ad ld

Thursday, November 27, 2014

Happy Birthday Hanim Dah 8 Tahun

Alhamdulillah kak hanim dah usia 8 tahun. Cepat masa berlalu dah abis darjah 2 dah anak mama nih. Semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yg solehah, hidup diberkati dan berjaya di dunia juga di akhirat. Amin.


Wednesday, November 26, 2014

Makan Malam Kebaikan Dan Keburukan

Pernahkah anda mendengar seseorang berkata atau menasihati anda untuk tidak makan pada waktu malam sekiranya anda ingin mengawal atau menurunkan berat badan? Banyak nasihat yang kita dengari tentang perkara ini dan kadangkala tidak dapat dikenal pasti yang mana satukah yang benar dan yang mana satu adalah mitos.

Pada pemahaman atau pendapat anda, benarkah kita tidak boleh makan pada waktu malam? Perkara ini juga banyak diperdebatkan dan diutarakan pandangan dari kalangan pakar-pakar nutrisi juga kesihatan di seluruh dunia. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang makan pada waktu malam.

Tuesday, November 25, 2014

Bonus Penjawat Awam 18 Disember

Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan  anak-anak.

Pandelela Rinong Kemalangan Rempuh Pembahagi Jalan Mahameru Elak Kenderaan Lain

Pandelela Rinong terselamat dari sebarang kecederaan apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, awal pagi hari ini.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi itu, Pandelela dikatakan merempuh pembahagi jalan bagi mengelakkan kenderaan lain yang masuk ke laluannya, lapor sebuah portal.

Ezad Exist Didakwa Miliki Dadah Dijamin Isteri RM2200 (Gambar)

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu. Pun begitu, Ezad mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.


Ezad didakwa memiliki satu paket lutsinar dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 petang, 19 November lalu.

Azza Buang Tiub Fallopio Keguguran 3 Kali

Azza Elite mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran kandungannya berada di luar rahim.


Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, pembedahan itu cukup meninggalkan kesan kepadanya kerana kehamilan keduanya itu bukan sahaja gugur malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

Monday, November 24, 2014

Mee Udang Pantai Merdeka Sedap Dan Murah

Mee udang femes belah2 utara kan, mee udang kuala sepetang, mee udang sungai dua, mee udang d king sungai petani dan byk lagi lah. Mee udang pantai merdeka pun best, memang sedap dan murah.


Weekend ritu gi Pantai Merdeka sempat la test mee udang kat food court tepi pantai tu. Lulus kata my hubby hehe. Udang plak ada dua jenis, udang laut dan udang bela. Udang laut mahal skit beza dgn udang bela, tp dua2 memang fresh.

Mee udang pantai merdeka ni boleh la jadi pilihan alternatif kalau hari mee udang pulau sayak tutup, cuma kat pulau sayak tu lagi power beb, lagi umpp hehe. Apa plan uolss cuti sekolah ni? Ber'foya-foya' kat mana ek? Yang pasti jemputan kenduri berderet kan.

--  

Kemalangan Maut Myvi Bertembung Bas 2 Tingkat Di Jalan Kuala Lipis Merapoh (Gambar)

Empat beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas dua tingkat di Kilometer 8, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, berhampiran Kampung Kubang Rusa, kira-kira jam 2.30 pagi.


Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa, pemandu kereta Perodua Myvi, Ahmad Nor Sallahuddin Ahmad Zamberi, 29, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Saturday, November 22, 2014

Subsidi Ron95 Dan Diesel Dihentikan Mulai 1 Disember

Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini, kata Datuk Seri Hasan Malek.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.

Friday, November 21, 2014

Emelda Mengandung Anak Sulung Selepas 5 Tahun Berkahwin (Gambar)

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah, pelakon dan pengacara, Adlin Aman Ramli, dramatis popular, Emelda Rosmila akhirnya mengesahkan yang dirinya kini hamil.


Perkara itu dikongsikan sendiri Emelda atau lebih mesra disapa Mel menerusi akaun Instagram miliknya.  Kapsyen berbunyi 'Jeng Jeng Jeng!' beserta gambar ujian kehamilan dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan peminat menguatkan lagi hal tersebut.

Thursday, November 20, 2014

Bas Jatuh Sungai Dari Jambatan Dekat Kuala Ketil Kedah (Gambar)

Dua penumpang dan seorang pemandu bas berdepan detik mencemaskan setelah bas yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Muda ketika dalam perjalanan dari Baling ke Sungai Petani.


Dalam kejadian pada kira-kira 4.20 petang itu, bas berkenaan terjunam sedalam hampir 15 meter dari Jambatan Syed Omar ke dalam sungai yang terletak berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil.

Wednesday, November 19, 2014

Pembuli Jalan Raya Ludah Cermin, Ketuk Tingkap Dan Rosakkan Wiper Ditahan Polis (Gambar)

Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu dan merosakkan kereta seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan polis, kurang 24 jam selepas kejadian itu.


Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas.

Banjir Di Terengganu Mangsa Mula Dipindahkan Di 3 Daerah

Bilik gerakan bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu telah dibuka pada pukul 5.30 petang tadi berikutan tiga daerah di negeri itu sudah mula terjejas akibat banjir Selasa.


