ad ld

Tuesday, June 24, 2014

Keputusan Brazil vs Cameroon Temui Chile Pusingan Kedua Piala Dunia 2014 (Gambar)

Brazil belasah Cameroon 4-1 menjadikan Brazil juara kumpulan A dan bertemu Chile di pusingan kedua yang tewas kepada Belanda juara kumpulan B.


Neymar menjaringkan gol pertama Brazil di minit 17. Joel Matip menyamakan kedudukan pada minit 26. Neymar meledak gol kedua pada minit 34.

Fred menambah gol Brazil 4 minit separuh masa kedua dan Fernandinho melengkapkan gol keempat di minit 84.

--  Keputusan Piala Dunia Portugal vs USA, Rusia vs Belgium, Korea vs Algeria (Gambar)
--  Tahsa Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)

Keputusan Piala Dunia Sepanyol vs Australia (Gambar)

Sepanyol tetap pulang awal dalam kempen Piala Dunia 2014 walaupun  mengalahkan Australia dalam perlawanan terakhir kumpulan B. La Roja menguasai perlawanan dan membuka jaringan melalui David Villa pada minit ke 36.


Fernando Torres menambah jaringan Sepanyol minit ke 69. Juan Mata masuk menggantikan Villa turut mencatat nama sebagai penjaring gol Sepanyol di minit 82.

Australia yang juga tersingkir awal Piala Dunia 2014 menamatkan cabaran peringkat kumpulan tanpa sebarang mata.

Monday, June 23, 2014

Ibu Remaja OKU Ditemui Di Nilai Dikecam Dlm FB (Gambar)

Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet.


Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil 'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.

Pertunangan Erin Malik Dan Farriz Fauzy Di Duta Suria Residency (Gambar)

Erin Malik 20, mengikat tali pertunangan dengan Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Duta Suria Residency di Ampang, malam Sabtu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili pihak lelaki, Zarak Kamal.


Sementara itu, pihak Erin juga diwakili oleh bapa saudaranya, Zulkifli Sulaiman. Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek.

Saturday, June 21, 2014

Keputusan Piala Dunia Perancis vs Switzerland 5-2 (Gambar)

Perancis menang 5-2 ke atas Switzerland  pada perlawanan Piala Dunia Kumpulan E di Arena Fonte Nova, Salvador, Sabtu.


Perancis mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Olivier Giroud pada minit ke-17, Blaise Matuidi pada minit ke-18 dan Mathieu Valbuena pada minit ke-40.

Itali Dikalahkan Costa Rica Penyebab England Balik Awal Piala Dunia 2014

England secara rasminya tersingkir daripada aksi Piala Dunia selepas Costa Rica menang tipis 1-0 ke atas Itali dalam aksi Kumpulan D, awal pagi Sabtu.


Gol kemenangan Costa Rica dijaringkan ketua pasukan, Bryan Ruiz pada minit ke-44. Kemenangan itu membolehkan Costa Rica yang mengejutkan Uruguay pada perlawanan pertama, menduduki tempat teratas kumpulan dengan enam mata daripada dua perlawanan dan layak ke pusingan kalah mati.

Manakala England tewas dua perlawanan dan tanpa sebarang mata. Namun The Three Lions akan melengkap jadual perlawanan kumpulan bertemu Costa Rica pada 24 Jun ini. Itali dan Uruguay akan bertemu pada Selasa ini dan keputusan tersebut akan menentukan nasib mereka bagi  mengiringi Costa Rica pada peringkat seterusnya selepas yang masing-masing memiliki tiga mata daripada dua perlawanan. mstar

-- Datuk Rahmah Bekas Timb Menteri Sakit Alzheimer Diletakkan Di Pusat Jagaan (Gambar)
-- Uqasha Senrose Kini Bertudung (Gambar)
-- Keputusan Piala Dunia Columbia vs Ivory Coast Pecah Rekod 20 Tahun
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

Friday, June 20, 2014

Datuk Rahmah Bekas Timb Menteri Sakit Alzheimer Diletakkan Di Pusat Jagaan (Gambar)

Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Paduka Rahmah Othman ditempatkan di pusat penjagaan pesakit-pesakit Alzheimer atas nasihat doktor dan persetujuan bersama ahli keluarganya.


