ad ld

Tuesday, July 30, 2013

Pengasas Ambank Group Mati Ditembak (Gambar)

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta pada petang Isnin. Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat. Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon. Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.


Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group. mstar

-- Mayat Diikat Tangan Dan Kaki Pada Tangga Di Padang Sidin Perlis (Gambar)
-- Bayi 6 Bulan Mati Tersedak Susu Di Pusat Asuhan Taman Impian Murni Alma
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Thursday, July 25, 2013

Bonus Bantuan Khas Kewangan RM500 Aidilfitri Penjawat Awam 31 Julai

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itumasing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanyadalam kenyataan di sini, Rabu. Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (Khamis), sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya. Najib berkata, langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun. "Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya. Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.

-- Keputusan PRK Kuala Besut Tg Zaihan Menang Majoriti 2592 Undi (Gambar)
-- Bayi 6 Bulan Mati Tersedak Susu Di Pusat Asuhan Taman Impian Murni Alma
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)


Wednesday, July 24, 2013

Keputusan PRK Kuala Besut Tg Zaihan Menang Majoriti 2592 Undi (Gambar)

Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi. BN memperoleh 8,288 undi manakala PAS 5,969 undi. Ini melayakkan calon BN Tg Zaihan bergelar ADUN Kuala Besut.


Sehingga pukul 9.30 malam, Barisan Nasional (BN) mendahuli keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Besut dengan menang di 18 saluran dan undi pos. BN menang bagi semua sembilan undi pos yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Barisan menang di saluran satu, pusat mengundi Seberang Barat dengan 316 undi. Di saluran dua pusat mengundi Gong Kedak, BN menang dengan 266 undi manakala di pusat mengundi Sekolah kebangsaan Pulau Perhentian, BN menang di kedua-dua saluran dengan 222 dan 232 undi.

Sementara itu di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, sehingga kini BN menang di empat saluran. Manakala di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Nail, BN juga menang di empat saluran. Bagi pusat mengundi Sekolah menengah Kuala Besut, BN mencatat kemenangan di enam saluran yang diumumkan.

-- Mayat Diikat Tangan Dan Kaki Pada Tangga Di Padang Sidin Perlis (Gambar)
-- Kate Middleton Bersalin Anak Lelaki 3.8kg Lepas 10jam (Gambar)

Mayat Diikat Tangan Dan Kaki Pada Tangga Di Padang Sidin Perlis (Gambar)

Seorang lelaki ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat pada tangga yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di sebuah kebun buah-buahan di Padang Siding Perlis, Selasa. Mayat lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bahagian matanya turut ditutup dengan ikatan kain ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada polis.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintenden Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, lokasi kejadian hanya kira-kira 20 meter dari jalan raya utama dan punca kematian sedang disiasat. "Tiada sebarang kesan luka pada mayat mangsa. Identiti mangsa belum diketahui dan tidak dapat diketahui sama ada mangsa itu warga tempatan atau rakyat asing," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan punca kejadian. mstar

-- (Gambar) Dua Malam Mayat Atas Siling Rumah, Seram Gilerrr!!!
-- (Gambar) Bayi 5 Bln Mati Tercekik Bubur Nasi Di Tmn Putra Perdana Puchong
-- Murid Makan Di Bilik Persalinan Di Sek Keb Seri Pristana (Gambar)


Saturday, July 20, 2013

Budak 3 Tahun Mati Dalam Kereta Ditinggalkan Lebih 5 Jam

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, Khamis. Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang. Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Kuari Meletup Rosakkan 18 Kereta 14 Kilang Dan Sub Stesen TNB Di Johor (Gambar)

Seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera terkena serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan kuari berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Alam, Jumaat. Mangsa merupakan warga Nepal berumur sekitar 30-an yang mati di tempat kejadian. Jarak kawasan kilang dengan kawasan kuari itu ialah kira-kira 500 meter.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu turut merosakkan 18 buah kereta, 14 buah kilang lain dan sebuah sub stesen milik Tenaga Nasional Berhad. Pihak bomba menghantar 37 anggota dan turut dibantu 16 anggota polis bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

Aktiviti kuari dilapor dihentikan serta-merta akibat kejadian itu.Mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini beserta mereka yang cedera. Seorang pegawai pemasaran sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit yang berhampiran, Rosmawati Rahmat, 40, berkata beliau mendengar letupan kuat sebelum keadaan kilangnya bergegar.

