ad ld

Thursday, October 27, 2011

Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah

Pelakon drama rantaian popular Nur Kasih, Remy Ishak, 29, mengaku bercinta dengan gandingannya, Tiz Zaqyah, 22.

Remy berkata, dia bukan ingin menyembunyikan hubungan tersebut kepada umum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebaliknya tidak mahu menggembar-gemburkan kepada umum tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodohnya.

Sunday, October 23, 2011

(Gambar) Majlis Persandingan Yasmin Hani Dan Sha'arin Di Dutchess Duchess Place

Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani Richardson,32, dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, berlangsung dengan meriah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang, malam Jumaat. Pasangan mempelai yang tiba pada pukul 9 malam itu tampak berseri dan anggun dengan pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.


Keputusan Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua 22.10.11, Terengganu, N Sembilan Ke Final

Terengganu dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi. Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

Saturday, October 22, 2011

(Gambar) Yasmin Hani Sah Milik Sha'arin

Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, Jumaat.



Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran termasuklah cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah kitab Al-Quran. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Qamilla manakala wajah Yasmin disolekkan oleh teman rapatnya, Tengku Putra Iskandar Tengku Othman. Pelamin kedua-dua mempelai ditaja oleh Mohd Ali.

Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) Di lokasi yang sama. Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya. Sha'arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama. mstar

-- Majlis Resepsi Fouziah Gous Dan Zhafran (Gambar)
-- Majlis Baby Shower Yasmin Hani Dan Shaarin (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)


Friday, October 21, 2011

(Gambar) Gaddafi Mati Ditembak

Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya semalam. Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.


“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters. NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.

Thursday, October 20, 2011

Best Sgt Ke McD Quarter Pounder With Cheese?

Best sgt ke McD Quarter Pounder With Cheese? Uols dh try? Mmg sedap compem woo, sekali makan 4 kali nk lagi..hehe. Semlm blk keje Hanim kata nk makan McD, papa kata ok je lgpun dh print siap2 kupon Quarter Pounder dua hari lps.



Seb baik masa tu Q x panjang sgt, cepat je dpt. Mmg mables dpt makan McD time2 hujan lebat kt kedah ni. Makan kenyang2, blk umah layan Soffiya plak kata papa. Nk tgk Tiz Zaqyah le tu. Emm bagi chance la kan..kui3.. Opps, jgn lupa test menu best ni dgn bw kupon kt bwh tu ye.

-- Kupon McDonalds Quarter Pounder With Cheese RM6.99 17-25 Okt 11
-- Himpunan Sejuta Umat 22 Okt Di Stadium Shah Alam

Tuesday, October 18, 2011

Keputusan Piala Malaysia Separuh Akhir Pertama 18.10.11, Terengganu Dan N Sembilan Menang

Terengganu menang 2-0 Selangor di Stadium Shah Alam. 2 jaringan Abdul Manaf Mamat memberi bekalan selesa utk Terengganu melayan Selangor dlm perlawanan separuh akhir kedua nanti.

Negeri Sembilan juga catat kemenangan di tmpt lawan dgn tewaskan T-Team 4-2 di Kuala Terengganu. Gol NS dijaringkan oleh Shahrulain, Hairuddin (2gol) dan Kunalan. Gol T-Team pula drp Indra Putra dan Norfarhan.

-- Video Drama Soffiya TV3 Episod 14
-- Sultan Kedah Dipilih Yang di Pertuan Agong Kali Ke 2

Video Budak 2Thn Dilanggar 2 Lori Dibiarkan Terbaring

Terkejut, sedih, geram tgk video budak 3 thn dilanggar 2 lori dan dibiarkan saja oleh org yg lalu lalang kt situ. Mmg xde perasaan, selamba je tgk budak tu terbaring kaku kesakitan. Makin gila manusia zaman sekarang ni.

Monday, October 17, 2011

Kupon McDonalds Quarter Pounder With Cheese RM6.99 17-25 Okt 11

Peminat McDonalds tgk sini cepat2. Kupon McValue Meal Quarter Pounder With Cheese at RM6.99 from 17-25 Oct 11. Sila print kupon ni n terjah ur nearest McD right now..hehe.


I Lovin' It. Jom2 makan.

-- Atlet Boling Umur 20 Thn Mati Sakit Jantung Ketika Memandu
-- Video Drama Soffiya TV3 Episod 14
-- Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel

Saturday, October 15, 2011

Tahajjud Cinta Episod Akhir, Video Dan Sinopsis

Drama Tahajjud Cinta dh berakhir di mlm yg sama kaum lelaki memerlukan t.v coz suku akhir kedua Piala Malaysia turut berlangsung..huhu.

