ad ld

Tuesday, January 31, 2017

Cuti Tahun Baru Cina Dipenuhi Kenduri Kendara

Assalamualaikum. Dah start keje ke harini uolls? Kat Kedah semalam lagi dah keje tapi mama masih cuti hehe. Habiskan masa layan anak2 dengan main masak2, lompat bintang, kemas rumah, makan2, jadi hulk dan berleter memang best kan uolls :-). Semalam pulak dipenuhi aktiviti tambah lemak, kenduri serata alam 3 negeri Perlis, Kedah, Penang. Jauh2 tapi happy penuhi undangan sambil jalan jalan dengan family. Dewan orang ramai, resort, kebun getah, ladang kelapa sawit, ceruk kampung masuk list venue semalam. Happening, adventure dan thriller segala macam ada sepanjang lengkapkan jemputan tu. Alhamdulillah segalanya ok, menu sedap2 plus layanan tiptop dari tuan rumah siap pakej bergambar dengan pengantin priceless moment dilalui bersama anak2.


Dalam banyak2 tempat, menu kat Gurun ni paling best, A++ dia punya gulai kawah beb.

Macam mana, terliur tak uolls? Kih3...

Monday, January 30, 2017

Aeon Mall Kota Bharu Di Hari Cuti

Assalamualaikum.. Cuti panjang CNY ni uolls pasti isi masa terluang dengan macam2 aktiviti best kan. Ramai yang balik kampung, g bercuti jauh skit macam oversea pun ramai jugak kan. Mesti happy dapat bersama sama ahli keluarga tersayang.

Ni baru nak up gambar g Aeon Mall Kota Bharu masa balik kampung haritu. Bawak habis semua rakyat jelata yang ada kat umah tu g cuci mata di Aeon. Orang ramai memang standard la kalau public holiday di Kelantan, penuh manusia di segenap tempat beb. Ni kira ok la sempat mencelah g 'berfoya-foya' kat situ..hehe.

Monday, January 23, 2017

Anugerah Juara Lagu 31

Uolls tengok ke AJL31 semalam? Best kan. Opening pun dah kebaboom dengan lagu Obses by Akim tu. Siap kuar semua Riddler, Two Face dan segala penjahat citer Batman..huhu. Aiman Tino pulak perform best tapi xde rezeki dia semalam.

Khalifah memang sempoi showmanship dia, satu kampung angkut siap anak ayam pun ada. Hang Pi Mana lagu yg pernah dilabel haters 'sampah' tu menang Persembahan Terbaik, dapat Rm12ribu beb. Projektor Band dengan lagu Sudah Ku Tahu menang tempat ketiga. Naib Juara Ajl31 milik Misha dan Hafiz.

Dan pastinya Juara AJL31 milik Dayang Nurfaizah dengan lagu Lelaki Teragung yang best tu. Dayang juga menang Vokal Terbaik kali ketiga berturut turut dah hatrik kalau main bola tu..hehe.

Wednesday, January 18, 2017

Nasi Goreng Udang With Love

Assalamualaikum. Baru nak post rini, dah malam pun. Kira aci jugak la kan hehe. Balik keje tadi sampai umah gak lewat dari biasa sebab jalan jem hujan lebat sangat. Twins pun dah tertido dalam kete, alahai xdan nak manja2 dengan dorang malam ni. Xpe la nak, kita main2 esok plak ye.

Masa dalam kete lagi fikir nak buat apa menu makan malam ni, tanya my hubby n Kakak ok je makan apa pun jawab dorang tu. So masuk umah terus campak2 apa yang patut dalam kuali tu dan hasilnya...tadaaaa Nasi Goreng Udang With Love la sangatttt..kih3.

Simple, cepat dan padat..hehe. Jemput tengok ya. Tq uolls.

Tuesday, January 17, 2017

Balik Kampung Mesti Makan Baik Punya

Cuti sekolah hujung tahun memang jadi acara wajib balik kampung la kan. Sama jugak macam tahun2 lepas, balik kampung seminggu dua memang heaven beb. Dapat tengok wajah2 ma abah dan orang2 tersayang di sekeliling kita satu nikmat x terkata. Makan plak masakan Ma yg mabelesss, habiskan masa bersama family dapat releasekan stress waktu kerja.




Ni antara menu yang berjaya dihabiskan dengan perfect sekali. Uolls yang sampai Kelantan tu mesti try semua ni, baru dikatakan sah jejak kaki di Kelate hehe. Happy lunch uolls.

Monday, January 16, 2017

Biskut Gery Teman Minum Petang

Menu minum petang tadi Biskut Gery yang femes meletop kebaboom tu uolls. Diberi oleh adik tersayang yang duk jauh nun di Temerloh. Tq kngoh. Sedap biskut ni, bagi peminat cheese lagi lah jadi pujaan rasanya kot.

Uolls mesti dah lama test kan. Bagi chance la mama try plak..hehe.

Sunday, January 15, 2017

Main Masak Masak Dengan Anak Anak Di Hari Cuti

Assalamualaikum. Hari ni Kedah cuti uolls. Sempena 3 hari cuti ni sejak Jumaat, sempat la luang masa banyak skit dari biasa bersama family kan. Semalam lagi dah plan pagi ni nak main masak2 dengan daughters tu. Riuh rendah jugak layan dorang ni tapi happy tengok anak2 bekerjasama nak masak tu.. Dan hasilnya..


Cheezzy balls mabelesss homemade. Dah siap ni makan la puas2 kan. Kih3..



Gambar saat 'berperang' di dapur berterabur tepung dibuatnya. Harap2 moment seperti itu menjadi pengalaman menarik untuk mereka adik beradik kan. Alhamdulillah.

Saturday, January 14, 2017

Tergerak Hati Nak Tengok Blog

Assalamualaikum. Lama sangat takde new post blog ni, dah hampir setahun rupanya. Rindu sebenarnya nak menaip dan post citer tapi masa sangat mencemburui ku sebelum ini. Tetiba hari ni gatal tangan nak on blog, seb baik ingat lagi nak sign in..huhu.

Harap aura rajin kerap datang awal tahun 2017 ni untuk gerakkan kembali blog bersawang ni. Rindu kawan2 blogger dulu-dulu. Nanti kita visit uolls. Terima kasih.