ad ld

Wednesday, June 30, 2010

Ariel Menonton Piala Dunia Di Penjara

BEKAS vokalis Peterpan, Nazril Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel merupakan peminat sukan bola sepak. Malah ketika berada dalam tahan dia tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan hebat Piala Dunia yang kini sedang berlangsung.

"Kelmarin, Brazil menang dia sangat gembira kerana dia salah seorang penyokong pasukan itu," ujar vokalis Marvells, Yanna, ketika ditemui selepas melawat rakannya itu.

Selama bertemu Ariel, topik utama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Piala Dunia.

"Biarpun dibebani masalah besar dia tetap tidak terkecuali menonton perlawanan Piala Dunia," jelasnya seperti dipetik DetikHot.com lagi.

Yana memberitahu bahawa mereka kerap bermain bola bersama penyanyi lagu Mungkin Nanti itu dan mengaku berkawan dengan Ariel sejak tahun 2000.

Berhubung kes video lucah yang sedang dihadapi teman baiknya itu, Yanna tidak mahu memberi sebarang komen. Sebagai teman, dia turut sedih dan berharap Ariel selalu sihat. - mStar

Norman Hakim Tetap Jaga Batas - Kahwin Je Lah

PELAKON Norman Hakim berkata dia tetap akan menjaga batasan mengenai hubungannya dengan pelakon Memey Suhaiza. Ia termasuklah ketika diajak bergambar bersama kerana tidak mahu ada pihak-pihak yang kurang senang dengan aksi yang mereka berikan.

Baru-baru ini, Memey mahupun Norman tidak menolak untuk merakamkan gambar mereka berdua yang penuh mesra bagaikan pasangan suami-isteri.

Detik manis Memey dan Norman ketika meraikan majlis Hari Jadi anak lelaki Chef Wan iaitu Chef Riz di restorannya, On The Table di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
“Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media.

“Kami tahu yang sepatutnya kami tidak perlu menunjuk-nunjuk kemesraan itu. Bagaimanapun, kami masih menjaga batasan antara satu sama lain kerana banyak hati yang perlu dijaga,” beritahunya sambil tertawa kecil.

Sama ada tingkah laku mereka itu akan meninggalkan kesan buruk atau tidak, Memey mahu menganggap semua itu sebagai suatu yang positif.

“Kalau saya terus memikirkan tentang apa yang orang katakan, sampai bila pun takkan selesai. Saya tak nak dengar apa yang orang akan cakap tentang kami selepas ini. Cukuplah masyarakat sudah tahu hubungan kami dan ianya tidak perlu dirahsiakan lagi.

“Saya rasa gambar kami berdua tidak perlu dikontroversikan,” katanya yang semakin menyerlah dalam bidang lakonan.

Selepas beberapa kali diberikan watak utama seperti menerusi drama Cinta Balkis dan Puteri Aurora Beradu, Memey ditawarkan berlakon dua lagi watak utama menerusi drama Impian Cinta dan Bola Cinta.
“Saya sedang menjalani penggambaran drama 30 episod Bola Cinta dan drama 13 episod Impian Cinta.

“Kedua-dua drama itu terbitan RTM dan berkisarkan tentang cerita cinta. Dalam drama Bola Cinta, saya bercinta dengan Shah Jazle manakala saya bercinta dengan Zoey untuk drama Impian Cinta.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran lakonan yang masih tidak putus sekarang,” ujarnya. - mStar

Keputusan Piala Dunia - Sepanyol vs Portugal

CAPE TOWN: Juara Eropah, Sepanyol mempamerkan keunggulan apabila menumpaskan Portugal 1-0 pada pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Green Point sebentar tadi.
PEMAIN Portugal, Cristiano Ronaldo (jersi putih) di kawal oleh tiga pemain Sepanyol, (dari kiri) Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Sergio Busquets dalam saingan pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Green Point, awal pagi tadi. Sepanyol tewaskan Portugal 1-0. - Foto AP




Gol tunggal jaringan penyerang David Villa pada minit ke-63 hasil hantaran Inesta sudah cukup untuk memastikan Sepanyol menempah tiket ke pusingan suku akhir.

Keputusan Piala Dunia - Paraguay vs Jepun

PRETORIA, 30 Jun — Paraguay mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Jepun 5-3 melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada masa sebenar.

Yuichi Komano gagal menyudahkan sepakan ketiga Jepun menyebabkan pasukan bimbingan Takeshi Okada itu gagal melakar sejarah mara ke suku akhir buat kali pertama - AP




 

PERTAHANAN Jepun, Marcus tulio Tanaka (kanan), menyelamatkan bola dari dibolosi gawang gol oleh penyerang Paraguay, Lucas Barrios (kiri), dalam perlawanan Piala Dunia Fifa 2010, di Stadium Loftus Versfeld, Thwane, Pretoria. Keputusan Paraguay menang 5-3 melalui sepakan penalti, selepas tamat perlawanan seri tanpa jaringan. - Foto AFP

Tuesday, June 29, 2010

Keputusan Piala Dunia - Paraguay vs Jepun (1 Half)

Paraguay dan Jepun terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Loftus Versfeld.

Remaja Perempuan Lari Ikut Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi telah melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lepas.

Rosmida Rosli, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Taman Tas selepas sekolah, sejak 21 Jun lalu.

Ibunya, Juraini Saad, 39, yang menghubungi pihak sekolah kemudiannya, telah diberitahu bahawa anak sulungnya itu tidak pun ke sekolah pada hari berkenaan.

Keluarganya mengesyaki remaja berkenaan telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Man yang berumur 28 tahun.

"Saya bertambah yakin dengan andaian saya setelah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada anak saya yang meminta supaya saya menarik balik laporan polis yang telah saya buat atau dia akan membunuh diri," kata bapa remaja berkenaan Rosli Roslan, 48.

Beliau meminta bantuan orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubunginya di talian 014-5318269. - BERNAMA

AWAN BERBENTUK JENAZAH Di Kota Bharu (Gambar)

KOTA BHARU - Dua anggota tentera terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.


Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut. "Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut. - Kosmo

--  Bayar Roadtax, Insurans Kereta Online Guna Myeg.com, Mudahnya
-- (Gambar) Ikan Paus 4 Tan Ditemui Di Pulau Sayak
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis 

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 - 29 JUN

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 :


29 JUN - SELASA :

PARAGUAY - JEPUN ( 10.00 PM )


30 JUN - RABU :

SEPANYOL - PORTUGAL ( 2.30AM )

MAKAN Setiap 15 Minit Tp Masih KURUS

AUSTIN - Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.

Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram.

"Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram," kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.

"Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia," tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.- Kosmo.

Luna Maya - Ariel Berpelukan Di Penjara

JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya berpelukan dengan kekasihnya, Ariel Peterpan di sebuah pejabat polis selepas mereka berpisah selama enam hari, lapor sebuah akhbar semalam.


