ad ld

Friday, January 31, 2014

Budak Perempuan 7 Tahun Mati Dikelar Bapa Dua Kakak Turut Cedera Putus Jari Di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi (Gambar)

Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi petang tadi.


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. "Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Thursday, January 30, 2014

Murid Dirogol Diliwat Dalam Kereta Kemudian Ditoreh Kemaluan Tolak Seks Oral Di Muar

Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di Muar kelmarin. Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.

Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk. Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan. “Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut. “Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Pengacara WHI TV3 Fizza Bercerai Talak Satu (Gambar)

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi di Mahkamah Rendah Syariah, Klang semalam.


Menurut laporan Utusan Online, Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin mengesahkan cerai talak rajie itu setelah membenarkan permohonan perceraian secara baik yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak terlibat. Sebelum itu, mahkamah membenarkan personaliti TV3 yang dikenali sebagai Fiza, 32, untuk menarik balik perceraian melalui fasakh yang difailkan sebelum ini.

-- Budak 6 Tahun Diculik Depan Tadika Di Taman Damai Impian Bangi (Gambar)
-- Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)
-- Pelajar Malaysia Ditikam 14 Kali Di Nottingham Ahmad Izat Ahmad Mazni (Gambar)
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai

Pelajar Malaysia Ditikam 14 Kali Di Nottingham Ahmad Izat Ahmad Mazni (Gambar)

Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham United Kingdom semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Ahmad Izat Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak.


Ahmad Izat dalam Twitternya memaklumkan, dia telah dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah mengambil telefon bimbit, jam tangan dan dompetnya. "Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan. Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad." katanya. utusan

--  Cinta Sayang Golf And Country Resort
--  Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan E Learning, Gangguan Mistik
--  Pelajar Malaysia Dirogol 4 Pelajar Rusia Dirakam Dalam Iphone
--  Gambar Nur Amalina Che Bakri, Ibu Jwb Tohmahan

Budak 6 Tahun Diculik Depan Tadika Di Taman Damai Impian Bangi (Gambar)

Seorang budak lelaki berusia enam tahun dipercayai diculik berhampiran tadikanya di Taman Damai Impian. Muhamad Zariff didakwa diculik pada pagi Rabu dan tidak ditemui sejak itu. "Kami tidak mahu kehilangannya," kata ibu mangsa, Eryanis Dadamedah, 40, kerisauan.


Menurutnya, ketika menghantar dua anaknya iaitu Muhamad Zariff dan Qaisya yang berusia lima tahun ke tadika yang terletak berhampiran rumah mereka, dia terlihat sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih sedang mengekorinya.

Wednesday, January 29, 2014

Ustaz Don Dan Anak Di Majlis Konvokesyen Isterinya (Gambar)

Pendakwah selebriti, Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid, 30, buat pertama kalinya berkongsi gambar anak lelakinya, Don Mustofa dengan peminat. Gambar tersebut yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya dirakam pada majlis konvokesyen isterinya, Husna Mohd Zahry, 26 yang baru menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kaherah, Mesir.


Bagaimanapun gambar anaknya itu tidak beberapa jelas kelihatan. Dalam status itu, Ustaz Don turut menyatakan rasa bahagia kerana meraikan tiga detik istimewa pada bulan ini. "Kebahagiaan berganda Januari. Don Jr selamat dilahirkan, sambutan hari lahir isteri selang sehari selepas bersalin dan isteri tamat pengajian perubatan (konvo)," tulisnya dalam laman sosial itu.

Beliau turut berkongsi beberapa video berbentuk tunjuk ajar, nasihat dan kemudian mencukur rambut anaknya itu sambil berselawat bersama-sama isteri dan rakan-rakan. Terdahulu, Ustaz Don memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir) menerusi laman Facebooknya.

--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Farish Aziz Gementar Lihat Isteri Bersalin (Gambar)

Ammara Batrisya Episod Akhir Sinopsis

Berakhir sudah drama hebat Ammara Batrisya lakonan Datin Paduka Umie Aida, Erra Fazira dan Adi Putra. Episod akhir Ammara Batrisya TV9 memaparkan Batrisya telah mengetahui Ammara dalang sebenar segala kejadian buruk yang berlaku ke atas dirinya.


