ad ld

Tuesday, October 29, 2013

Fizo Omar Lamar Mawar Fareeda Di Pawagam E-Curve (Gambar)

Teka teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Fizo Omar dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim, 24, terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang dekat sini.


“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November,” ujarnya yang juga pengacara rancangan itu. Terdahulu Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay @e-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin sambil disaksikan oleh pihak media.Kejutan itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan itu.

Monday, October 28, 2013

Persandingan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah (Gambar)

Ashraf Muslim dan Wan Sakinah isteri keduanya tidak ketinggalan melangsungkan majlis persandingan mereka. Nampaknya tema hijau menjadi pilihan mereka. Jelas terpancar keceriaan di wajah pasangan itu.


Wan Sakinah kelihatan makin berseri mungkin ditambah dengan aura keibuan kerana dia sedang mengandung. Tahniah buat mereka.

-- Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
-- Shuhada Tersingkir AF 2013 Minggu Ke Tujuh (Gambar)


Abby Abadi Dakwa Umno Punca Dunia Hiburan Sesat (Gambar)

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.


"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri. "Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil Yan, Sabtu malam.

Datuk Mohd Zain Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau Meninggal Dunia

Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi Ahad. Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur. Beliau juga mengidap kencing manis.

Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bayan Lepas selepas solat Zohor. "Beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas Aidilfitri dan baru dibenar pulang ke rumah minggu lepas. Kami sekeluarga sentiasa bersamanya semasa dia terlantar sakit hinggalah saat beliau menghembus nafas terakhir," katanya kepada pemberita.

Saturday, October 26, 2013

BR1M Dinaikkan & Diperluas Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3,000-RM4,000 Bajet 2014

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. "Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.

Bonus Kakitangan Awam Setengah Bulan Gaji Minimum RM500 Bajet 2014

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini. Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara. Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bajet 2014 Harga Gula Naik RM2.84

Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Hasan Malek. Beliau berkata langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 hari ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Sehubungan itu, Hasan berkata beliau mahu rakyat khususnya peniaga melihat pengurangan subsidi gula secara positif dan tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.

"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat ini," katanya. Ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat, Najib mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dimansuh berkuat kuasa esok. sinarharian

-- Tiket Bola Kelantan vs ATM This Is Kota Bharu (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

Friday, October 25, 2013

Tiket Bola Kelantan vs ATM This Is Kota Bharu (Gambar)

Gambar sekitar Stadium Sultan Muhammad ke 4 Kota Bharu Kelantan. Tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia Kelantan vs ATM dijual hari ni. Happening beb, ramai betul tu berpusu pusu..huhu.


Pasukan mana pilihan anda menang malam ni ek? TRW or ATM?

-- Pegawai Bank Norazita Abu Talib Mati Ditembak Guard Merompak (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

Thursday, October 24, 2013

Pegawai Bank Norazita Abu Talib Mati Ditembak Guard Merompak (Gambar)

Seorang pegawai bank mati di tempat kejadian setelah ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang bekerja di bank yang sama tempat beliau berkerja, di Subang Jaya. Mangsa, Norazita Abu Talib, dikatakan telah ditembak di kepala semasa membuka pintu bilik kebal oleh pengawal keselamatan yang bersenjata.


Pengawal keselamatan terbabit yang turut bersama dengannya ketika membuka peti besi di bank itu berjaya melarikan diri dengan sejumlah wang tunai. Polis sedang menyiasat kejadian itu. mstar

-- Cameron Highlands Banjir Kilat Empangan Melimpah Dua Maut 80 Rumah Hanyut (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)

Wednesday, October 23, 2013

Cameron Highlands Banjir Kilat Empangan Melimpah Dua Maut 80 Rumah Hanyut (Gambar)

Cameron Highlands dilanda banjir kilat akibat paras air Sungai Bertam naik mendadak berikutan limpahan empangan Sultan Abu Bakar Ringlet. Dua maut, 80 buah rumah hanyut dan kira kira 100 buah kenderaan mengalami kerosakan.

 

Musim hujan sekarang ni, perlu lebih waspada kan, lebih lebih kawasan tanah tinggi.

-- Noreen Noor Meninggal Dunia Sakit Buah Pinggang Dan Darah Tinggi
-- Mayat Budak Perempuan Disumbat Dlm Beg Pakaian Di Jln Kebun Nenas (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Mayat Budak Perempuan Disumbat Dlm Beg Pakaian Di Jln Kebun Nenas (Gambar)

Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan budak perempuan, Ng Yuk Tim, berusia 15 tahun. Lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada pukul 5 petang untuk disoal siasat. Sekumpulan wartawan menunggu di IPD berkenaan untuk mendapatkan komen daripada pihak polis serta keluarga Ng sejak pukul 8 malam Selasa.


Sehingga kini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sama ada remaja berkenaan masih hidup atau sebaliknya. Kali terakhir mereka berhubung dengan Yuk Tim, pada pukul 2.30 petang Isnin apabila dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya, mengajaknya keluar minum pada malam berkenaan. Rakannya itu telah membalas SMS mangsa beberapa minit kemudian namun ia gagal diterima.