GAMBAR fail 14 Julai tahun lalu menunjukkan Ariel (kiri) dan kekasihnya, Luna Maya di Jakarta

"Oh ya, mereka berpelukan di dalam (tahanan)," kata penerbit album bad Peterpan, Capunk dalam laman Twitter miliknya yang menceritakan kunjungan kekasih Ariel itu.

"Mereka makan berdua. Luna bawa makanan banyak sekali. Terus dibahagi-bahagikan dengan yang lain," tambahnya.

Menurutnya, Ariel kelihatan sihat semasa dia melawatnya.

"Tadinya, saya fikir dia bakal bimbang kerana tempatnya agak menyeramkan. Tetapi ternyata tidak, tempatnya nyaman," kata Capunk.

Ariel ditahan di pejabat polis itu kerana dia menjadi suspek dalam pengedaran klip video seks melibatkan Luna Maya dan seorang lagi pengacara Cut Tari. - Kosmo

Layan KFC Di Ptg Hari

Salam.. Slmt pgi selasa uols.. Dh bekfes ke? Jom makan kfc, baki semlm ada lagi nih..hehe.. Ni nk cer cik hanim yg bt permintaan nk makan KFC plak ptg semlm. Jom layan cer jika sudi ye..

My doter hanim tu mcm biasa lah, everytime stop kt traffic light depan SP Plaza n dia tgk kfc, compem dia nak n mula la sebut dgn gaya lentok kt papa dia,' Papa, hanim nk makan kfc ..Boleh x papa? Alahai dia punya tone suara tu mmg 'menggoda' la, cuba uols klik kt SINI. Papa dia plak mmg jenis x cakap byk, just kata OK. Padahal punya lah susah ptg2 nk kena u-turn plak depan hospital lama klu nk gi Kfc Komplek Temin tu. Uhukkk... Anak punya pasal, layan je lah kan..


2-3 round gak nk cari parking tp full je, biasa lah org ramai baru dpt gaji kan. So papa decide nk take away je lah, blk makan kt umah. Seb baik hanim kata,' Ok papa, pastu kita tgk Dora dlm laptop papa ye'.


Lucu tgk gaya si montel hanim tu posing.. Senyum je bila dh dpt fevret dia kan.. Hati mama papa pn gembira tgk hanim suka tau. Tgk keletah anak kan umpama terapi diri utk ibubapa kan, btul x uols?

-- Psstttt.. Uols jgn lupa klik iklan nuff yg ada tu ekk, bleh la bt  hanim makan best slalu..kui3..

Keputusan Piala Dunia - Brazil vs Chile

PENYERANG Brazil, Luis Fabiano (atas) berjaya meloloskan diri dari kawalan penjaga gol Chile, Claudio Bravo, sebelum menjaringkan gol kedua pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Keputusan Brazil 3 Chile 0 - Foto AP

 Juara dunia lima kali, Brazil semakin hampir untuk memenangi satu lagi Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-0 dalam pusingan kedua, di Stadium Ellis Park, awal pagi tadi.

Dengan keputusan itu, Brazil akan bertemu Belanda yang sebelum itu menewaskan Slovakia 2-1.

Gol Brazil dijaringkan oleh Juan dan Luis Fabiano pada separuh masa pertama sebelum Robinho menambah derita Chile untuk gol ketiga Brazil pada separuh kedua.

Keputusan Piala Dunia - Belanda vs Slovakia

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2010 :

BELANDA ( 2 ) - SLOVAKIA ( 1 ).

Belanda menewaskan Slovakia 2-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Durban sebentar tadi.


Gol Belanda dijaringkan Arjen Robben pada minit ke-18 dan Wesley Sneijder pada minit ke-84.

Slovakia memperoleh sepakan penalti pada minit keempat masa kecederaan dan Robert Vittek menyempurnakannya.

Dengan kemenangan itu, Belanda mara ke peringkat suku akhir dan akan bertemu sama ada Brazil atau Chile.

Monday, June 28, 2010

Keputusan Piala Dunia - Belanda vs Slovakia ( 1st Half )

Belanda mendahului Slovakia 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Durban.

Gol Belanda dijaringkan Arjen Robben pada minit ke-18.

Cerita Lawak - Jom Baca


Sila baca dgn teliti kenyataan akhbar yg dihigh light tu ok..

-- Sumber : izyan.

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 - 28 JUN

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 :


28 JUN - ISNIN :

BELANDA - SLOVAKIA ( 10.00PM )


29 JUN - SELASA :

BRAZIL - CHILE ( 2.30AM )

Azmin Ali Ganti Abdul Khalid Terajui PKR Selangor

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta.

Jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat hari ini bersetuju untuk melakukan sedikit perubahan di peringkat negeri... selain itu kita turut melantik Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai Wilayah Persekutuan," kataPresiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Wan Azizah lagi, keputusan berkenaan dibuat atas permintaan Abdul Khalid sendiri yang akan memberi tumpuan kepada pentadbiran Selangor, pembangunan di Kampung Baru dan kawasan bersempadan dengan Selangor.

Sementara itu Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, tangunggjawabnya untuk menguruskan pembanggunan di Selangor terutamanya bagi memajukan ekonomi di negeri itu membataskan beliau untuk menerajui PKR di peringkat negeri.

"Pengalaman saya dari segi politik boleh jadi tak berapa (baik), parti berpendapat saya mempunyai banyak pengalaman dari segi ekonomi dan tugas untuk menumpukan kepada pelaburan dianggap lebih penting," katanya. - mstar.

Syakir Akui Tersingkir Imam Muda

 
Bergelar pelajar paling muda tentunya sedikit sebanyak memberi cabaran tersendiri kepada individu yang terpaksa bersaing dengan senior yang lebih berpengalaman.

Namun perkara itu tidak sedikit pun melemahkan semangat calon Imam Muda, Ahmad Syakir Zamri atau Syakir yang berasal dari Machang, Kelantan.

Pelajar SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan yang kini dalam persediaan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mengakui kadang-kala berasa rendah diri apabila berdiri dengan calon-calon Imam Muda yang lain.

Dia yang mengakui terasa seperti akan disingkirkan kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik ketika sesi penilaian dilakukan.

Bagaimanapun, Syakir berharap hasratnya untuk bergelar Imam Muda akan tercapai walaupun tersingkir awal dan merasakan masih jauh perjalanan yang harus ditempuh untuk bergelar Imam.

“Saya masih muda dan masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari agar ilmu di dada lengkap untuk menjadi seorang Imam, Insya-Allah, jika Allah SWT mengizinkan saya untuk menjadi Imam, saya pasti akan menjadi Imam kelak,” katanya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian STPM yang tertangguh dan berhasrat untuk belajar lebih tinggi lagi.

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). - SinarHarian

Kes Badrul Muhayat Pukul Isteri Disebut Semula

KUALA LUMPUR: Kes pelakon dan bekas model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, yang menghadapi pertuduhan mencederakan isterinya, akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang di sini, pada 12 Julai depan.


Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani menetapkan tarikh itu selepas peguam Abdul Rashid Tasin, yang mewakili Badrul Muhayat (gambar) memohon tarikh baru untuk anak guamnya berbincang dengan pengadu yang juga isterinya, Julia Daud untuk mencari penyelesaian berhubung kes berkenaan.

