ad ld

Tuesday, April 29, 2014

Instagram Antara Punca Fiza Dan Adam AF2 Bercerai

Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2). Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.


"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan. "Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

Pesawat Terhempas Di Pengkalan Chepa Dekat Perumahan Juruterbang Pelatih Terselamat (Gambar)

Sebuah pesawat ringan jenis Piper Warrior II milik syarikat latihan penerbangan Asia Pasific Flight Training (APFT) terhempas di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu pada tengah hari Isnin. Seorang juruterbang pelatih yang menerbangkan pesawat itu secara solo bagaimanapun terselamat.


Mangsa, Shangkar a/l Muthoo, 20, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan patah kaki kanan. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu apabila mangsa dipercayai cuba melakukan pendarat cemas berikutan pesawat mengalami masalah mekanikal. Juruterbang tersebut kini mendapat rawatan di  Hospital Raja Perempuan Zainab II. mstar

--  Adam AF2 Dan Fiza Elite Bercerai Talak Satu Selepas 7 Bulan Nikah
--  5 Pelajar UIAM Parah Bas Terbabas Di Km 25.2 Lebuh Raya PLUS (Gambar)
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Monday, April 28, 2014

Sidek Hussain Meninggal Dunia (Gambar)

Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.


Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan. Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko  tinggi. Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. mstar

Takziah untuk keluarga arwah. Al Fatihah.

--  5 Pelajar UIAM Parah Bas Terbabas Di Km 25.2 Lebuh Raya PLUS (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Di Balik Pulau (Gambar)

Fizz Faizruz sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang di adakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat, berwalikan hakim.


Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.

Friday, April 25, 2014

Linda Hashim Bersalin Anak Perempuan Jelita Clarissa (Gambar)

Tahniah buat Linda Hashim dan Beego bergelar ibu bapa selepas Linda selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.62kg di Hospital Pakar KPJ Tawakkal. Bayi comel itu diberi nama Jelita Clarissa yang bermaksud Jelita Yang Jelas.


Tentunya kehidupan Linda dan Beego makin ceria dengan kehadiran ahli baru keluarga mereka. Tahniah.

--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Linda Hashim Baca Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin
--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)

Thursday, April 24, 2014

Pesawat Firefly Ke Kota Baru Berpatah Balik Ke Pulau Pinang Selepas 15Minit Terbang

Sebuah pesawat Firefly berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas terpaksa berpatah balik hanya 15 minit selepas berlepas.


Pesawat FY1002/MH9948 dipercayai menuju Kota Baru mengalami masalah teknikal. Kesemua penumpang dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi sama. mstar

--  Murid Darjah 4 Tertusuk Besi Di Mulut Tembus Pipi (Gambar)
--  Linda Hashim Baca Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin
--  Bella Dally Kini Bertudung (Gambar)
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)

Tuesday, April 22, 2014

Murid Darjah 4 Tertusuk Besi Di Mulut Tembus Pipi (Gambar)

Seorang murid lelaki tahun empat tertikam sebatang besi semasa bermain dengan rakan-rakannya di luar sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, satu laporan polis diterima mengenai insiden yang berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari Isnin itu.


"Budak berusia 10 tahun itu sedang bermain kejar mengejar apabila salah seorang daripada mereka terpijak besi berkenaan yang menyebabkan ia menikam pipi kanan mangsa," katanya. mstar. Sumber gambar - whatsapp. Ngeri sangat tengok woo.

--  Pesawat MH192 Pecah Tayar Depan Patah Balik Ke KLIA Mendarat Cemas Lepas Berlegar Di Udara Habiskan Minyak
--  Linda Hashim Baca Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin
--  Siti Nurhaliza Jadi Nenek Dapat Cucu Anak Anas Zawawi dan Nasha Alyssa (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Monday, April 21, 2014

Pesawat MH192 Pecah Tayar Depan Patah Balik Ke KLIA Mendarat Cemas Lepas Berlegar Di Udara Habiskan Minyak

Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang sedang dalam perjalanan ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas salah satu rodanya tidak dapat berfungsi dengan sempurna ketika berlepas, berjaya mendarat dengan selamat pada jam 1.56 pagi Isnin.


MAS mengesahkan tentang kejayaan para juruterbangnya mendaratkan pesawat 737-800 itu dengan selamat menerusi laman tweeternya. Sebelum itu, Pengurus Perhubungan Media dari Bahagian Komunikasi Strategik MAS, Khairunnisak Dzun Nurin telah mengeluarkan satu kenyataan segera yang menyebut bahawa pesawat berkenaan telah menyedari yang mekanikal pada bahagian roda kanannya telah mengalami kerosakan sebaik sahaja berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam Ahad.