Kematian ibu Batrisya akibat dipaksa minum racun dan putusnya hubungan cinta dengan Rayyan semuanya rancangan Ammara demi membalas dendam kerana ibu Batrisya penyebab keruntuhan rumahtangga ibu bapa Ammara dan juga kematian ibunya.

Nilam berjaya melepaskan diri daripada pembunuh upahan Ammara dan membuat laporan polis. Namun Nilam tetap mati di tangan Ammara dalam usahanya memujuk Ammara tidak membunuh Batrisya. Batrisya diselamatkan polis dan Ammara berjaya ditangkap.

--  Anak Anak Artis Yang Comel (Gambar)
--  Zamir Juara Masterchef Malaysia All Stars Kalahkan Celina (Gambar)
--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel
--  Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod Akhir Sinopsis

Zamir Juara Masterchef Malaysia All Stars Kalahkan Celina (Gambar)

Tahniah diucapkan kepada Zamir yang telah dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia All Stars apabila menewaskan pencabar utama, Celina di pertarungan akhir. Kejayaan ini membolehkan Zamir menyumbang sebanyak RM55,000 kepada badan kebajikan yang dipilihnya.
Seramai 20 orang bekas peserta Masterchef Malaysia dan Masterchef Selebriti Malaysia diundang kembali untuk bersaing sesama mereka dalam meneruskan cabaran untuk menyediakan masakan yang terbaik. Antara peserta yang kembali ke dapur Masterchef yang mengangkat tema ‘Hidangan Pembalasan’ ini ialah Soo Wincci, Azwan Ali, Karl Shafek, Syanie, Kenchana Dewi, Brian, Emelda, Zamir, Che Lah, Along dan lain-lain. Seperti mana musim terdahulu, para peserta Masterchef Malaysia All Stars akan diadili oleh tiga juri berpengalaman, Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dam Chef Adu Amran. mediahiburan

Tuesday, January 28, 2014

Guru Tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan Mohon Maaf

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi, yang didakwa menumbuk leher Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dua minggu lepas, pada Isnin memohon maaf secara terbuka kepada Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.

Beliau dalam sidang media pada Isnin juga melahirkan rasa terharu dan terhutang budi kepada Kamalanathan, yang dilaporkan semalam sanggup memaafkannya. Muhammad Rizuan yang bertugas sebagai guru berkata tindakan Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan sanggup mengetepikan soal peribadi untuk keharmonian masyarakat di kawasan yang diwakilinya.

Monday, January 27, 2014

Farish Aziz Gementar Lihat Isteri Bersalin (Gambar)

Pengacara dan pelakon Farish Aziz mengakui gementar apabila berhadapan saat-saat isterinya melahirkan anak pertama mereka secara normal pada pukul 9.23 pagi Sabtu. Farish, 30, berkata, dia berada disamping isterinya Zahrah Fowzi, 30, selama hampir empat jam bagi memberi sokongan dan semangat kepada isterinya melalui detik-detik cemas tersebut.


"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya melalui pengalaman yang sangat berharga melihat bagaimana isteri saya melalui saat melahirkan bayi. "Ketika itu saya rasa seperti tidak berguna kerana tidak dapat membantu dia yang dalam kesakitan itu, apa yang saya mampu adalah berada di sisinya dan beri semangat untuk dia yang dalam kesakitan," katanya. Farish berkata, bayi lelaki tersebut dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pakar Kota Kinabalu, Sabah.

Guru Denda Murid Makan Rumput Ditukar Sekolah

Guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput, Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain. Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan. Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

Bahagiamu Deritaku Hafiz Juara AJL28 Keputusan Penuh AJL28 (Gambar)

Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.


Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara). Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

Saturday, January 25, 2014

Datuk Harun Taib Ketua Dewan Ulama Pas Meninggal Dunia (Gambar)

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam Jumaat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Berita mengenai kematian tersebut disahkan Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan. Allahyarham uzur dan tidak sedarkan diri sejak malam semalam (Khamis)," katanya. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menziarahi Allahyarham.


Sementara itu menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham akan disolatkan pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu. "Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Manir Kuala Terengganu," katanya. mstar

--  Cuaca Sejuk Melanda Malaysia, Kota Bharu Kuantan Menyamai Suhu Cameron Highlands
--  Surat Perjanjian Perceraian Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Tersebar Di FB (Gambar)
--  Sultan Johor Letak No Plat RM748 Ribu W1N Di Proton Suprima S (Gambar)
--  Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)


Friday, January 24, 2014

Cuaca Sejuk Melanda Malaysia, Kota Bharu Kuantan Menyamai Suhu Cameron Highlands

Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini akan diraikan dalam cuaca sejuk, tempias dari negara di hemisfera utara yang dibawa tiupan Monsun Timur Laut yang akan berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan di pantai timur, utara dan wilayah tengah sedang mengalami cuaca sejuk kerana tiupan angin tersebut.

