ad ld

Thursday, September 30, 2010

Trauma Makan Coklat Perisa Ulat, Uwekkkk (Gambar)

Salam.. Uols dh makan coklat pg ni, or sedang berhajat nk bli coklat sambil kuar lunch nti? Check dlu ok, hihihi.. Jom baca ni..

KULAIJAYA – Peristiwa termakan coklat berjenama yang berulat setelah dibeli daripada salah sebuah pasar raya besar di Felda Taib Andak membuatkan sebuah keluarga di Felda Taib Andak trauma.


Surirumah, Zarith Syakila Adam, 27, berkata, dia dan keluarganya mengalami sakit perut dan muntah-muntah selepas termakan coklat berkenaan yang dibeli kira-kira dua minggu lalu. “Pada mulanya saya tidak perasan coklat berkenaan telah rosak, kemudian anak saya mula muntah-muntah dan adik-beradik yang lain mengalami sakit perut.

“Selepas itu barulah saya nampak coklat berkenaan telah dipenuhi kumbang dan berulat,” katanya ketika ditemui. Zarith yang hairan dengan situasi berkenaan, tertanya-tanya bagaimana situasi tersebut boleh berlaku sedangkan tarikh luput coklat yang dibelinya adalah pada 30 November tahun ini.

“Masa beli coklat berkenaan, saya memang ada melihat tarikh luputnya iaitu kira-kira tiga bulan lagi dari tarikh dibeli tetapi tidak sangka pula di dalamnya sudah berkulat dan tidak boleh dimakan. “Sejak peristiwa ini, kami sekeluarga sudah trauma dan tidak mahu membeli coklat secara sembarangan di pasar raya,” katanya.- sinarharian

-- Agnes Nafi Gambar Bogel itu Miliknya
-- (Gambar) Suami Erra Fazira, Engku Emran Kahwin Lain???
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Lagi Lagi Kes Bayi Mati Di Rumah Pengasuh

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemui mati dalam buaian di rumah pengasuhnya di kawasan perumahan, di Jalan Dutamas di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pengasuh wanita berusia 50 tahun, dikatakan sedang mendodoikan Danish Noor Rasmazi sebelum mendapati bayi berkenaan tidak bergerak dan bertindak menelefon bapanya. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bapa Danish yang bekerja sebagai pegawai bank bergegas pulang ke rumah dan membawa anaknya itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Laporan perubatan mengesahkan Danish sudah meninggal dunia sebelum beliau dibawa ke HKL. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian secara mengejut sementara menunggu laporan ujian air kencing dan darah Danish daripada pihak hospital, katanya. Zakaria berkata, Danish ditinggalkan bersama pengasuhnya sejak sebulan lalu, selepas ibunya yang bekerja sebagai jururawat baru saja memulakan tugas sebaik saja habis berpantang.

Katanya, hasil laporan bedah siasat menunjukkan tiada kesan kecederaan fizikal luaran dan dalaman pada badan bayi itu. Bagaimanapun, katanya, polis akan menjalankan siasatan sebaik saja menerima laporan ujian air kencing dan darah mangsa. - bharian

Wednesday, September 29, 2010

Darling Mengaku Guna Dokumen Palsu, Diarah Bayar Denda RM15Ribu Atau Penjara 3 Bulan


Kuala Lumpur 29 Sept: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu. Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan.

"Antara perkara yang saya pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor bahawa tertuduh adalah pesalah pertama yang telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi," tambahnya. Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Terdahulu, peguam A. Khailes merayu mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Darling yang sedang mengadung dua bulan. "Tertuduh mengalami tekanan disebabkan kes ini. Dia tidak mendapat kontrak lakonan baru dan menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sementara kes selesai," katanya. - Baca seterusnya di Mstar

Jom Terjah Pasar Mlm Tmn Ria Kedah, Laksa Best

Salam.. Dh lunch hour ni, uols dh plan ke nk makan apa ekk? Kebtulan plak dh lama xde n3 makan2 kt blog ni ye since cuti raya kan, so hr ni n3 makan muncul lg daaa.. Selain memenuhi permintaan cik puan syida gorjes n mama dhiya semlm yg nak n3 hanim dan makan2 katanya..hehe.. Jom layan xtvt semlm ok..


Kunjungan ke pasar malam Taman Ria Sp, best woo venue ni mcm2 ada. Laksa kedah ni my fevret, terbaekkkk wa cakap lu..perhhh. Org Kedah mcm mamalieyna n mrs. fiza tu mesti tau punyalah betapa 'kick' laksa kedah kan.. Ok, kita tgk apa seterusnya hasil lawatan tu..


Selain belon dora yg hanim pegang tu, sate, fish ball n ayam tu mmg hasil tunjuk2 hanim. Fevret dia la tu.


Last but not least, burger yg mables..


Uols agak2 byk ke lemak yg diternak semlm tu ekk? Aiman x kisah, janji best kan..hehe..

Penerjun Wanita Maut, Payung Gagal Berfungsi Di Menara Alor Setar

ALOR SETAR, 28 Sept -- Seorang penerjun wanita dari Australia maut selepas payung terjunnya tidak berfungsi semasa melakukan latihan terjun dari puncak Menara Alor Setar. Tantiky Lie Marion, 42, dikatakan menjalani latihan penerjunan di menara itu bersama beberapa lagi penerjun termasuk penerjun daripada Malaysia apabila kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang.

