ad ld

Thursday, February 27, 2014

Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Aishah Azizul Sweden (Gambar)

Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.


"Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah. Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Wednesday, February 26, 2014

Senarai Kawasan Catuan Air Di Kuala Langat, Hulu Langat Dan Sepang Mulai 27 Feb

Berikut senarai kawasan terbabit pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Februari hingga 31 Mac ini, seperti diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pada Selasa.


WILAYAH HULU LANGAT:
Zon 1:
*Taman Juara Jaya
*Taman Bukit Belimbing
*Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
*Taman Harmoni Indah
*Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
*Taman Putra Budiman
*Taman Balakong Jaya
*Taman Seri Timah
*Taman Tanming Jaya
*Kawasan perindustrian Balakong
*Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
*Taman Industri Balakong
*Taman Tanming Permai
*Taman Industri Lifong
*Taman Tanming Ria
*Taman Sungai Besi Indah Zon 1
*Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

Tuesday, February 25, 2014

Guru Terima Surat Tukar Serta Merta, Akan Buat Rayuan

Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengesahkan dirinya telah menerima surat arahan pertukaran serta-merta secara rasmi. Guru sekolah di negeri Pantai Timur ini akui beliau bakal membuat rayuan terhadap jabatan pendidikan negeri terbabit.

Gambar Hiasan
"Surat itu bertarikh 17 Februari 2014 dan saya terimanya hari ini. "Saya akan buat surat rayuan dan akan dihantar ke jabatan pendidikan negeri, esok," katanya. Minggu lalu, Sinar Harian Online melaporkan dua guru sebuah sekolah mendakwa menerima surat pertukaran serta-merta ekoran menentang sistem pendidikan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut. Katanya arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya. sinarharian

--  Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)
--  PBS Ditangguhkan Hingga Diberitahu Berita Gembira Para Guru
--  Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup Ammar Anak Azizul Di Sweden (Gambar)
--  Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)

Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)

Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan," kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka. Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan, dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat bertemu mereka.


Namun, apabila anggota polis wanita Sweden bertanya apa yang difikirkan mengenai masa depannya, Ammar berkata, apa yang dia boleh fikir adalah memeluk kedua-dua ibu bapanya semula. "Mereka akan masuk ke dalam penjara, saya tidak tahu untuk berapa hari atau bulan. Apabila mereka dibebaskan, saya boleh bertemu mereka semula," kata Ammar menerusi temuduga yang direkodkan lebih awal yang dipertontonkan di mahkamah daerah Solna.

Monday, February 24, 2014

Honda City 2014 Boleh Ditempah Sekarang (Gambar)

Honda Malaysia telah mempratonton model Honda City akan datang dalam perhimpunan bersama media semalam, menurut Paultan. Model yang akan dilancarkan secara rasmi sekitar pertengahan Mac depan, akan membuat kemunculan sulungnya dalam empat varian – S, S +, E dan V.


Banyak sungguh huruf yang tidak ketahui maknanya. Kita simpan data itu sehingga Mac ya. Enjinnya dipasang standard pada semua varian, iaitu enjin  1.5 liter i-VTEC, yang menawarkan 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm. Transmisi auto lima kelajuan di dalam model semasa digantikan dengan kotak gear CVT (seperti model untuk pasaran India dan Thai).

TRW Dapat Tajaan RM1 Juta Promosi Visit Malaysia (Gambar)

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warriors' (TRW) sebanyak RM1 juta bagi mengiklankan 'Visit Malaysia' pada jersi pemain bola sepak.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata arena sukan bola sepak negara diyakini sebagai medium berpotensi memajukan sektor pelancongan negara sekali gus menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), yang mendorong kepada penajaan The Red Warriors. Beliau berkata TRW dipilih kerana mempamerkan kecemerlangan dan kehebatan tersendiri dalam setiap perlawanan yang menjadikan pasukan itu terus kukuh dan bertahan dalam arena bola sepak negara.

PBS Ditangguhkan Hingga Diberitahu Berita Gembira Para Guru

Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan pada Ahad berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.


Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). "KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.

Thursday, February 20, 2014

Saya Dipukul Lebih Seribu Kali Setahun Ammar Anak Azizul Di Sweden

Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan mendera berkata dia dipukul 'lebih seribu kali' dalam masa setahun. Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.


Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka. Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.