Pemangku Setiausaha MKN negeri Roslina Ngah berkata bilik gerakan berkenaan akan beroperasi selama 24 jam untuk memantau semua operasi banjir di kawasan terbabit.

Thursday, November 13, 2014

Kereta Terbakar Langgar Tong Gas Bertabur Dekat Terowong Menora (Gambar)

Sebuah treler membawa muatan tong gas terbabas menyebabkan muatan yang dibawa tercampak di atas jalan dalam kemalangan di Kilometer 256.9, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora pagi Rabu.


Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, insiden itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi Rabu.

Treler tersebut menuju ke utara sebelum terbabas dan beberapa tong gas tercampak di atas jalan. Tong gas yang tercampak meletup akibat dilanggar dua buah kereta, menyebabkan salah sebuah daripadanya terbakar," katanya. Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan walaupun insiden tersebut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah.

--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  Pernikahan Elly Mazlien Dan Azmi Hatta (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
--  Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)

Wednesday, November 12, 2014

Lee Chong Wei Digantung Gagal Ujian Dadah

Walaupun agak terlewat, namun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya mendedahkan bahawa pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei merupakan atlet yang didapati gagal ujian dadah.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, BWF berkata Chong Wei akan digantung sementara berikutan pelanggaran peraturan anti-doping.

Monday, November 10, 2014

Fasha Sandha Bersalin Anak Kedua (Gambar)

Tahniah diucapkan kepada aktress, Fasha Sandha yang telah selamat bersalin anak perempuan. Bayi tersebut diberi nama Putri Raysha Jemaiman.


Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu mertuanya, Raja Noora di akaun Instagram miliknya. "My latest granddaughter. #cucu Congratulations Jije and Fasha," kongsi ibu mentua Fasha. Untuk rekod, bayi yang baru dilahirkan merupakan anak kedua Fasha Sandha bersama suaminya, Jejai.

--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Pernikahan Elly Mazlien Dan Azmi Hatta (Gambar)
--  Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)

Persandingan TMJ Dan Cik Khaleeda Bustaman Di Istana Besar Johor (Gambar)

Majlis persandingan Tunku Mahkota Johor TMJ Tunku Ismail dan Cik Khaleeda Bustaman berlangsung di Istana Besar Johor. Majlis itu turut dihadiri kenamaan seperti bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Dato Hishamuddin dan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.


Cik Khaleeda Bustaman sangat anggun dan cantik di majlis tersebut. Tahniah buat TMJ dan Cik Khaleeda Bustaman.

--  Firman Juara AF2014 Raih RM50Ribu Dan Kereta Vios (Gambar)
--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  Noryn Aziz Akui Jadi Isteri Raja Bahrin (Gambar)
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar) 

Firman Juara AF2014 Raih RM50Ribu Dan Kereta Vios (Gambar)

Firman Juara AF 2014 menewaskan Aman di tempat kedua. Firman meraih hadiah wang tunai RM50,000  dan sebuah kereta vios, pakej percutian beserta trofi. Aman naib juara af mendapat RM30,000 dan sebuah kereta myvi, pakej percutian serta trofi.


Ewal muncul di tempat ketiga meraih wang tunai RM20,000 diikuti Nuha di tempat keempat membawa pulang hadiah RM15,000. Adel yang diserap masuk pada konsert separuh akhir mendapat tempat kelima dan meraih hadiah RM10,000.

--  Azwan Tersingkir Adel Diserap Masuk Konsert Akhir AF 2014 (Gambar)
--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  Pernikahan Elly Mazlien Dan Azmi Hatta (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Thursday, November 6, 2014

Cinta Pantai Merdeka Di Hari Cuti

Cinta Pantai Merdeka lagu femes zaman sekolah tu. Masa tu duk fikir kat mana ye pantai merdeka nih, mesti view cantik smp org buat lagu kan. Dah lama x gi pantai tu, sejak mengandung sampai la si kembar Husna dan Hanis umur setahun lebih skang ni.


Weekend lepas kembali jejakkan kaki di sana, kiranya 1st time bawa si kembar gi pantai merdeka tu. Tak jauh dari sungai petani dalam 30 km kot lebih kurang. Seronok lah kakak Hanim n si kembar tu nk jalan2.

Monday, November 3, 2014

Azwan Tersingkir Adel Diserap Masuk Konsert Akhir AF 2014 (Gambar)

Azwan tersingkir AF 2014 di konsert separuh akhir apabila undian sms lebih memihak kepada Nuha, Ewal, Aman dan Firman. Azwan mendapat tempat pertama undian setiap minggu tetapi tersingkir dan gagal ke peringkat akhir AF 2014.


Adel diserap masuk dan berpeluang ke konsert akhir Af minggu depan.  Tiada undian AF Masuk tapi Adel dipilih melalui fakulti AF dan kerjasama Astro.

Sunday, November 2, 2014

Rozita Che Wan Bersalin Anak Perempuan 3kg Di Ampang Puteri (Gambar)

Rozita Che Wan,41 selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri.


Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga. "Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya.

Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut. mstar

-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)
-- Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

Saturday, November 1, 2014

Budak Diikat Tangan Dan Kaki Di Rumah Pengasuh Wanita Didakwa Dera (Gambar)

Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Jumaat atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lepas.


Noor Faezah Rahman, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Blok A-8-19, Flat Seri Pinang pada kira-kira 10 pagi, 28 Oktober lepas.