Katanya, beberapa kawasan seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Baru, Kuantan dan Petaling Jaya merekodkan suhu serendah 25 darjah Celsius, menyamai cuaca sejuk di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Pada Khamis, Kuala Krai merekodkan bacaan suhu serendah 17.2 darjah Celsius.

Surat Perjanjian Perceraian Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Tersebar Di FB (Gambar)

Sebahagian isi kandungan perjanjian penyelesaian perceraian dipercayai di antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim tersebar luas di laman media sosial, Facebook pada Jumaat.


Isi kandungan perjanjian itu yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di laman tersebut menunjukkan ia menyerupai draf surat oleh pejabat peguam. Antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah mengenai persetujuan kedua-dua belah menyelesaikan isu perceraian, tuntutan selepas perceraian dan hadhanah anak-anak mereka secara damai.

Menurut surat perjanjian itu, mereka juga bersetuju kes tersebut diselesaikan tanpa membabitkan sebarang perbicaraan di mahkamah. Dalam pada itu, pasangan tersebut juga didakwa telah membuat satu perjanjian mengenai beberapa perkara lain di mana ia akan berkuatkuasa dari tarikh perjanjian penyelesaian itu ditandatangani. Bagaimanapun, kesahihan mengenai surat perjanjian itu tidak dapat dipastikan.

-- Sultan Johor Letak No Plat RM748 Ribu W1N Di Proton Suprima S (Gambar)
-- Nurul Izzah Anwar Fail Cerai Terhadap Suaminya Raja Ahmad Shahrir
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Didie Alias Mengandung 3 Bulan Anak Ke 6 Di Usia 41 Tahun (Gambar) 

Sultan Johor Letak No Plat RM748 Ribu W1N Di Proton Suprima S (Gambar)

Sultan Johor membeli no plat W1N dengan harga RM748 Ribu. Pembelian itu juga pecah rekod harga no plat WWW1 juga milik Sultan Johor berharga lebih RM500 ribu. Kali ini Baginda Sultan meletakkan no plat W1N itu pada kereta Proton Suprima S. No plat WWW1 sebelum ini pula dipasang pada kereta Proton Satria Neo.


Perhh..memang cantik no plat tu kan.

--  Nurul Izzah Anwar Fail Cerai Terhadap Suaminya Raja Ahmad Shahrir
--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Makan Mi Segera Boleh Mati?
--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
--  Minyak RON95 Akan Dihadkan Untuk Rakyat Miskin Sahaja 

Minyak RON95 Akan Dihadkan Untuk Rakyat Miskin Sahaja

Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi bahan api RON 95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pendedahan ini pada Khamis sambil menambah dasar harga baru akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.


"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu. Seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95." Beliau berkata mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli minyak RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Nurul Izzah Anwar Fail Cerai Terhadap Suaminya Raja Ahmad Shahrir

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disahkan memfail penceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud.


Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember tahun lalu. Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu. Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.

Thursday, January 23, 2014

Didie Alias Mengandung 3 Bulan Anak Ke 6 Di Usia 41 Tahun (Gambar)

Didie Alias mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Daniel, 19, menangis apabila mendapat tahu dia sedang mengandung tiga bulan. Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammed Ali, 41, berkata, anaknya itu terlalu gembira kerana tidak menyangka akan mendapat seorang lagi adik.


"Saya pada mulanya tidak memberitahu dia tentang keadaan saya tetapi apabila dia pulang bercuti dari universiti, saya tutup matanya dan meletakkan tangannya di perut saya. "Apabila mendapat tahu saya mengandung dia menangis kerana terlalu gembira kerana bakal mendapat adik," katanya.

Bapa Mashitah Ibrahim Meninggal Dunia Di Hospital Sultanah Bahiyah

Bapa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar malam Selasa. Allahyarham Ibrahim Yaacob, 79, meninggal dunia pada pukul 8.30 malam akibat sakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.


Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Bukhary pada pukul 10.30 pagi. Allahyarham meninggalkan isteri, Fatimah Mohammed, 78, dan lima anak. Mashitah yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Baling berkata sebelum dimasukkan ke hospital pada 25 Disember lepas, bapanya banyak memberi pesanan supaya beliau terus berpegang kepada semangat perjuangan demi mempertahankan agama Islam.

Budak Perempuan Separuh Bogel Mati Dibunuh Di Terengganu, Polis Cari Penyebar Gambar

Polis sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan di laman sosial gambar seorang kanak-kanak perempuan separuh bogel berusia dua tahun yang mati dibunuh. Mayat kanak-kanak itu ditemui di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Dungun pada petang Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana pihak terbabit sewenang-wenangnya menyebarkan gambar tersebut tanpa memikirkan sensitiviti keluarga mangsa. "Kita akan menyiasat kes ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan di bawah Akta Kanak-kanak," katanya pada sidang media Rabu.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baru itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk. Curiga dengan bau itu, pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air. Dalam pada itu, Manoharan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian kanak-kanak terbabit. mstar

--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Kassim Masdor Meninggal Dunia (Gambar)
--  Farah Lee Isteri Ally Iskandar Mengandung 12 Minggu (Gambar)

Kes Pasangan Sweden Azizul Raheem Awalludin, Usaha Diplomatik Mencukupi

Langkah-langkah diplomatik oleh Kedutaan Malaysia di Sweden sekarang adalah mencukupi bagi membantu pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa negara itu kerana dikatakan memukul tangan anak mereka kerana tidak solat.

"Kita menghormati undang-undang Sweden dan kita tidak mahu memburukkan keadaan tetapi percayalah kami sedang melakukan segala mungkin untuk membantu keluarga itu," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Anifah berkata paling utama ialah kebajikan anak-anak terbabit. "Pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia telah mengunjungi anak-anak berkenaaan dan ibu bapa mereka," kata beliau selepas pertemuan dengan Menteri Luar Turkmenistan, Rashid Meredov di Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar.

Pasangan tersebut, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, seorang guru yang sedang bercuti di negara itu, telah ditahan reman sejak 18 Dis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan. Keempat-empat anak mereka kini tinggal bersama keluarga angkat yang disediakan oleh perkhidmatan masyarakat negara itu. mstar

--  Farah Lee Isteri Ally Iskandar Mengandung 12 Minggu (Gambar)
--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Makan Mi Segera Boleh Mati?

Wednesday, January 22, 2014

Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)

Pelakon Shazleen Shahbi menimba pengetahuan menerusi Internet dan daripada orang berpengalaman bagi menguruskan anak kembar yang dilahirkan pada Isnin lalu. Shazleen, 40, berkata, dia bersyukur kerana ramai yang prihatin dan memberikan petua serta teknik penjagaan terbaik bagi penjagaan bayi kembar.


"Penjagaan anak kembar agak berbeza dan saya banyak mencari info menerusi Internet mengenai pemakanan untuk mereka dan bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman tentang cara menjaga dan menyusukan mereka," katanya. Shazleen melahirkan sepasang bayi kembar kira-kira pukul 9 pagi Isnin lalu di Pusat Perubatan Gleneagles Intan.

Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)

Ketika ramai tertanya-tanya apakah jantina anak kepada pendakwah selebriti Ustaz Don, penceramah itu sebenarnya memperoleh bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir. Ahli keluarga Ustaz Don memberitahu, isteri personaliti tersebut iaitu Husna Mohd Zahry, 26, selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa.


“Ustaz Don tiba di Mesir dari Malaysia dua hari sebelum isterinya bersalin. Alhamdulillah, anaknya sihat dan mereka gembira dengan kelahiran itu,” katanya. Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30, dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir).

Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram. Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012.

--  Linda Onn Dan Suaminya Ungku Azhar (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Pencetus Ummah Akhir Pak Nil Dipertikai Sebagai Juri (Gambar)
--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)

Majlis Resepsi Syamsul Dan Puteri Sarah Serta Syafiq Serentak

Datuk Yusof Haslam merancang untuk mengadakan majlis resepsi persandingan anak-anaknya Syamsul dan Syafiq secara serentak iaitu pada Jun depan, beberapa bulan selepas kedua-dua mereka sah bernikah. Yusof, 60, berkata, majlis resepsi berkenaan dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran.


"Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq. Itu pun cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir. “Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul,” katanya.

Farah Lee Isteri Ally Iskandar Mengandung 12 Minggu (Gambar)

Tahun 2014 nampaknya bermula dengan baik untuk kebanyakan selebriti-selebriti tempatan. Ramai yang berkongsi berita mengenai perkahwinan dan kehamilan. Terbaru, isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar, Farah Lee turut berkongsi berita kehamilannya yang sudah memasuki 12 minggu.


Farah Lee turut berkongsi mengenai keguguran kandungan pertamanya pada 15 April 2013. Ketika itu kandungannya berusia kira-kira 7 minggu. Status Facebook yang telah ditulis oleh Farah Lee mengumumkan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka suami isteri:-
Significant 2 on 200112. Ulangtahun ke-2 ‘Aku Terima Nikahnya’ and we celebrate this year anniversary together with 12 weeks old lil caliph in my bump. Our 2nd baby after my miscarriage on 150413 of 7 weeks old lil boo. Feeling blessed with all those ‘gula’ and ‘garam’ during these 2 blissful years alhamdulillah.

Tahniah buat Farah Lee dan Ally Iskandar.

--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Makan Mi Segera Boleh Mati?
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)

Penyanyi Marinatasha Diarah Turun Pentas Kerana Bertudung (Gambar)

Seorang penyanyi baharu iaitu Marinatasha berasa terhina diaibkan di hadapan kira-kira 100 tetamu selepas diarahkan turun daripada pentas ketika mahu mengadakan persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah gara-gara dia berhijab.


Marinatasha atau nama sebenarnya Marinatasha Isnariah Mustaphar, 33, berkata, tindakan tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain ia berbaur rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung. "Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon dan terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan turun apabila diminta berbuat demikian. "Bayangkan perasaan saya diperlakukan begitu hanya kerana pihak penganjur tidak suka penyanyi bertudung membuat persembahan pada acara itu," katanya.

Pengeluaran Wang Tanpa Kad Dengan Maybank (Gambar)

Kini anda tak perlu gunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit anda. Ini adalah inovasi terbaru daripada Maybank yang dinamakan “Cardless Withdrawal” atau “Pengeluaran Tanpa Kad”. Tenangkan fikiran, hilangkan kecuakan di wajah anda dan bukak laman web atau apps Maybank2u di handphone. Dengan segera tekan butang “transfer”.


Ada 2 pilihan di “Cardless Withdrawal” ini. Kalau untuk kali pertama, anda akan gunakan “Open Cardless Withdrawal”. Tekan pautan tersebut dan anda akan dibawa ke laman seterusnya. Mudah bukan?

Kassim Masdor Meninggal Dunia (Gambar)

Komposer zaman filem-filem Shaw Brothers iaitu Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura. Cucu Allahyarham Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma.


Bagaimanapun katanya, pada malam Selasa keadaannya semakin kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam. “Atuk tidak pernah menunjukkan ciri-ciri dia mempunyai penyakit sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu. Keadaannya semakin lemah sehinggalah kami dikejutkan dengan pemergiannya,” kata Muhammad Kazhendra.

Tuesday, January 21, 2014

Si Kembar Di Kota Bharu Indahnya Makin Membesar

Suka tengok gambar si kembar Husna dan Hanis ni. Dah makin besar, makin pandai main2 sesama. Rasa macam baru je ditolak masuk ke dewan bersalin hospital, pejam jelik dah 11 bulan anak kembar mama ni. Alhamdulillah.


Balik kampung Kelantan nampaknya dorang makin happy, dah makin kenal tokma tokbah dan makcik pakcik tersayang. Suka sangat la ramai yg dukung gi sana sini, naik motor keliling kampung, tengok ayam itik kambing ketam segala ada kan..huhu. Mama doakan Husna dan Hanis terus membesar dgn sihat sempurna, jadi insan yg berguna dunia dan akhirat ye sayang. Ameen.

--  Kota Bharu Balik Kampung La Kan
--  Makan Mi Segera Boleh Mati?
--  Linda Onn Dan Suaminya Ungku Azhar (Gambar)
--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah 

Sunday, January 19, 2014

Kota Bharu Balik Kampung La Kan

Assalamualaikum. Lama x buat entry live from Kota Bharu kan, maklum la ada baby layan schedule entry je lah blog ni. Ekceli ni dah hari ke 6 di Kota Bharu kampung tercinta. Best tu tak yah citer la kan, happy sangat..hehe.


