ad ld

Tuesday, March 27, 2012

Cameron Highlands Ombak Rindu Di Boh Tea Plantation

Cameron Highland part 2, lama tertunda harap maklum ye..hehe. Ok, ekceli naik ke Boh Tea Plantation Sg Palas paling mengujakan. Dari jauh nmpk ladang teh sgt2 cun gitu, sungguh tenang rasanya. Jalan naik plak mmg adventure kan, ala2 Camel Trophy beb.


Indahnya alam dgn udara fresh di Boh Tea Centre ni mmg best. Nak gi duduk tempat Lisa Surihani n Aaron shooting dlm Ombak Rindu tu org ramai la plak, dh full. Amik gambar back ground je la.

Monday, March 26, 2012

Sedim Yg Cantik, Sejuk Dan Nyaman

Weekend lps bersantai di Sg Sedim ni, best woo. Tempat main air semulajadi plg femes la kt Kedah.


Kawasan dijaga cantik, parkir kereta byk n kemudahan lain mcm bilik mandi, tandas n chalet pn ada.

Tuesday, March 13, 2012

Pelajar USM Ditemui Mati Lps Minta Maaf Di Facebook

Seorang pelajar jurusan fizik Universiti Sains Malaysia (USM) sempat memohon maaf kepada rakan dan ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 Flat Desa Universiti, Sungai Dua semalam.

Monday, March 12, 2012

Live From Kota Bharu Di Pasar Siti Khadijah

Dh 3 hari kt Kota Bharu, happy sgt dpt blk kg. Semalam dh selesai buat majlis doa selamat, tunaikan niat di hati utk tanda kesyukuran, Alhamdulillah. Hari ni plak acara cuci mata di sekitar KB ni.


Check point pertama Pasar Besar Siti Khadijah. Jom shopping uols.

Friday, March 9, 2012

Sharnaaz Dan Shila Terperangkap Dlm Banjir 12 Jam, Naik Lori

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu kereta miliknya telah ditenggelami air selepas terperangkap dalam banjir kilat yang berlaku di Batu 11, Ulu Langat di Kuala Lumpur lewat malam Rabu.

Sharnaaz berkata, air memasuki keretanya jenis Waja itu sehingga ke paras stereng menyebabkan sistem pendawaiannya mengalami kerosakan sehingga terpaksa dihantar ke bengkel.

“Ini adalah pengalaman pertama saya mengharungi keadaan sebegini dan ia cukup menakutkan tambahan pula ketika itu Shila ada bersama saya.

Thursday, March 8, 2012

SBPA Batal, SSM Akan Ditambahbaik

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

Wednesday, March 7, 2012

Cameron Highlands Part 1

Ni baru nk cer gi Cameron ritu. Kul 8am bekfes kt Brinchang, sejuk woo siap kabus lagi. Lps pekena nasi lemak umpps made in Brinchang tu, gerak ke strawberry farm Mardi, my hubby kata kt situ best coz ladang contoh n view sgt cantik. Ada caj skit nk masuk tp lupa plak brp hinggit.


Dh lama x letak gambar family dlm blog ni, so sila bagi chance ye..hehe.

Tuesday, March 6, 2012

Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri Enggan Tidur Sama Tika Bulan Madu

Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah bahawa beliau telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy ketika sedang berbulan mandu di Koh Samui, Thailand.

Jimmy, 32, berkata, beliau bertindak demikian setelah kecewa dengan sikap dingin isterinya apabila enggan tidur bersama ketika tiba di destinasi peranginan itu pada 18 Oktober 2010.

Kata Jimmy, sikap dingin Nursuhaila, 26, telah menyebabkan beliau terpaksa menyewa sebuah bilik lain untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehari selepas itu.

Monday, March 5, 2012

Bienda Dpt Ilham Nama Anak Drpd Telenovela Lavienda Namiraz

Penyanyi Bienda berkata dia mendapat ilham untuk memberikan nama Lavienda Namiraz kepada anak perempuannya yang baru dilahirkan itu daripada perwatakan drama telenovela Latin yang kerap ditontonnya ketika hamil.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, bagi berlaku adil mereka bersepakat untuk menggabungkan bahagian nama masing-masing kepada bayi sulung itu.

Thursday, March 1, 2012

Cameron Highland, Di Strawberry Farm

Sejuk, dingin, cool n sewaktunya jadi makin best lepak kt strawberry farm since 9am. My Hanim suka sgt tgk byk strawberry yg merah2 tu. Geram katanya.


Alamak, to be continue ok..hehe.

-- Cameron Highlands Part 1
-- Cameron Highlands Ombak Rindu Di Boh Tea Plantation