harimau Dalam Zoo Jadi Viral

Video kisah malang seorang remaja yang berdepan detik-detik mencemaskan sebelum maut dibaham seekor harimau putih masih terus menjadi perbualan hangat.


Lebih menyedihkan, sekeping gambar yang menunjukkan saat-saat akhir remaja itu kini mula menjadi viral di laman sosial dan video yang berdurasi dua minit 15 saat mula dimuat naik di laman sosial, Youtube.