ad ld

Showing posts with label gula. Show all posts
Showing posts with label gula. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Harga baru Gula (RM1.90), RON 95 (RM1.85)

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat ACPerdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal. - bharian

    Thursday, July 15, 2010

    Harga Minyak Naik 5 Sen Mulai Esok

    PETALING JAYA: Kerajaan pada Khamis mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen berkuat kuasa esok (16 Julai).

    Ia adalah selaras dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini, subsidi bagi RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

    Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.
    "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik. "Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya. - mstar

    Monday, May 17, 2010

    BELI GULA KENA BAWA IC N SIJIL NIKAH

    Salam. Apa cer hr ni uols? Dh bekfes ke? Makan tu jgn pilih yg ada gula byk2 plak, x baik utk kesihatan ye..hehe.. Ni ada cer bab gula, jom layan..

    DUNGUN 16 Mei - Tunjuk kad pengenalan dan surat nikah untuk membeli sekilogram gula!

    Bunyinya seperti jenaka. Namun itulah yang perlu dilalui oleh seorang pengguna di daerah ini ekoran krisis gula yang meruncing kebelakangan ini.


    Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Siti Marsila Sheikh Abdul Rahim, 24, bersama suaminya Mohd. Faizul Hashim, 28, keluar ke bandar Dungun untuk mendapatkan bekalan gula yang semakin sukar diperolehi.

    Pada awalnya, Mohd. Faizul ke sebuah kedai runcit di bandar Dungun untuk mendapatkan sekilogram gula namun setelah menunggu hampir sejam, dia terkejut dengan tindakan peniaga kedai runcit itu yang memintanya menunjukkan kad pengenalan.

    "Suami saya yang hairan dengan tindakan peniaga berkenaan terus menunjukkan kad pengenalan tetapi terkejut apabila peniaga itu memaklumkan pula dia hanya menjual gula kepada rakyat Terengganu sahaja.

    "Memandangkan nombor kelahiran (03) tertulis di kad itu yang menunjukkan dia berasal dari Kelantan, peniaga itu tidak mahu menjual gula kepada suami saya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Tambah Siti Marsila, mereka kemudiannya pergi ke kedai lain dan berdepan dengan insiden yang lebih memeranjatkan.

    Jelasnya, dia yang terpaksa berbaris panjang di kaunter bayaran terkejut kerana peniaga itu memaklumkan dia tidak boleh membeli gula kerana "masih kanak-kanak".

    "Ia mungkin kerana tubuh saya agak kecil dan kelihatan seperti kanak-kanak namun setelah saya memaklumkan bahawa saya telah berkahwin, lain pula yang diminta oleh peniaga itu.

    "Dia mahu saya tunjukkan surat nikah untuk membuktikan saya telah berkahwin dan layak membeli sekilogram gula dan bukannya daripada sindiket membeli gula," jelasnya yang amat kecewa dengan kejadian itu.

    Tambahnya, bagi mendapatkan sekilogram gula, dia dan suami terus pulang ke rumah untuk mengambil surat nikah walaupun masih bingung mengapa perkara itu mesti berlaku.

    Ujar Siti Marsila, setelah membawa surat nikah berkenaan, barulah dia diberikan sekilogram gula - pembelian yang paling sukar dalam hidupnya selama ini.

    Sementara itu, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. Hilmi Mohd. Noor berkata, pihaknya memandang serius kes tersebut dan akan melakukan siasatan segera.

    "Saya nasihatkan jika pengguna menghadapi masalah yang sama, mereka boleh terus berjumpa dengan anggota penguat kuasa di setiap daerah untuk mendapatkan bekalan gula," katanya. - Petikan Utusan Online 17 Mei 2010.

    --> Mcm2 hal kan. Uols agak2 cmne cara family yg bukan asal sana nk bli gula ekk? Lu pikir la sndri..huhuhu..

    Tuesday, April 27, 2010

    STOK GULA - APA MASALAHNYA?

    Salam.. Uols tgk berita td? Pasal gula x cukup kt Kedah n Perlis tu.. Heran btul, Kedah especially SP ni berjiran je dgn Seberang Prai. Brand Gula Prai tu kilang dia kt situ la. Tp nape lak stok bleh jd problem kt sini? Sama gak dgn Perlis. Semua tahu ladang tebu terbesar Malaysia ada kt Chuping Perlis tu kan. So apa masalah sebenarnya?

    Selalu je jd cmtu, boring btul. Bleh bli 1paket sorg je, apa daaa.. Mmg dri other side thinking bleh la kata kurangkan penggunaan gula baik utk kesihatan kan. Tp klu dh makanan minuman dh x ikut standard biasa, sape nk tadah telinga bila laki aku bising.. Aku la jugak kan.. Wakakaka.. Standard la, apa2 food beverages made in Kelate tentulah mesti manis a.k.a lori gula terbalik depan umah la..huhu.. X reti2, sndri mau ingat la.