"Semasa mangsa membuat terjunan, payung terjun mangsa dilihat gagal berfungsi menyebabkan dia jatuh terhempas dan meninggal di tempat kejadian. Walaupun payung terjunnya gagal berfungsi, saya tidak mendengar dia menjerit atau meminta tolong," kata seorang saksi di tempat kejadian, Zaidi Zainal Abidin, 41.

Marion dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah. Zaidi berkata beliau juga melihat penerjun pertama iaitu seorang wanita gagal mendarat dengan sempurna menyebabkan payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu tetapi wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mazlan Mahmud mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut - Bernama

Main Kutu Haram Di Malaysia

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. Ramai yang tidak menyedari hakikat itu.

Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan. Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya. "Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama. - kosmo

-- Glurrppp... harap maklum ye uols..huhuhu..

Tuesday, September 28, 2010

Bila Anak Pandai Menabung, Hanim's Style

Salam.. Tentu bestkan bila anak2 pandai menabung sejak kecil. Satu amalan yg bagus lbh2 lg utk masa depan mereka sendiri. Cik Hanim juga sudah pandai menabung, n paling best dia ada byk tabung. W/pn bru umur 3 thn lbh, hanim akan bt saving kt tabung2 tersebut at least once per week, especially on weekend lah. huhu.. Jom kita tgk cara hanim 'menabung'...


Taraaaa.. Best lah menabung kt sini auntie2 sekalian, ada muzik lagi..hehe..


-- Ooppss.. Papa hanim cakap klu bli tabung mini bentuk cmtu kt umah, hanim akan btul2 menabung kot..kui3..

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Anak Sulung Sosilawati Kecewa Laporan Media

KUALA LUMPUR 27 Sept: Anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari kecewa dengan sikap segelintir media yang membuat pelbagai andaian berkaitan tragedi pembunuhan ibunya termasuk pendedahan nilai aset syarikat kepada umum. Dia yang lebih dikenali sebagai Rita berkata ada di antara spekulasi yang dibuat membuatkan dia berasa tidak selesa kerana bukan daripada sumber polis sebaliknya pihak lain. “Saya telah memberitahu sesetengah media yang berjumpa saya secara individu. Apa yang nak mahu dikeluarkan mestilah rujuk dengan pihak polis untuk dapatkan fakta yang betul, bukan buat cerita atau dapatkan cerita dari pihak yang mereka-reka cerita,” katanya yang muncul sebagai tetamu eksklusif program ‘Kerusi Panas’ terbitan BERNAMA Radio24.

Rita mendakwa, terdapat juga laporan yang disifatkan tidak sesuai untuk dihebahkan kepada umum kerana sebab-sebab tertentu. “Spekulasi yang saya maksudkan ialah spekulasi yang tak sesuai. Contohnya memberitahu latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki keluarga kami. “Saya sendiri tak tahu tentang aset-aset syarikat, dan saya sendiri belum dapatkan pengesahan tentangnya. “Bila membaca tentang berita itu saya rasa terkejut dan kecewa. Perlukah dalam keadaan sebegini perkara ini disiarkan,” tegasnya. Menurut anak jutawan kosmetik itu, media tidak sepatutnya mendedahkan tentang keluarga dan perkara seperti itu kepada masyarakat di luar sana kerana bimbang sedikit-sebanyak akan menggugat keselamatan mereka .- mstar

Monday, September 27, 2010

ADUN Galas (Kelantan) Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi. Maklumat tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang turut berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi. "Beliau disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang," katanya. Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu. Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar. Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah. Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, China.
Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu. - mstar

-- Takziah utk keluarga arwah.. Al-Fatihah.

Leher Dikelar Geng Mat Rempit

SHAH ALAM: Tidak ubah seperti binatang apabila sekumpulan kira-kira 10 Mat Rempit cuba merompak dan menyerang seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam sebelum mengelar leher mangsa hingga berlumuran darah. Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kumpulan Mat Rempit berkenaan yang bersenjatakan pisau mencederakan pelajar berkenaan yang cuba menyelamatkan dompet dan telefon bimbitnya daripada dirompak. Difahamkan, mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terpaksa lari ke tengah lebuh raya bagi menyelamatkan diri dan meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan selepas dikejar kumpulan Mat Rempit terbabit.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faris, 21, berkata kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak sebelum susur keluar ke Padang Jawa. Dia dan seorang rakan yang membonceng motosikalnya dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berdekatan. Menurutnya, dia tidak menggunakan laluan motosikal lebuh raya berkenaan kerana hari sudah pagi dan bimbang disamun kerana jalan agak sunyi. Namun, malang tidak berbau apabila sekumpulan Mat Rempit menaiki tujuh motosikal mengekorinya daripada belakang. Sebaik saja kumpulan terbabit mendekati, mereka tiba-tiba mengepung motosikal saya dan mengarahkan berhenti, namun saya yang bimbang sesuatu buruk berlaku cuba memecut.

Tindakan saya itu menyebabkan kumpulan remaja terbabit tambah berang sebelum menendang motosikal saya hingga jatuh,” katanya. Faris berkata, sebaik jatuh, kumpulan berkenaan terus menerpa dan membelasah dia serta rakannya untuk merampas dompet dan telefon bimbit. Mereka bertindak ganas, saya disepak dan ditumbuk manakala rakan pula ditampar. Kunci motosikal juga dirampas mungkin untuk melarikannya, saya cuba mempertahankan diri dan semasa bergelut saya tidak sedar leher sudah dikelar seorang daripada lelaki berkenaan.

