ad ld

Tuesday, December 31, 2013

Si Kembar Teman Kak Hanim Beli Kelengkapan Sekolah

Musim cuti sekolah dah sampai penghujung kan. Lusa dah start buka sekolah kat Kedah ni. Dunia baru bagi Kak Hanim di 2014 coz sekolah sesi petang. Hopefully dia cepat sesuaikan diri dengan 'jadual' baru tu nanti.


Last week berombongan ke shopping mall, plan siapkan kelengkapan persekolahan Kak Hanim ni. Kenapa rombongan? Mana tak nya separuh trolley dah diconquer dgn si kembar Husna n Hanis la. Melompat lompat sengih sengih dorang duk dalam tu, layan je lah. Dah berat 10kg ++ beb, x larat dukung lama lama..huhu.

Dah settle semua alatan sekolah, pekena cool blog di food court jap, mmg mables. Kak Hanim plak macam biasa la, siap bagi hint kat papa dia. "Ada duit seringgit2 tak papa? Kira soklan bonus la tu, request nak naik mainan b4 balik. Redha je lah.

Monday, December 30, 2013

Tan Sri Muhammad Ali Kembalikan Darjah Kebesaran Johor (Gambar)

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam. Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.


Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor. "Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya.

Sunday, December 29, 2013

Drama Ammara Batrisya TV9 Lakonan Erra Fazira Umie Aida Dan Adi Putra

Drama Ammara Batrisya TV9 bermula 10 Disember lalu lakonan nama besar seperti Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida dan Adi Putra. Dah tengok citer ni memang best. Umie Aida bawa watak wanita psiko yang obses dengan Erra Fazira siap pasang cctv kat umah Erra untuk stalk aktiviti harian Erra Fazira tu..huhu.


Ammara Batrisya menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita Ammara dan Batrisya. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sejak kecil hidupnya dibaluti luka. Dia kehilangan kedua ibu bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh makciknya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisya (Erra Fazira) seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.

Ammara cuba mendekati Batrisya dengan apa cara sekali pun. Satu insiden menemukan mereka dan persahabatan mula terjaalin. Dalam diam Ammara cuba mengawal kehidupan Batrisya termasuk hubungan cinta Batrisya dan Rayyan (Adi Putra). Macam best macam menarik je kan cerita ni beb. Setiap Selasa dan Rabu 8.30 malam TV9.

--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Prof Muhaya Jawab Dakwaan Tak Prihatin Nasib Rakyat (Gambar)

Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.


Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut. “Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

Saturday, December 28, 2013

Tiada Aduan Bukti Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga - Hasan Malek (Gambar)

Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat.


"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke Sekolah' AEON.

Thursday, December 26, 2013

Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu

Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, pagi tadi.


Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit. Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Monday, December 23, 2013

Letupan Bom Di Danok Thailand Lebih 20 Cedera (Gambar)

Dalam satu siri serangan bom terancang di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia hari ini, empat bom telah diletupkan dan dua darinya mencederakan 24 hingga 26 orang. Mengulas kejadian itu, Gabenor Wilayah Songkhla Krisada Boorat berkata ia dilakukan pihak yamg ingin mencetuskan huru hara pada hujung tahun.


Beliau berkata pihak keselamatan akan melakukan rondaan dan pemeriksaan di setiap pintu masuk ke daerah Hatyai untuk menyekat kereta suspek selepas mendapat maklumat risikan yang puak pemisah akan mengebom tempat pelancongan di Hatyai.

Saturday, December 21, 2013

Pelajar Malaysia Masuk Universiti Harvard Eleasha Chew (Gambar)

Pelajar Malaysia, Eleasha Chew diterima masuk ke Universiti Harvard, sekali gus mengakhiri penantian yang lama selepas rakyat tempatan dipilih memasuki institusi berprestij itu sejak 2010. Bekas pelajar Sekolah Perempuan St. George itu akan diterima masuk di bawah Program Tindakan Awal Kolej Awal bagi kelas 2018.


