ad ld

Sunday, February 26, 2012

Cuti Umum 11 April Hari Pertabalan Agong

Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan semalam. kosmo

Friday, February 24, 2012

Video Akad Nikah Yusry Dan Lisa, Sekali Lafaz Je

Selamat pengantin baru utk Lisa Surihani dan Yusry. Dgn sekali lafaz je Lisa sah milik Yusry. Jom tgk video akad nikah Yusry dan Lisa ni.



Tahniah semoga kekal selamanya.

-- Pernikahan Lisa Surihani Dan Yusry Kru Di Hotel Marriot
-- (Gambar) Sejadah Corak Babi

Pernikahan Lisa Surihani Dan Yusry Kru Di Hotel Marriot

Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Wednesday, February 22, 2012

Misha Omar Bertunang

Penyanyi Misha Omar selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya, Firos Ezzwan Rossly, 30, di kediaman keluarganya di Guchil Bayam, semalam.

Majlis pertunangan disempurnakan oleh bakal ibu mertuanya, Asmah Kenin dengan menyarung cincin di jari manis Misha atau nama sebenarnya, Samihah@Aisah Omar, 30.

"Alhamdulillah, akhirnya kami telah masuk ke satu fasa baharu dalam hubungan kami. "Saya harap agar semua pihak mendoakan ikatan kami ini berpanjangan ke jenjang pelamin," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta serta Adam dan Hawa itu.

Gadis Hilang Pada Hari Kekasih

Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Thursday, February 16, 2012

Penyokong Kelantan Retak Tengkorak Dibaling Bata Penyokong Selangor

Seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan didakwa menjadi mangsa serangan peminat fanatik Selangor apabila dahi dan tengkoraknya retak dibaling dengan batu-bata sebaik sahaja perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Ekoran kejadian itu, Tuan Mohd. Rozaimi Tuan Kuning, 37, terpaksa menerima 10 jahitan dalam kejadian yang didakwa berlaku pada pukul 11 malam.

Tuesday, February 14, 2012

Pemilik Hamster Perlu Waspada Risiko Leptospirosis


Perhatian! Hamster dikhuatiri turut berisiko jangkitan virus kencing tikus. - kosmo

Monday, February 13, 2012

Whitney Houston Mati Di Hari Lahir Ke 48

Sabtu lalu, sepatutnya bintang terkenal Hollywood, Whitney Houston menyambut ulang tahun kelahiran ke-48. Bagaimanapun 11 Februari 2012 menjadi tarikh kematiannya.

Penyanyi kulit hitam yang telah menakluk dunia dengan vokal luar biasa dan kehebatan untaian lagu cinta seperti hit sepanjang zaman, I Will Always Love You itu meninggal dunia pada usia 48 tahun.