Saya yang berlumuran darah bertindak menyelamatkan diri dengan berlari ke tengah lebuh raya dan cuba menahan beberapa kereta untuk bantuan,” katanya. Menurutnya lagi, dia bernasib baik apabila ada kereta berhenti dan sudi membantu. Katanya, pemandu kereta itu menghantar dia dan rakan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan. Luka akibat dikelar itu agak parah dan leher terpaksa dijahit dengan lapan jahitan, manakala rakan tidak mengalami kecederaan. Selepas selesai mendapat rawatan dan dibenarkan pulang saya terus membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam,” katanya.
Tambah Faris lagi, dia tidak dapat ke kuliah tiga hari selepas insiden itu dan terpaksa menjalani rawatan susulan serta trauma melalui lebuh raya berkenaan. - hmetro

Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis

Salam.. Hari sabtu cmni tentu ramai yg kuar meronda kan, bersama family, kengkawans apatah lg yg sdg mabuk cintan. Semlm nk msuk kfc kt giant pn full dgn couple yg berkepitan je, penuh smp xde meja kosong..huhu.. Terpaksa la take away je..


Ni dh hujung bln 9, couple2 yg plan nk kawin hujung tahun mesti bz giler kan bt preparation utk majlis bersejarah tu nti.  Tgk kt sini pn byk gak kedai pengantin, bunga2 sdg bt promosi. Good luck utk uols yg berkenaan tu ye.

Ok2, ni nk share video yg compem bt awek2 cair la n pakwe2 lak makan hati klu awek @ tunang request nk bt majlis perkahwinan cmtu.. huhu.. Video Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin. Layannnn..


Apa pendapat uols? Komen lah skit... Tq2..

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar) 
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Sunday, September 26, 2010

Terkini Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Suspek Utama Bt Laporan Polis Dakwa Dipukul

PETALING JAYA, 26 Sept -- Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman. Suspek membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan dikawal ketat beberapa anggota polis sambil diperhatikan oleh dua peguam yang mewakilinya Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam. Suspek yang merupakan seorang peguam dilihat masuk ke dalam balai polis itu untuk membuat laporan pada kira-kira pukul 4.15 petang dan keluar kira-kira lebih satu jam kemudiannya dengan menaiki kereta polis.

Ravi Nekoo berkata pihak polis memberikan kerjasama baik dengan membenarkan suspek membuat laporan polis terhadap dakwaan dikasari sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan. "Suspek dikatakan akan dihantar ke hospital untuk rawatan, tetapi tarikh dan hospital mana belum pasti lagi," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Petaling Jaya. Pada 23 Sept lepas, D.P Vijandran yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili suspek mendakwa bahawa salah seorang anak guamnya dipukul dan ditendang sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan.

Perkara itu dakwanya dimaklumkan oleh anak guamnya ketika pertemuan pertama Vijandran dan dua anak guamnya selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Sejurus itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin meminta suspek utama kes pembunuhan itu membuat laporan polis sekiranya mereka dipukul dan dipaksa menandatangani dokumen oleh pasukan itu sepanjang berada dalam tahanan agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan. -- Bernama

Saturday, September 25, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Sosilawati Tidak Dirogol

Salam.. Ada pembetulan, tentang artikel yg mengatakan ujian DNA dijalankan pd suspek bunuh Datuk Sosilawati kemungkinan utk siasat sama ada mangsa dirogol, telah dinafikan pihak polis. Tujuan ujian DNA itu adalah utk pemeriksaan bg memastikan suspek berada dlm keadaan baik dan mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sblm dibenarkan berjumpa peguam mereka.

- KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol. Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.

Pihak polis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawati dirogol tidak benar. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka.
Selain daripada tujuan di atas, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon kepada pihak hospital oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kelapan-lapan suspek berkenaan,” katanya. - hmetro

- Harap maklum..

Bayi 3 Bulan Maut Tercekik Susu Di Putrajaya

Salam.. Tgk berita TV3? Lagi kes bayi mati tercekik susu. X mau cer byk, uols baca artikel ni ok..

PUTRAJAYA, 24 Sept -- Seorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu. Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur. Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut. "Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri. "Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya. "Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya. Mohd Fairuz berkata Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia. Selain Farisha, pengasuh tersebut yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi. Fairuz berkata beliau menganggap kejadian tersebut sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.
"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya. - Bernama

Friday, September 24, 2010

Guru Bersalin Mati Lps 3 Pembedahan, Kain Kapas Dlm Rahim, Suami Saman HUSM

Salam.. Uols perasan x lately byk sgt berita menyayat hati berlaku di bumi Malaysia tercinta ini. Kes bunuh, buang bayi, rompak samun, dera malah perkara2 yg melibatkan nyawa manusia dh mcm ada je bila tgk paper kan. Terkejut dgn kes budak mati tersepit meja dlm n3 semlm pn still lg ada, tup2 hari ni ada plak kes seorg ibu yg juga guru mati slps jalani pembedahan KALI KE 3 coz KAIN KAPAS TERTINGGAL DLM RAHIM slps bersalin. Masya Allah, klu kita sakit perut coz silap makan pn kdg2 dh terpaksa amik MC, ni kan pula sakit cmtu. Mmg sedih baca artikel ni td..