"Kebiasaannya siren amaran akan dibunyikan pada pukul 12.30 tengah hari sebagai isyarat letupan akan dilakukan dan bunyi letupan selalunya tidak kuat. "Bagaimanapun bunyi letupan hari ini begitu kuat sehingga batu-batu terpelanting jauh ke kawasan kilang," katanya. Seorang pemilik kilang plastik yang enggan dikenali berkata aktiviti letupan sering dilakukan, namun kejadian hari ini paling serius. mstar

-- Abby Abadi Berkahwin Farhan Suami Barunya (Gambar)
-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)

Friday, July 19, 2013

Tarif Elektrik Mungkin Dinaikkan

Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini. Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan. "Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang. "Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei. Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil. Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau. Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini. Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. sinarharian

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Polis Putus Kaki Dirempuh Kereta Stabil (Gambar)

Thursday, July 18, 2013

Buffered Earning Ke Empat Untuk Julai Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah rezeki Ramadhan buffered earning ke empat utk Julai datang melekat di blog Pahit Manis 1st Love ni bermula semalam. Murah rezeki bulan ni dah dpt 4 BE di samping 1 BE yg masih running sejak bulan Jun lepas. 4 BE bulan Jun juga dah jadi Metered Earning, maka dalam persediaan lah nak klik cash button tu hujung bulan ni..hehe.


Tak lah banyak mana pun dapat, cuma ada peningkatan la skit dari segi pendapatan harian berbanding bulan lepas. Seronok tengok blog merepek camni ada hasil gak kan. Terima kasih Nuffnang kerana sudi beri iklan yang berterusan camni.

Majulah penulisan untuk blog..hehe.

-- Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak (Gambar)
-- Husna Dan Hanis Dah 7kg Lebih Di Usia Cecah 5 Bulan

Wednesday, July 17, 2013

Husna Dan Hanis Dah 7kg Lebih Di Usia Cecah 5 Bulan

Baby kembar Husna dan Hanis ni nampaknya membesar dengan cepat macam kakaknya Hanim masa kecik dulu jugak. Sekarang baru nak cecah 5 bulan, dorang dah berat 7kg lebih. Masa bersalin hari tu kecik je, 2kg je sorang..huhu.


Sekarang dukung sat je dah lenguh woo, nak gilir dua dua plak tu. Husna beza 400gram je dgn Hanis. Nampaknya Hanis dah makin laju tambah berat badannya, coz sblm ni Hanis 600gram lebih ringan dari Husna. Check up every month, timbang tengok purata berat dorang bertambah 200gram per week. Maknanya sebulan naik lbh kurang 800gram. Perhhh laju tak uolss? Huhu.

Papa dorang awal2 hari tu beli susu 1kg tu 4 pek sebulan tapi skang dh upgrade beb 8 pek per month sekaligus, malas nk ulang gi kedai katanya..kih3. Banyak gak perubahan jadual En Ery skang since ada baby kembar ni, ' bercuti' jap dari tgk bola dgn kwn2 dia, tido malam pun skit2 je coz jaga daughters dia. Alahai slim la dia lepas ni..hehe.

Pepun syukur sangat dengan Husna dan Hanis anugerah Allah ini, Alhamdulillah.

P/S: Dah lepas minggu pertama puasa ni, kurang lalu dh nasi waktu sahur, camne sahur uolss?