Sebelum itu, Badrul Muhayat, 42, yang berkemeja biru mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isterinya selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan pindaan terhadapnya.

Pengakuan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Husnita Mohd Radzi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima arahan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang diwakili Ketua Unit Jenayah Am dan Seksual Bahagian Pendakwaan, Shahidani Abd Aziz untuk mengemukakan pertuduhan pindaan itu. - mstar

-- X macho la pukul bini, bro!!!!

Cerita Kedai Kopi

Salam.. Slmt pagi isnin uols.. Biasa la ramai gak yg monday blues hri ni kan..hehe.. Tp I kdg2 je terasa monday sickness ni, maklum la kedah kan start keje ahad lagi..kui3..


Ni nk cer di my Sunday.. hehe.. Ptg semlm ada permintaan dri my lovely doter hanim nak makan kue teow sup katanya. So b4 smp umah tu singgah la dlu kt kedai sup femes di Pengkalan Baru. Mybe bleh kata sape yg duk SP ni especially 'pecinta makanan' mmg tahu kedai ni.


W/pn berorientasikan sup, tp another superb menu nya adalah nasi ayam.. My hubby mmg mesti order this menu.. Mables.. Nyam nyam..

FIFA Enggan Ulas Kesilapan Pengadil ( England - Jerman )

FIFA enggan mengulas mengenai kesilapan pegawai perlawanan yang menafikan England satu gol dalam kekalahan 4-1 kepada Jerman pada perlawanan Piala Dunia semalam.

England percaya ia memperoleh gol apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk sebelum melantun ke palang sekali lagi.

Pengadil Uruguay, Jorge Larrionda, mengarahkan permainan diteruskan tetapi ulang tayang televisyen menunjukkan bola sudah melepasi garisan gol. Gol itu sepatutnya menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-38 di Bloemfontein.

Pada perlawanan kemudian, pegawai perlawanan melakukan satu lagi kesilapan apabila membenarkan gol pertama Argentina dalam perlawanan menentang Mexico. Argentina akhirnya menang 3-1 di Soccer City.

Ulang tayang menunjukkan Carlos Tevez dalam kedudukan ofsaid dengan tiada pemain pertahanan di antara beliau dan gawang apabila beliau menanduk masuk pintu gol yang ternga-nga hasil umpanan Lionel Messi pada minit ke-26.

Pengadil Itali, Roberto Rosetti, membenarkan gol itu selepas berbincang dengan pembantunya ketika pemain Mexico mengelilingi mereka untuk membantah..- AP

Keputusan Piala Dunia - Argentina vs Mexico

PENYERANG, Carlos Tevez (kiri), menanduk masuk gol pertama Argentina menentang Mexico perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Soccer City, Soweto, awal pagi ini. - Foto AFP
 
Argentina menundukkan Mexico 3-1 dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Soccer City, sebentar tadi.

Selepas mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Carlos Tevez pada minit ke-26 dan Higuain minit ke-33, Tevez sekali lagi menambah jaringan pada separuh masa kedua dengan jaringan pada minit ke-52.

PENYERANG Argentina, Carlos Tevez (kanan), cuba dikekang 
pertahanan Mexico, Ricardo Osorio (tengah) dan Andres Guardado, sebelum 
menyumbat gol ketiga Argentina, dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, 
di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi 
ini. - Foto AFP
PENYERANG Argentina, Carlos Tevez (kanan), cuba dikekang pertahanan Mexico, Ricardo Osorio (tengah) dan Andres Guardado, sebelum menyumbat gol ketiga Argentina, dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto AFP
 
Bagaimanapun, pada minit ke-71, Mexico cuba merapatkan jurang selepas J Hernandez menjaringkan gol selepas meledakkan sepakan kencang ke bahagian atas sebelah kanan penjaga gol Argentina, Romero.

Keputusan Piala Dunia - England vs Jerman

BLOEMFONTEIN 27 Jun - Jerman melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya selepas menundukkan England 4-1 dalam aksi pusingan kedua di Stadium Free State, sebentar tadi.

Gol England yg dinafikan pengadil.

Thomas Mueller muncul wira Jerman apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-67 dan 70 sementara Miroslav Klose dan Lukas Podolski masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-20 dan ke-32.


Gol tunggal England disumbangkan Matthew Upson pada minit ke-37.


Jerman akan bertemu pemenang antara Argentina dan Mexico pada peringkat suku akhir. - Agensi

Sunday, June 27, 2010

Keputusan Piala Dunia - England vs Jerman ( 1st Half )

Jerman mendahului England 2-1 selepas tamat separuh masa pertama perlawanan Piala Dunia 2010 di Stadium Free State.

Gol Jerman dijaringkan Miroslav Klose pada minit ke-20 dan Lukas Podolski pada minit ke-32.

England merapatkan jurang pada minit ke-37 menerusi Matthew Upson.

England sepatutnya menyamakan kedudukan seminit kemudian apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk lalu keluar semula tetapi pengadil tidak mengesahkan jaringan itu.

Steven: Saya Tahu Hubungan Maya, Remy

KUALA LUMPUR, 25 JUN 2010: Suami kepada aktres Maya Karin, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, MUhammad Ali Abdullah semalam mengesahkan yang dia akan bercerai dengan bintang utama filem Pontianak Harum Sundal Malam tersebut tidak lama lagi.
Steven yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota telah mengesahkan tentang perkara berkenaan kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, selepas berkahwin di Villa Corte de Lagi di Itali kira-kira 2 tahun lalu, diadan Maya perlu mendaftarkan dulu perkahwinan mereka di Malaysia.

"Kami akan bercerai. Apabila menyebut tiada perceraian semalam (Khamis lalu), saya maksudkan kami tidak bercerai semalam tetapi kami memang akan tetap berpisah," kata guru kelahiran British ini kepada The Malaysian Insider.

Jelas Steven lagi, permohonan perceraian mereka akan dibuat selepas status perkahwinan mereka diselesaikan terlebih dulu.

"Tiada sebarang keputusan yang dibuat semalam (Khamis lalu). Tapi saya percaya ia akan dalam diselesaikan dalam tempoh 2 minggu ini," katanya lagi.

Pada Februari lalu, Maya pernah dilaporkan menyebut yang dia telah berusaha untuk menyematkan rumahtangga yang dikatakan berpunca daripada kesilapan masing-masing.

Namun, dalam pada itu, turut digosipkan mempunyai hubungan dengan Remy Ishak yang turut sama membintangi teater Natrah arahan Erma Fatima dengannya di Istana Budaya, pada tahun lepas.
Kata Steven, dia maklum tentang hubungan isterinya, Maya dengan Remy.

"Saya ada dengar tentang hubungan mereak tahun lepas. Tapi saya tak berjumpa Remy. Tapi, kalau berjumpa, pasti saya akan bercakap dengan dia. Ia bukanlah satu isu," katanya.