Remaja berkenaan meninggalkan rumahnya pada pukul 11 pagi Isnin untuk bersarapan dengan beberapa orang rakannya. Sementara itu, satu mayat ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas, Shah Alam pada pukul 10 malam, ia dipercayai mayat Yuk Tim. Difahamkan suspek membantu pihak polis menjejaki tempat kejadian. mstar

-- Gadis Ditembak 5 Das Di Lampu Isyarat Binjai Kubang Kerian (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)

Tuesday, October 22, 2013

Noreen Noor Meninggal Dunia Sakit Buah Pinggang Dan Darah Tinggi

Noreen Noor meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Ampang Puteri Selangor. Pelakon dan penyanyi popular 80an itu meninggal dunia akibat sakit darah tinggi dan buah pinggang.


Antara lagu popularnya ialah Siang Terbayang Malam Merindu. Filem pertama lakonannya pula berjudul Talak pada tahun 1980. Antara filem yang turut dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. Allahyarhamah meninggalkan dua anak. Al Fatihah. sharian

Thursday, October 17, 2013

Gambar Anak Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

Wawa Zainal berkongsi gambar anaknya melalui Instagram.


Cute kan.

-- Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Saturday, October 12, 2013

Gadis Ditembak 5 Das Di Lampu Isyarat Binjai Kubang Kerian (Gambar)

Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian,  Jumaat. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.


"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu. "Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Baharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu. Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil. "Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya. mstar

-- Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Mengaku Nikah Dua Kali (Gambar)
-- Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Mengaku Nikah Dua Kali (Gambar)

Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.


“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat. Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi. Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar. Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri. mstar

-- Majlis Merisik Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Di Carcosa Seri Negara
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
-- Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram

Friday, October 11, 2013

Pesawat Maswings Terhempas Di Kudat 1 Maut 2 Parah (Gambar)

Seorang meninggal dunia, manakala dua lagi cedera parah apabila pesawat komersil milik MASwings terhempas di sebuah kampung di Kudat pada Khamis. Butiran berkenaan kekal walaupun difahamkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam nahas yang berlaku sekitar pukul 2.55 petang Khamis. Difahamkan seorang juruterbang dan dua lagi penumpang cedera parah sementara penumpang lain mengalami kecederaan ringan.


Terdapat 16 orang dalam pesawat tersebut termasuk juruterbang. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kudat untuk mendapatkan rawatan lanjut. Wakil MASWings ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai kejadian akan dikeluarkan tidak lama lagi kerana pihaknya masih mengumpulkan maklumat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden yang berlaku.

Thursday, October 10, 2013

Majlis Baby Shower Marion Caunter Dan SM Nasaruddin (Gambar)

Marion Caunter dan SM Nasaruddin mengadakan majlis baby shower untuk bayi kedua mereka. Majlis bertemakan corak harimau bintang/ leopard ini nampak meriah. Mestilah happening majlis pewaris empayar NAZA kan. Jom tengok beberapa gambar majlis tu.


Tema yang berlainan dari biasa dan cantik kan.

-- Majlis Baby Shower Yasmin Hani Dan Shaarin (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
-- Nurul Bersalin Anak Kedua 3.03kg Selepas 15 Tahun

Wednesday, October 9, 2013

Anak Kembar Semakin Membesar Dah Pandai Tengok TV

Husna dan Hanis ni memang suka tengok tv lebih lebih lagi citer kartun. Spongebob, Dora, Diego dah jadi fevret dorang macam kakak Hanim gak dah.


Husna tu sampai melopong tengok citer Spongebob..hehe.. Amboi siap tongkat dagu tu, layan habis katakan.

-- My Twins Husna Dan Hanis Di Usia 4 Bulan
-- Majlis Baby Shower Yasmin Hani Dan Shaarin (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Tuesday, October 8, 2013

Majlis Resepsi Fouziah Gous Dan Zhafran (Gambar)

Cantik betul Fouziah Gous dan Zhafran dalam persalinan majlis ni kan. Warna dan rekaan pakaian memang sesuai sangat dengan pasangan ni. Tema pun nampak menarik. Orang dah cantik pakai apa pun ok kan.



Tahniah untuk Fouziah Gous dan Zhafran. Semoga bahagia kekal selamanya.

-- Pasar Raya C Mart Jitra Runtuh (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar)

Sunday, October 6, 2013

Kelantan Kalahkan JDT 6-1 Suku Akhir Piala Malaysia 2013 (Gambar)

Kelantan menang bergaya tewaskan Johor Darul Takzim JDT 6-1 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 di Kota Bharu 5.10.13. Kelantan layak ke separuh akhir dengan aggregat 8-5 dan bakal bertemu ATM di separuh akhir. Perlawanan suku akhir pertama di Larkin JDT menang 4-2 dan giliran The Red Warriors membalas dengan jaringan lebih besar 6-1 di Kota Bharu.