- Seorang suami meluahkan kekesalan terhadap pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang didakwa cuai dan lambat memberi rawatan kepada isterinya yang bersalin sehingga menyebabkan kematian. Musa Abdul Kadir, 44, berkata isterinya, Aumil Khairri Abd Razak, 44, yang merupakan seorang guru, maut selepas menjalani pembedahan kali ketiga untuk mengeluarkan kain kapas yang tertinggal di dalam rahim selepas melahirkan bayi keempatnya pada 17 Ogos lalu. Aumil Khairri disahkan meninggal dunia dua hari lepas, selepas dua minggu koma di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Isteri saya melahirkan anak melalui pembedahan kira-kira pukul 7.03 malam, 17 Ogos lalu di hospital itu. "Selepas melahirkan anak itu, isteri saya mengadu sakit hampir beberapa hari dan pada hari kelima selepas bersalin, beliau mengadu sakit keterlaluan menyebabkan saya memaklumkan kepada doktor agar dilakukan pemeriksaan segera terhadap keadaan isteri saya itu," katanya. Beliau berkata selepas memaklumkan perkara berkenaan, pemeriksaan telah dilakukan terhadap isterinya selain menjalani X-Ray. "Selepas ujian X-Ray, saya dimaklumkan bahawa ada objek tertinggal di dalam perut isteri saya dan doktor kemudian meminta kebenaran saya untuk menjalani pembedahan kali kedua yang dilakukan pada 22 Ogos iaitu enam hari selepas pembedahan pertama," katanya. 

Katanya pada pembedahan kali kedua itu doktor berjaya mengeluarkan dua keping kain kapas yang tertinggal di sebelah kiri dan kanan rahim isterinya. Bagaimanapun katanya keadaan isterinya dilaporkan kritikal menyebabkan isterinya itu terpaksa dimasukkan ke ICU selama sehari untuk rawatan lanjut kerana dikatakan mengalami masalah di dalam perut. "Selepas dipindahkan semula ke wad bersalin, keadaannya semakin teruk apabila dia mengadu sakit yang amat sangat sehingga adakalanya meracau seperti diserang histeria dan doktor memberinya ubat tahan sakit sebelum dia tiba-tiba koma tiga hari selepas pembedahan kedua itu," katanya. 

Musa berkata apabila koma, isterinya sekali lagi dipindahkan ke ICU dan terpaksa makan dan minum menggunakan tiub dan pada masa yang sama perut isterinya kelihatan semakin membesar dan kembung. Beliau meminta doktor menjalankan pemeriksaan dan doktor memutuskan untuk membuat pembedahan kali ketiga kerana difahamkan terdapat jangkitan kuman di dalam perut isterinya. Beliau berkata pembedahan ketiga kemudian dilakukan pada 7 September dan dimaklumkan terdapat beberapa kebocoran di usus isterinya. Musa mendakwa, selepas kematian isterinya, beliau cuba mendapat maklum balas daripada doktor terbabit bagaimanapun mereka dikatakan enggan memberi kerjasama. Berikutan kejadian itu, Musa membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, semalam dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap HUSM. - Utusan

--  Takziah utk keluarga arwah.. Al-Fatihah..

Budak 5 Tahun Mati Tersepit Meja Lipat

Salam.. Gara2 menganggap jeritan kesakitan sambil meminta tolong hampir 10minit seorg budak 5 tahun sekadar gurauan, keluarganya terpaksa menerima kematian budak itu tersepit di kaki meja lipat di rumahnya sendiri. Ya Allah, x dpt bayangkan keadaan budak malang tu menghadapi saat2 terakhir nyawanya.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

Ipoh 22 Sept - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjerit kesakitan sambil meminta tolong selama hampir 10 minit tetapi disebabkan ahli keluarganya menyangkakan semua itu gurauan, dia akhirnya meninggal dunia selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kuala Kangsar semalam. Kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku di Kampung Talang Hilir ketika mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Fadtah bermain seorang diri di belakang rumah.

MOHD. FADTAH menunjukkan meja (foto) yang menyebabkan anaknya mati tersepit di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.

Dia dipercayai mengambil meja lipat yang diletakkan di tepi rumah dan memasukkan kepalanya di celah kaki barangan itu sebelum ia jatuh dan menyepit tubuhnya. Dalam keadaan badannya terlentang dan kepala tersepit, Muhammad Irfan menahan kesakitan selama 10 minit sehingga tubuhnya bertukar kebiru-biruan. - kosmo

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Thursday, September 23, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Ujian Sperma, Mungkin Sosilawati Juga Dirogol

 Salam.. Uols dh tgk paper hr ni? Makin geram rasanya jika mereka didapati turut lakukan sebegitu pada Datuk Sosilawati. Mmg kejam, dh la seksa dlu sblm bunuh, jahat giler.. 
Uols baca sini..

 - Kuala Lumpur: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya). Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya,semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.

Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan. Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah. Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu. Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang. - bharian

Wednesday, September 22, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: 8 Suspek Dibawa Ke HKL Jalani Ujian DNA

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Lapan suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai untuk diambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kesemua mereka yang dikawal ketat anggota polis tiba di pekarangan unit kecemasan HKL pada pukul 3 petang sebelum dilihat keluar dua jam kemudian. - Utusan

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Rumah Allahyarham Noorhisham Disimbah Cat Merah

Kuala Lumpur 22 Sept. - Kediaman Allahyarham Noorhisham Mohammad, 38, salah seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya disimbah cat merah semalam. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah.
Isteri dan anak-anak Allahyarham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lepas.

Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Allahyarham Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada pukul 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka. "Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat milik Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Jalil berkata, polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat. - Utusan

Kes Syafiah Humaira: Fazli Dijatuhi Hukuman Mati

Salam.. Uols still igt kes Syafiah Humaira, kanak kanak perempuan 3tahun yg mati kena tendang dipijak teman lelaki ibunya dlu? Hari ni jantan durjana tu dh dijatuhi hukuman gantung smp mati. Mmg patut pn, setimpal dgn perilaku yg kejam giler tu..