Ditanya adakah Maya ada mnegurnya sewaktu berada di mahkamah, Steven berkata: "Tidak ada sepatah kata, tidak ada hello, tiada apa-apa langsung". - Murai

Kanak - kanak 3 Tahun Mati Lemas Jatuh Jambatan

KUALA LIPIS - Seorang kanak kanak berusia tiga tahun lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Jaleh, Lipis, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 6.15 petang ketika mangsa, Muhammad Firdaus Zainuddin menyeberang jambatan untuk pulang ke rumahnya.

"Mangsa dikatakan menyeberangi jambatan bersama-sama seorang sepupunya untuk ke rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter di seberang sungai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Razak berkata, mangsa dan sepupunya itu dipercayai bergurau senda sehingga menyebabkan mangsa secara tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

"Ibu mangsa yang dimaklumkan sepupu mangsa itu, kemudiannya bertindak terjun ke dalam sungai itu untuk mencari mangsa.

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui tersangkut pada sebatang kayu kira-kira 40 meter dari tempat mangsa terjatuh,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat. - Bernama

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 - 27 JUN

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 :


27 JUN - AHAD :

ENGLAND - JERMAN ( 10.00PM )


28 JUN - ISNIN :

ARGENTINA - MEXICO ( 2.30AM )

Uols Minat Black Eyed Peas????

Salam.. Sape minat Black Eyed Peas ( BEP )? Nyanyi skit..hehe.. Bru tgk article ni, dorg dh nk berpecah woo.. sedih sob sob sob.. Byk lagu BEP yg power kan, ringtone my hp pn still guna My Hump..huhu.. Mula2 group ni femes kt M'sia rasanya 7thn lps, masa tu mmg meletoppsss la. Pastu Zahid nyanyi Where Is The Love plak dlm AF2, terus kebaboomm..


Fergie ni mmg ada aura tersendri. Nyanyi solo pn best gak, mcm lagu dia London Bridge tu kan. Dlu b4 msk BEP lagi , dia dh agak femes. Lepas Nicole ( The Pussy Cat Dolls ) x jadi msk BEP, Fergie join this group. Imej n penampilan BEP juga byk dipengaruhi Fergie yg mmg 'fashionista'..huhu..

Black Eyed Peas Bakal Berpecah? 

-- KUMPULAN muzik hip hop berasal dari Amerika Syarikat, Black Eyed Peas khabarnya bakal berpecah kerana berlaku salah faham antara anggotanya.

Anggota yang dimaksudkan adalah Fergie (gambar) dan William J. Adams. Gara-gara masalah itu, konsert jelajah Black Eyed Peas pada tahun depan terpaksa dibatalkan.

"Fergie kata dia ingin keluar dari band itu dan konsert jelajah pada awal tahun depan masih belum disahkan sama ada jadi atau tidak," jelas seorang sumber terdekat Black Eyed Peas kepada Showbiz Spy semalam. - mStar.

Ariel Peterpan Meninggal Sebab 'Overdose'?

Terkejut seketika para peminat Ariel Peterporn dari Indonesia sehinggalah ke Malaysia apabila tersebarnya cerita yang menyatakan bahawa pada petang semalam kononnya vokalis Peterpan berusia 28 tahun itu telah meninggal dunia, gara-gara terlebih dos ('overdose') dadah psikotropik selepas penahanan Polis Indonesia terhadap dirinya baru-baru ini. Namun berita itu kemudiannya disahkan sebagai satu olokan oleh laman KapanLagi.com - 'Ariel Tewas OD = HOAX!' - yang telah menghubungi salah seorang pegawai di balai polis Mabes, lokasi di mana Ariel sedang ditahan. Menurut pegawai berkenaan, Ariel
"baik-baik aja, sehat sekarang"
Seperti yang ramai maklum, Ariel yang kini mendapat jolokan Peterporn, telah ditahan polis pada 22 Jun lalu selepas menyerahkan dirinya apabila dinamakan polis sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi. Ini ekoran dari skandal dua klip video lucah yang memperlihatkan seorang lelaki mirip wajahnya bersama dua wanita yang menyerupai kekasih Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari. Ariel, yang selama ini tegas menafikan lelaki didalam kedua-dua klip tersebut adalah dirinya, mungkin berhadapan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah. Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang menuntut supaya duda beranak satu itu dihukum rejam sampai mati, hukuman yang dirasakan mereka setimpal bagi seorang penzina. - Gua

SERVICE TERUK MACAM.........

Salam.. Uols ada x yg penah terminate mana2 broadband? Cmne caranya, senang x? Semlm I nk 'hapuskan' satu line tu, tp dia punya prosedur..mak aiii punya lah byk songeh.. Masa promo, mmg berbuih mulut salesgirl explain itu ini, mcm2 ada kebaikan klu guna line dia, tp bila kita sebut je nk potong, mcm2 alasan dibagi..

Mula2 syarat plan tu xleh potong dlm masa setahun, klu x kena caj rm200. Ok la, sbb mmg nk pakai lama pn klu service bagus la kan.. Tp baru 3bulan pakai, modem dia dh mula bt hal.. Meragam asik xleh connect je. Then bawa lah ke service center, tp dpt jawapan,' Sini x bleh repair, kena hantar ke Penang or Alor Star.' Nk tukar pn x bleh, xde dlm perjanjian.' -- Klu pegi tu masa tgh lapar kan, mau ada yg kena marah seketul dua agaknya..huhu..

Kau igt dekat je ke klu saja2 nk gi Penang or Alor Star dri SP ni? Tu blom kira masa lagi. Klu btul nk jaga customer, lg elok kau yg amik modem tu, urusan hantar repair or tukar tu company kau yg handle. Ni customer yg plak yg kena bt, caj bil reti plak terus jalan je every month. Apa hal????

Pastu semlm gi lagi nk tutup terus acc tu. B4 tu dh call customer service K.L, dia kata klu nk terminate kena bw modem ke service center berdekatan n that's all. Senang kan bunyinya. Maka terus ke lokasi, tp hampeh je.. 'Sini x boleh nk tutup akaun, call je customer service, settle.

Hubby x mau cakap byk, trus call blik c.service, itu ini itu ini.. Last skali, 'Sini xde kemudahan utk close account. U kena gi Seberang Prai Penang..'.

-- Sabar je lah.. Bila nk duit kita, semua boleh kan... Service yg teruk!!!!!

Sayang Datuk K Hanya Buat Siti

KCT 1, lambang cinta seorang suami buat isteri. Alah, suami popular satu Malaysia itulah yang Joyah maksudkan. Kecoh sepanjang minggu ini dengan cerita Datuk Khalid Jiwa sanggup menghabiskan lebih RM 60,000 untuk mendapatkan plat pendaftaran kereta KCT 1.

Apa makna di sebalik nombor itu? Barangkali Joyah boleh teka dan agak. Ia membawa makna gabungan cinta antara kedua-duanya atau boleh juga disebaliknya ia membawa maksud yang Datuk K tu hanya milik Siti tau. Awas, kalau ada yang nak mengacau.

