ad ld

Wednesday, May 30, 2012

Dah Smp Kedah Dri Kelantan, Esok Balik Kelantan Lagi Perhhh

Balik Kelantan Sabtu lps, adik en Ery akad nikah hari ahad tu. Then kenduri umah pengantin perempuan hari isnin. Selesai je majlis bertandang ptg isnin tu dlm kul 4.30pm terus rushing bertolak ke Kedah coz pagi selasa ada meeting maaa. Biasa lah mana2 jalan kt Kelantan mesti 'jam' tiap kali cuti sekolah, dekat 6jam perjalanan bru smp kedah.


Esok bertolak blk kg pagi2 lagi kata en Ery, plan nk start gerak 6am. Majlis kenduri rumah pengantin lelaki plak. Doakan kami semoga segalanya lancar dan selamat ye. Tq. Opps, selamat pengantin baru Ayah Nik Mie n Mak Nik Mimie.

Wardina Tidak Fobia Kerana Panggilan Lucah

Kesian Wardina. Ada jugak yg nk bt panggilan lucah kt bini orang kan. Mcm2 skang ni.

- Wardina Saffiyah Fadhlullah memberitahu masih menunggu hasil siasatan terhadap laporan polis yang dibuat berhubung gangguan panggilan lucah menerusi telefon yang diterimanya Ahad lalu.

Wardina, 33, berkata, dia tidak terlalu terburu-buru untuk mengetahui mengenai kes berkenaan kerana apa yang lebih penting mesej di sebalik perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit telah disebarkan kepada masyarakat.

Thursday, May 24, 2012

Menu Buka Puasa

Petang semlm balik keje Hanim ajak ronda2 dulu. Plan nk blk masak la konon siakap elok je duk beku dlm fridge nun, tup2 tgk jam dh kul 7. Hanim plak dh senyum je tgk kfc. Terjah je lah.

Ni hasilnya, tambah cheessy wedges lg umpps. Belum ada idea lg utk berbuka ptg ni. Uolss plan apa ekk?

Tengok Bola Di Kedah Tp Feel Mcm Di Kelantan

Kelantan vs Terengganu Piala AFC 3-2 semlm. En Ery kata nk kuar tgk game tu kt Restoran D'Sayang, laju je ayat 'nak ikut, boleh? Jom katanya.

Smp je kedai tu tgk dh ramai yg ada. Byk muka biasa tengok, ye la geng anak kelate di perantauan kedah la tu.

Rasanya makin ramai anok kelate di kedah ni, kedai tu jd port rasmi dh. Dpt jmp ramai2 cmtu mcm ada majlis keraian kt kg je. Best2. Kebetulan plak The Red Warriors team scored 3 gol dlm 1st half semlm, mmg riuh bersorak mcm nk pecah kedai tu..huhu..

Seb baik menang jugak coz Terengganu dpt score 2 gol je. Tp rugi sebenarnya coz dua team wakil Malaysia dlm AFC Cup ni lawan sesama sendiri. Lagi bagus klu dua2 team dpt terus mara kan. Pepun games semlm best tgk 5 gol sambil layan siakap masak stim..hehe..

Wednesday, May 23, 2012

Laksa Dan Yong Tau Fu Best Di Sungai Petani

Taman Ria Sg Petani Kedah, lokasi terbaik penuhi selera makan. Sedap, murah dan cepat, kombinasi tema yg bagus tu kan.

Laksa tu rm2 je, uols agak brp utk yong tau fu sebanyak tu ekk? RM9 je ok, murah tak? Sg Petani mmg heaven la bab makan2. Jgn jeles ye..hehe.

Friday, May 18, 2012

I City Shah Alam Mmg Happening

I City Shah Alam mmg tempat yg best utk bw family abiskan masa bersama. Mcm2 ada dlm tu kan, siap duit je la. Hanim pun duk asyik tya bila plak nk gi situ. Seronok katanya.