SHAH ALAM – Seorang pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Syafiah Humaira Sahari, Februari lepas. Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mohd. Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira yang merupakan anak teman wanitanya di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang kali pada 6.30 petang 25 Februari lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Mohd. Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa. Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lepas, mahkamah telah mendengar keterangan daripada 33 orang saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan. – Bernama

Artis: Mizz Nina Dan Noh Hujan Mengaku Bercinta Dlm Facebook

Salam.. Tentu ramai yg minat 'HUJAN' kan. Lagu raya dorg berkolaborasi dgn 'RAIHAN' pn best gak. Rasanya x salah utk golongan yg bru cecah 30an mcm I ni minat genre muzik Hujan kan, hehehe.. Sila bg chance ye.. Ok2, sape plak minat Mizz Nina, alah yg nyanyi What U Waiting For tu? Huhuhu compem ramai lelaki yg minat lah, dh la nyanyi best cun plak tu + anak jutawan lagik perhhh..
Kebtulan usha2 online td, tgk ada artikel Mizz Nina n Noh Hujan Mengaku Bercinta Dlm Facebook. Alahai ramai lah agaknya awek2 pakwe2 yg frust kt luar sana tu kan dgr berita ni..ahaks.. Jom layan apa cer..

Noh letak informasi Facebook miliknya 'In A Relationship With Shazrina Azman'. Begitu juga dengan Mizz Nina yang turut meletakkan status 'In A Relationship With Noh Kublai Khan'.


-- Uols yg minat Noh n Mizz Nina tu, sila komen skit la..hehehe..
-- Klik SINI utk Mizz Nina dan Noh Hujan Sah Bertunang

Tuesday, September 21, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Suspek Dibawa Ke Kunci Air Kg Sg Lang

Salam.. Uols tgk berita TV3 td? Kes bunuh Datuk Sosilawati ada petunjuk baru iaitu penemuan gelang tangan slps suspek utama dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang ptg td.

- Banting 21 Sept - Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang. Empat anggota penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi.

Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu yang mencuri perhatian umum semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Suspek, yang merupakan seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini. Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada masa itu bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pada 3.00 petang tadi kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar. 

Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat ekor lembu dan lapan ekor kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan tersebut ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi berkenaan. - Bernama

Lagi Kes Bayi Mati Di Pusat Jagaan Kanak Kanak

Salam.. Rasanya tentu naluri seseorg ibu akan tersentuh bila baca berita kematian bayi walau dgn apa sebab skali pn kan. Sedih baca kt kosmo td, ada lagi kes bayi mati di pusat jagaan kanak2. Tahun ni saja dh kerap kali kita dgr kes2 cmni. Nape perlu terus berlaku? X dpt bayangkan cmne perasaan ibu bapa bayi tu hadapi hari2 mendatang lbh2 lg baru je lalui Hari Raya bersama kan. Tentu byk memori manis dan gambar2 yg diabadikan di raya tu. Semoga ibu bapa mangsa tabah dgn dugaan tersebut.

Seorg petugas HTJ (foto) m'bawa mayat Nor Azwa (foto kecil) utk pemeriksaan.

--> SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Paroi, dekat sini semalam. Mangsa, Nor Azwa Safrina Hairul Anuar dikatakan dihantar ke pusat asuhan itu pagi semalam kira-kira pukul 7 pagi sebelum ibu bapanya ke tempat kerja. Menurut nenek mangsa, Zadariah Ismail, 57, dia bergegas ke pusat asuhan itu kira-kira pukul 11 pagi selepas salah seorang penjaga pusat itu menghubunginya memaklumkan keadaan Nor Azwa Safrina didapati lemah.

Selepas menerima panggilan dari pusat asuhan, saya terus membawa Nor Azwa Safrina ke Klinik Kesihatan Ampangan, di sini dan kemudiannya pihak klinik berkenaan mengarah agar di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk rawatan segera. “Punca kematian masih belum diketahui berikutan pihak hospital masih menjalankan siasatan,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat HTJ. Ibu bapa mangsa, Norhida Md. Noor, 26, dan Hairul Anuar, 28, yang tidak mahu diganggu berikutan kematian anak sulung mereka kelihatan sugul ketika menanti di bilik mayat. - kosmo

-- Takziah dan Al Fatihah utk bayi Nor Azwa.
-- Apa perasaan uols?

Wan Chik Elak Sengketa Tidak Ziarah Kematian M.Rajoli

Isteri kedua kepada pelakon M.Rajoli iaitu Wan Chik Daud tidak hadir pada majlis pengkebumian suaminya pada Sabtu lalu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi sengketa diantara beliau dengan keluarga isteri pertama Allahyarham. Wan Chik yang juga bekas juruhebah radio RTM itu berkata, dia juga kesal apabila tidak diberitahu mengenai kematian Allahyarham lebih awal termasuklah ketika arwah berada dalam keadaan nazak. “Saya hanya mengetahui Allahyarham meninggal dunia selepas seorang rakan artis menghubungi saya. Malah seorang anak Allahyarham hanya memaklumkan kepada saya ketika jenazah sudah siap untuk dikebumikan,” katanya.