-- Bonus Raya Aidilfitri Kakitangan Awam
-- Kupon KFC Di Tesco Dengan Belian RM100 Ke Atas (Gambar)

Friday, July 12, 2013

Kupon KFC Di Tesco Dengan Belian RM100 Ke Atas (Gambar)

Kupon KFC di Tesco ni boleh didapati dengan pembelian barangan bernilai RM100 dan ke atas. Tapi dalam tempoh 8-21 Julai 2013 je tau dan sementara stok masih ada. Tempoh penggunaan kupon tu plak bermula 8 Jul hingga 30 Ogos 2013.


Kedah kan cuti 1 Ramadhan, so sempat la ronda ronda jap hari tu. Singgah Tesco macam biasa beli barangan stok dapur, tup tup cashier bagi kupon ni. Hanim suka sangat tengok kupon ni, terus dia cakap hari ni kita buka puasa dgn kfc la kan mama.

Kupon sajian RM16.90 KFC ni bermaksud menu ini boleh dinikmati dgn bayaran RM16.90. Bukan kupon hidangan percuma ye. Pepun tetap menarik gak tu kan ada 2 ketul ayam, 6 ketul nuget, 2 whipped potato dan 2 minuman. Kami dah dapat, anda bila lagi? Chewah, free promo untuk Tesco plak kan.

-- Suntikan Tiga Serangkai Bayi 4 Bulan My Twins Jangan Demam Ya
-- Monsters University Di Grand Cineplex Village Mall Jom Dating

Tuesday, July 9, 2013

Diana Danielle Dan Anaknya Berjemur Kerana Jaundice (Gambar)

Diana Danielle isteri Farid Kamil yang masih baru dalam pantang memuat naik gambar bersama bayinya melalui laman sosial Instagram. Diana meletakkan caption berjemur matahari untuk bayinya itu yang mengalami penyakit kuning atau jaundice yang biasa berlaku di kalangan bayi baru lahir.


Tahniah untuk Diana Danielle dan Farid Kamil yang baru bergelar ibu bapa. Semoga kehadiran ahli baru keluarga itu semakin menceriakan kehidupan mereka.

-- Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod Akhir Sinopsis
-- Suntikan Tiga Serangkai Bayi 4 Bulan My Twins Jangan Demam Ya
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)


Monday, July 8, 2013

Puasa Bermula Rabu 10 Julai 2013

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggunakan alat ukur Total Station untuk melihat anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, Isnin. Tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini, 10 Julai, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

-- Mohamed Morsi Isa al Ayyat (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod Akhir Bersama Kfc Memang Best

Sebenarnya saya isteri dia menjadi drama fenomena selepas Setia Hujung Nyawa kan. Jumaat lepas dah episod akhir pun SSID tu, tapi ramai gak komplen ending x berapa best, simple sangat macam agak tergesa gesa or maybe akan ada Sebenarnya Saya Isteri Dia 2.


Pepun hari Jumaat tu Kedah dah cuti, so lepak kat umah je layan twins n Hanim sambil kemas umah skit2 dibantu En.Ery. Around kul 7 tu, baru masuk dapur nak start masak spaghetti, En.Ery kata x yah masak lah, kita beli kfc nak? Nak, nak!!! Hanim yang tolong jawab lebih cepat..huhu.

Maka, lebih feel lah layan Sebenarnya Saya Isteri Dia episod akhir ditemani KFC original dan spicy..nyummy.

-- Suntikan Tiga Serangkai Bayi 4 Bulan My Twins Jangan Demam Ya
-- Monsters University Di Grand Cineplex Village Mall Jom Dating

Friday, July 5, 2013

Suntikan Tiga Serangkai Bayi 4 Bulan My Twins Jangan Demam Ya

Si kembar Husna dan Hanis dah usia 4 bulan lebih. Tiba masa untuk my twins ni ambik suntikan tiga serangkai a.k.a triple antigen kedua selepas imunisasi pertama bayi 3 bulan. Amanjaya Specialist Centre dan Klinik Dr Husna menjadi antara pilihan tempat yang dituju. Tengok keadaan dulu di antara dua tempat tu, mana yg paling cepat x ramai orang kan.