Gol pertama dijaringkan oleh Norfarhan Mohamad 2 gol diikuti Badri Radzi Piya, Indra Putra, Nwaeri dan Dickson. Gol JDT pula dijaringkan oleh Safee Sali. Kelantan mendahului 3-1 di separuh masa pertama dan melebarkan jumlah jaringan di separuh masa kedua. Tahniah The Red Warriors.

Sebelum perlawanan bermula, ribuan penyokong Kelantan membaca surah Al Fatihah hadiahkan kepada arwah anak Al Hafiz penjaga gol JDT yg meninggal dunia semalam.

-- Al Hafiz Penjaga Gol JDT Kematian Anak Lelaki (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
-- Leuniey Natasha Mengandung 5 Bulan Makin Berseri (Gambar)

Saturday, October 5, 2013

Leuniey Natasha Mengandung 5 Bulan Makin Berseri (Gambar)

Leuniey Natasha isteri penjaga gol Malaysia dan The Red Warriors Kelantan Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex kelihatan makin cantik dan berseri di waktu kandungan semakin membesar di usia 5 bulan. Pastinya Khairul Fahmi juga gembira dengan perkembangan kandungan isterinya itu dan diharapkan berjaya memberinya lebih semangat untuk beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan bolasepak


Leuniey yang tampil dengan imej bertudung nampak anggun kan. Semoga segalanya lancar buat Leuniey dan Apex.

-- Nurul Bersalin Anak Kedua 3.03kg Selepas 15 Tahun
-- Video Isteri Matyo Maki Pak Guard Airport
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Friday, October 4, 2013

Nurul Bersalin Anak Kedua 3.03kg Selepas 15 Tahun

Penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Nurul Huda Abdul Wahab atau Nurul, 31 telah selamat melahirkan bayi  lelaki yang digelarnya sebagai "Z" pada jam 10.28 pagi. Nurul yang dipetik di laman blognya, menyatakan bayinya itu dilahirkan secara normal dan seberat 3.03 kilogram. Menurutnya, yang telah menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp pada Jun tahun lalu, pengalaman kedua melahirkan bayi itu terasa mudah.


"Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan bayi ‘Z’ jam 10.28 pagi tadi. "Bayi sihat dan begitu juga aku. "... Aku sakit tak lama, bermula jam 10.30 malam, semalam, 1 jam sekali sakitnya, jam 3 pagi langsung ke hospital. "Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku," katanya yang sempat menulis berita itu, selepas melahirkan bayinya.

Bagaimanapun buat masa ini Nurul masih belum ingin mengumumkan siapakah nama sebenar bayi lelakinya. Untuk makluman, bayi ini merupakan anak pertama hasil daripada perkahwinan Nurul dan Eric Deep. Sebelum ini, Nurul pernah mempunyai seorang anak, Ayu Nazirah, 15, bersama hasil perkahwinannya dengan Mohd Faizal Maas atau Ajai.

-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar)
-- Rabecca Nur Islam Bersalin Anak Kedua 3.74kg (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Thursday, October 3, 2013

Kenduri Beracun Di Tanjung Dawai Pengantin Baru Terkilan (Gambar)

Tragedi keracunan makanan di majlis kenduri perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, yang meragut tiga nyawa kelmarin menjadi sejarah hitam buat pengantin baru berkenaan. Hasliyana Yusuf, 22, berkata, dia sedih dengan kejadian dan tidak menyangka majlis raja sehari bertukar menjadi tragedi hitam. Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, trauma dan kesal dengan apa yang berlaku pastinya tidak dapat dilupakan.


“Kami sekeluarga begitu gembira dengan majlis yang diadakan memandangkan saya anak pertama yang melangsungkan perkahwinan. “Namun, kejadian ini berubah menjadi nasib malang buat kami,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, semalam. Menurut bekas pelajar Politeknik Port Dickson itu, keluarganya sendiri turut mengalami keracunan sama. “Mak, kakak dan adik saya turut mengalami keracunan dan ditahan di wad. Manakala keluarga sebelah suami saya tidak ada yang menerima kesan keracunan itu,” katanya.

Wednesday, October 2, 2013

BR1M Tak Perlu Diteruskan Kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan. Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja. "Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini. sinarharian

-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar) 
-- Tiga Mati Keracunan Makan Kenduri Di Tanjung Dawai Sg Petani Kedah (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Tiga Mati Keracunan Makan Kenduri Di Tanjung Dawai Sg Petani Kedah (Gambar)

Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan. Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.


Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau. Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Tuesday, October 1, 2013

Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar)

Dr Ezani Farhana juara Masterchef Malaysia musim pertama selamaat melangsungkan pernikahan dengan Dr Azrai. Rasanya dalam 2-3 hari lepas tengok pasangan 2 doktor ni muncul kat program Primadona Astro, kedua duanya sweet je, sama cantik sama padan. Untunglah Dr Azrai dapat isteri yang pandai masak camtu kan, siap juara lagi tu.



Tahniah buat mereka. Semoga kekal bahagia selamanya.

-- Ezani Doktor Gigi Juara Masterchef Pertama
-- Majlis Merisik Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Di Carcosa Seri Negara
-- Awas Penyegar Udara Berbahaya