Pelakon M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 17 September lalu kira-kira pukul 10.45 malam akibat sesak nafas setelah menderita penyakit barah otak sejak tiga tahun lalu. Akibat penyakit itu Allahyarham menjadi lumpuh satu badan sehingga terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur keesokkan harinya tanpa kehadiran isteri kedua, Wan Chik. Menurut Wan Cik, dia sudah lama berkecil hari dengan ahli keluarga isteri pertama Allahyarham sehingga dia merasa kehadirannya untuk majis pengkebumian itu tidak diperlukan selain tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Bukan saya tidak mahu pergi. Sebagai isteri saya amat merindui suami setelah setahun setengah tidak berjumpa, cuma saya tidak mahu mengeruhkan 'sengketa' dengan keluarga isteri pertama," jelasnya yang memberitahu sering termimpi Allahyarham sebelum kematiannya. Jelasnya lagi, tiada gunanya dia pergi menjenguk jenazah suami yang sudah terbujur kaku sedangkan semasa hayat dia tidak dapat bertemu dengan Allahyarham. "Kehadiran saya di majlis pengebumian tidak dirasai oleh arwah. Bagi saya, tiada gunanya untuk menunjuk kasih sayang dengan menangis di kubur.

"Biarpun tidak dapat bertemu tapi kami berdua sudah berjanji untuk bertemu semula di akhirat. Saya pasrah dan reda dengan apa yang telah terjadi. Sebagai isteri saya hanya mampu menghadiahkannya bacaan doa dan surah Yasin kepada Allahyarham," ujarnya yang menafikan dia berada di Amerika Syarikat ketika majlis pengebumian seperti dilaporkan media. - mstar

Sunday, September 19, 2010

Pengasas Produk Aveer, Rakan Datuk Sosilawati Ditemui Mati Tergantung

Bukit Mertajam 18 Sept - Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini. Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16tahun. Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini.

Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini. Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya.
Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti. - Selanjutnya di Utusan

I'm Back, Habis Sudah Cuti Raya

Salam.. Alhamdulillah, kami dh selamat smp Kedah lps 4jam setgh perjalanan dlm keadaan hujan lebat dri Kota Bharu till tiba depan pagar umah. Syukur semuanya lancar n selamat. Seb baik hubby dh isi full tank siap2 kt KB, xyah buang masa Q kt stesen minyak masa on d'way yg mmg penuh dgn kete..huhu..
Bru je 15minit bertolak, Hanim dh tido. Good girl lah doter mama nih. Then apa lagi mama pn join hanim skali la, sedar2 dh smp Tasik Banding, oohh maknanya dh dkt 2jam tertido rupanya..hehehe..sian papa drive sorg2 kan..sori ekk..

Pastu x tido dh, lgpn hujan kian lebat dlm area berbukit tu risau gak maklumlah mesti papa kena drive dgn lbh fokus kan, smp Baling bru ujan reda skit. Mcm catat rekod je journey kali ni coz papa drive non stop, cun2 4jam 30minit smp depan umah n mcm automatik gak hanim pn bangun dri tido. Trus mulut dia bunyi,' Eh, mama, kita dh smp umah kedah la, kejap je kan best2.. - Anak bertuah, mau x rasa cepat dh dia tido sepanjang perjalanan kan..alahai hanim..

Kini dh kembali ke 'jadual' asal, hopefully dpt bls ziarah kengkawans yg sudi dtg blog ni n nk bt blogwalking mcm biasa.. Sori my friends, lama x lawat uols.. Visit u soon ok..

Saturday, September 18, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Dipukul Guna Kayu Kriket

Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada sidang medianya, berkata abu mayat semua mangsa kemudian dibuang ke beberapa sungai sekitar Tanjung Sepat, Morib di Banting bersama barang peribadi mangsa untuk menghapuskan bukti.

Beliau berkata, pengakuan itu dibuat oleh empat pekerja ladang persendirian milik seorang peguam dan ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk’ yang kini menjadi suspek utama pembunuhan kejam yang dirancang rapi itu. Keempat-empat pekerja terbabit dikatakan terlalu taksub kepada suspek utama hingga sanggup membunuh pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38.

Mohd Bakri juga mengesahkan pemeriksaan polis mendapati suspek utama tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri. Setakat ini katanya, polis sudah menemui bat (kayu pemukul) kriket dan sebilah pisau di beberapa lokasi berhampiran tempat kejadian, dipercayai digunakan untuk membunuh ahli perniagaan terbabit dan tiga rakannya.  “Berdasarkan pengakuan pekerja berkenaan, beberapa barangan peribadi milik mangsa turut ditemui di sekitar tempat kejadian.
Ini termasuk barang kemas, jam tangan dan telefon yang boleh membantu siasatan kes. Penemuan dua kereta mewah jenis BMW, masing-masing milik Sosilawati dan peguamnya juga adalah petunjuk untuk mengheret suspek ke muka pengadilan. Kita yakin mempunyai bukti kukuh bagi mengaitkan suspek utama dengan kes ini. - Baca seterusnya di Bharian

M Rajoli Meninggal Dunia

17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam. Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor. “Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala. “Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya. - Utusan


-- Al-Fatihah utk arwah.. Takziah diucapkan kepada keluarga M Rajoli.

Friday, September 17, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Bertelingkah Hasil Jualan Tanah RM29juta

Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi. Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.


Lokasi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah. Mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.

Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu. Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,” kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu. - bharian

Thursday, September 16, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Jam, Kunci Kereta, Telefon Dipercayai Milik Mangsa Bunuh Ditemui

Unit Forensik Polis menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau. Polis yang memulakan operasi pada pukul 3.30 petang dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.

Operasi itu berakhir pada pukul 5.30 petang. Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.

Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Malek Harun. Ahad lepas, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama. Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - Bernama

Wednesday, September 15, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Mangsa Dibunuh 10malam 30 Ogos

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah. Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas 3 hari kehilangan mereka dilaporkan.

