ad ld

Tuesday, December 30, 2014

AirAsia QZ8501 Terkini Mayat Dan Jaket Keselamatan Ditemui (Gambar)

Pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan menemui beberapa mayat, barangan, pintu kapal terbang dan garisan kecemasan pada lantai pesawat dipercayai milik pesawat Air Asia QZ8501.


Antara yang ditemui di lokasi juga adalah rakit, jaket keselamatan dan saluran menurun di air dari pesawat berwarna jingga. Kumpulan penyelamat juga melaporkan menemui beberapa serpihan lain di kawasan sama, memetik laporan Daily Mail.

-- Intan Maizura Isteri Pramugara Mohd Hazrin MH370 Miliki Diamonds By Diamond (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar) 

Intan Maizura Isteri Pramugara Mohd Hazrin MH370 Miliki Diamonds By Diamond (Gambar)

Impian Intan Maizura Othaman, isteri kepada kru pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang terbabit dalam nahas 8 Mac lalu untuk memiliki jenama busana muslimahnya sendiri akhirnya menjadi kenyataan.


Mahu bangkit dari kepiluan sejak insiden itu, isteri kepada pramugara pesawat malang itu, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan kini tampil lebih yakin dengan rekaan jubah dan hijab menggunakan label Diamonds by Diamond.

Balik Pulau Dilanda Ribut 10 Rumah Hampir Musnah (Gambar)

Sekurang-kurangnya 10 buah rumah hampir musnah setelah dilanda ribut dan angin kencang pada Isnin.


Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata beliau mendapat laporan terdapat lebih 10 buah rumah termasuk di Kampung Sungai Rusa, hampir musnah apabila bumbung rumah ditiup angin kencang.

Monday, December 29, 2014

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu Cuti Hingga 11 Jan 2015

Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata dengan penangguhan ini tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 Ahad.

Manakala bagi negeri-negeri lain bermula 12 Januari 2015 Isnin.

Sunday, December 28, 2014

Pesawat AirAsia QZ 8501 Surabaya Ke Singapura Hilang

Portal berita Indonesia, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat AirAsia yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi pada pagi Ahad.


Dalam laporan yang diterbitkan pada 9.57 pagi itu, Kompas mendakwa pihak berkuasa Indonesia sedang berusaha menghubungi penerbangan QZ 8501 yang berlepas pada pukul 5.20 pagi dari Surabaya dan sepatutnya tiba di Singapura pada 7.30 pagi Ahad.

Sementara itu, portal berita detik.com pula melaporkan pesawat yang hilang membawa 130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi. Jelasnya, pihak berkuasa Indonesia masih menunggu laporan penuh mengenai dakwaan tersebut. mstar

-- Letupan Di Gurun Berpunca Peluru Roket Anti Kereta Kebal 44 Rumah Rosak (Gambar)
-- Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
-- (Gambar) Pesawat Air Asia Terbabas Mendarat Di LTAK
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar) 

Letupan Di Gurun Berpunca Peluru Roket Anti Kereta Kebal 44 Rumah Rosak (Gambar)

Polis pada Sabtu mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra II, yang mengorbankan tiga nyawa Rabu lepas berpunca daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal.


Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata peluru berkenaan, "High Explosive Anti-Tank" adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Monday, December 22, 2014

Anak Rosyam Nor Disuruh Buka Tudung Jika Nak Bekerja Di Hamley's (Gambar)

Kedai permainan terkemuka, Hamley's menafikan syarikat itu mempunyai sebarang polisi yang menetapkan pekerja wanita tidak dibenarkan memakai tudung atau hijab.


Penafian itu dibuat susulan kenyataan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor di akaun Twitter beliau pada Khamis lalu bahawa Hamley's meletakkan syarat supaya anaknya tidak bertudung jika ingin bekerja di kedai itu yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama.

Saturday, December 20, 2014

Tan Sri Ani Arope Meninggal Dunia Akibat Barah (Gambar)

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope, meninggal dunia pagi Sabtu akibat barah.


Tokoh berusia 83 tahun yang menjalani rawatan di hospital berkenaan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), kira-kira jam 5.26 pagi.

Bekas Adun Tawang Idris Ahmad Meninggal Dunia (Gambar)

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, Idris Ahmad, meninggal dunia Jumaat malam di kediamannya akibat komplikasi beberapa penyakit yang dihidapinya.


Allahyarham yang juga bekas Yang Dipertua PAS Bachok menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 malam di rumahnya di Kampung Pak Pura, Beris Kubur Besar, dekat Bachok.

Friday, December 19, 2014

Banjir Di Terengganu Semakin Buruk Lebih 4 Ribu Orang Dipindahkan (Gambar)

Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 4,023 orang tengah hari berbanding 1,834 orang pagi Khamis.


Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu, daerah Hulu Terengganu mencatatkan mangsa teramai 1,540 orang sehingga pukul 12 tengah hari berbanding 209 orang pagi tadi.

Senarai Jalan Ditutup Akibat Banjir Di Kelantan

Sebanyak 26 laluan di lapan jajahan di Kelantan masih ditutup akibat banjir. Menurut portal banjir kerajaan negeri, 16 laluan ditutup kepada semua kenderaan manakala 12 laluan hanya ditutup kepada kenderaan ringan.


Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan membabitkan empat laluan di Kuala Krai melibatkan Km4 Jalan Sungai Durian dan Km2 Jalan Bukit Sireh dan tiga laluan di Machang iaitu di Km8 Jalan Machang-Pangkal Meleret, Km7 Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa dan Km6 Jalan Kubor China-Temangan.

Thursday, December 18, 2014

Remaja Lelaki 15 Tahun Nikah Kekasih 17 Tahun Selepas Kenal 2 Bulan (Gambar)

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengakhiri zaman bujangnya selepas mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya selepas hanya berkenalan selama dua bulan.


Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17 berkahwin pada 30 November lalu meraih perhatian di media sosial selepas pasangan itu memuat naik gambar-gambar dan video akad nikah mereka di Facebook.

Terkini Banjir Di Kelantan Bertambah Teruk 3811 Mangsa Dipindahkan (Gambar)

Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat daripada 2,084 orang malam tadi kepada 3,811 orang pada pagi Khamis.


Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa kini ditempatkan di 51 pusat pemindahan di tujuh jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai, dengan Kota Baharu menjadi kawasan terbaru dilanda banjir.

Final Piala AFF Thailand Tewaskan Malaysia 2-0 (Gambar)

Thailand berjaya menang 2-0 menewaskan Malaysia di Stadium Rajamangala dalam saingan pertama final AFF Suzuki 2014. Gol pertama dijaringkan oleh Charyl Chappuis minit ke-71 setelah Thailand dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran dari pemain Malaysia.


Thailand menggandakan jaringan pada minit ke-86 hasil kombinasi menarik dari Kroekrit Thawikan yang menerima hantaran dari Chanathip Songkrasin.

Wednesday, December 17, 2014

Majlis Resepsi Faralyna Idris Dan Fikri Di The Place Once City (Gambar)

Foto sekitar majlis resepsi pelakon Faralyna Idris bersama suami Muhammad Fikri Abdullah yang berlangsung di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya. Majlis tersebut berlangsung meriah dengan dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat serta rakan-rakan artis pasangan ini.


Sebelum ini, Faralyna dan Fikri telah disatukan di majlis pernikahan yang diadakan di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya. Kedua mempelai turut bertukar lima dulang hantaran di majlis tersebut.

Tuesday, December 16, 2014

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia (Gambar)

Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju kira-kira pukul 8.50 pagi Isnin akibat jangkitan paru-paru.


Anak bongsu Allahyarham iaitu Mohd Rezainuddin, 38, berkata, bapanya berada dalam keadaan kritikal pada malam Ahad dan hanya bergantung kepada alat sokongan perubatan untuk hidup.

Tuesday, December 9, 2014

Johor Haramkan IJF Masuk Stadium Larkin Seumur Hidup (Gambar)

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan penyokong bola sepak yang menamakan diri mereka 'Inter Johor Firms' (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos seumur hidup.


PBNJ, dalam kenyataan menerusi laman sosial rasminya pada Isnin, menyebut kumpulan IJF itu diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan pasukan Johor.

Datuk Fuad Hassan Meninggal Dunia Sakit Jantung (Gambar)

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada pukul 12.20 pagi Isnin.


Jasa adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Allahyarham Fuad, 62,  adalah anak kedua kepada tokoh agama dan pengajian Al-Qur'an terkenal iaitu Tan Sri Hassan Azhari.

Thursday, December 4, 2014

Ikan Tilapia Diberi Makan Babi MB Arah Siasat

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta jabatan yang berkenaan termasuk Jabatan Perikanan dan Jabatan Agama Islam negeri menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan ikan tilapia diberi makan bangkai babi.


Beliau berkata dakwaan perbuatan itu dilakukan di sebuah kolam di Bukit Tinggi, Redang Panjang dekat Kubu Gajah perlu ditangani sewajarnya kerana ia membabitkan sensitiviti agama dan kehidupan masyarakat berbilang kaum di Perak.

Wednesday, December 3, 2014

Gambar Anak Kembar Nurul Syuhada Nurul Ain

Gambar anak kembar kepada pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain dan juga suaminya, Raja Amir Shah Raja Azwa, sangat comel kan.


Bayi comel yang dinamakan Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan ini telah dilahirkan pada 21 September lalu. Proses kelahiran telah dilakukan secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.

--  Gadis Cantik Ditoreh Pipi Penyamun Di Pasir Putih Kelantan (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Noryn Aziz Akui Jadi Isteri Raja Bahrin (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

Kedai Pakaian Tipu Harga Di Alor Setar Kedah (Gambar)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah.


Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh.

Tuesday, December 2, 2014

Gadis Cantik Ditoreh Pipi Penyamun Di Pasir Putih Kelantan (Gambar)

Seorang gadis dipukul lalu ditoreh muka oleh dua penyamun yang memecah masuk rumahnya yang terletak di Wakaf Berangan, petang kelmarin.


Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2 petang ketika wanita terbabit berada dalam bilik air, manakala ibunya, 58, sedang berehat di bahagian dapur rumah.