ad ld

Thursday, August 27, 2015

Ribut Kuat Di Sungai Petani Banyak Pokok Tumbang Hempap Kereta (Gambar)

Ribut kuat dan hujan lebat turun di sungai petani semalam 26 Ogos. Awan gelap berkumpul sekitar jam 3petang, mula2 rasa lega bila nak hujan sebab tengok keadaan jerebu agak teruk, then dengar berita bacaan indeks IPU Sg Petani dah 98.


Tuesday, August 25, 2015

Village Mall Tempat Tengok Wayang Bersama Keluarga

Village Mall Lagenda Height ni x lah besar mana, ada tempat makan n lepak macam starbuck, tutti frutti, chicken rice, pizza hut, secret recipe dan kedai barangan elektrik juga beberapa kedai yang kebiasaan ada kat mall macam kedai hp, alatan sukan, gift. Tapi kalau nak bawak anak2 tengok wayang, sini lah tempatnya. Tak crowded, parking senang, nak lepas anak kecik main lari2 pun boleh kat tengah2 mall tu kalau xde apa2 event macam pameran or booth jualan.


Stacy Peluk Islam (Gambar)

Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim. Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin.


Monday, August 24, 2015

Steamboat Di Mama Village Sg Petani Sedap Dan Murah

Steamboat sedap lebih-lebih lagi dinikmati bersama keluarga kan. Tempat menarik dan harga murah jadi makin berselera lah nak makan betul tak? Itu lah Restoran Mama Village nama diberi hehe. Lokasi kat tepi jalan lingkaran luar Sungai Petani. Keluar tol sp selatan atau sp utara terus je sampai jumpa traffic light sg jagung. Dekat simpang t.light tu lah tempat nya, jalan menuju ke taman jubli dan bandar sg petani. Promosi baik punya nih, harap tauke baca ni then bagi open table makan free ehehe.


Sunday, August 23, 2015

Aiskrim McDonalds Di Weekend Yang Sejuk

Hujan setiap petang minggu ni tak menghalang kembar husna hanis dan kak hanim makan aiskrim hehe ada kaitan tak ayat tu. Weekend macam biasa lah kuar berfoya foya di mall, lepas lompat2 lari sana sini dah rasa penat dan lapar mula la request aiskrim.



Thursday, August 20, 2015

Air Cond Kereta Tak Sejuk Air Compressor Rosak

Air cond kereta panas tetiba, x rasa apa kecuali angin je. Gas air cond baru tambah dan servis sistem pun baru lagi rasanya. Drastik sungguh dari sejuk ke panas terus jadinya. Dah la jalan jem, buka tingkap pun xde angin. Kesian anak-anak berpeluh gak la. Dah lepas area jem baru boleh gerak laju skit ada la angin masuk. Terus gi workshop check the problema.


Wednesday, August 19, 2015

Nasi Kerabu Solok Lada Kelantan Mari

Nasi kerabu kelantan muncul lagi. Buat untuk makan bersama sama kawan ofis, boleh pakat try makanan kelate kan hehe. Solok lada pun ada, kalo beli skang ni dah 80sen sebiji rasanya. Buat sendiri boleh makan sampai puas hati kan, kalo jadi gemuk tanggung sendiri la beb.



Tuesday, August 18, 2015

Le Boss Chicken Chop Dan Fish And Chips Terbaik Di Sg Petani

Chicken chop mesti lah sedap kan bergabung plak dengan fish and chips yummyy. Le Boss Sg Petani kat lagenda height terbaik lah setakat ni di SP dalam makanan western. Memang sedap seriously beb. Harga pun ok x mahal sangat, tempat cantik deko dalaman pun cool je. Servis ok tempoh menunggu xlah lama, sedan2 gitu.


Monday, August 17, 2015

Butir Nako Kuih Kelantan

Butir nako nama diberi kuih ni original made in kelate. Tengok tu si kembar husna hanis pun rajin nk tolong mama dia jugak. Tolong buat sepah kan huhu. Una nk wat kuih ni, Uni pun nk wat kuih gak mama! Hah ambik, duduk pun freestyle je, uli lenyek suka hati dorang je tepung tu.


