ad ld

Wednesday, February 20, 2013

Amah Indonesia Lambung Bayi Dipenjara 20 Tahun (Gambar)

Mahkamah Sesyen Kuantan, Selasa menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.


Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

Saturday, February 16, 2013

Kuswadinata Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga Kuswadinata yang meninggal akibat pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar di Hospital Ampang. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.


Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada kira-kira pukul 5.07 petang akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu. Berita kematian Allahyarham disahkan anaknya Irwan, 26, ketika dihubungi mStar Online petang Sabtu.

Friday, February 15, 2013

AirAsia Tawar Tiket Percuma Perjalanan 1-30 April

AirAsia buat promosi lagi untuk 10 ribu tempat duduk percuma untuk perjalanan 1-30 April. Tempahan dibuka selama 24 jam mulai 12.01 pagi 15 Februari 2013. Menarik gak tu kan. Tengok sini untuk lebih detail.


- Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menawarkan 10,000 tempat duduk percuma untuk tempahan ke destinasi di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1-30 April. Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Wednesday, February 13, 2013

Dr Halina Dan Anak Kedua Sophea Natasha (Gambar)

Tahniah buat Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dikurniakan anak perempuan kedua diberi nama Sophea Natasha. Dr Halina selamat bersalin bulan lepas di HUKM. Semoga kehidupan mereka semakin ceria dengan kehadiran ahli baru yang comel tu kan.



Dr Halina yang dah bertudung juga semakin cute. bnara

-- Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air
-- Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Di Gerik (Gambar)

Tuesday, February 12, 2013

Anna Dahlia Nyaris Maut Kemalangan Dirempuh Kereta (Gambar)

Pelakon Ana Dahlia yang juga bekas isteri Chef Riz nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Genting Klang semalam.


Kejadian pukul 1.30 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Iswara dipandu A. Chandran Segaran, 30, Toyota Vios yang dipandu Ana Dahlia dan sebuah van dinaiki tiga lelaki. Kereta Ana Dahlia tersadai di atas benteng pembahagi jalan akibat dirempuh dengan kuat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Chandran Segaran terbabas ketika dalam perjalanan dari Gombak ke pusat bandar lalu merempuh dua lagi kenderaan.

Ana Dahlia memberitahu, dia masih trauma dengan kejadian yang mengakibatkan dia cedera ringan di kepala dan tulang rusuknya retak. kosmo

-- Kereta Api Ekspres Sinaran Utara Tergelincir Di Bukit Mertajam (Gambar)
-- Pierre Andre Dan Nurhidayah Bertunang (Gambar)

Monday, February 11, 2013

Psy Tiba Dengan Jet Peribadi Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Gambar)

Bintang K-pop sensasi Korea Selatan, Psy mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dalam jet peribadi di 07.10 pagi, Isnin. Sejurus selepas beliau mendarat, bintang Korea Selatan dikawal ketat oleh polis pengiring.


Psy, yang nama sebenarnya ialah Park Jae Sang, akan membuat persembahan di hadapan anggaran 80,000 orang di rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di Sekolah Tinggi Han Chiang di 11.45 pagi.

Rombongannya sebanyak 20 penari tiba di Pulau Pinang pada pukul 7.30 malam Ahad. Sebelum ketibaan beliau di Pulau Pinang, Psy telah melakukan persembahan di hadapan dua juta orang di Karnival Salvador di Brazil pada Jumaat.

-- Ning Baizura Bersalin Anak Lelaki Ryan Sky Dalton
-- Pierre Andre Dan Nurhidayah Bertunang (Gambar)

Sunday, February 10, 2013

Kereta Api Ekspres Sinaran Utara Tergelincir Di Bukit Mertajam (Gambar)

Kereta api milik KTM yang menghala ke selatan dengan muatan, 150 penumpang tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada 2.45 petang Sabtu. Kejadian tersebut menyebabkan enjinnya terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.


Keretapi Sinaran Utara yang dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur tergelincir daripada landasannya di KM13.5 antara Bukit Mertajam dan Simpang Ampat. Jurucakap KTM Berhad berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan berkenaan.

"Semua penumpang dipindahkan ke stesen berhampiran menggunakan bas bagi membolehkan mereka menaiki keretapi seterusnya ke Kuala Lumpur," katanya. Beliau menambah insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang gangguan terhadap perjalanan kereta api. mstar

-- (Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak Sg Petani Kedah
-- Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)

Friday, February 8, 2013

Setia Hujung Nyawa Episod Akhir Sinopsis

Setia Hujung Nyawa drama fenomena dah sampai episod akhir. Pasti ramai yang terpacak depan tv tengok finale episode setia hujung nyawa ni kan. Zain lakonan Amar terserempak dengan Ekin bekas kekasihnya yg telah ditinggalkan begitu sahaja sebelum berkahwin dgn Elsalina lakonan Nelydia Senrose.


