ad ld

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Azlan Shah Sultan Perak Mangkat

Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat sebentar tadi dan pengumuman tersebut disahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kira kira pukul 3.45 petang Rabu.


Sebelum ini baginda dikhabarkan gering dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara IJN sejak April tahun lalu. Sejak dari itu, Raja Dr Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak. mstar

--  Kepala Sharifah Shahira Berdarah Kerana Prank Game Show (Gambar)

Bayi 13 Bulan Suka Makan Tomato Bagus Ke?

Husna dan Hanis ni pantang tengok tomato, suka sangat nak makan.


Makan lah nak, tomato murah je kan, lgpun bagus untuk kesihatan..hehe. Si kembar ni dah makin membesar, cepat je masa berlalu.

Tuesday, May 27, 2014

Anak Liyana Jasmay Bernama Sofia Arissa (Gambar)

Sofia Arissa binti Mohd Fathuddin adalah pengikat kasih serta lambang sebuah keutuhan mahligai yang dibina Liyana dan Fathuddin semenjak Februari tahun lalu. Sebelum ini, Sofia Arissa dikenali dengan nama manja Baby S oleh peminat pelakon ini melalui respon komen di laman Instagram miliknya.


Pada Selasa yang lalu, bertarikh 13 Mei 2014, anak bongsu kepada pasangan Dato’ Jasmay Md Shah dan Datin Habsah Simpon ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 di Pusat Perubatan Prince Court.

Monday, May 26, 2014

Cadbury Hazelnut Ada DNA Babi Disahkan Kementerian Kesihatan (Gambar)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Sabtu telah menggantung serta-merta sijil pengesahan halal bagi dua produk coklat Cadbury yang telah disahkan mempunyai DNA babi (porcine). Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menegaskan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca pencemaran ke atas dua sampel coklat berkenaan.


"Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuatkuasa serta-merta. "Kami ingin menegaskan bahwa pensijilan halal Malaysia melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard  Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya..

Thursday, May 22, 2014

Bayi Kembar Lahir Berpegang Tangan (Gambar)

Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka. Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.


Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP. "Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik,"katanya.

Bayi kembar tersebut berkongsi kantung amnion dan plasenta. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan. Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron Ohio Amerika Syarikat. sinarharian

--  Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Ayu Raudhah Bersalin Anak Kedua 2.73Kg (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

Wednesday, May 21, 2014

Tunku Bendahara Kedah Mangkat Mukhriz Umum Cuti Am Kedah Hari Ni

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah mangkat di Hospital Pantai Ipoh Perak pukul 12.20 tengah malam tadi.


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhri Mahathir berkata jenazah Almarhum Tunku Annuar akan disembahyangkan di Istana Anak Bukit Alor Setar jam 3 petang hari ini. Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat Asar.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah itu, hari ini diisytiharkan hari kelepasan am bagi seluruh negeri Kedah.

--  Pelajar Malaysia Dirogol Bergilir Gilir Di Bandung
--  Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
--  Gambar Perkahwinan Dia Fadila Dan Redza Tan Sri Dr Abdullah Sanusi
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Pelajar Malaysia Dirogol Bergilir Gilir Di Bandung

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut Universiti Padjajaran di Indonesia yang merupakan mangsa rogol berkumpulan Sabtu lalu, dijangka pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ketika kejadian pelajar tersebut dilaporkan meninggalkan rumah sewanya di Bandung, yang terletak tidak jauh daripada kampusnya di Jatinagor, untuk mengeluarkan duit apabila tiba-tiba seorang lelaki menekup mulut dan menariknya ke dalam kereta.


Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta yang terletak kira-kira 40 kilometer dia diculik. Menurut laporan itu, pelajar berkenaan berada dalam keadaan trauma dan kini dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Ketua Polis Cimachi, Erwin Kurniawan berkata  empat lelaki telah menculiknya, tiga daripada mereka telah merogolnya secara bergilir-gilir. "Hanya pemandu kereta tersebut tidak merogolnya," katanya. Polis kini menunggu laporan perubatan sebelum mengambil tindakan selanjutnya. mstar

--  Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
--  Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 4 (Gambar)
--  Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar) 

Monday, May 19, 2014

Wanita Sembahyang Di Lebuhraya Dekat Bangunan Dewan Bahasa Dan Pustaka (Gambar)

Gambar wanita Indonesia berdoa di sebuah jejantas berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka telah tersebar di laman media sosial. Wanita itu dikenal pasti sebagai Anita Shiar, 27, dilihat memakai telekung dan membaca al-Quran. Gambar telah dikongsi di laman media sosial sejak petang Sabtu.