Bila dia tgk picca2 dlm tab lps boring main games, mula la tya itu ini..huhu. Papa Hanim kata pasni kena clear storage tab kot msk pendrive, x larat nk layan soklan2 bonus Hanim tu.

Ni masa gi i city last 2 month kot, dh hampir lupa nk bt entry pun. Xpe lah, bila dh memory recall nti bleh cer semula, kira aci la kan walau dh agak basi..kui3..

Thursday, May 17, 2012

Hadiah Hari Guru 2012

Hari Guru 16 Mei dtg lagi. Hanim sgt excited bila tau ada gift utk dia bw gi school. Smile je dlm kete x sabar nk smp school katanya. Lgpun bru lps exam week kira relaks la skit dgn celebrate hari guru cmtu kan.

Last year Hanim bw biskut cornflakes but semlm bw cup cake plak. Posing dlu dlm kete b4 smp school..hehe.

Ptg tu blk umah duk citer cikgu cakap tq utk mama papa, best makan dgn kawan2 smp habis. Pastu cikgu tampal kad ucapan dia kat softboard. Apa lagi mood happy till pagi ni la dia. Tp duk gelak2 dlm kete td sempat gak Hanim tya soklan bonus,' Esok cuti kan mama, kita nk gi mana ek? Alahai dia dh siap nk bt schedule dh, sabar je lah mama.

Wednesday, May 16, 2012

Elak Guna Minyak Masak Berulang Kali, Risiko Kolesterol Dan Sakit Jantung

Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli.

Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.



Nombor WWW Terima 18243 Bidaan

Populariti nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' terserlah apabila ia mencatat rekod baharu apabila menerima 18,243 bidaan sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari kelmarin.

Jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda berbanding rekod 4,750 bidaan tertinggi sebelum ini untuk nombor pendaftaran kenderaan siri 'WVW'.

Saturday, May 12, 2012

Bayi Didera Ibu Dlm Video Dijaga Keluarga Angkat

Bayi perempuan 10 bulan yang diperlakukan ibunya seperti haiwan dalam rakaman video di laman web YouTube kelmarin disahkan sihat dan menjalani kehidupan ceria bersama keluarga angkatnya.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, bayi berkenaan kini dijaga keluarga angkat dan masih dipantau jabatan itu.

Friday, May 11, 2012

Loji Pemprosesan Gas Petronas Terbakar, 1 Maut 9 Cedera

Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di Dungun, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Wednesday, May 9, 2012

Sebab Anda Perlu Kurus Jika Memandu

Ya betul uols kena kurus jika memandu bukan saja baik utk kesihatan tp jika berhadapan situasi parking kenderaan cmni.

Tentunya driver Waja tu saiz ala2 model gitu coz dia bajet driver Perdana bleh lepas masuk dlm kereta dgn senangnya..huhu..

Kebetulan bru lps makan so makin kembang my hubby En.Ery tu, kena masuk ikut pintu kiri. Potong stim betul mood dating lunch dgn bini katanya.

-- Hubby duk bersusah payah nk msk dlm kete, si bini sibuk nk amik gambar plak.. Sabar je lah Be..hehe.

Monday, May 7, 2012

Siakap Masak Stim aka Asam Boi, Cepat Mudah Best

Menu yg mables di ptg ahad. Siakap asam boi ni mmg pilihan tiap kali terasa nk makan siakap, coz dh penah try menu 3 rasa tp kureng power compare dgn ni.

Cara sediakannya pulak mudah, ini resepinya.

1. Ambik hp dan order, jgn lupa inform 30 minit lagi nk smp kedai tu.
2. Pilih meja dekat dgn kipas n tv.
3. Tunggu apa lagi, dh boleh makan la..hehe.

Warning: Resepi ini hanya boleh digunakan dgn disertakan skill jari tunjuk tunjuk. Harap maklum.

Friday, May 4, 2012

Fasha Enggan Komen Perkahwinan Tidak Mendapat Restu

Pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.

Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.

"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura pada Khamis.