Kakak Hanim pun happy with adik adik dia Husna dan Hanis balik kampung jumpa kaum keluarga tersayang. Mama dan papa Hanim pun makin happy gak coz ramai yg dukung si kembar tu so dptlah kami bersenang lenang..kihkih.

Balik kampung biasalah, byk aktiviti ziarah kan, masa pun agak suntuk,  selera pun nk makan itu la ini la, nasi kerabu lot cheng somtam semua ada. Apa lagi jom cuti cuti uolss.

-- Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
-- Lahirnya Kembar Husna Dan Hanis Alhamdulillah
-- My Twins Husna Dan Hanis Di Usia 4 Bulan 

Monday, January 13, 2014

Makan Mi Segera Boleh Mati?

Mi segera memang salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia. Tiga tahun yang lalu, Malaysia menjadi tuan rumah kepada '7th World Instant Noodle Summit' dan baru-baru ini, mi segera Pulau Pinang MyKuali White Curry Noodle menjadi kegilaan orang ramai.



Tetapi, terdapat pelbagai desas-desus yang mengatakan mi segera boleh menyebabkan anda mati akibat kanser dan juga mati dalam tidur akibat masalah penghadaman (bangungot dalam bahasa Filipina)! Inilah antara 'berita' yang dikongsi di laman sosial Facebook ataupun melalui emel.

Pembaca Berita TV3 Azawate Zenol Abidin Disamun, Suami Dipukul Depan Rumah

Pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin dan keluarga berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan rumahnya di Kota Damansara. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, suaminya berada di luar rumah bersama dua anak lelaki mereka yang berusia dua dan empat tahun, Azawate pula sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.
Secara tiba-tiba, empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu menyerang dan memukul lelaki berkenaan. Suspek telah menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta tolong. Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Damansara.

Pencetus Ummah Akhir Pak Nil Dipertikai Sebagai Juri (Gambar)

Khamis lalu, tirai program realiti berbentuk Islamik, Mimbar Pencetus Ummah telah melabuhkan tirainya apabila PU Hafiz dinobatkan sebagai juara. Walaupun rancangan dakwah itu telah pun berakhir, namun ianya tidak terlepas daripada isu sampingan lain yang membuatkan masyarakat khususnya peminat tidak berpuas hati.


Ibarat 'rumah siap, pahat masih berbunyi', kemunculan pengacara berpengalaman, Datuk Aznil Nawawi di pentas akhir program itu menjadi pertikaian hebat. Di laman sosial dan akaun rasmi Pencetus Ummah (PU), rata-rata mempertikaikan kredibiliti Pak Nil di medan PU sebagai juri profesional. Malah, ada juga segelintir peminat kurang selesa dengan komen-komen yang telah diberikan khususnya kepada finalis yang berasal dari Pulau Pinang, PU Shahul.

Polis Mabuk Dalam Kereta Peronda (Gambar)

Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan. Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.


Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.

Sunday, January 12, 2014

Irma Hasmie Mengandung Anak Kedua (Gambar)

Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer bakal menimang cahaya mata kedua. Berita gembira ini dikongsi oleh Redza Syah Azmeer menerusi gambar di Instagram yang memaparkan gambar bayi yang telah 'discan’.


“Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar! “Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya ALLAH... Doakan Irma Hasmie dipermudahkan untuk terima amanah ALLAH SWT... Saya sangat bangga dengan kamu, mommy :) Syukur alhamdulillah,” tulisnya di instagram. Pasangan ini dikurniakan anak sulung pada 29 Mac tahun lalu yang diberi nama Redza Syah Irfhan Shah Redza.

--  Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang
--  Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
--  Johan Menang Saman RM 1Juta Kes Luka Dibaling Gelas (Gambar)
--  Linda Onn Dan Suaminya Ungku Azhar (Gambar)

Linda Onn Dan Suaminya Ungku Azhar (Gambar)

Linda Onn berkongsi gambar bersama suaminya Ungku Azhar melalui Instagram dan menulis: Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi.Thank u hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love u like a love song..muahhh!! #hugs #kisses #love #nikah #LoveFromBothOfUs.