Difahamkan yang Anita mempunyai tabiat bersembahyang berikutan sebuah mimpi yang kejahatan bakal menimpanya. Menurut pihak polis, tiada dokumen pengenalan terhadap wanita itu dan dia dihantar kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan. mylaunchpad

--  Kemalangan 10 Kenderaan Di Alor Setar (Gambar)
--  Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Pengadang Baru (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
--  Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Thursday, May 15, 2014

Adam Ahmad Meninggal Dunia Jangkitan Kuman Dalam Darah

Penyanyi dan penggubah muzik 80an Adam Ahmad meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.15pagi Khamis akibat tekanan darah rendah, kencing manis dan jangkitan kuman dalam darah.


Jenazahnya akan dibawa ke rumahnya di Taman Cempaka. Perkara tersebut disahkan oleh rakan seangkatannya Ibnor Riza dan Azizul Khamis melalui Facebook. Beliau meninggal isteri yang dikenali sebagai Norliza.

Adam Ahmad popular dengan lagu Kau Pergi Jua dan Berdiri Seorang Perindu. Beliau juga merupakan individu yang memperkenalkan penyanyi Aishah ke arena muzik tempatan dengan menggubah lagu Janji Manismu yang pernah merangkul Anugerah Juara Lagu. mstar

Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said Dan Ghazali Taib Keluar UMNO BN Akan Jatuh Di Terengganu?

Selepas dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar petang Isnin, terbaharu beliau mengumumkan keluar daripada Umno beberapa jam selepas penggantinya mengangkat sumpah jawatan.


Berikutan tindakannya itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal ini menjadi calon Bebas. "Saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi Dewan Undangan Negeri Kijal," katanya dalam sepucuk surat yang ditandatangani olehnya.

Tuesday, May 13, 2014

Datuk Ahmad Razif Dilantik MB Terengganu Adun Seberang Takir Ganti Ahmad Said (Gambar)

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

Monday, May 12, 2014

Krisis MAS Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.


Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Erin Malek Dan Redha Juara Fear Factor Malaysia 2 Raih RM200 Ribu (Gambar)

Erin Malek dan pasangannya Redha diumumkan sebagai juara program Fear Factor Malaysia 2 (FFM2) selepas berjaya menewaskan tiga lagi kumpulan pada peringkat akhir program itu. Kemenangan itu melayakkan Erin dan Redha membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.


Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di Restoran Picknik, Publika di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Malaysia 2 yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada malam Ahad.

Tuesday, May 6, 2014

Ayu Raudhah Bersalin Anak Kedua 2.73Kg (Gambar)

Tahniah buat Ayu Raudhah dan Zaquan Adha menerima kelahiran anak kedua mereka pada Jumaat. Ayu Raudhah berkongsi menerusi Instagram gambar anak keduanya itu yang dilahirkan seberat 2.73kg.


Tentunya kehadiran ahli itu menambah lagi keceriaan kehidupan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar)
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Friday, May 2, 2014

5 Reaksi Obama Makan Budu (Gambar)

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat lawatan pertama ke Malaysia selama tiga hari, kita tanyakan kepada para pembaca, apa yang anda ingin melihat Presiden Obama mencuba semasa berada di Kuala Lumpur.


Semestinya bukan perkara yang boleh didapati di negara Asia lain dan menariknya jawapan yang diberikan adalah ramai ingin melihat Presiden Obama makan budu! Mereka yang berasal dari negeri Kelantan mesti bangga dengan hasil survey ini.

Bayi Perempuan Kena 14 Jahitan Di Muka Diserang 3 Ekor Kera Dalam Buaian

Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan menerima 14 jahitan di muka selepas diserang sekumpulan kera yang menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Gelugor Terengganu. Kejadian itu berlaku kira-kira 1 tengah hari Sabtu lepas ketika bayi itu, Nor Iman Adriana Zuhairi, sedang tidur di dalam buaian di bahagian dapur rumah manakala ibunya berada di dalam bilik sedang bersiap untuk ke majlis kenduri kahwin.


Ibu bayi, Siti Najwa Muhammad, 21, berkata dia sedang memakaikan pakaian kepada anak sulungnya sebelum terdengar Nor Iman menangis dengan kuat. Curiga dengan tangisan itu, dia bergegas menjenguk ke dapur dan terkejut apabila mendapati tiga ekor kera berada di dalam buaian bersama anaknya.