ad ld

Tuesday, August 26, 2014

Gambar Pengantin Separuh Bogel Berjalan Di Ipoh Jadi Viral Di Laman Sosial

Gambar separuh bogel pasangan pengantin yang dikatakan bergambar di hadapan sebuah bank Jalan Sultan Yussuf kini mula tersebar dan menjadi tarikan di laman sosial.


Gambar tersebut menunjukkan pengantin wanita itu hanya memakai pakaian dalam dan vel pengantin, manakala pasangan lelaki tidak berbaju dan  hanya memakai 'bow tie' serta seluar panjang bewarna hitam. Tidak dijelaskan bila penggambaran itu dibuat, namun gambar tersebut berada di laman sosial sejak Isnin.

Thursday, August 21, 2014

Budak 4 Tahun Mati Ditinggalkan Dalam Kereta Lebih 8jam Di Sek Men Keb Kuala Nerang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang.


Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada 4 petang, selepas habis waktu bekerja. Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.

Kes Curi Duit Mangsa MH370 Pegawai Bank Dan Suami Didakwa (Gambar)

Seorang pegawai bank HSBC, dan suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap beberapa pertuduhan berhubung pemindahan dan pengeluaran wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, antara Mei dan Julai lepas.


Nur Shila Kanan, 33, menghadapi 12 pertuduhan manakala suaminya yang juga mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, berdepan empat pertuduhan. Mereka mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Gambar Wanita Seksi Kejohanan Muay Thai Piala MB Kedah Jadi Bualan

Beberapa jalan utama di bandaraya ini dihiasi gegantung ‘Kejohanan Muay Thai Piala Menteri Besar’ yang akan berlangsung September depan di Stadium Sultan Abdul Halim, namun kewujudan gegantung peserta wanita berpakaian seksi mencuri tumpuan apabila ia menjadi bualan di laman sosial.


Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandaraya ini mendapati promosi kejohanan itu sudah bermula sejak awal Ogos, dengan memasang gegantung di jalan-jalan utama. Promosi menerusi laman Facebook juga dilakukan pihak penganjur, termasuk di laman sosial antarabangsa sukan Muay Thai.

Wednesday, August 20, 2014

Datuk Noor Zahidi Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Di China (Gambar)

Adun Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser kira kirapukul 5.45pagi Rabu. Datuk Noor Zahidi meninggal dunia di Guangzao China kerana mendapatkan rawatan di sana.


Noor Zahidi adalah Ketua Bahagian Umno Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor pada Pilihanraya Ke 13 PRU13 lalu dengan majoriti 1736 undi. Beliau memperoleh 10174 undi menewaskan calon PKR Shaharun Ibrahim 8438 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

--  Siti Nurhaliza Jadi Nenek Dapat Cucu Anak Anas Zawawi Dan Nasha Alyssa (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
--  Dua Anggota Polis Dipenggal Dicacatkan Otak Dan Mata Kanan Hilang

Dua Anggota Polis Dipenggal Dicacatkan Otak Dan Mata Kanan Hilang

Kota Kinabalu - Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.


Pegawai Penyiasat Inspektor Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada  6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.

Tuesday, August 19, 2014

Nora Danish Terperangkap Dalam Lif Hotel Legoland Sejam (Gambar)

Nora Danish mengamuk dalam Instagram kerana terperangkap sejam dalam lif Hotel Legoland. Zarema Zainal yang mengandung juga ada dalam lif tersebut.


Luahan Nora Danish dalam laman sosialnya.

--  Anak Kembar Di Usia 17 Bulan Pandai Buat Apa?
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  (Gambar) Perkahwinan Raja Farah Dan Megat Bashirun Datuk Zakaria
--  Kiki CDM25 Didenda RM5000 Dan Kerja Kemasyarakatan 240 Jam (Gambar)

Friday, August 15, 2014

22 Ogos Hari Berkabung Negara MH17 Bukan Cuti Umum

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.


Beliau berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan pada hari tersebut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan ketibaan 16 jenazah tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.

Dakwaan Serangan Seksual Anak Kapal MAS Ditahan Di Perancis

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan seorang anak kapalnya telah ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan berperangai tidak senonoh terhadap seorang penumpang.


Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menyatakan anak kapal itu telah ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lepas, mendakwa seorang anak kapal MAS berkelakuan tidak senonoh.

Thursday, August 14, 2014

Perodua Axia Dibuka Untuk Tempahan Harga Dari RM24900 (Gambar)

Perodua Axia model terbaru Perodua kini boleh ditempah dengan booking fee RM250-RM300 bergantung kepada variant. Terdapat 4 variant Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.


Model Standard E bermula RM24900 dan didatangkan bersama 5 tahun waranti.

--  Maidin Ibrahim Meninggal Dunia Dalam Solat (Gambar)
--  Honda Jazz 2014 Harga Spesifikasi Dan Pilihan Warna (Gambar)
--  Perkahwinan Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Vokalis Az Yet
--  Robin Williams Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri (Gambar)

 

Maidin Ibrahim Meninggal Dunia Dalam Solat (Gambar)

Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung. Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38.


“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya. Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Tuesday, August 12, 2014

Anak Kembar Di Usia 17 Bulan Pandai Buat Apa?

Anak Kembar Di Usia 17 Bulan Pandai Buat Apa? Soklan kawan zaman universiti kat whatssapp. Pandai menangis memang confirm la kan hehe. Lagi? Husna n Hanis dah pandai buat memek muka, bila mama papa dia larang dorang buat something, dorang akan menjeling lbh2 lagi Hanis. Bergaduh sesama kembar mmg selalu, berebut barang mainan padahal dah ada sorang satu benda yg sama.


Dorang dah tahu nama masing2, kalo kita tya sape nama Husna, angkat tangan! Husna angkat tangan sambil Hanis plak tunjuk kepada Husna. Gitu lah sebaliknya pun. Memang terhibur tengok gelagat Hanis n Husna ni. Masa meragam pun mencabar gak, dua dua nak dukung dgn org sama, mama or papa dorang. Redha je la kan hehe. Boleh cam tak mana satu Husna mana satu Hanis?

--  Irma Hasmie Bersalin Anak Kedua Di Prince Court (Gambar)
--  Robin Williams Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri (Gambar)
--  Perkahwinan Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Vokalis Az Yet

Wednesday, August 6, 2014

Honda Jazz 2014 Harga Spesifikasi Dan Pilihan Warna (Gambar)

Honda Jazz serba baharu dilancarkan di Malaysia sekaligus menjadikan Jazz generasi ketiga terus dianggap pengubah permainan dalam segmen hatchback kompak menerusi pakej versatiliti, mampu milik dan kefungsian yang bernilai tinggi.


Mula diperkenalkan pada tahun 2001, Jazz generasi pertama dan keduanya pantas menetapkan penanda aras dalam segmen hatchback. Model-model ini sangat berjaya dan popular di seluruh dunia apabila mencatat jualan 5.2 juta unit serta menjadi model terlaris Honda.