Sebelum ini Linda Onn merahsiakan wajah suaminya dan baru kini bersedia berkongsi gambar Ungku Azhar. Tahniah buat Linda Onn dan Ungku Azhar, semoga berbahagia selamanya.

--  Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang 
--  Proton Preve Kemalangan Dipandu Wanita Hingga Enjin Tercampak Keluar (Gambar) 
--  Pertunangan Wan Zack Haikal Dan Syahifah (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Saturday, January 11, 2014

Sepahtu Menang Perodua Alza Undian Tertinggi MLM 2013 (Gambar)

Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kesembilan memberi kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza pada malam Jumaat. Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza terbaharu.


"Alhamduliah, ini merupakan hasil usaha kami serta sokongan daripada peminat. Dengan adanya kereta ini, ia akan digunakan sebagai kenderaan Sepahtu untuk kegunaan kerja," kata Jepp, salah seorang ahli Sepahtu. Program tersebut berlangsung di perkarangan pusat beli belah One Utama.

Thursday, January 9, 2014

Johnny's Steamboat Cheras Memang Sedap

Johnny's Steamboat Cheras memang sedap mabeles dan sewaktu dengannya. Masa ni gi KL, Makngah belanja makan kat situ. Tq makngah. Memang asyik makan je kejenya ni..huhu.


Sebelum makan nampak macam banyak tapi bila start makan habis licin jugak rupanya. Makan baik katakan..hehe.


Seronok sangat Hanim berkepit je dgn makngah dia. Tq makngah jadi pihak penaja acara makan2 ni, mmg sedap dan bertambah la sedap bila dpt makan free cmni.. lalala. Alhamdulillah. Uolss yg penah makan kat Johnny's Steamboat tu cmne ek, best tak?

-- I City Shah Alam Di Hujung Minggu
-- Cameron Highlands Ombak Rindu Di Boh Tea Plantation
-- Anak Sekolah Darjah 2 Dah, Rasa Macam Baru Je Tengok Hanim Lahir
-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
 

Wednesday, January 8, 2014

Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang

Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu. Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

"Selain itu, terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selasa. Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan. Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. mstar

Suka hati dia je kan buat budak camtu. Mungkin bila kena kat dia sendiri baru tau kot.

--  Proton Preve Kemalangan Dipandu Wanita Hingga Enjin Tercampak Keluar (Gambar) 
--  Gadis 15 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Ketika Cuti Sekolah
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar) 

Monday, January 6, 2014

Anak Sekolah Darjah 2 Dah, Rasa Macam Baru Je Tengok Hanim Lahir

Kak Hanim sekolah darjah 2 dah, tapi rasa macam semalam je tengok dia baby lagi. Cepat masa berlalu kan..sob sob sob. Kedah start sekolah 1.1.14, so bermula lah jadual baru untuk kakak sebab sekolah sesi petang plak. No more tengok sponge bob kul 5pm, main kejar kejar dgn kengkawan or keluar meronda naik motor dgn Abah pengasuhnya.


Sekolah sesi petang maybe kakak penat la skit mula mula kan. In shaa Allah dpt adapt dgn keadaan secepat mungkin ye. Kul 6.30pm baru blk sekolah, biasanya sebelum ni dah bersantai kt umah kan kak. Redha je lah demi menimba ilmu kan. Semoga kak Hanim dpt belajar dgn sempurna, tenang, happy dan dipermudahkan segalanya juga berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

--  Si Kembar Teman Kak Hanim Beli Kelengkapan Sekolah
--  Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
--  Mee Udang Pulau Sayak Kuala Muda, Sedap Dan Murah 

Sunday, January 5, 2014

Proton Preve Kemalangan Dipandu Wanita Hingga Enjin Tercampak Keluar (Gambar)

Gambar kemalangan Proton Preve yang terbabas dan terbalik beberapa kali di LPT 2. Kereta remuk dan bahagian enjin kereta turut tercampak keluar di atas jalan raya. Walaupun keadaan kereta kelihatan teruk tapi pemandunya seorang wanita terselamat dalam kemalangan itu.


Enjin seketul keluar tu.. Perhh.. forum

--  Konsert Tahun Baru Di Dataran Merdeka Dihentikan, Balingan Botol Ke Pentas (Gambar)
--  Budak 3 Tahun Mati Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta (Gambar)
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
--  Lana Nordin Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik (Gambar)