ad ld

Tuesday, August 27, 2013

Bayi 6 Bulan Makan Nestum Dah Husna Dan Hanis

Bayi 6 Bulan dah boleh mula makan nestum la kan. Makanan pertama Husna dan Hanis selain susu dah start makan nestum beras merah tu. Usia 6 bulan ni si kembar Husna dan Hanis dah macam x berapa cukup dengan susu je, bila tido dorang kerap terjaga. Maybe perlu makanan tambahan, so start bagi makan nestum, baru lah nampak ada kesan dari segi kualiti dan kuantiti tido dorang ni.


Lepas makan, Husna dan Hanis akan tido lebih nyenyak dan dalam masa agak lama berbanding minum susu je. Kualiti tido cukup, berat badan pun makin steady la kan. Dah cecah 8kg dorang ni, lahir hari tu 2kg je huhu.

Ni gambar masa balik kampung raya hari tu, memang happening beraya ada bayi kembar, best dpt duit raya sakan la kan..hehe.

-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
-- Suntikan Tiga Serangkai Bayi 4 Bulan My Twins Jangan Demam Ya

Saturday, August 17, 2013

Proton Suprima S Dilancarkan Tun Mahathir (Gambar)

Proton Suprima S model terbaru Proton dilancarkan Tun Dr Mahathir Mohamad di Matrade Kuala Lumpur. Suprima S boleh dikatakan Preve versi hatchback kerana reka bentuk bahagian depan Suprima S hampir menyamai model Preve.


Spesifikasi Suprima S berbeza dengan Preve kerana terdapat beberapa ciri menarik terbaru dan kemudahan yang dipertingkatkan.

Harga Suprima S ditawarkan bermula RM76,388 model eksekutif dan RM79,988 model premium. Terdapat 5 pilihan warna ditawarkan untuk model Suprima S.

-- Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Pengadang Baru (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Wednesday, August 14, 2013

Carol Lee Mrs Malaysia Menang Mrs Universe 2013 Di Caribbean (Gambar)

Mrs Malaysia Universe Carol Lee mencipta sejarah apabila beliau dinobatkan sebagai Mrs Universe 2013, menjadikan beliau sebagai rakyat Asia pertama yang memenangi pertandingan ratu antarabangsa. Lee, 39, menerima mahkota pada pertandingan akhir pada 11 Ogos di The Westin Aruba Resort di Palm Beach, Caribbean.


Penyampai berita dan bekas hos program bual bicara itu menewaskan 32 peserta di seluruh dunia yang bersaing bagi merangkul gelaran itu, serta turut mendapa gelaran "Mrs Popularity". Lee mendapat 88,649 undi dalam pertandingan yang diundi secara online oleh peminat, yang hampir disaingi oleh Mrs Amerika Syarikat, Amanda Grad yang mendapat 88,556 undi. Beliau menghabiskan masa selama 10 bulan untuk menyediakan persiapan dari segi fizikal dan mental untuk pertandingan itu.

Tema dan inisiatif untuk pertandingan itu pada tahun ini telah 'Hentikan Keganasan Dalam Negara', yang memperlihatkan perjuangan Lee dalam kempen di seluruh negara untuk membantu badan-badan bukan kerajaan dalam usaha memerangi keganasan rumah tangga terhadap wanita. Selain menjadi penceramah dan pengacara majlis, Lee juga mengendalikan Starz Studio, sebuah pusat pembangunan pembelajaran untuk kanak-kanak.

Pada pertandingan ratu itu, Lee memakai pakaian yang direka oleh pereka fesyen Malaysia, Carven Ong yang menerima anugerah Asian Top Designer of the Year pada 2009. Salah satu ciptaan yang ketara Ong merupakan pakaian kebangsaan Lee yang memaparkan bunga raya yang besar di bahagian bahu. mstar

-- Surau Resort Diguna Penganut Buddha Ketua Sami Minta Maaf (Gambar)
-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?