ad ld

Wednesday, July 23, 2014

Irma Hasmie Bersalin Anak Kedua Di Prince Court (Gambar)

Irma Hasmie bersalin anak kedua bayi perempuan di Prince Court Medical Centre 18 Julai lalu. Gambar bayi kedua Irma Hasmie dikongsi oleh suaminya Redza Shah melalui media sosial. Tahniah buat Irma Hasmie dan Redza Shah.


Kehadiran ahli baru bayi perempuan tentunya menambah keceriaan Irma sekeluarga di samping anak lelaki pertama mereka.

--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Kiki CDM25 Pengunci Stering Ditahan Polis (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

Friday, July 18, 2014

Video Pesawat MAS MH17 Terhempas Ditembak Di Ukraine

Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 280 penumpang dan 15 anak kapal, menurut laporan.


Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik berhampiran Donets. Sumber MAS berkata kapal terbang itu tidak memasuki ruang udara Rusia. Tambah sumber, pesawat itu "ditembak jatuh" ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.


Sementara itu, Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan bahawa sebuah pesawat milik MAS telah terhempas di Ukraine. mstar

--  Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine 295 Penumpang Dan Kru Maut
--  Kiki CDM25 Peugeot 208 Kerja Kahwin Mohon Maaf
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine 295 Penumpang Dan Kru Maut

Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia - mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapalnya. Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa.


Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik antara puak pemisah Ukraine yang pro Rusia dengan tentera Kerajaan Ukraine berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas.

Thursday, July 17, 2014

Kiki CDM25 Peugeot 208 Kerja Kahwin Mohon Maaf

Selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin iaitu wanita yang didakwa mengamuk terhadap seorang lelaki warga emas akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.


Permohonan maaf terhadap pesara berumur 67 tahun yang menjadi mangsa makiannya di khalayak ramai serta seluruh rakyat Malaysia itu dimuat naik di laman Facebook rasmi, Kiki Kerja Kahwin.

Monday, July 14, 2014

Polis Abdul Rajah Mati Ditembak Dalam Pertempuran Di Pulau Mabul Semporna Sabah (Gambar)

Satu operasi besar-besaran di udara dan laut diadakan bagi memburu kumpulan lelaki bersenjata warga Filipina yang mungkin menculik seorang anggota polis marin berpangkat konstabel, dengan semua laluan keluar untuk melarikan diri dari Semporna disekat.

Menurut sumber, bot peronda dari pelbagai pasukan keselamatan termasuk helikopter tentera laut mengawasi kawasan Semporna di mana berlakunya seorang anggota polis marin berpangkat koperal berusia 32 tahun ditembak mati.

Keputusan Jerman vs Argentina Final Piala Dunia 2014 Jerman Juara (Gambar)

Perlawanan akhir Piala Dunia 2014 Jerman vs Argentina berlangsung ke masa tambahan selepas tamat permainan seri 0-0. Miroslav Klose penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 yang turut mengatasi rekod jaringan Ronaldo dikeluarkan pada penghujung perlawanan digantikan Mario Goetze.


Pencaturan Loew jurulatih Jerman menjadi apabila Goetze menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit 113. Gol itu seterusnya membawa Jerman juara Piala Dunia 2014 selepas agak lama tidak bergelar juara.

Lionel Messi jelas hampa kerana tidak dapat menjaringkan gol membantu Argentina selepas pergerakannya dikawal ketat barisan pertahanan Jerman.

--  Keputusan Belanda vs Brazil 3-0 Belanda Ketiga Piala Dunia 2014 (Gambar)
--  Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana 

Keputusan Belanda vs Brazil 3-0 Belanda Ketiga Piala Dunia 2014 (Gambar)

Brazil dimalukan sekali lagi apabila ditewaskan Belanda dengan 0-3 dalam Piala Dunia 2014 menerusi perlawanan penentuan tempat ketiga pada awal pagi Ahad. Belanda yang menang dengan mudah sekali gus menduduki tempat ketiga dalam temasya sukan itu.


Brazil sebelum ini dibelasah Jerman dengan 1-7 pada perlawanan separuh akhir. Dua gol kemenangan Belanda diraih oleh Robin van Persie dan Daley Blind, pada babak pertama perlawanan. Georginio Wijnaldum turut memusnahkan hasrat pasukan tuan rumah untuk menembus kekalahan di tangan Jerman apabila memperoleh jaringan ketiga buat Belanda pada waktu kecederaan. 

Wijnaldum memperoleh jaringan sebaik sahaja memasuki seminit waktu kecederaan, manakala gol Van Persie dan Blind, masing-masing seawal minit ke-3 dan ke-17. mstar

--  Keputusan Belanda vs Argentina 2-4 Argentina vs Jerman Final Piala Dunia 2014
--  Kereta Perisai ATM Terbalik Di Kuala Kangsar 2 Anggota Tentera Maut (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar) 

Thursday, July 10, 2014

Keputusan Belanda vs Argentina 2-4 Argentina vs Jerman Final Piala Dunia 2014

Belanda yang beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia 2014 terpaksa akur terlepas peluang beraksi di perlawanan akhir selepas ditewaskan Argentina 4-2 melalui sepakan penalti.

Arjen Robben, Robbie Van Persie dan Wesley Sneider berusaha keras memburu gol tapi dinafikan barisan pertahanan Argentina. Perlawanan banyak dikuasai Belanda namun keputusan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti selepas masa tambahan.

Penjaga gol Argentina menyelamatkan dua sepakan penalti Belanda termasuk tendangan Wesley Sneider. Argentina bertemu Jerman di final Piala Dunia 2014, Belanda vs Brazil penentuan tempat ketiga dan keempat.

--  Keputusan Jerman vs Brazil 7-1 Jerman Ke Final Piala Dunia 2014
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)

Wednesday, July 9, 2014

Keputusan Jerman vs Brazil 7-1 Jerman Ke Final Piala Dunia 2014

Brazil tewas mengejut di tangan Jerman dengan jaringan gol yang besar 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014. Neymar yang tidak dapat bermain akibat kecederaan retak tulang belakang antara faktor permainan Brazil tidak seperti biasa.

Kekalahan besar Brazil di tempat sendiri bermula di separuh masa pertama dengan ketinggalan 5-0. Jerman menambah dua lagi gol di separuh masa kedua dan Brazil mendapat gol saguhati di minit akhir perlawanan.

--  Kereta Perisai ATM Terbalik Di Kuala Kangsar 2 Anggota Tentera Maut (Gambar)

Saturday, July 5, 2014

Sharifah Aini Meninggal Dunia Akibat Paru Paru Berparut (Gambar)

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.


Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali. Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Friday, July 4, 2014

Kereta Perisai ATM Terbalik Di Kuala Kangsar 2 Anggota Tentera Maut (Gambar)

Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar.


Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis. Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap.

Thursday, July 3, 2014

Bonus Raya Penjawat Awam Dan Pesara RM500 Dibayar 15 Julai 2014

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.


Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

Diplomat Malaysia Hadapi Tuduhan Serangan Seksual Di New Zealand (Gambar)

Malaysia akan mengekstradisi lelaki yang didakwa melakukan serangan seksual di New Zealand bagi menghadapi pertuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk merogol.


Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Muhammad Rizalman, 38, bekas pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan yang dihantar bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, akan dihantar kembali untuk membantu siasatan kes tersebut.