Anggota Unit Gerakan Marin (foto) menggunakan alat mengesan logam bagi mencari barangan milik mangsa di Sungai Kanchong Laut, Banting, semalam.

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari. Tempoh 3 hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka. Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya. Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi. 

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa. Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu. - bharian

Tuesday, September 14, 2010

Terkini Kes Bunuh Ustazah: Jiran Sebelah Tipu Rumah Terkunci Sblm Msk Bunuh Dan Samun

Seremban, 14 Sept (Bernama) -- Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 Sept lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka. Jirannya itu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.

Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh. "Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa telah digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit. Suspek kemudiannya ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 Sept lalu. Osman berkata lelaki tersebut memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa. "Lelaki terbabit dikatakan telah memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudiannya membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya.

"Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit telah menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu telah menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tetapi tidak diendahkan," katanya. Osman berkata kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air. Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas. Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa.

Mayat kedua anak beranak itu ditemui oleh rakan Norliza yang datang ke rumahnya pada keesokan hari selepas kejadian. Suami mangsa ketika kejadian sedang berada di luar negara. - Bernama

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Pembunuh Profesional Mungkin Terlibat

Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pembunuh profesional atau kumpulan samseng itu dikatakan bekerjasama dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan sebagai suspek utama termasuk salah seorangnya bergelar Datuk bagi melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membakar mayat mereka. Menurut sumber, siasatan juga mendapati Datuk itu pernah memberi bantuan guaman kepada pertubuhan haram Hindraf dan menjadi ahli seumur hidup kepada sebuah parti politik.

Suspek (foto) dibawa ke lokasi senjata yang dibuang dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain di Sungai Kanchong Laut, semalam.
 Selain itu, kata sumber tersebut, setakat ini pihak polis telah mendapat maklumat penting berhubung pemilikan suspek terhadap beberapa hartanah yang dipercayai diperolehi secara tidak sah, selain kes-kes membabitkan penipuan terancang. Semalam, polis mengesahkan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin ,44, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, yang hilang sejak 30 Ogos lalu dibunuh. Mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, di Morib.

Selain Datuk itu dan adiknya, polis turut menahan enam individu lain termasuk dua wanita. Mengulas lanjut, sumber berkenaan memberitahu, kejayaan polis membongkar kes pembunuhan itu dalam tempoh singkat berpandukan kepada maklumat yang diperoleh daripada pesanan yang ditinggalkan Sosilawati. "Polis bernasib baik kerana mangsa sempat meninggalkan pesanan kepada ahli keluarganya memaklumkan lokasi dan individu yang mahu ditemui pada hari dia dilaporkan hilang. "Maklumat penting ini membolehkan polis menjejaki suspek dua beradik terbabit sebelum berjaya diberkas Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, siasatan polis juga mendapati suspek bergelar Datuk tersebut kerap menghulurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk menawarkan khidmat guaman secara percuma. Malah, dia juga dikatakan bijak menarik perhatian masyarakat menyebabkan firma guamannya menjadi popular dan ramai pelanggan berminat mendapatkan khidmat termasuk golongan kenamaan. Difahamkan, peguam terbabit pernah beberapa kali memanggil media untuk mengadakan sidang akhbar berhubung mangsa yang dianiaya oleh majikan dan kes-kes membabitkan gangguan seksual.

Selain itu, menurut sumber polis, dua beradik berkenaan pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Majlis Peguam Malaysia, tiga tahun lalu iaitu mulai 9 Mac 2007 sehingga 30 Mac 2008. "Kedua-dua mereka bersama seorang lagi proksi dikenakan tindakan tatatertib di bawah Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976. "Tindakan ini menyebabkan Datuk berkenaan dan adiknya tidak layak untuk menjalankan amalan guaman dan menawarkan khidmat guaman kepada orang ramai," katanya.
Menurut sumber itu lagi, adik Datuk itu pula pernah dikaitkan dengan tiga tuduhan kes pecah amanah membabitkan pertukaran hak milik tanah yang dimiliki seorang wanita bernilai RM200,000 pada akhir tahun lalu. - Utusan

Tengku Muhammad Faris Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan Yang Baru

KOTA BHARU 13 Sept. - Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balairung Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) di Balairung Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu, semalam.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya ketika mengumumkan pemasyhuran itu. Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang juga Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim, Pengelola dan Ketua Istiadat Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, pembesar-pembesar negeri dan semua anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Nik Abdul Aziz berkata, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim telah bermesyuarat pada pukul 9 pagi ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim di sini bagi membuat keputusan itu. - Petikan Utusan

Monday, September 13, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati : 4 Suspek Mengaku Pukul Semua Mangsa Hingga Mati

Kuala Langat 12 Sept. – Polis hari ini mengesahkan empat daripada lapan suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati. Malah, suspek terbabit turut mengaku telah menahan, membunuh dan membuang abu mayat kesemua mangsa ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib dekat sini. Sehingga kini, polis juga percaya senjata yang digunakan oleh pembunuh kejam terbabit turut dimusnahkan sehingga menjadi abu bagi menghapuskan bukti.

Lelaki (foto) yang dipercayai seorang peguam bergelar Datuk (kanan) yang menjalankan amalan guaman di sebuah firma di Banting dan tiga lagi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di kawasan seluas 500 meter persegi dalam ladang seluas 1.6 hektar di Tanjung Sepat, Banting dekat sini. Menurut beliau, di dalam ladang itu, terdapat beberapa buah rumah kediaman serta tembok yang menghalang pemandangan dari luar. Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini, Mohd. Bakri berkata, polis kini menunggu siasatan unit forensik dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mayat kesemua mangsa.
“Bagaimanapun, hasil siasatan berdasarkan pengakuan-pengakuan suspek menjurus kepada kes kehilangan keempat-empat mangsa sejak 30 Ogos lalu. “Kita percaya mangsa telah dimusnahkan dengan cara demikian (tahan, bunuh, bakar dan buang). Semua eksibit (bahan bukti) termasuk pisau dibakar menjadi abu. Mereka telah dibunuh dan dibakar di tempat yang sama. “Pegawai polis kini sedang menyiasat untuk mencari bahan bukti dengan kerjasama Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia di tempat kejadian,” katanya. - Utusan

Sunday, September 12, 2010

Terkini: Datuk Sosilawati Mati Dibunuh Dan Dibakar

Kuala Lumpur 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor. - Utusan

Saturday, September 11, 2010

Terkini Kes Sosilawati : Peguam Dikehendaki Ada Rekod Jenayah?

Seorang peguam yang dipercayai antara senarai individu paling kehendaki dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, disyaki mempunyai rekod jenayah kes penipuan di Selangor. Menurut sumber yang rapat dengan Sosilawati, peguam bergelar Datuk dan berusia 40-an itu juga pernah berurusan dengan beberapa ahli politik di negeri terbabit atas urusan jual beli tanah.

Sumber itu mendakwa, salah seorang daripada ahli politik terbabit yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut terlibat dalam urusan penjualan tanah yang ingin dibeli oleh Sosilawati. Selain itu, peguam tersebut juga ada memberikan sekeping cek bernilai RM1 juta kepada Sosilawati baru-baru ini, menurut sumber itu. "Cek itu kemungkinan mempunyai kaitan dengan urusan beli tanah antara mereka, namun ia hanya boleh ditunaikan pada September ini.

"Sosilawati mengenali peguam itu kerana pernah beberapa kali berjumpa dengannya sebelum ini untuk membincangkan urusan pembelian tanah. "Kali terakhir ialah sebelum beliau dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sosilawati yang merupakan Pengasas Nouvelles Visages dikesan hilang bersama pembantu peribadinya, Kamarudin Samsudin, 47, pegawai bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, sebaik sahaja meninggalkan pejabatnya. Misteri kehilangan Sosilawati bagaimanapun menemui petunjuk baru apabila kereta BMW X5 berwarna hitam milik wanita itu yang dipercayai ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa akhirnya ditemui di kawasan letak kereta di Flat USJ1, Subang Jaya, 6 September lalu. - Sumber: Utusan

Thursday, September 9, 2010

Sembilan Didenda Sambut Raya Awal Di Perlis

KANGAR 8 Sept. - Akibat terlalu teruja untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri lebih awal, seorang lelaki didenda RM1,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Hukuman dijatuhkan oleh Ketua Hakim Syarie, Othman Ibrahim terhadap Shuit Ismail, 51, selepas tertuduh yang juga ketua kumpulan Jamiah Al-Zikri Awwalun mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana menyambut lebaran lebih awal.
Pegawai JAIPs (foto) menyiasat kumpulan Jamiah Al-Zikri Awwalun selepas mereka didapati mendengar khutbah dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di sebuah deretan premis yang dijadikan surau di Seriab, dekat Kangar, semalam.
9 individu terbabit ditahan pagi ini di sebuah surau di Seriab, di sini, selepas didapati meraikan Aidilfitri sedangkan tarikh 1 Syawal belum diumumkan lagi. Ketika ditahan, mereka sedang mendengar khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh Shuit selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah.
Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) turut mengesan juadah termasuk lemang dan kuih raya. - Utusan

Wednesday, September 8, 2010

Layan Mood Raya Di Kota Bharu

Salam.. Bru blk 'layan jem' di Kota Bharu.. perhhh.. dh ramai anak2 perantauan mcm kami dh smp kelate. Mana2 je bleh tgk lautan manusia, rasa nya dh lbh bancian thn lps, lbh 100ribu rakyat kelate blk raya wooo.. Ni picca semlm, terjah KB Mall. Igt kt SP dh byk sale, rupanya kt sini lg happening. Kasut, pakaian, brg2 elektrik mmg diskaun giler2 beb, compare harga item yg sama kt Penang n Kedah. Rasa mcm nk bli je semua tu..kui3..

Ada benda bru yg blom jmp kt SP, ni dia. Car kecik kata Hanim. Mula2 tu duk tgk je family lain guna, pastu hanim tya papa dia,' Best ke naik tu papa? - Papa jwb,' Best kot, nti papa cari satu'. Anak punya pasal, trus tya org amik kt mana benda tu. Then dari 2nd floor turun cari kt basement beb. Bukan free ok, siap kena isi form, nama, i.c, Deposit RM20 . Caj RM4/hour..huhu.. Uols shopping cukup ke sejam? Alahai..
Best gak konsep car tu sekali dgn tpt letak brg kt blk tu kan, tp brp sgt brg bleh muat dlm tu, mmg kena amik troli biasa gak la klu nk shopping byk.


Apa yg my hubby tgk lama2 tu, jgn tgk awek plak Be, kurus pose nti..huhuhu.. 2jam lbh duk ronda2, smpt gak rembat 3-4 brg, tp tggu next n3 ok.. Tu pn klu ada masa la pasni.

-- Selamat bercuti uols. Drive elok2 ke mana saja destinasi ok. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Take care.