Joyah difahamkan oleh seorang teman yang pernah ke rumah agam mereka yang sekarang pun kereta mewah di depan rumah berkenaan sudah berbaris-baris. Tak silap Joyah hampir 10 biji, termasuklah sebuah Ferrari berwarna merah menyala. Ferrari tu hanya sesekali saja digunakan oleh Datuk K kerana biasanya pasangan ini lebih senang menggunakan Mercedes untuk bergerak.

Fuhhhh! Mungkin dengan membeli nombor pendaftaran terbaru ini, Datuk K akan membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan keluarganya? Apa maknanya tu? Joyah tumpang bangga sebab nampaknya selepas tiga tahun bernikah, pasangan ini terus dilimpahi rezeki melimpah-ruah.

Kalaulah jodoh Joyah sampai suatu hari nanti, pasti Joyah akan cari lelaki yang bermisai lentik macam Datuk K juga, pasti bahagia sebab suami kaya. - Utusanonline.

ANJING TU BINATANG HARAM

Salam.. Terkedu jap tgk new n3 kt beautifulnara. Uols nk tahu nape? Baca SINI.

Lu pikir la sendiri....

Keputusan Piala Dunia - Amerika Syarikat vs Ghana

Amerika Syarikat 1 ( Landon Danovan 61' ) - Ghana 2 (Kevin-Prince Boateng (4') Asamoah Gyan (92')

PENJAGA gol Ghana, Richard Kingson (tengah belakang) menolak bola keluar dari kawasan bahaya ketika diasak penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard (depan) pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg, awal pagi tadi. Keputusan Amerika Syarikat 1 Ghana 2 . - Foto AFP

Ghana mara ke pusingan suku akhir selepas menundukkan Amerika Syarikat (AS) 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlanjutan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila wisel tamat sepenuh masa ditiupkan di Stadium Royal Bafokeng.

Gol Ghana dijaringkan Kevin Prince Boateng seawal minit ke-5 selepas menewaskan pemain tengah AS di tengah padang sebelum meledakkan tendangan kencang di sebelah kiri penjaga gol AS, TIm Howard.

Selepas separuh masa kedua bermula, AS mula mengatur serangan dan memperoleh sepakan penalti selepas Dempsey dijatuhkan Jonathan (Ghana) di dalam petak penalti.

Bintang bola sepak AS berusia 28 tahun, Landon Donovan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 selepas mengelirukan penjaga gol Ghana, Kingson yang gagal membaca gerakan pemain tengah AS itu yang menghantar bola di sebelah kirinya.

Selepas hanya tiga minit separuh pertama masa tambahan bermula, pemain Ghana, A Gyan menjaringkan gol pada minit ke-93 selepas merembat kencang dengan kaki kiri melepasi Tim Howard.

Keputusan Piala Dunia - Uruguay vs Korea Selatan

PORT ELIZABETH - Dua gol daripada Luis Suarez membantu Uruguay menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 apabila menang 2-1 ke atas wakil Asia, Korea Selatan di Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.

PEMAIN Korea Selatan, Lee Chung-yong (kiri) menanduk bola melepasi jangkauan penjaga gawang Uruguay, Fernando Muslera untuk gol penyamaan dalam pusingan kedua Piala Dunia di Port Elizabeth, semalam. Uruguay bagaimanapun menang selepas Luis Suarez menyumbat gol kedua. - REUTERS 

Kecuaian penjaga gol Korea, Jung Sung-Ryong memberikan Uruguay terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-8 melalui penyerang Ajax, Luis Suarez.

Tandukan Park Ji-Sung hampir mendapatkan gol penyamaan Korea pada minit ke-56 yang berpunca daripada hantaran silang Cha Du Ri tetapi Fernando Muslera sudah dapat membaca percubaan pemain Manchester United itu.

Korea memasukkan penyerang, Lee Dong-Gok menggantikan Kim Jae-Sung pada minit ke-60 dan akhirnya gol yang dicari menjelma lapan minit kemudian.

Lee Chung-Yong meletakkan Korea kembali dalam saingan selepas bola sepakan percuma yang diambil Ki Sung-Yeung gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Uruguay.

Pemain Bolton itu mudah menanduk menewaskan Muslera yang jelas sudah terkeluar posisi untuk gol penyamaan Korea.

Namun, Suarez memadamkan api perjuangan Korea pada minit ke-80 dengan gol ketiga peribadinya di kejohanan ini dengan rembatan lencong ke sebelah kanan yang terlebih dahulu mengenai palang sebelum menuju masuk ke dalam gawang Korea untuk kemenangan mutlak Uruguay.- Agensi

Saturday, June 26, 2010

Gerhana Bulan Separa Malam Ini

KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan sempena dengan fenomena gerhana bulan separa malam ini.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 4.57 petang ini dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 7.30 malam sebelum dijangka berakhir pada pukul 10.22 malam ini.

Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Noor Syarizal Mohd Nunar berkata solat gerhana boleh dilakukan selepas solat Maghrib secara berseorangan atau berjemaah.

Katanya orang ramai dijemput menunaikan solat khusuf disertai khutbah khas gerhana bulan di Masjid Negara dan Masjid Putrajaya.

Sementara itu, orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa itu di Planeterium Negara di sini antara pukul 7.38 malam hingga 10.20 malam ini.

Menurut laman web Angkasa, teleskop bagi melihat gerhana bulan itu akan disediakan secara percuma kepada orang ramai bermula 8 hingga 10 malam ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734301/4303/5484 atau melayari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. - Bernama

Dr Asri Isytihar Kekal Ulama Bebas, Tidak Sertai Parti Politik

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uar akan menyerahkan borang sebagai ahli Umno malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini.

"Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dalam kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kira-kirapukul 10.35 pagi ini.

Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik.

"Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain.

"Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau.

Malam semalam gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan ialah 40 orang pendakwah muda yang menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

-- Petikan mstaronline.

Saksi khalwat Norman-Memey tukar kenyataan

 
NORMAN Hakim dan Memey Suhaiza keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
 
KUALA LUMPUR 25 Jun – Seorang penguat kuasa agama yang menangkap pelakon Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza setelah disyaki berkhalwat, akhirnya hari ini menukar keterangannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini bahawa dia adalah saksi yang boleh dipercayai.

Rezman Abdullah, 40, berkata sedemikian ketika disoal oleh Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Salehan Yatim.

Muhamad Nazri: ‘‘Adakah kamu bersetuju dengan keterangan sebelum ini bahawa kamu seorang pelukis pelan lakar yang tidak boleh dipercayai?’’

Rezman: ‘‘Tidak bersetuju.’’

Sebelum itu, kredibiliti Rezman sebagai penguat kuasa selama 15 tahun telah dipertikaikan oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan apabila dia gagal menjawab soalan dengan betul berhubung seksyen yang digunakan untuk mendakwa Memey.

-- Petikan utusanonline.

Keputusan Piala Dunia - Sepanyol vs Chile

PRETORIA: Sepanyol mengakhiri perlawanan terakhir Kumpulan H Piala Dunia dengan kemenangan bergaya 2-1 menumpaskan Chile di Stadium Loftus Versfeld, awal pagi tadi.