Ibu Zain ( Zila Bakarin ) terdengar perbualan antara Zain dan Ekin mengenai keterlanjuran mereka sewaktu bergelar kekasih.

Thursday, February 7, 2013

Ning Baizura Bersalin Anak Lelaki Ryan Sky Dalton

Tahniah untuk Ning Baizura yang telah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ryan Sky Dalton. Kelahiran cahaya mata pertama itu lebih bermakna bagi Ning Baizura dan pasangannya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.


Semoga kehidupan mereka lebih ceria dengan kehadiran ahli keluarga baru kan.

-- Anak Ning Baizura Ryan Sky Dalton (Gambar)
-- Memey Suhaiza Bersalin Awal Dua Minggu (Gambar)
-- Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)
-- Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)

Wednesday, February 6, 2013

Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga pelawak Datuk Yahya Sulong yang telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat komplikasi pelbagai penyakit.

- Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 6.45 petang Rabu. Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.

Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.

Ruby TV3 Episod Akhir Sinopsis

Drama Ruby siaran tv3 menemui kemuncak episod akhir 5 Februari 2013 10 malam. Shuhara lakonan Siti Saleha membawa balik Nek Mariam (Kartina Aziz) dari rumah kebajikan. Benjamin lakonan Sharnaaz Ahmad terharu dgn usaha Shuhara itu dan berjanji akan menjaga nenek dgn baik.

Kawan baik Ben, Daniel berjaya menjejaskan hubungan ibu dan anak antara Datin Afifah lakonan Maria Farida dan Nadia (Hanez Suraya). Namun Daniel dibunuh Nadia setelah rancangan Daniel dan Ben untuk merampas kembali syarikat keluarga Ben diketahui Nadia.

Shuhara dan Nek Mariam di rumah didatangi Nadia dan Datin Afifah yg ingin membunuh mereka.

Nadia tertikam ibunya sendiri. Shuhara turut ditikam Nadia tapi berjaya diselamatkan Ben.

Pastu dorang hidup happy ever after la kan..hehe.

-- Duit Blog Dh Lps RM1K, Tq Nuffnang
-- Sinopsis Tentang Dhia Akasia TV3

Pemeriksaan Mengandung Minggu 35 Hospital Sultan Abdul Halim

Minggu 35 dah ni, cepat je masa berlalu. Dua minggu lepas baru datang hospital ni, hari ni ke sini plak dah.


Kul 7.45am dah sampai sini. Scan biasa je hari ni coz last 2 week dah buat detailed scan. Semoga segalanya ok. Amin.

-- Scan My Twins Detailed Scan At Hospital Sultan Abdul Halim
-- Amanjaya Specialist Centre Routine Check Up Pregnancy 

Saturday, February 2, 2013

Memey Suhaiza Bersalin Awal Dua Minggu (Gambar)

Tahniah buat Memey Suhaiza dan Norman Hakim dapat anak lelaki yg selamat dilahirkan 1 Februari 2013 diberi nama Mohamed Darwisz Hakim. Memey bersalin normal awal dua minggu dari tarikh jangkaan.


Tahniah untuk mereka. sumber: beautifulnara

-- Nabil Ahmad Terkejut Isteri Bersalin Awal Tiga Minggu (Gambar)
-- Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)
-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar) 

Friday, February 1, 2013

KFC Rezeki Hanim Balik Sekolah

Sambung cerita Hanim balik sekolah semalam. Hasil ayat baik punya dan kedudukan restoran Kfc yg sgt banyak kat SP ni ada 7 sepanjang jarak 10km dari sekolah ke umah, boleh kata tiap kali benti kat t.light nampak kfc beb, maka kena layan jugak la..huhu.


Take away je coz agak crowded n jalan pun jammed, biasalah hari Khamis kat SP nampak over 'meriah' ramai orang n banyak kenderaan. Orang balik kerja awal, budak budak sekolah baju hostel pun ramai la Khamis kat sini.

Masa dalam kete lagi Hanim dah ngap wedges dua pek cicah cheese tu, sedap katanya. Dah fevret memang sedap la kan wahai anakku.. Alhamdulillah.

-- Balik Sekolah Jom KFC 
-- Dataran Jam Besar SP Ada Yong Tau Fu Sedap