Thursday, June 20, 2013

Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?

Buai elektrik bayi atau electronic baby cradle banyak di pasaran kan. Uolss penah guna brand apa ekk? Baby Flower brand ada yang penah pakai tak? Macam mana tahap penggunaannya tahap lasak tak, maksudnya dari segi masa on tu ada tempoh tertentu or main belasah je tak kira berapa jam?


Last week my hubby beli buai elektrik Baby Flower. Kat SP ni xde la pilihan sangat, kebanyakan kedai ada 2-3 brand je. Tanya kawan2 yg penah guna pun dorang tak specify brand apa, main beli je asal ok. Sebelum ni x terfikir pun nak beli buai elektrik, tapi bila dah start keje masuk ofis dan rutin kehidupan yang baru dengan hadirnya anak kembar Husna dan Hanis, adanya buai elektrik satu bentuk kemudahan.

Kak Hanim dulu pun kena layan buai baru nak tido, so bila tengok adik adik kembar dia pun ada perangai cmtu gak, nampaknya kena beli la electronic cradle tu kan. Mau x beli, cuba bayangkan uolss buai dua dua orang serentak, mau berketul lengan beb..huhu.

Camne pengalaman uolss guna buai elektrik, banyak membantu tak?

Pelajar Maahad Tahfiz Pulau Melaka Maut Dijangkiti Kencing Tikus

Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan meninggal dunia pada Selasa akibat terkena jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit Bakar, Machang. Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, pada 30 Mei lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut.

Ibu saudara mangsa, Nur Ilyana Che Mat, 33, berkata, Sheikh Mohd Alif mengikuti perkhemahan yang dianjurkan sekolahnya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Anak saudara pergi ikut perkhemahan tersebut beberapa hari sebelum cuti pertengahan tahun baru-baru ini dan kemudiannya pulang ke rumahnya di Paka,Terengganu. "Mohd Alif kemudiannya kembali ke sekolah selepas tamat cuti sekolah tersebut, namun tidak mengikuti sesi riadah dan ulangkaji sehinggalah seorang guru yang membuat pemeriksaan di asrama menemui beliau berada dalam keadaan lemah," katanya.

Tuesday, June 18, 2013

Iklan Kakao Talk Di Blog Masyukk $$$ Tq Nuffnang

Kakao Talk talk talk talk iklan di kaca tv lately kan. Yuna dan Big Bang jadi model Kakao Talk tu, skang ada kat 1st love blog ni plak since semalam, Alhamdulillah. Makin bertambah buffered earnings running bekerja 'buat duit' untuk owner blog, hehe. Rezeki my twins Husna dan Hanis la tu kot.


Terima kasih Kakao Talk sudi pilih untuk berkempen di blog ni. Terima kasih juga untuk nuffnang.com.my terus memberi peluang cintapertamakami.blogspot.com buat duit melalui blog. Maju lah blog untuk semua..hehe.

-- Cek Nuffnang Duit Blog Dah Sampai Jom Shopping Lah
-- Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- Puteri Sarah Sedia Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta (Gambar)