Friday, August 14, 2015

Beraya Di Rumah Kawan Sekolah Dan Cikgu

Rasa kembali muda je kan bila dapat jumpa rakan sekolah zaman dolu2 betul tak? Raya lepas terjah umah kawan sekolah menengah, kebetulan dekat dgn kampung my hubby. Lepas terima wasap address dia, tunjuk kat hubby then dia kata tu kawasan meronda dengan budak2 moto zaman muda2 kih. Tup2 10minit dah sampai umah my friend tu, alahai dekat je rupanya.


Thursday, August 13, 2015

Pasar Borong Wakaf Che Yeh Menarik Ke

Pasar borong wakaf che yeh tempat cuci mata dan cuci poket femes kat kelantan. Macam-macam ada jual kat sini dari segi makanan, pakaian, barangan dapur, sayur segar, barangan mainan hingga dedak ayam pun boleh cari beb. Sedia duit dan tenaga je nak ronda seluruh kawasan pasar borong ni.


Wednesday, August 12, 2015

Pulut Durian Sedap Sangat Kan

Raya pun dapat makan pulut durian. Kawasan tepi jalan Peringat, Padang Kala dan Melor byk gerai jual durian kampung, best woo. Harga pun murah skit compare dgn tempat lain.



Tuesday, August 11, 2015

Kunjungan Raya Ke Pantai Cahaya Bulan

Petang raya ke tiga dah ke pantai cahaya bulan. Si kembar husna hanis tu asal tengok pasir banyak kat mana mana pun nk gi main macam kat pantai. Beraya kat umah jiran pun lebih teruja tgk pasir. So petang tu curi masa jap bawak dorang gi pcb ditemani Mak Uda dan Pak Uda.


Monday, August 10, 2015

Reunion Di Hari Raya Eratkan Silaturrahim

Setiap kali raya akan ada reunion dengan rakan sekolah rendah, menengah dan zaman universiti kan. Tak kira la ramai atau beberapa kerat je yang join huhu. Open house, kenduri kahwin atau majlis kesyukuran tempat kegemaran bertemu mata dengan kawan2 lama kan.



Thursday, August 6, 2015

Tapai Beras Pulut Raya Kelantan Menu Wajib Ada

Sape suka makan tapai beras pulut? Biasanya peminat manis tegar la kan hehe. Tapai ni boleh kata menu wajib raya di kelantan sebab kebanyakan rumah akan sediakan tapai ni di samping menu lain. X kira lah ada sate, soto, nasi dagang, nasi kerabu, nasi arab, nasi ayam pun tapai mesti ada bersama beb.


Wednesday, August 5, 2015

Aidilfitri Di Kelantan Best Ke

Raya di Kelantan kat kampung sendiri mestilah best kan. Masa ni lah dapat jumpa semua adik beradik sambil bermaafan tapi the best moment tentunya dapat salam cium tangan dan menatap wajah ibu bapa kta kan. Tak lupa kepada yang telah tiada, tetap dirindui selalu, diutuskan doa dan ziarah pusara di kala berkesempatan.


Monday, August 3, 2015

Cuti Raya Dah Habis

Assalamualaikum.. Ya cuti raya baru habis ok, jangan jeles uolls sebab blog ni yg baru habis cuti hehe, owner blog dah seminggu masuk ofis. Maybe sbb byk makan ketupat daun palas masa raya tu yg mood malas melanda ke blog.


Lemak-lemak ketupat sudah dicernakan sedikit demi sedikit dengan aktiviti lompat bintang bersama di kembar husna hanis ni so mood berblogging kembali muncul. Cuti raya 12 hari di kampung memang heaven lah dan agak banyak gambar coming soon so stay tuned beb kih3.

-- Aidilfitri Di Kelantan Best Ke
-- Tapai Beras Pulut Raya Kelantan Menu Wajib Ada
-- Anak Anak Artis Yang Comel (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)