Pusat Tahfiz Amal Diarah Tutup Mulai 10 Februari

Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yan telah diarah menghentikan operasi melalui notis arahan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu. Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd Fadil Ab Rahman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu.
"Mengenai notis tutup ini juga kita sudah laporkan kepada pihak polis dan kita nanti apa tindakan yang boleh kita ambil jika mereka enggan mematuhi notis berkenaan," katanya. Beliau berkata notis itu telah ditandatangani Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.

Wednesday, February 19, 2014

Siapa Azizul Dan Shalwati Di Sweden Dari Pandangan Rakan Karib Mereka (Gambar)

Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal yang ditahan di Sweden kerana didakwa mendera anak mereka menjadi tumpuan masyarakat dan media. Banyak pihak telah bersimpati dengan mereka dan tak kurang juga mencela dan menabur fitnah ke atas mereka. Ikuti kisah benar pasangan ini dari kaca mata rakan karib mereka yang telah lama mengenali pasangan ini.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.

Hukum Melabur Dalam ASB Dan ASN Menurut Majlis Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Jumaat menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan AS Nyang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.

Tuesday, February 18, 2014

Erra Fazira Bercerai Talak Satu Dengan Engku Emran

Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa. Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain kira kira pukul 12.50 tengahari.


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40 kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39 sebak ketika melakukan lafaz tersebut. Erra ditemani Erma Fatima dan Datin Umie Aida. Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun. sumber mstar

--  Skim MyHome Pendapatan RM3 Ribu Ke Bawah Layak Dapat Subsidi RM30 Ribu Rumah Pertama
--  ADO Wan Hariff Rafany Wan Muda Ditemui Mati Di Sungai (Gambar)
--  Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
--  (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary

Skim MyHome Pendapatan RM3 Ribu Ke Bawah Layak Dapat Subsidi RM30 Ribu Rumah Pertama

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan menyediakan bantuan kewangan sehingga RM30,000 kepada kumpulan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 untuk membeli rumah pertama pada harga rumah kos rendah bermula 1 April depan.


Menerusi skim MyHome itu, mereka yang layak hanya perlu membayar harga rumah kos rendah yang ditetapkan di setiap negeri, manakala bakinya dibayar oleh kerajaan terus kepada pemaju. Antara syarat utama MyHome ini ialah pembelian rumah pertama dan tidak boleh dijual dalam masa 10 tahun. tengoktvonline

--  ADO Wan Hariff Rafany Wan Muda Ditemui Mati Di Sungai (Gambar)
--  Bayi 11 Bulan Demam Muntah Dan Cirit Birit Apa Nak Buat?
--  BR1M 3.0 Dikredit Dalam Akaun 22 Februari
--  Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)


ADO Wan Hariff Rafany Wan Muda Ditemui Mati Di Sungai (Gambar)

Kes Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, yang dilaporkan hilang sejak malam hari Jumaat (14 Feb) tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah. Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil berkata malah penemuan kereta Audi milik mangsa berhampiran Pejabat Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang pagi semalam juga mendapati tiada sebarang kesan mencurigakan.


Misteri kehilangan Wan Hariff terjawab dengan penemuan mayatnya di Sungai Kampung Tajin Hulu Terengganu. Orang awam menemui mayatnya dan kunci kereta Audi masih berada dalam poket mangsa. Tengok dalam berita tv tadi kes kematian diklasifikasikan mati mengejut. Takziah buat keluarga arwah. Al Fatihah.

--  Peluang Azizul Dan Shalwati Di Sweden Bebas Tipis
--  Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
--  Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar) 
--  Spotcheck Dapur KFC Jom Terjah

Monday, February 17, 2014

Bayi 11 Bulan Demam Muntah Dan Cirit Birit Apa Nak Buat?

Bayi 11 bulan demam, muntah dan cirit birit pasti ibu bapa risau kan. Last week anak kembar Husna dan Hanis kesayangan mama tu mula muntah muntah dengan banyak pada petang hari pertama. Suhu badan bayi panas, confirm demam la tu kan. Risau sangat tengok keadaan Husna macam x bermaya lepas muntah bbrp kali. Minum susu je muntah, minum air kosong pun muntah jugak. Apa nak buat ni?


Malam tu memang tak tido langsung berjaga since 7pm-7am. Lepas muntah2, Husna alami cirit birit plak. Kesian dia, menangis everytime terberak, sakit perut agaknya. Pampers ntah berapa kali tukar malam tu, coz risau peha jadi ruam. Seb baik Hanis belum kena, tapi dia xleh tido la coz terganggu Husna asyik menangis sepanjang malam.