Gol Sepanyol dihasilkan oleh penyerang David Villa pada minit ke-24 dan Andres Iniesta pada minit ke-36.

Chile pula mendapat gol sagu hatinya menerusi pemain gantian, Rodrigo Millar pada minit ke-46 meskipun terpaksa bermain sepanjang 53 minit dengan 10 pemain.

Bagaimapun, Sepanyol dan Chile layak ke pusingan kalah mati apabila masing-masing muncul juara dan naib juara kumpulan.

Sepanyol akan bertemu Portugal selaku naib juara Kumpulan G pada 30 Jun depan manakala Chile berdepan Brazil sehari sebelum itu.

Keputusan Piala Dunia - Switzerland vs Honduras

BLOEMFONTEIN: Honduras dan Switzerland terikat tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H dengan kedua-dua pasukan tersingkir daripada saingan Piala Dunia kali ini.

Keputusan Piala Dunia - Brazil vs Portugal

DURBAN: Pertemuan Portugal dan Brazil dalam perlawanan terakhir Kumpulan G di Stadium Moses Mabhida berkesudahan seri 0-0, sebentar tadi.


Dengan keputusan itu, Brazil dan Portugal yang masing-masing juara dan naib juara kumpulan melangkah ke pusingan kalah mati.

Keputusan Piala Dunia - Korea Utara vs Ivory Coast

NELSPRUIT: Ivory Coast menundukkan Korea Utara 3-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Mbombela, sebentar tadi.


Gol Ivory Coast dijaringkan Toure Yaya pada minit ke-14, Romaric (minit ke-20) dan Kalou (minit ke-82).

Friday, June 25, 2010

Anne Ngasri Sah Cerai Talak Tiga

Anne Ngasri disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan (kanan) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini - Foto oleh IQMAL HAQIM ROSMAN.

KUALA LUMPUR: Aktres Anne Ngasri disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin. Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, sedang hamil lima bulan dan Wafi, 28, pernah bercerai dan rujuk sebanyak dua kali pada Julai tahun lalu tanpa pengetahuan mahkamah.

Menurut Shaiful, Wafi melafazkan taklik kepada Anne pada waktu tengahari awal Julai tahun lalu di Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan lafaz 'kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau'.

Ibu Anne, Habibah dan bekas suaminya, Wafi menenangkan Anne yang hampir pitam sebelum mendengar keputusan cerai di luar mahkamah hari ini.
Kali kedua Wafi melafazkan cerai 'aku ceraikan engkau' kepada Anne pada waktu petang pertengahan bulan yang sama tahun lalu.

Kedua-duanya rujuk semula dan selepas Isyak pada pertengahan Julai tahun lalu dengan kedua-duanya melafazkan 'saya kembali kepada awak'.

Sementara lafaz cerai ketiga iaitu 'aku ceraikan kau Anne' berlaku pada 25 Mac tahun ini, pukul 11.20 pagi di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Waktu itu Anne hamil dua bulan.

Wafi mengaku di hadapan Shaiful di kamar hakim sebelum ini bahawa dia pernah melafazkan cerai di tempat kejadian tanpa mempunyai saksi dan mempunyai niat semasa melafazkan ketiga-tiga lafaz cerai itu.

Mereka Anne dan Wafi secara rasminya bercerai pada 25 Mac tahun ini dan Anne menjalani tempoh edah sehingga bayi ketiganya dilahirkan.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan bersedia menerimanya. Saya percaya mesti ada hikmah selepas ini," luah Anne di luar mahkamah.

Terdahulu, sebelum mendengar keputusan Hakim di dewan perbicaraan, Anne hampir pitam di tandas. Khabarnya,dia tidak sempat menjamah makanan tambahan pula dia sedang berbadan dua. Bagaimanapun, Wafi dilihat masih sempat membelikan minuman untuk Anne.

Wafi hadir ke mahkamah bersama dua rakannya serta peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan manakala Anne ditemani ibunya, Habibah Jaafar.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri yang berusia empat bulan.

Jom Makan Popia Di Hari Cuti

Salam.. Hari ni agak slow skit n3, maklum lah cuti kan..hehe.. Lgpn aura rajin kt dapur still berbaki. So ada main masak-masak skit la hari ni.. Masak apa ekk? Biasa je, POPIA.. Ok, jom layan picca..


Mula2 bt inti nya dlu ok..


Then gulung jgn x gulung ye uols..


Goreng dulu beb, jgn terus makan plak...huhu..


Pastu hidang kan lah..


Jom uols, kita makan2 popia goreng... Perhhh...best...

MAYA KARIN, SUAMI MUNCUL DI MAHKAMAH SYARIAH

Pelakon, penyanyi, pengacara dan model terkenal, Maya Karin Roelcke dan suaminya Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose hadir secara berasingan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

 -- Gambar bharianonline.

Maya, 31, tiba di mahkamah tersebut pada pukul 2 petang bersama peguam syarie yang mewakilinya, Husniah Husin sementara suaminya tiba sejam kemudian bersama seorang rakan.

Kesemua mereka memasuki kamar Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selama dua jam.

Sejurus keluar, Maya dan peguam syarienya enggan memberikan sebarang komen ketika disoal oleh media mengenai urusan mereka ke mahkamah tersebut.

Sementara suaminya hanya menjawab, “tiada perceraian”.

Difahamkan pasangan tersebut memfailkan pengesahan pernikahan mereka yang telah dilangsungkan di Itali pada Ogos, dua tahun lalu.

Baru-baru ini Maya membuat pengakuan kepada media bahawa rumah tangga yang dibina bersama lelaki Itali itu sedang menghadapi masalah. - Utusan

Luna Maya Lafaz Cinta Untuk Ariel


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Indonesia menunjukkan Ariel bergambar bersama beberapa tahanan di sebuah balai polis di Jakarta.


JAKARTA - Ketika bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazril Irham yang lebih dikenali dengan panggilan Ariel ditahan di sebuah balai polis di sini kerana skandal klip video lucah, kekasihnya, aktres Luna Maya (gambar kecil) sempat memberikan sokongan kepadanya di laman web Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam laman tersebut, Luna menulis mesej sokongannya dalam bahasa Inggeris yang menyatakan dia menyintai Ariel dan berharap Allah memberkati kekasihnya itu.

Aktres berkenaan menulis ungkapan cinta itu selepas dia menjalani pemeriksaan fizikal termasuk gigi yang dilakukan polis terhadap dirinya kelmarin di sebuah hospital polis di Kramat Jati, Jakarta Timur.

Selain Luna, barisan selebriti Indonesia yang diketuai Ahmad Dhani turut memberikan sokongan moral kepada Ariel dengan datang beramai-ramai ke ibu pejabat polis tempat dia ditahan.

"Kami cuma melawat, untuk memberi sokongan moral supaya (Ariel) tabah," kata Dhani di ibu pejabat polis Jakarta Selatan semalam.

Selain Dhani, selebriti lain yang hadir termasuk Mulan, Titiek Puspa, Hengky Tornado dan isteri, Baby Zelvia, Yovie Widianto, Sys Ns dan Camelia Malik serta pengurus Ariel-Luna Maya, Vitalia Ramona.