Pelajar Ijazah Sarjana Muda Antarabangsa itu begitu aktif dalam teater dan khidmat masyarakat. Dr Goh Cheng Teik, yang mengetuai panel pemilihan yang menemubual para pelajar bagi kemasukan mahasiswa ke Hardvard, menyifatkan Eleasga sebagai "amat cerdik". "Dia bercakap dengan bagus dan dia boleh berkomunikasi dengan begitu efektif, saya pasti dia tidak akan berhadapan dengan sebarang kesukaran apabila dia berada di Harvard," kata Dr Goh.

Bekas pelajar SMK Damansara Jaya, Avinaash Subramaniam merupakan rakyat Malaysia yang terakhir diterima masuk ke Harvard pada 2010.

--  Puting Beliung Di Johor (Gambar)
--  Che Ta Dan Zain Bulan Madu Di Rome Itali (Gambar)
--  Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh 20 Disember (Gambar)
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)

Thursday, December 19, 2013

Puting Beliung Di Johor (Gambar)

Imej dan klip video yang mendakwa berlakunya kejadian 'puting beliung' di Johor tersebar di Internet pada petang Rabu. Facebook dan Twitter kecoh, apabila ramai yang melahirkan rasa bimbang mereka dengan kejadian puting beliung berkenaan.


Bagaimanapiun, tidak lama selepas itu kejadian tersebut dimaklumkan sebagai belalai air dan dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai Lido pada pukul 4 petang. Seorang pelajar, Mohd Aqil Mohd Faiz, 17, berkata ia merupakan kali pertama dia menyaksikan suasana seperti itu ketika dia sedang memandu di sepanjang Jalan Skudai pada pukul 4 petang.

Wednesday, December 18, 2013

Permohonan BR1M 2014 Mulai 23 Disember Hingga 31 Januari

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan Selasa. Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu. Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Monday, December 16, 2013

Kenaikan Tol Tidak Dapat Dielak Sabar Jelah Beb

Kenaikan tol tidak dapat dielakkan kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Agak femes gak perkataan naik lately kan. Minyak naik, gula naik, letrik naik dan air pun banyak naik hingga banjir besar kan. Sabar je lah huhu.


Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Tuesday, December 10, 2013

Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)

Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di Pantai Purnama Port Dickson meninggal dunia akibat komplikasi selepas lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan. Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang Port Dickson, datang untuk berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada tengah hari Ahad.


Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki 'banana boat'. Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain untuk bermain 'banana boat'. Dia telah memberitahu kepada pengusaha bot berkenaan agar tidak membawa botnya terlalu laju.

Monday, December 9, 2013

MB Terengganu Tahan Lori Gardenia Agih Roti Kepada Mangsa Banjir (Gambar)

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tahan 2 buah lori Gardenia yang terkandas dalam perjalanan akibat banjir di Terengganu.. Perhh.. Ahmad Said arahkan pemandu lori roti Gardenia tu supaya agihkan roti2 tersebut kepada mangsa banjir yang ada berdekatan tapi pada mulanya dua pemandu itu enggan berbuat demikian. Jom tengok apa cer yang berlaku.


- Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan.

Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu. Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut.

Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu. Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut. Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial. sinarharian

--  Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)
--  Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh 20 Disember (Gambar)
--  Kad Kahwin Che Ta Dan Zain Saidin (Gambar)
--  Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah (Gambar)

Monday, December 2, 2013

Kakak Dibunuh Ditemui Separuh Bogel Dua Adik Perempuan Turut Ditemui Mati Di Alor Senibong Kedah (Gambar)

Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong semalam manakala dua adiknya dilaporkan hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang.


"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang sebelum ini. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,"katanya kepada  pemberita di tempat kejadian hari ini.

Sunday, December 1, 2013

Paul Walker Pelakon Fast And Furious Mati Kemalangan Porshe Carrera GT Meletup (Gambar)

Khabar duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu. Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang duduk di bahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.


Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.

Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar. mstar

--  Nur Fazira Saad Pengantin 12 Tahun Bercerai Sebelum Ulangtahun Pertama (Gambar)
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Yasmin Hani Dan Shaarin Blackrose Bersama Bayi Noah Ismail Wong (Gambar)

Thursday, November 28, 2013

Nur Fazira Saad Pengantin 12 Tahun Bercerai Sebelum Ulangtahun Pertama (Gambar)

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim. Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.


Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan. Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Wednesday, November 27, 2013

Zan Azlee Ada Kaitan Dgn Aishah Mautum Mangsa Hamba Di London (Gambar)

Lebih ramai ahli keluarga tampil berkongsi maklumat berhubung laporan seorang wanita warga Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi hamba domestik di selatan London selama 30 tahun sebagai Aishah Mautum. Dalam laporan Astro Awani, editor majalah siaran tersebut Zan Azlee Zainal Abidin telah dikenalpasti sebagai saudara wanita tersebut.


Dalam satu temubual pada Selasa, Zan berkata, tiada siapa dalam keluarganya menjangkakan wanita warga Malaysia yang diselamatkan itu adalah ibu kepada sepupunya yang hilang sejak 30 tahun lalu. Zan berkata, laporan bahawa Aishah adalah antara wanita yang menjadi mangsa perhambaan di London tidak pernah terlintas di fikirannya.

Tuesday, November 26, 2013

Langsuir Terbang Mengilai Ganggu Penduduk (Gambar)

Villa Nabila femes heboh satu Malaysia diperkatakan minggu lepas, langsuir punya citer plak kuar hari ni. Perhhh penangan bualan di facebook dah jadi trend kuar jadi berita arus perdana skang kan, dari segi citer pasal bola, gwiyomi, listen, macam comel dan latest sal langsuir ni lah..huhu. Jom tengok apa cer sebenarnya tu.


Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ni hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh Kelantan dan Jerteh Terengganu akhir akhir ini menjadi bualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat 48, berkata beliau melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam minggu lalu.

Katanya walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikalnya, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang. sinarharian

--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bukan (Gambar)
--  Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
--  Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram

Fasha Sandha Bercuti Bersama Anak Nora Danish Di USS Singapura (Gambar)

Fasha Sandha bercuti bersama anak dan suaminya Jejai di USS Singapore turut membawa bersama anak Nora Danish. Kelihatan mereka sungguh gembira dan bahagia meluangkan masa bercuti bersama keluarga.


Fasha Sandha juga kelihatan semakin cantik menawan selepas bergelar ibu kan.

--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Cerita Jiran Tuhan Harun Ketua Ajaran Sesat (Gambar)
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Amyza Adnan Keguguran Anak Ke 4 Di Usia Dua Bulan (Gambar)

Amyza Adnan keguguran anak ke 4 di usia dua bulan selepas mengalami pendarahan sewaktu penggambaran di Johol Negeri Sembilan beberapa hari lalu.


Takziah buat Amyza. Ada rezeki lain lepas ni tu kan.

--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah 11.12.13 RM13 Juta Tajaan

Pasangan pelakon Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam selepas solat maghrib.


Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam. Sementara itu, bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, pada 10 Disember, pukul 8 malam. Rozita, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300.

Che Ta ni murah rezeki, siap dapat RM13 juta tajaan pelbagai pihak. Tajaan terbesar Habib Jewels bernilai RM10 juta. Perhhh.

--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Budak Enam Tahun Lepaskan Diri Dari Penculik Dalam LRT (Gambar)
--  Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

Monday, November 25, 2013

Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)

Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014. Liyana, 25, bagaimanapun berkata, dia hanya akan memberi fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.


"Lakonan buat masa ini memang saya tidak akan buat dan hanya akan menghadirkan diri untuk aktiviti promosi filem sahaja jika dijemput. "Bagaimanapun kerja-kerja belakang tabir dan menguruskan syarikat iaitu Mermaid Studios akan dilakukan seperti biasa," katanya. Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.