Thursday, February 13, 2014

Spotcheck Dapur KFC Jom Terjah

Kfc ada menu baru kan, asyik duk iklan kat t.v tu, berjaya la pengaruhi Kakak Hanim. Dah mmg fevret kakak, so kena try la menu baru hasil pujuk rayunya tu..huhu. Hari tu balik keje, amik si kembar dan kakak kat umah pengasuh terus singgah Kfc.

Masa duk beratur nak order, datang sorang staff mintak nak dukung baby, nak tengok mata coklat dari dekat katanya. Pastu datang lagi sorang, nak ambik gambar plak. Ewahh feeling retis plak gitu..kih3. Kak Hanim tanya, Nape dorang ni sibuk dgn Husna Hanis plak, kakak nak makan kfc ni, lapar. Ahaks sabar je lah anakku.

Staff Kfc kat kaunter tu bawak masuk kembar tunjuk kat kengkawan dorang plak kat dalam tu. Adoii terpinga sat tengok gelagat dorang, risau gak customer lain marah nanti kan. Itulah episod terjah dapur kfc versi Husna dan Hanis..hehe.

--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
--  Bayi 6 Bulan Makan Nestum Dah Husna Dan Hanis
--  Husna Dan Hanis Mula Merangkak Sukanya 
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar) 

Saturday, February 8, 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 Sepahtu Juara Hadiah RM500 Ribu (Gambar)

Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Malawati. Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.


Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Shiro yang disertai oleh Shahrul dan Ajak. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi. Sementara itu kumpulan Bocey mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Bocey Turut memenangi kategori Man of the Match.

Friday, February 7, 2014

Keputusan FAM JDT vs T-Team Gaduh Dalam Terowong JDT Layak Ke Suku Akhir Piala FA (Gambar)

Selepas hampir lima jam bersidang, akhirnya keputusan mengenai perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) pada Khamis. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) diberi kemenangan 3-0 ke atas T-Team dan mara ke suku akhir.


"Kami membuat pertimbangan dalam semua perkara yang berkaitan, memangil semua pihak termasuk kedua-dua pasukan (JDT dan T-team), pengadil, pegawai perlawanan dan juga pegawai penyelaras. "Setelah mengambil kira semua keterangan dan laporan temuduga yang dibuat dari pagi hingga petang ini (Khamis), kami sebulat suara membuat keputusan ini," jelasnya selepas mesyuarat tersebut.

Tujuh Orang Positif Virus H1N1 Di Sabah

Seramai tujuh orang dikesan positif virus Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah. Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua penjaga dewasa didapati positif H1N1 selepas menjalani ujian bagi virus itu.

Berikutan keputusan itu, seluruh wad di hospital tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Kinabalu terpaksa dikuarantin. "Ini termasuk pesakit-pesakit, pembawa wabak itu dan kakitangan di wad," katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis. "Keutamaan kami sekarang ialah menghentikan penularan itu termasuk mengkuarantin wad dan memastikan semua menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan selain penggunaan topeng muka," tambah Dr Tan.

Thursday, February 6, 2014

Majlis Resepsi Puteri Sarah Dan Syamsul Tema Islamic Arabic Night Di Pusat Konvensyen Setia City

Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing. Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, pada pukul 8 malam.


"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu. "Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," katanya.

Insurans Kereta Naik Mulai 15 Februari ?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan membekukan pelarasan kadar baharu insurans kenderaan yang dijangka akan berkuat kuasa 15 Februari ini. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kenaikan kadar premium insurans akan meningkatkan lagi bebanan rakyat khususnya ketika peningkatan pelbagai kos lain.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengeluarkan arahan segera agar kenaikan kadar premium insuran kereta dibekukan serta-merta dengan mengambil kira kesusahan rakyat sekarang. "Sudah tentu jika kenaikan premium insuran kereta ini diteruskan juga, ia akan menjadi salah satu dari isu yang akan dibawa di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang nanti," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Penduduk Pasir Mas Alami Cuaca Sejuk 17'C Ala Cameron Highlands Gitu

Penduduk di sekitar Pasir Mas kini merasai pengalaman baru iaitu berada dalam cuaca sejuk. Tinjauan The Star di daerah itu pada pagi Khamis mendapati rata-rata pelajar sekolah memakai jaket sehingga ke dalam kelas.