Dalam perkembangan berkaitan, Ariel yang merupakan suspek berhubung penyebaran klip video seks yang pelakunya mirip dirinya, Luna Maya dan pengacara, Cut Tari menegaskan dia tidak mengaku salah semasa ditahan oleh polis.

Bagaimanapun, polis menyatakan, pengakuan bersalah duda satu anak itu tidak terlalu penting.
"Sekiranya kami tidak memperoleh pengakuan itu, kami boleh mencari bukti daripada saksi-saksi dan penemuan lain,'' kata seorang pegawai polis, Marwoto Soeto.

Selang dua hari Ariel berada dalam tahanan polis, gambar dia bersama tahanan-tahanan lain disiarkan media Indonesia semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Ariel kelihatan akrab ketika bersama 10 tahanan lain.

Dalam gambar itu, dia yang memakai baju putih dengan berseluar pendek hitam tersenyum ketika dipeluk salah seorang tahanan di pejabat polis itu. - Agensi

-- Sumber : kosmoonline.

Keputusan Piala Dunia - Belanda vs Cameroon

CAPE TOWN, 25 Jun — Belanda meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kumpulan E selepas menewaskan pasukan yang sudah tersingkir, Cameroon 2-1 di Stadium Green Point awal pagi tadi. - AP

Samuel Eto'o of Cameroon scores a penalty kick past Maarten Stekelenburg of the Netherlands during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group E match between Cameroon and Netherlands at Green Point Stadium on June 24, 2010 in Cape Town, South Africa. (Photo by Lars Baron/Getty Images)

Keputusan Piala Dunia - Denmark vs Jepun

RUSTENBURG 25 Jun - Jepun muncul wakil Asia kedua melangkah ke pusingan kedua apabila cemerlang menewaskan Denmark 3-1 dalam aksi Kumpulan E di Stadium Royal Bafokeng, sebentar tadi.

Gol Jepun disumbangkan oleh pemain sensasi mereka, Keisuke Honda pada minit ke-17 dan Yasuhito Endo minit ke-30 melalui sepakan percuma sementara Shinji Okazaki melengkapkan kemenangan skuad Blue Samurai itu dengan gol minit ke-87.

Denmark memperoleh gol saguhati melalui Jon Dahl Tomasson pada minit ke-81. Selaku naib juara Kumpulan E, Jepun akan berdepan Paraguay di pusingan kedua pada 29 Jun.

Keputusan Piala Dunia - Itali vs Slovakia

PENYERANG Slovakia, Robert Vittek (11) menjaringkan gol pertama perlawanan menewaskan penjaga gol Itali, Federico Marchetti (kiri) pada aksi saingan Kumpulan F, Piala Dunia 2010 FIFA, Itali bertemu Slovakia di Stadium Ellis Park, Johannesburg, sebentar tadi. Kedudukan Slovakia 1, Itali 0 tamat separuh masa pertama. - Foto AFP

Slovakia menewaskan juara bertahan Itali 3-2 pada perlawanan Kumpulan F di Stadium Ellis Park sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Slovakia layak ke pusingan kedua dan menyingkirkan Itali daripada kejohanan.

Slovakia mendahului selesa menerusi gol Robert Vittek pada minit ke-25 dan ke-73.

tali merapatkan jurang gol menerusi jaringan Antonio Di Natale pada minit ke-81.

Namun, pemain gantian, Kamil Kopunek mengembalikan kelebihan gol Slovakia menerusi jaringan pada minit ke-89.

Itali sekali lagi merapatkan jurang gol, kali ini menerusi jaringan Fabio Quagliarella pada minit kedua masa tambahan.

Namun, Itali gagal memperoleh satu lagi gol untuk menyelamatkan kempen mempertahankan kejuaraan.
 

Keputusan Piala Dunia - Paraguay vs New Zealand

Paraguay menempah tiket ke pusingan kalah mati apabila seri 0-0 dengan New Zealand dalam perlawanan terakhir Kumpulan F di Stadium Peter Mokaba, sebentar tadi.

Paraguay layak dengan memperoleh lima mata, sekali gus menjuarai Kumpulan F bersama Slovakia di tempat kedua yang sebelum itu mengejutkan Itali, 3-2.

Thursday, June 24, 2010

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 - 24 JUN

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010 :

24 JUN - KHAMIS :

1. SLOVAKIA - ITALI ( 10.00PM ) KUMP F

2. PARAGUAY - NEW ZEALAND ( 10.00PM ) KUMP F


25 JUN - JUMAAT :

3. DENMARK - JEPUN ( 2.30AM ) KUMP E

4. CAMEROON - BELANDA ( 2.30AM ) KUMP E

Bakal Pelajar IPT Boleh Tangguh Bayar Yuran Jika Tidak Mampu - Khaled

KUALA LUMPUR: Pelajar yang bakal mengikuti pengajian di universiti boleh memohon menangguhkan pembayaran yuran kemasukan mereka jika tidak berkemampuan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu boleh dilakukan menerusi perbincangan dengan pihak universiti.

"Keperluan menjelaskan yuran pendaftaran kemasukan ke universiti seperti yuran sekali seperti wang hemat diri, yuran minggu haluan siswa dan kad matrik tidak harus menjadi halangan bagi pelajar untuk meneruskan pengajian.

"Dalam hal ini mereka tidak perlu khuatir mengenai perkara tersebut. Ini kerana jika mereka mempunyai kesulitan untuk membayar yuran berkenaan perbincangan boleh dibuat dengan pihak universiti," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan mengenai penangguhan itu akan dibuat pihak universiti selepas perbincangan tersebut. - BERNAMA

-- Semakin mudah utk menuntut ilmu skang ni.. Hargailah peluang yg ada.

8TV SHOWDOWN 2010 - MMG BEST

Salam.. Sape yg tgk 8TV Showdown 2010 mlm td? Semua group best kan, tp ada skit cacat masa battle session tu.. Siap tolak-tolak, ada provok mcm nk gaduh je..huhu..

Nape perlu bt cmtu, lgpn tu kan 'live show' negara jiran pn ada gak yg tgk.. B4 start battle peluk2, salam2 tp bila dh on lain plak jd nya..

Bakat dh ada, skill power tp bila bab emosi... alahai.. Pepun, semua perform dgn best, mmg superb beb.. Klu sesape yg nk layan ulangan tu bleh tgk kt 8tv online or tggu every selasa ada ulangan 9.30pm..

Serius best, kdg2 mcm x caya semua tu anak M'sia yg bt. Skillful, creative, energetic n step by step bleh kata perfect.

Ariel Peterporn Turut Beraksi Lucah Dengan Empat Lelaki?


 JAKARTA: Ketika industri hiburan di Indonesia kecoh dengan penahanan Ariel kerana melakukan adegan porno dengan dua artis secara berasingan, bekas penyanyi Peterpan itu rupa-rupanya turut melakukan aksi serupa dengan lelaki.

Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta mengaku menemui sejumlah pita yang merakamkan aksi Ariel dengan golongan berkenaan.

