ad ld

Saturday, May 26, 2018

BR1M Dibayar Jun Sebelum Aidilfitri

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), agihan wang tunai yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan tetap dibayar pada Jun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun, BR1M akan diberikan nama lain. Beliau menambah, maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut akan diumumkan pada minggu depan.
"Sepertimana yg diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun @chedetofficial (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya menerusi status di akaun Twitter miliknya pada petang Sabtu. mstar

--  Koleksi Gambar Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin, Jom Tgk

Friday, May 18, 2018

Senarai Menteri Kabinet Terbaru Diumumkan Tun Mahathir

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)

Rampasan Barang Berharga Dipercayai Milik Najib Di Pavilion Residence Apartment KL (Gambar)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama termasuk Hermes Birkin dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar 'Tan Sri' dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Thursday, May 17, 2018

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan Tanpa Syarat Dan Rekod Bersih (Gambar)

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau dibebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat selepas mendapat pengampunan  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Jelas Anwar, dengan pengampunan itu segala rekod jenayah lampau beliau terpadam secara automatik.

Tuesday, May 15, 2018

Pengistiharan Puasa 2018

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis, 17 Mei 2018, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Ketika mengumumkannya, beliau berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini, 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.