ad ld

Monday, May 31, 2010

BUKAN SENGAJA

KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian pada malam itu,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan, mengulas kontroversi yang mencetus perdebatan dalam laman blog hiburan serta ruangan gosip di media cetak.

KONTROVERSI...Rozita bersama artis yang hadir pada Konsert Akhir AF8.

Justeru, dia berharap tidak perlulah semua pihak memperbesar atau mensensasikan isu terbabit.

“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.

Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja.

--> Petikan hmetro online..

Baca SINI.

16 comments:

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

hohohoh perasan juga sebab tv ada siarkan masa siaran itu berlangsung.. dah la pakai kaler merah..
berani you.. hehehehehe

dia chantekk kan... :D

Kniedaz said...

org cantik tapi kalau pakai sopan laaaagiii cantik... ^_^

zue @ annaleeya said...

tulah tak kene dgn tempat kan??? tmpat ramai2 gitu baik pakai santai jerk lagi sesuai ... tapi azza dgn sabrina ali tuh pon seksi gak.. nape tak sensasikan skali???

SyidaMislan said...

dah buat, baru nak minta maaf?
lain kali kena fikir dulu sebelum buat, kan?

Zaidah said...

diorang nie lemah lembut orangnyer...tapi pakain tidak menunjukkan peribadinyer...:(

BIONIC WOMEN said...

makin lama malaysia ni semakin kekurangan kain kot...hehe
dunia akhir zman

AYU said...

Doakan dia moga mendpt hidayah & petunjuk dr yang Esa...Amin.

Mama Hanim said...

mimie: huhu..mmg cantik beb..

Mama Hanim said...

Kniedaz: btul tu, mesti lagi cantik kan..

Mama Hanim said...

Zue: huhu.. soklan yg bagus..
yg duk kiri kanan dia tu x glamer cm dia kot.. hehe..

Mama Hanim said...

Syida: stuju2..
lajak perahu bleh undur kan.. lajak perbuatan, lu pikir la sndri..kui3..

Mama Hanim said...

Zaidah: btul tu..stuju2..

Mama Hanim said...

Eily: kempem jimat.. huhu..

Mama Hanim said...

Ayu: Amin..

GreenJade said...

dress dorang tuh x kena ngn mejlis lah..nyampah nyahhh auuwwww

Mama Hanim said...

Tinie: huhu.. 'rezeki' mata lelaki la tu.. uhuks..