Namun Morwoto menjelaskan, setakat ini pihak penyelidik akan memberi tumpuan kepada tiga video porno penyanyi itu yang didakwa dilakukannya bersama model Luna Maya dan artis Cut Tari.

“Setakat ini pihak kami telah menemui 32 buah video yang mana empat daripadanya adalah aksi dia dengan laki-laki,” katanya kepada portol inilah.com semalam.

Laman portal itu turut menerima maklumat selain gambar-gambar Ariel dengan wanita, penyanyi itu turut merakamkan gambarnya dengan beberapa lelaki yang belum dikenalpasti identitinya.

Semalam, pihak polis Jakarta mengesahkan video porno yang tersebar dan diperkatakan umum ketika ini adalah milik Ariel dan dia akan didakwa selepas beberapa pemeriksaan forensik dijalankan.

Selepas ditahan polis pada Selasa lalu, Ariel di tempatkan di sebuah penjara sementara menanti hasil pemeriksaan ke atasnya selesai.

Selain Ariel, Luna Maya dan Cut Tari turut dipanggil polis untuk membantu siasatan kerana mereka juga dikatakan terlibat “berlakon” dalam aksi di ranjang itu.

-- Sumber: mstaronline.

-- Perhhhh... Tiger Woods pn kalah cmni beb..huhu..

DOA IBU UTK ARIEL PETERPORN

SELURUH ahli keluarga bintang Indonesia, Nazril Irham atau Ariel sedih dan bimbang dengan penahanan vokalis Peterpan itu berhubung penyebaran video lucah yang membabitkan dirinya dengan Luna Maya dan Cut Tari sekali gus menggemparkan seluruh industri seni.

Kes membabitkan dua bintang Indonesia itu ternyata mencuri perhatian masyarakat. Antara yang tidak senang duduk sebaik berita berkenaan tersebar ialah ibu Ariel. Tekanan yang dilalui mendapat perhatian ketua RT, H Dendy, 53, tempat Ariel tinggal.
Kata H Dendy, setiap hari dia melihat bagaimana seorang ibu berdepan cabaran berhadapan masyarakat akibat kejadian membabitkan anaknya.

Ibu Ariel tidak pernah lepas memegang kitab al-Quran sejak tersebarnya kes video lucah yang menjejaskan imej artis itu. "Hampir setiap hari saya ke rumah Ariel sejak heboh mengenai penyebaran video itu. Setiap kali ke sana, saya melihat ibu Nazril selalu memegang dan mendakap al-Quran. Selain mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anaknya," kata Dendy ketika ditemui wartawan di Bandung kelmarin.

-- Petikan hmetroonline. 

-- Apa perasaan si ibu itu berhadapan dgn masyarakat???

BAHAYA KANSER MULUT

PENYAKIT kanser seperti yang diketahui umum adalah antara penyumbang utama kepada kematian di seluruh dunia dan sehingga kini masih lagi belum ada penawarnya.

Lidah adalah antara organ yang diserang oleh kanser mulut. - gambar hiasan

Baik kanser payu dara, kanser ovari, kanser hati dan pelbagai jenis kanser lain yang merbahaya, ia merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa jua yang disahkan menghidap penyakit itu.

Bagaimanapun, dalam kesungguhan dunia memberi tumpuan terhadap usaha mencari penawar kepada penyakit kanser utama itu, masih terdapat penyakit kanser lain yang tidak kurang berbahaya dan boleh membawa maut tetapi jarang diperkatakan seperti kanser mulut .

Sekalipun kanser mulut bukanlah antara penyakit yang tergolong dalam kategori penyakit yang kronik, namun jika dilihat kepada sejarah, masyarakat di Asia adalah mereka yang paling berisiko kerana kaitannya dengan tabiat memakan sirih, merokok dan juga kesan daripada alkohol .

Apa yang lebih menakutkan ialah ia mencatatkan kes yang paling tinggi di kalangan penduduk miskin.

Kanser mulut biasanya terjadi di antara kanser yang paling merbahaya dan berada di tempat ke 10 bilangan penghidap teramai di Malaysia dengan purata 7 hingga 8 peratus.

-- Petikan utusanonline. Baca SINI.

Fizz Fairuz Bagi Amaran Kat Fasha Sandha

fizz fairuz amaran fasha sandha

Argh. Memang gila macam drama Melayu cerita Fasha Sandha, Jejai dan Tiz Zaqyah nie. Sekarang nie Fizz Fairuz pulak dah bersuara. Kalau korang dah lupa, Fasha ada cakap yang Tizz ada telefon Fizz Fairuz nak ajak dia keluar sampaikan awek Fizz, Almy Nadia bengang.

Tapi hari nie Fizz Fairuz dah bagi amaran kat Fasha supaya jangan kaitkan dia dengan agenda peribadi Fasha. Agenda peribadi? Apakah agenda peribadi tue? Adakah untuk menjatuhkan Tizz?

“Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massenger untuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain. Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu.”

Dan Fizz Fairuz keluarkan satu kenyataan yang menampakkan macam Fasha buat-buat cerita:-
“Kami dah macam adik-beradik tiada istilah maksud kacau, mungkin ada dia telefon saya tapi atas hal lain dan bukan sebab untuk mengoda saya. Saya tidak faham apa motif untuk dia bagi kenyataan begitu. Kami tak mahu ambil tahu perkara tersebut dan menganggapnya sebagai publisiti murahan.”

Jejai sokong statement Fasha. Fizz Fairuz sokong statement Tizz. Sekarang nie kita kena tunggu Almy Nadia pulak buat kenyataan. Memang inilah cerita paling hangat tahun 2010.

-- Sumber: beautifulnara.com.

Sape Minat Drama KOREA : FULL HOUSE ?

Peluang bintangi sekuel Full House

DRAMA televisyen Korea Selatan, Full House lakonan penyanyi dan aktor antarabangsa, Rain bersama bintang cantik Song Hye-Kyo pernah mencetuskan fenomena Hallyu atau Korean Wave di Asia pada tahun 2004.


drama FULL HOUSE MENCIPTA FENOMENA YANG BUKAN SEDIKIT DI MALAYSIA. 
 
Sehingga kini, teledrama itu sudah berkali-kali diulang tayang bukan sahaja di negara asalnya bahkan di China, negara ASEAN termasuk Malaysia.

Menariknya, peminat drama ini tidak jemu-jemu menontonnya dan tidak sabar-sabar juga menantikan sekuelnya.

Namun pengharapan tinggi peminat terhadap sekuel drama ini menyebabkan pembikinannya masih tertangguh sehingga kini.

Peminat setia teledrama ini mengharapkan hero dan heroin asalnya kembali dalam Full House 2 namun penerbitnya, Kimjonghak Production mengesahkan kedua-duanya tidak dapat memenuhi permintaan itu.

Rain dan Hye-Kyo bagaimanapun disahkan akan membuat penampilan istimewa iaitu muncul secara cameo bagi mengubat kerinduan para peminat mereka.

-- Petikan utusanonline. Baca SINI.