ad ld

Monday, August 6, 2012

Terjun Dari Pesawat AirAsia Lelaki Dakwa Nampak Hantu

Semlm baca berita ni, tentunya para penumpang pesawat AirAsia tu takut giler kan berhadapan situasi cmtu. Elok je nak fly tetiba ada orang buka pintu kecemasan dan terjun dari kapal terbang yg sedang bergerak bersedia nk berlepas.

-- Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri.


Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.