ad ld

Monday, September 30, 2013

Tan Sri Annuar Musa Masuk CCU Diserang Denggi (Gambar)

Tan Sri Annuar Musa ahli Parlimen Ketereh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat MARA dan juga bapa pembangunan bolasepak The Red Warriors Kelantan dimasukkan ke wad CCU Hospital Kuala Lumpur kerana demam denggi sejak beberapa hari lalu.


Semoga Tan Sri Annuar cepat pulih dan kembali sihat seperti biasa.

-- Isteri Norshahrul Idlan Talaha Minta Maaf (Gambar)
-- Majlis Merisik Rozita Che Wan Di Carcosa Seri Negara (Gambar)
-- Awas Penyegar Udara Berbahaya

Saturday, September 28, 2013

Isteri Norshahrul Idlan Talaha Minta Maaf (Gambar)

Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf. "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.


“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Thursday, September 26, 2013

Bekas MB Kedah Tan Sri Azizan Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada pagi Khamis. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.


Pada Rabu lalu Azizan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital. Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1 pagi hari berkenaan dan beliau mengalami serangan jantung 2 jam kemudian. Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.

Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengahari Rabu.

Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Tan Sri juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN kawasan Sungai Limau. mstar

-- Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)
--  Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)

Wednesday, September 25, 2013

Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)

Video pengawal keselamatan Lapangan Terbang Subang yang terlibat dengan isu isteri Matyo menceritakan kisah sebenar yang berlaku. Jom tengok.



Amacam, ada pencerahan tak? huhu.

-- Video Isteri Matyo Maki Pak Guard Airport
-- Rabecca Nur Islam Bersalin Anak Kedua 3.74kg (Gambar)
-- (Gambar) Pernikahan Norshahrul Idlan Talaha, Dpt Offer Beraksi Utk 2 Kelab Indonesia

Sunday, September 22, 2013

Pernikahan Fouziah Gous Dan Md Zhafran (Gambar)

Pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, pada Sabtu. Akad nikah disempurnakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhammad Sujak Mohd Dasuki. Ia diwakil walikan oleh abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous, kira-kira pukul 9.40 malam.


Fouziah, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah Sirih Junjung, set barang kemas, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, beg tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, pen dan cluth, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.Marriot, Putrajaya, manakala sebelah lelaki pada 5 Oktober depan di kediamannya di Bukit Jelutong. Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu. mstar

-- (Gambar) Majlis Perkahwinan Tan Sri Taib Dan Ragad Waleed Meriah
-- Pernikahan Black Dan Naquira Yasirah Di Zebra Square (Gambar)
-- Fouziah Gous Dan Zhafran Bertunang (Gambar)

Friday, September 20, 2013

Bapa Datuk Khaled Nordin MB Johor Meninggal Dunia

Bapa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninggal dunia pada Jumaat. Nordin Johari 81 menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 12.30 tengahari di Hospital Pakar Puteri kerana masalah kesihatan.


Difahamkan Mohamed Khaled yang kini berada di luar negara dalam perjalanan balik untuk urusan pengebumian yang dijangka dilakukan selepas solat Asar pada Jumaat. mstar

-- Honda Accord Ganti Perdana Kereta Rasmi Kerajaan?
-- Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)

Thursday, September 19, 2013

Honda Accord Ganti Perdana Kereta Rasmi Kerajaan?

Kerajaan Persekutuan telah memilih Model Penggantian Perdana (PRM), mengubah rancangan awal untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutif dengan Honda Accord. Menurut sumber, Proton telah diberikan lampu hijau untuk meneruskan rancangan pembinaan model PRM, yang dijangka diumumkan pada Disember.


Difahamkan PRM akan dibina berdasarkan casis Honda Accord dan Proton akan melakukan beberapa perubahan dari segi kemasan dan spesifikasi, sama dengan perubahan sebelumnya yang dilakukan kepada Proton Inspira yang pada dasarnya adalah Mitsubishi Lancer. Bagaimanapun, sumber-sumber berkata Proton mempunyai rancangan lain dengan Fasa 2 yang melibatkan perubahan yang berlainan terhadap penampilan dan enjin yang akan dilancarkan pada tahun 2015.

Wednesday, September 18, 2013

Duit Hasil Blog Dtg Lagi Berbaloi Ke Buat Blog?

Cek Nuffnang dah sampai last week. Rasanya cek ketiga untuk tahun 2013 ni Alhamdulillah. Hasil agak low skit tahun ni maklum lah update blog jarang jarang je skang since kehadiran si kembar Husna dan Hanis bulan Februari 2013, masa utk 'berfoya foya' dgn blog agak terbatas..huhu. Maybe bila twins ni dah besar skit, boleh la catch up balik kot. Nyway rezeki masing masing kan, biasanya usaha lebih dpt la rezeki lebih, tp ada juga yg jenis nasib baik usaha skit je pun dpt hasil berganda ganda kan. Nama pun rezeki, redha je lah..hehe.


Perlu ke ada blog? Buat blog utk apa? Ramai gak yg bertanya. Desperate ke? Lonely? Jiwa kosong? Nak perhatian? Macam macam pendapat kan. Byk kali gak terbaca luahan blogger mengenai pendapat cmtu.