Pepagi lagi dah bangun dorang ni, macam tahu tahu je ready hari ni nak gi ambik injection..hehe. Tengok tu Husna dan Hanis sedang bincang undi siapa yang 1st kena inject nanti. Doakan kami agar sihat selalu ok aunty sekalian. Happy weekend.

-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Wednesday, July 3, 2013

Teduhan Kasih Episod Akhir Sinopsis

Teduhan Kasih berakhir sudah. Heboh kat ofis hari ni pun ramai pakat rushing nak balik umah siap2 tengok Teduhan Kasih episod akhir ni. Mesti ramai nak tengok apa kesudahan kisah Iffa dan Ehsan, Ayu dan Ryzal tu kan. Adam plak camne?


Ayu Nabila Huda berterusan cuba memikat Ehsan Adi Putra walau selepas kematian Ryzal Shah Iskandar yang terlibat dalam kemalangan. Kekayaan Ehsan dan perasaan hasad dengki Ayu terhadap Iffa Sherry Ibrahim mendorongnya melakukan berbagai rancangan untuk miliki Ehsan.

Ehsan tetap setia kepada Iffa dan menyayangi Adam seperti anaknya sendiri. Ehsan berada di samping Iffa sehingga tiba masa Iffa melahirkan anak hasil perkahwinan mereka.

-- Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki 4.3kg (Gambar)
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Monday, July 1, 2013

Monsters University Di Grand Cineplex Village Mall Jom Dating

Monsters University citer best especially untuk tengok bersama anak. Last week masa ambik Hanim balik school, dia kata cikgu ada bagi surat untuk mama papa. Suspen jap surat apa plak kan. Then mama baca tengok,' Tahniah, anak tuan puan yang bernama Haleeda Hanim berjaya masuk ke kelas khas Ibnu Sina mulai esok. Terima kasih kerana bekerjasama dengan pihak sekolah menjayakan program Linus demi kejayaan anak anak'.


Wah tahniah kakak Hanim, dapat masuk kelas Ibnu Sina, mama papa bangga dgn kakak, kata mama. Then Hanim jawap,'Tq mama papa, jgn lupa janji mama 10 permintaan kalau kakak dpt masuk Ibnu Sina ok'. Alahai dah tuntut janji tu. Memang sblm ni papa dia selalu cakap kat Hanim,' Kakak belajar elok2 kat school, dengar cakap cikgu betul2, buat apa yg cikgu suruh tu cantik2, bagi semua betul baru lah dpt masuk Ibnu Sina. Hanim tanya,'Kalau kakak dpt masuk kelas Ibnu Sina,   mama papa nak bagi something ke?


Mama penah cakap,'Kakak akan dapat 10 permintaan, tapi mama papa kena fikir dulu permintaan tu ok ke tak. Spontan papa dia buat muka terkejut,'10 tu syg, biar betul! Sambil tepuk dahi..kih3.

Maka, tengok citer di cinema permintaan pertama lah ni. Balik school terus singgah Grand Cineplex Village Mall Lagenda Heights Sg Petani, usha citer apa yg ada, tengok ada Monsters University ok la tu. Beli tiket siap2, pastu balik umah tukar baju sekolah Hanim. Xpe 10 minit je pun dari umah. Best citer Monsters University ni, banyak unsur motivasi. Mike Zawosky watak utama yg kreatif. Tapi tgk citer x smp habis pun, kuar awal nk gi ambik twins kat umah pengasuh plak..huhu.

Uolls dah tengok citer Monsters University tu? Best tak?

-- My Twins Husna Dan Hanis Di Usia 4 Bulan
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis