ad ld

Monday, November 30, 2015

Yus Jambu Meninggal Dunia Sakit Jantung Di Usia 39 Tahun (Gambar)

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin. Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memberitahu berita tersebut menerusi laman sosial Facebooknya. Minta kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah," tulisnya.


Thursday, November 26, 2015

Diana Danielle Bersalin Anak Kedua Dalam Air Water Birth

Farid Kamil berasa lega melihat isterinya Diana Danielle kurang mengalami kesakitan selepas melalui proses kelahiran dalam air (water birth) di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 19 November lalu. Menerusi teknik itu, Diana tidak perlu melalui kontraksi terlalu lama dan proses bersalin hanya berlaku dalam tempoh masa sejam, kata Farid.


Friday, November 20, 2015

Happy Birthday Hanim Yang Ke 9

Happy birthday ke 9 kakak Hanim. Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat walafiat, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia juga di akhirat, dilimpahi kurniaan dan dirahmati Allah selalu. Aamiin.


Monday, November 9, 2015

Lorong Kecil Ke Syurga Drama Terbaik Anugerah Skrin ASK 2015

Drama terbitan Aniq Communication Sdn Bhd berjudul Lorong Kecil Ke Syurga diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Drama tersebut menewaskan drama lain seperti Cahaya Cinta, Dari Pintu Neraka, Kereta Kita dan Seligar.

Lorong Kecil Ke Syurga  turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik Drama (Raja Mukhriz), Penyunting Terbaik Drama (Akashdeep Singh), Lakon TV Terbaik (Joe Sidek)  dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Raja Ilya).

Keputusan Penuh Anugerah Skrin TV3 ASK 2015

Anugerah Skrin ASK 2015 anjuran TV3 berlangsung meriah semalam. Majlis dihoskan oleh Awie dan Farah Fauzana turut diserikan lagi dengan nyanyian artis, sketsa dan persembahan Mak Cun Erma Fatima. Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2015

Kategori Drama
Drama Terbaik: Lorong Kecil Ke Syurga
Lakon TV Terbaik: Joe Sidek (Lorong Kecil Ke Syurga)
Pengarah Drama Terbaik: Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga)
Penyunting Drama Terbaik: Akashdeep Singh (Lorong Kecil Ke Syurga)
Videografi Terbaik Drama: Jamaludin Yaacob
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Amar Asyraf (Dari Pintu Neraka)
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Sara Ali (Hak)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Izwan Fitri
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Raja llya
Drama Rantaian Komedi Terbaik: Rubberband (Balang Rimbun Sdn Bhd)
Drama Rantaian Terbaik: Hidayahmu Ramadan (Primeworks Studios)
Drama Rantaian Popular Media Sosial: Rindu Awak 200%

Wednesday, November 4, 2015

Pelajar Sekolah Baca Yassin Di Tepi Jalan LPT2 Buat Ibu Bapa Marah (Gambar)

Gambar pelajar sekolah yang sedang membacakan surah Yasin di tepi jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengundang kemarahan ibu bapa. Ibu bapa yang berang itu mendakwa pentadbiran sekolah bertindak tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa pelajar.


Monday, November 2, 2015

Datuk Vida Qu Puteh Ada 10 Crown Paling Mahal RM100K Ditempah Di Hong Kong (Gambar)

Sesuatu yang menarik tentang Datuk Vida ini adalah crown (tiara) yang dipakainya. Setiap minggu dalam konsert Gegar Vaganza, Datuk Vida akan memakai crown yang berlainan dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.