Atas 'semangat kesukanan yg tinggi', sama2 lah tgk bola walau agak kuciwa coz Kelate kaloh doh..sob sob sob. Tahniah Ganu kiter.

Pepun bleh kembali layan Tahajjud Cinta di tonton ok dun wori. Ni nk cer skit sinopsis final episode tu. - Seri (Fauziah Ghouse) teruk dipukul Ustaz (Eman Manan) krn bercakap dgn Citra (Fazura) melalui hp. Seri ditampar, kena sepak dipijak perut sesuka hati. Seri cuba dptkan bantuan dlm kesakitan dgn ke rumah Solah, kebetulan dilihat Suraya (Neelofa).

Friday, October 14, 2011

Video Datuk Siti Nurhaliza, Falling In Love Live Di Pavilion KL

Lately lagu baru Datuk Siti Nurhaliza - Falling In Love ni dh jd latest fevret ramai kan. Lagu yg best, rentak fast n catchy gitu. Ok ni nk share video Datuk Siti tgh shooting utk lagu ni di Pavilion, live beb.


Wednesday, October 12, 2011

Bob Lokman Ditahan JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan penulis lirik, pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Bob Lokman atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat malam Isnin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Tuesday, October 11, 2011

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 10.10.11, Kelantan vs Terengganu

Perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 10.10.11 Kelantan vs Terengganu berlangsung dgn agak tegang mencatat 5 KAD MERAH. Kelantan kena 3 kad, Terengganu 2. Tp result gol sebaliknya iaitu Terengganu menang 3-1 Kelantan. Daudsu, Shakir dan Aziz dri Kelantan kutip kad merah dan player Terengganu pula Ismail Faruqi dan Zubir.

Selangor juga menang 3-1 Perak hasil pakar free kick Safiq Rahim dgn dua gol melalui skill itu. Amirulhadi 1 gol dan gol Perak melalui Failee.

Felda United menang 1-0 Negeri Sembilan. Sabah tewas 1-2 T Team.

- Video 3GP Mimie One Nation Emcee
- Skim Rumah Pertamaku Naik Ke RM400 Ribu Bajet 2012, Wow!!!!
- (Gambar) Bayi Baru Lahir Dicampak Dri Tingkat 2 Ke Dlm Longkang Di Selayang

Saturday, October 8, 2011

Intipati Belanjawan 2012, Bajet 2012

Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera. * Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagi Syarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia. * Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

Friday, October 7, 2011

Live From Kota Bharu, Blk Kampung

Assalamualaikum. Dh 4 hari di kg tercinta Kota Bharu, cuti coz Tok Ma n Tok Bah Hanim a.k.a my mertua berangkat ke Tanah Suci Mekah menunaikan Haji. Berlepas dri airport Pengkalan Chepa dan dh selamat smp, Alhamdulillah. Ceria je dgr suara mereka dlm phone dri sana semlm, penginapan dekat dgn Masjid Nabawi makin teruja gembira utk beribadat.


Kt Kelantan dh biasa, boleh kata satu kampung rombongan menghantar jemaah bakal haji ke a.port. Sedara mara, waris jauh dekat mmg dh wajib join la kan plus jiran2, sahabat handai terdekat. Masa tu juga dpt jmp kaum kerabat yg dh lama x bersua.

Semoga Tok Ma n Tok Bah diberikan kesihatan yg baik, dpt beribadat dgn sempurna dan mendapat Haji Mabrur, Amin.

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs, Pengasas Apple Meninggal Dunia Akibat Kanser

Tentunya ramai yg kenal n kagum dgn Steve Jobs ni, especially pengguna brand 'i' kecik cmtu. iPhone, iPad n komputer yg begitu meluas pasaran seluruh dunia. Kematian dia pasti satu kehilangan besar dlm dunia teknologi.

- Pengasas Apple Inc, Steve Jobs, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Lembaga pengarah Apple telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kematian Steve Jobs.

Mendiang berumur 56 tahun dan telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif Apple atas sebab-sebab kesihatan pada bulan Ogos lepas.

- Pernikahan Nabil, Sebab Irma Enggan Hadir
- Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya
- Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel

Tuesday, October 4, 2011

(Gambar) Bayi Baru Lahir Dicampak Dri Tingkat 2 Ke Dlm Longkang Di Selayang

Sedih sgt tgk mayat baby tu. Ditemui dlm longkang krn dicampak ibu dri tingkat 2. Kejam xde perasaan ke.


- Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Saturday, October 1, 2011

(Gambar) Pernikahan Nabil Dan Nazirah Pramugari AirAsia

Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.