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh Mati Kemalangan Ngeri Alphard Rempuh Lori (Gambar)

Karpal Singh pemimpin DAP terbunuh dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara Selatan PLUS awal pagi tadi. Karpal Singh juga peguam terkenal dan ahli Parlimen Bukit Jelutong mati akibat rempuhan kuat Toyota Alphard dinaikinya dengan sebuah lori.


Karpal Singh dan pembantunya maut dalam kemalangan ngeri itu. Anaknya Ramkarpal, pemandu dan pembantu rumah terselamat.

Wednesday, April 16, 2014

Hanim Husna Hanis My Lovely Gegirl

Assalamualaikum. Lama dah x post gambar Kak Hanim dengan si kembar Husna Hanis ni..huhu. Makin besar dah semuanya.


Syukur K.Hanim layan je keletah adik2 dia yang aktif sangat ni. Memang x duk diam, even sedang tido pun boleh berguling sana sini kadang2 tu smp terhantuk sesama dorang..hehe. Tido plak nak ada buai, kalo tak jangan harap la lena. Malam tido dalam buai 2 jam baru angkat keluar. Pastu kul 2 or 3am bangun nak tido dlm buai balik. Seb baik la ada buai elektrik, kalo tak lu pikir la sendiri kan..kih3.

Ramai gak yang tegur papa dorang dah kurus skit ada petua ke? Petua la sgt katanya, senang je nak kurus. Tido malam 4-5jam je, drive kereta pun sebelah tangan, satu pegang stereng satu lagi pegang baby. perhh. Pastu sampai umah rasa kebas sebelah tangan, mana taknya dukung si kembar 10kg sorang tu. Kat umah suka main wrestling sesama dorang, K.Hanim la jadi referee orang tengah handle Husna Hanis tu.

Seronok layan kerenah 3 orang ni walau pun kdg2 mama papa terpaksa 'bertukar' jadi godzilla jap..huhu. Pepun, syukur Alhamdulillah.

--  Husna Dan Hanis Dah 7kg Lebih Di Usia Cecah 5 Bulan
--  Lahirnya Kembar Husna Dan Hanis
--  Linda Hashim Baca Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin

Monday, April 14, 2014

Engku Emran Rujuk Erra Fazira??? #prayformomandayah (Gambar)

Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan  isu apabila  bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata seolah-olah mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 18 Februari lalu.


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya. "Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. “Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya.

Sunday, April 13, 2014

Mawar Isteri Fizo Omar Dihina Kerana Tudung Fareeda

Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka.


"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah. "Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung," katanya.

Friday, April 11, 2014

Anak Che Ta Ammar Effendy Pilih Audi R8 RM660Ribu Hadiah SPM 9A (Gambar)

Anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta jenis BMW X6 sebagai hadiah kejayaannya mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya sebuah kereta lain. Ammar, 18, berkata kereta yang dipilih sebagai hadiah kecemerlangannya itu ialah Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000.


"Hahaha... Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’. "Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho," selorohnya. Ammar diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya Rozita sudah membelikannya kereta mewah BMW X6 bersempena kejayaannya yang cemerlang dalam SPM.

Thursday, April 10, 2014

Misi Mencari MH370 Kesan Dua Isyarat Ping 5 Dan 7 Minit

Kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield mengesan dua isyarat baharu ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac lalu. "Ocean Shield dapat mengesan semula dua isyarat pada petang dan lewat malam (Selasa)," kata Ketua Penyelaras Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston, Rabu.


Beliau berkata, satu isyarat 'ping' dikesan selama kira-kira lima minit 25 saat, manakala yang ke dua untuk tempoh selama tujuh minit. Sebelum ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan dua isyarat yang berlarutan sehingga lebih dua jam.

Wednesday, April 2, 2014

#MH370 Shila Amzah Dikecam Di China I Am A Singer

Shila Amzah semakin hari semakin menunjukkan taring dalam persembahannya. Disebabkan kemarahan China ke atas Malaysia berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dibuat pihak kerajaan bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi selepas berhari-hari operas mencari dan menyelamat dilakukan, tempiasnya turut terkena pada Shila Amzah yang kini masih berjuang dalam program realiti, I Am A Singer terbitan Hunan TV di China.


Begitu juga dengan beberapa penyanyi Malaysia yang terkenal di sana khususnya Fish Leong dan Gray Chaw. Pelbagai kata nista yang telah dilemparkan terhadap anak seni kelahiran tempatan ini termasuklah gelaran pembunuh.