Budak Enam Tahun Lepaskan Diri Dari Penculik Dalam LRT (Gambar)

Kepantasan seorang budak lelaki berusia enam tahun berfikir membolehkan dia berjaya melarikan diri daripada cengkaman penculik atas kehendaknya sendiri apabila dia bertindak berlari meluru keluar dari LRT yang dinaiki. Menurut kanak-kanak itu, dia telah ditangkap oleh seorang lelaki yang memakai topeng ketika dia sedang bermain dengan kawan-kawannya di luar flat di Bangsar pada Ahad.


Dia telah dibawa menaiki LRT dan selepas beberapa perhentian, dia telah mengumpul keberanian dan berlari meluru keluar sebaik sahaja pintu dibuka ketika kereta api berhenti di stesen Taman Melati kira-kira pukul 4 petang. Budak lelaki itu hanya berhenti berlari apabila melihat seorang pegawai polis bantuan.

Wanita Pukul Peragut Di Jengka (Gambar)

Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam. Dalam kejadian tersebut, wanita dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.


Secara tiba-tiba, lelaki terbabit datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan tersebut sebelum membawa lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian. Mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong. Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak lelaki berkenaan.

Johor Cuti Hujung Minggu Jumaat Dan Sabtu Mulai 1 Januari

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almrhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu. Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja. Spekulasi pertukaran hari cuti minggu di Johor timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.

Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing. Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.

-- Mangsa Perhambaan Rakyat Malaysia Di London Didera Mental Dan Fizikal
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Tuhan Harun Ditangkap Di Tangkak Johor (Gambar)

Saturday, November 23, 2013

Senarai 12 Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu AJL 28 (Gambar)

2 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Jumaat. Lagu-lagu yang layak ke AJL28 yang akan diadakan pada 26 Januari hadapan terdiri daripada Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).


Separuh akhir Muzik Muzik 28 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Kembali (Akim & Stacy), Anugerah Hidup (Estranged), Dwihati (Yuna &Aizat Amdan), Rumah Kita (Hujan) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor). Muzik Muzik 28 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Cat Farish, Damien, DJ Fuzz, Mimie (One Nation Emcee) dan Waris.

Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 8 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2013. Kesemua lagu diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri. mstar

-- Jambatan Pulau Pinang Sesak 4 Jam Lori Tong Gas Terbalik (Gambar)
-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

Mangsa Perhambaan Rakyat Malaysia Di London Didera Mental Dan Fizikal

Mangsa kes perhambaan di Lambeth yang melibatkan seorang wanita Malaysia berusia 69 tahun dan dua yang lain sering dipukul, dedah Polis Metropolitan dalam satu sidang akhbar, Jumaat. Menurut laporan media British, mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Pihak polis telah dipetik sebagai berkata mereka perlu mengetahui apakah "gari yang tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa. Tiada bukti penderaan seksual, kata mereka, sambil menambah, ketiga-tiga mangsa dan dua suspek akan muncul sebagai sebuah keluarga yang normal apabila berdepan dengan orang luar.

Pihak polis juga berkata bahawa tidak ada bukti yang mangsa telah diperdagangkan. Pada masa ini, kedua-dua suspek yang berusia 67 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita masih belum pulang ke rumah mereka di Lambeth. Mereka juga didakwa dengan kesalahan berkaitan imigresen dan sebelum ini ditangkap pada tahun 1970 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. mstar

-- Zan Azlee Ada Kaitan Dgn Aishah Mautum Mangsa Hamba Di London (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Kereta Nabil Mitsubishi Lancer Dipecah Pencuri
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Friday, November 22, 2013

Tarikh Dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014

Dah menghampiri hujung tahun ni jadual dan tarikh pembayaran gaji kakitangan awam untuk 2014 pun dah keluar. Senang lah nak buat apa apa perancangan bila dah tahu duit nak masuk bila kan..hehe. Jom lah kita tengok.

JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)
BULAN TARIKH KETERANGAN
Januari
23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014
Februari
25 Februari 2014
Selasa

Mac
25 Mac 2014
Selasa

April
24 April 2014
Khamis

Mei
22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014
Jun
 25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014
Julai
22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014
Ogos
 25 Ogos 2014
Isnin

September
25 September 2014
Khamis

Oktober
16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November 25 November 2014
Selasa

Disember 18 Disember 2014
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014

Senang kan.

--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Menteri Kesihatan Kemalangan Di Lebuhraya Utara Selatan (Gambar)

Jambatan Pulau Pinang Sesak 4 Jam Lori Tong Gas Terbalik (Gambar)

Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih empat jam di atas Jambatan Pulau Pinang pagi ini apabila sebuah lori membawa tong gas terbalik. Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata lori yang terbalik di Km 1.3 menghala ke tanah besar itu menyebabkan dua daripada tiga lorong di atas jambatan berkenaan terhalang.


"Hanya satu lorong laluan menuju ke Perai dibuka dan ekoran itu berlaku kesesakan teruk di semua laluan masuk jambatan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Gelugor dan Bayan Lepas," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata lori yang terbalik pada pukul 10.30 pagi itu berjaya dialihkan pada pukul 2 petang dan keadaan trafik di atas jambatan sudah beransur pulih.

Insiden itu menyebabkan pemandu lori tersebut mengalami cedera ringan, katanya. Tinjauan Bernama setakat tengah hari tadi mendapati trafik sesak sepanjang lima kilometer sehingga ke kawasan Lebuhraya Jelutong.

--  Kereta Jatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui Slps 7jam (Gambar)
--  Feri Pulau Pinang Dari Butterworth Ke Port Weld Best Ke?
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

Thursday, November 21, 2013

Amy Search Muflis Dikhianati Kawan Baik Sendiri (Gambar)

Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri. Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.


"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. "Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada mStar Online.
Amy ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave, Rabu.

Anak Abdul Hadi Menang Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat (Gambar)

Wakil tunggal kumpulan ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya menempatkan diri dalam barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat setelah diumumkan menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan 355 undi.


Kemenangan Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sekali gus menggagalkan usaha bekas Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu pada pemilihan yang berlangsung pada Khamis.

Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

Apa nak jadi dunia skang ni, anak perempuan sendiri pun terliur. Nafsu apa ntah. Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak 3 tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.


Kegiatan sumbang mahram itu mungkin berterusan jika pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Cerita Jiran Tuhan Harun Ketua Ajaran Sesat (Gambar)

Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan perumahan berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat, Ajaran Harun, Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan sejak 27 Oktober lalu. Perkara tersebut terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan dan menangkap Harun, seorang  anak lelakinya serta seorang wanita kira-kira jam 3.30 petang semalam.


Jiran yang mahu dikenali sebagai Roslan, 30-an, berkata,  seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairi datang ke pejabat pemaju di kawasan perumahan itu bertanyakan rumah untuk disewa pada 26 Oktober lalu. Menurutnya, lelaki terbabit mengaku berasal dari Johor Bahru memerlukan rumah itu dengan segera dan mahu tinggal selama setahun bersama ibu dan bapanya kerana mendapat pekerjaan di Tangkak.

Tuhan Harun Ditangkap Di Tangkak Johor (Gambar)

Pemimpin kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saad telah ditangkap bersama-sama dengan dua suspek selepas serbuan di dua lokasi berasingan di Tangkak, Johor. Suspek, termasuk isteri Harun ditahan kira-kira pukul 3.30 petang selepas sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada polis Johor dan Pahang menyerbu lokasi berkenaan.


Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan tangkapan. "Suspek telah diserahkan kepada polis Pahang untuk siasatan lanjut. "Mereka dikehendaki berkaitan pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Pelajar Terkejut Format Kertas SPM Berubah Tiada Makluman Awal

Pelajar tingkatan lima yang menduduki SPM kertas Pendidikan Moral pada Rabu terkejut dengan perubahan drastik format peperiksaan yang didakwa tidak diumumkan terlebih dahulu. Pelajar-pelajar yang menduduki kertas peperiksaan subjek berkenaan menyatakan kemarahan mereka berhubung perubahan itu.

"Perkara pertama yang kebanyakan kita sedari ialah mengenai 'di manakah nilai murni?," kata seorang pelajar dari Alor Setar, Kedah. Berdasarkan 'posting', mereka menunjukkan bahawa format telah berubah daripada soalan struktur kepada bentuk yang lebih terbuka.

Menteri Kesihatan Kemalangan Di Lebuhraya Utara Selatan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam Rabu. Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov.


Beliau berkata Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil. "Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut...jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama malam Rabu. bernama

--  Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)

Wednesday, November 20, 2013

Lisa Surihani Dan Yusry Bercuti Di Sabah (Gambar)

Gambar Lisa Surihani dan Yusry bercuti di Sabah dikongsi bersama peminat melalui Instagram mereka. Awal November hari tu pegi Kelantan ni ke Sabah plak. Cuti sakan dorang kan, best tu. Jom tengok gambar happy Lisa dan Yusry tu.


Sabah memang terkenal banyak tempat menarik kan, tq untuk mereka share gambar2 yang cantik ni.

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Villa Nabila Berhantu 23 Kanak Kanak Hilang? (Gambar)
-- Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)

Malaysia vs Qatar Kalah Lagi (Gambar)

Hasrat Harimau Malaya beraksi dalam Kejohanan Piala Asia 2015 di Australia tertutup selepas tewas 0-1 kepada Qatar dalam aksi Kumpulan D di Stadium Shah Alam. Jaringan tunggal pemain lawan, Al-Ali pada minit ke-65 yang bijak menyempurnakan hantaran rakan sepasukan sudah cukup memastikan kemenangan Qatar ketika barisan Harimau Malaya dilihat lebih banyak mengejar bola di kaki anak didik Fahad Al Thani.


Turun dengan kesebelasan utama terbaik, Harimau Malaya ternyata tenggelam 15 minit pertama terutamanya dibahagian tengah apabila Ketua Pasukan, Safiq Rahim dan K Gurusamy  gagal bergandingan dengan baik. Bibit kemusnahan impian Harimau Malaya kelihatan pada (m-18) namun kecekapan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir tuan rumah berjaya menyelamatkan cubaan berbahaya penyerang lawan.

Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek

Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, awal pagi semalam. Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

Kereta Nabil Mitsubishi Lancer Dipecah Pencuri

Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam kejadian di Sungai Buloh. Nabil berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.


"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah. "Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya. Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan.

--  Murid UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper (Gambar)
--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
--  Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)
-- Hadkan Jangka Hayat Kereta 12 Tahun Demi Keselamatan Rakyat? Apa Kata Rafizi Ramli?

Tuesday, November 19, 2013

Hadkan Jangka Hayat Kereta 12 Tahun Demi Keselamatan Rakyat? Apa Kata Rafizi Ramli?

Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat. Lebih membimbangkan apabila Datuk Abdul Aziz Kaprawi turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.


Pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia. Kebanyakan pembeli kereta dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang. Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

Budak Hilang Di Villa Nabila Ditemui (Gambar)

Budak lelaki 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila sebuah banglo terbiar telah ditemui. Mohd Izzat Izzudin Hussin dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn.


Ibunya Norhayati Mohamad berkata polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar pukul 2 pagi Selasa. Saya lega kerana saya benar benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi. mstar

--  Villa Nabila Berhantu 23 Kanak Kanak Hilang? (Gambar)
--  Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)
--  Kereta Nabil Mitsubishi Lancer Dipecah Pencuri