Perkara ini disahkan oleh anak perempuannya, Raha, yang berkata ibunya kini berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Keputusan England vs Uruguay Suarez Punca Kekalahan England (Gambar)

Luis Suarez menjadi hero pasukan Uruguay selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas England pada aksi Piala Dunia Kumpulan D, Jumaat. Walaupun baharu sahaja pulih daripada kecederaan lutut, Suarez mampu beraksi dengan baik dan mengganggu corak permainan England.


Pastinya Suarez menghadiahkan dua jaringan ini kepada jurulatih Oscar Tabarez yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berdepan dengan The Three Lions. Suarez membuka jaringan pada minit ke-39 dengan mudah melepasi barisan pertahanan England.

Thursday, June 19, 2014

Jenazah Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Di Mesir Tiba Di Malaysia

Jenazah pelajar Malaysia, Ummi Nadiah Filzah Daud, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah, Mesir Ahad lalu, selamat tiba di tanah air.


Jenazahnya yang tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6 petang Rabu dibawa keluar menaiki van jenazah tepat jam 7.30 malam diiringi keluarga dan pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan Wisma Putra.

Sepanyol Kalah Lagi 0-2 Chile Piala Dunia 2014

Sepanyol terpaksa akur melupakan misi mempertahan gelaran juara dunia yang dijulang empat tahun lalu selepas tewas 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Chile. Permainan Sepanyol agak kucar-kacir memudahkan pemain-pemain Chile mengatur serangan lebih pantas.


Gol pertama Chile hadir pada minit ke-20 melalui Eduardo Vargas selepas dia tidak kawal di kawasan penalti dan mudah menewaskan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas. Mendahului pasukan juara bertahan itu, menjadikan anak buah Jorge Sampaoli lebih rancak mengatur serangan demi serangan.

Keputusan Piala Dunia 2014 Belanda vs Australia (Gambar)

Belanda mengukuhkan kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Australia 3-2 pada aksi Piala Dunia, Khamis. Penyerang berbisa Bayern Munich, Arjen Robben membuka jaringan pada minit ke-20 untuk Belanda namun Tim Cahill menyamakan kedudukan seminit selepas itu.


Skuad Australia yang dibimbing Holher Osieck menguasai babak pertama permainan, cuba memecah benteng pertahanan Belanda.Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Wednesday, June 18, 2014

Ucapan Hari Bapa Kak Hanim Utk Papa Touching Beb

Hari Bapa yang lepas touching skit bila Kak Hanim buat kad ucapan Selamat Hari Bapa utk papa dia. Pagi2 sebelum kuar umah nak gi umah Mak pengasuh, my Hanim bagi kad tu kat Mr Papa.


Tetiba tengok merah gak mata papa Hanim baca kad tu, then baru passing kat belakang. Patut la, ayat baik punya anak darjah dua. Papa garang pun bleh touching.. Sob sob sob.

--  Arip Juara Kilauan Emas 4 Raih RM100Ribu Dan Toyota Camry
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

Thursday, June 12, 2014

Farhan Dedah Gambar Dicakar Abby Abadi

Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dikasari secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.


Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal  ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Wednesday, June 11, 2014

Bihun Cap Masjid Guna Logo Halal Tidak Sah-JAKIM (Gambar)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk 'Bihun Istimewa' menggunakan lambang masjid  keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara.


Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial. Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan, syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya.

Tuesday, June 3, 2014

Budak 4 Tahun Mati Tercekik Fish Ball Sebesar Syiling 50Sen

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai tercekik setelah menikmati bebola ikan yang diambil dari ibunya. Insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang Isnin di kediaman saudara kanak-kanak lelaki itu di Resort Homes dekat Persiaran Cinta Sayang Sungai Petani Kedah.


Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Lim Wei Kiat menikmati bebola ikan yang bersaiz duit syiling 50 sen dalam keadaan terburu-buru.