Tapi itu dulu, skang bila tgk redmummy.com masuk paper, benashaari.com masuk majalah siap ada slot Nona lagi, yanmie dpt macam macam hadiah, perspektif terhadap blogger kian berubah. Apatah lagi skang ni blog bleh jana pendapatan pasif setidak tidaknya lepas la bayar bil letrik air tiap tiap bulan tu kan..kih3..

Ohh cukup la merepek merapu utk hari ni. Lu pikir la sendiri kata Nabil kan..

Saturday, September 14, 2013

Malaysia Juara Pestabola Merdeka Kalahkan Myanmar (Gambar)

Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi akhir di Stadium Darul Makmur, Sabtu. Percaturan ketua jurulatih Harimau Muda A ini ternyata berbeza daripada perlawanan sebelum ini dengan menggandingkan dua penyerang di bahagian atas, Wan Zack Haikal dan Rozaimi Ab Rahman. Rozaimi yang meledakkan dua gol pada aksi sebelum ini menjadi pilihan untuk diturunkan dalam barisan kesebelasan utama.


Juga peluang kepada pemain kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim yang diturunkan buat kali pertama dalam barisan utama di bahagian kiri yang sebelum ini dimainkan oleh D. Saarvindran. Junior Eldstal yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Thailand Rabu lalu kelihatan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami cirit-birit dua hari lalu. Ternyata permainan kali kedua selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini lebih sengit dengan menyaksikan serangan dilancarkan sebaik sahaja wisel mula dibunyikan oleh pasukan Myanmar.

Thursday, September 12, 2013

Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Mengandung? (Gambar)

Wan Sakinah isteri kedua Ashraf Muslim telah memuat naik gambar ubat asid folik daripada klinik melalui Instagramnya. Tengok di sinarharian dan beautifulnara, ramai yg tertanya mengenai status Sakinah dah mengandung atau buat persediaan awal untuk mengandung kerana tidak dinyatakan keadaan terkininya itu.


Caption "Doakan saya sihat dan kuat" disertakan dengan gambar ini. Heboh plak nama Ashraf Muslim dan Wan Sakinah..huhu.

-- Wan Sakinah Dan Ashraf Muslim Berkahwin Di Thai Bapa Mertua Kecewa (Gambar)
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
-- Awas Penyegar Udara Berbahaya

Monday, September 9, 2013

Kereta Baru Dah Sampai Jom Test Drive

Walaupun harga minyak telah naik minggu lepas, pembelian kereta baru perlu diteruskan. Pemilikan kereta ini amat perlu kerana keadaan semasa. Ada juga kawan kawan beri pendapat x beli pun x pe sebenarnya, tapi keputusan muktamad telah dibuat..hehe. So ini lah keretanya..


Baby Husna dan Hanis ni dah boleh merangkak dgn laju, maka jenuhlah mama papa nak kepung n kena jaga dorang ni merangkak suka hati je, rasanya elok juga beli walker camni kan. Si kembar ni dah makin aktif, berat badan bertambah cepat plak tu, lenguh nak dukung beb.

Weekend lepas masa nak suap nestum kat dorang ni, my hubby syor beli walker la senang skit nak bagi Husna dan Hanis makan minum katanya. Lagipun kalo dorang penat merangkak bleh letak dlm walker plak kan. So misi mencari walker berjaya dlm masa sejam. Kini masanya untuk test drive ok. Jom vroom vroom.

Nabila Huda Kemalangan Kenderaan Terbalik Di Lebuhraya Karak (Gambar)

Pelakon yang juga anak penyanyi terkenal Amy Search, Nabila Huda, 29, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, petang tadi. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.


Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai terbabas. “Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, melalui portal hiburan Oh Bulan, Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu. Menurut portal itu, ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik. sinarharian

-- Persandingan Abby Abadi Dan Farhan (Gambar)
-- Gambar Keisha Laila Anak Nabila Huda Amy Search

Wednesday, September 4, 2013

Husna Dan Hanis Mula Merangkak Sukanya Tengok

Husna mula merangkak usia cecah 6 bulan, Hanis pulak merangkak lewat skit lebih kurang beza seminggu. Sekarang ni Husna dan Hanis sama sama laju je merangkak lebih2 kalau ada something yg menarik perhatian berdekatan dorang. Pakaian yg terang, warna warni dan byk corak memang Husna dan Hanis akan bagi respon. Cepat je mereka datang merangkak nak pegang bantal ke, mainan kakak Hanim ke atau baju. Suka tengok telatah si kembar ni.


Husna kakak yang sedang ternganga tengok Kak Hanim mengagah tu. Hanis si adik yang cool relaks je tu.

-- Bayi 6 Bulan Makan Nestum Dah Husna Dan Hanis
-- Husna Dan Hanis Dah 7kg Lebih Di Usia Cecah 5 Bulan

Tuesday, September 3, 2013

Minyak Ron95 Dan Diesel Naik 20 Sen Mulai 3 September

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula 3 September. Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar, Isnin.


Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet. Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. mstar

-- Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Pengadang Baru (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)