"Sekarang cuaca sejuk pada setiap pagi dan ia akan berterusan selama beberapa jam, sebab itu saya memakai jaket ke sekolah. Sebelum ini saya hanya berasa sejuk pada musim tengkujuh," kata Nurul Masturina Husna Mohamad pelajar tahun enam. Seorang penduduk, Razali Che Kob, 38, berkata, suhu di kawasan itu kini turun kepada 17°C pada pagi Rabu.

Program Baucar Kerja Bantuan RM35 Sehari Untuk Miskin Bandar

Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia. Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Wednesday, February 5, 2014

Wan Sakinah Dan Baby Bump Bersama Ashraf Muslim (Gambar)

Susulan memuat naik gambar 'baby bump'nya di akaun Instagram sehingga mendapat pelbagai negatif reaksi masyarakat, isteri pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah tampil menjernihkan keadaan. Menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah menafikan dirinya mahu “show off” atau menunjuk-nunjuk kepada masyarakat tentang kehamilannya itu.


Sebaliknya Wan Sakinah menjelaskan bahawa beliau hanya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilan pertamanya itu. "Salam untuk sahabat, stalkers dan haters. Maaf pasal gambar yang menayangkan gambar perut saya itu. Terlalu teruja tengok perut boyot, itu yang membuatkan saya memuat naik gambar tersebut.

Tuesday, February 4, 2014

Leuniey Natasha Bersalin Anak Perempuan 2.75Kg (Gambar)

Tahniah buat Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex telah bergelar ibu bapa dengan lahirnya bayi perempuan seberat 2.75kg pada Isnin 4.2.14.


Semoga kehadiran ahli baru ini menceriakan lagi kehidupan mereka dan menjadi pemangkin semangat untuk Apex terus cemerlang dalam bidang bolasepaknya.

--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar)
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
 

Peluang Azizul Dan Shalwati Di Sweden Bebas Tipis (Gambar)

Nasib pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati Norshal ditahan reman di Sweden untuk dilepaskan tanpa didapati bersalah adalah sangat tipis, lapor Astro Awani. Perkara itu dinyatakan Ketua Hakim dan peguam yang mengendalikan kes itu.


“Mengikut perbincangan saya bersama Ketua Hakim dan peguam di sana, setiap tahun 10,000 kes sebegini berlaku dan hanya 10 peratus daripadanya yang berjaya kembali kepada anak-anak mereka” kata Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee. Menurut Zan lagi, undang-undang di Sweden memberikan hak yang sangat tinggi kepada setiap kanak-kanak.

“Kerajaan di sana merasakan mereka mempunyai hak lebih daripada ibu bapa itu sendiri” katanya. Tahanan reman Azizul dan Shalwati sebelum ini telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak ditahan dan Sweden tidak mempunyai had penahanan reman. Keempat-empat anak pasangan ini sudah dibawa pulang ke Malaysia, Sabtu lalu. sinarharian

--  Budak Perempuan 7 Tahun Mati Dikelar Bapa Dua Kakak Turut Cedera Putus Jari Di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi (Gambar)
--  Pengacara WHI TV3 Fizza Bercerai Talak Satu (Gambar)
--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Johan Menang Saman RM 1Juta Kes Luka Dibaling Gelas (Gambar)

Muzium Lilin I-City Terbakar Polis Sahkan Perbuatan Khianat (Gambar)

Polis pada Isnin mengesahkan bahawa kejadian kebakaran yang membabitkan lebih 10 patung lilin di muzium lilin The Red Carpet, i-City di sini Rabu lepas adalah perbuatan khianat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan berikutan khianat ke atas bangunan.


"Suspek dilihat memakai topi dan sarung tangan dalam kejadian itu... bagaimanapun kami tidak boleh bagi komen lanjut mengenainya sehingga siasatan selesai," katanya. Sementara itu, Pengurus Maklumat I-Berhad, pemaju i-City, Tang Soke Ching dalam kenyataan berkata pengesahan polis itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis terbabit.

JDT vs T-Team, Laporan Polis Pemain Dan Pegawai Ditumbuk Ditendang (Gambar)

Seorang staf pasukan T-Team membuat laporan polis berikutan seorang pegawai dan pemain pasukan itu yang didakwa telah ditumbuk dan ditendang di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru pada Sabtu. Laporan polis itu dibuat di Kuala Terengganu pada Ahad selepas pasukan T-Team tiba dari Johor tanpa menamatkan perlawanan menentang skuad JDT dalam pusingan kedua Piala FA.


Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama. Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.