ad ld

Tuesday, September 30, 2014

Mesin ATM Digodam Guna Kad Sim Lebih RM500 Ribu Lesap

Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.


Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.

Monday, September 29, 2014

Bayi 10 Bulan Melecur Didera Pengasuh Di Bertam Hulu Melaka

Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur di bahagian punggung dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian itu disedari ibu bayi tersebut, berusia 30-an ketika menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam, Selasa lepas.

Saturday, September 27, 2014

Proton Iriz Harga Dan Variant (Gambar)

Direka untuk pasaran global, model yang dikenali sebagai Proton Iriz dilancarkan dengan empat varian untuk dipilih, dengan dua pilihan enjin; 1.3-liter dan 1.6-liter, yang digabungkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik. Berikut ialah senarai harga varian-varian yang ditawarkan untuk Iriz (m adalah untuk metalik);


Proton Iriz 1.3 Standard

Friday, September 26, 2014

Majlis Baby Shower Rozita Che Wan Dan Zain (Gambar)

Rozita Che Wan mengandung dan kini sedang menunggu kelahiran anak pertama bersama Zain Saidin tak lama lagi. Che Ta mengadakan majlis baby shower meraikan kandungannya dan berlangsung meriah.


Majlis baby shower Che Ta turut dihadiri Sharifah Shahora, Man Kajang, Dafi dan juga Ayu Raudhah.

Thursday, September 25, 2014

Keputusan PRK Pengkalan Kubor BN Menang (Tidak Rasmi)

Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor menurut keputusan tidak rasmi. Dalam keputusan itu calon BN Mat Razi Mat Ail menewaskan pesaingnya daripada PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti lebih 1,000.

Pada PRU-13, BN menang dengan majoriti 1,736 undi. Pilihan raya kali ini mencatatkan 73 peratus pengundi keluar membuang undi. Pengumuman keputusan rasmi dijangka akan dibuat kira-kira pukul 9 malam.

PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Mat Razi, Wan Rosdi dan calon Bebas Izat Bukhary Izat Ismail. Ia diadakan ekoran kematian Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati 20 Ogos lalu. mstar

--  Bayi 8 Bulan Dicakar Biawak Di Pulau Tioman Kena 50 Jahitan Di Muka (Gambar)
--  Wanita Bersalin Di KLIA Sebaik Pesawat Mendarat (Gambar)
--  Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)

Majlis Resepsi Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Az Yet (Gambar)

Majlis resepsi penyanyi Jaclyn Victor dan suami, Shawn Rivera yang telah berlangsung baru-baru ini.


Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh beberapa selebriti tanah air, resepsi tersebut berlangsung meriah dengan dihadiri kenalan terdekat serta rakan artis pasangan ini.

Wednesday, September 24, 2014

Nurul Syuhada Bersalin Anak Kembar Perempuan Dan Lelaki

Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), bekas pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain mengumumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata kembar, semalam.


Melalui panggilan telefon itu juga, Nurul memberitahu telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dilakukan secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.

Bayi 8 Bulan Dicakar Biawak Di Pulau Tioman Kena 50 Jahitan Di Muka (Gambar)

Bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pagi semalam.


Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

Tuesday, September 23, 2014

Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baru Ganti Khalid Ibrahim (Gambar)

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin.

Monday, September 22, 2014

Ketua Penerangan Pemuda PAS N9 Safrizal Dan Ibu Maut Kemalangan Di Kuala Krai

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan Safrizal Tarmizan, 31, dan ibunya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 106.2 Jalan Kuala Krai- Gua Musang, ketika pulang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, awal pagi Sabtu.


Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Norazman Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata, dalam kemalangan pada pukul 1 pagi itu, Safrizal dan ibunya, Asmita Lukman , 56, maut di tempat kejadian manakala isterinya Nor Izatil Aqmar Mat Lazim, 28, serta anak mereka Umar Al Fateh, 3 bulan, cedera parah.

Saturday, September 20, 2014

Pelajar UiTM Fatin Farradia Maut Dirempuh Kereta Pensyarah Dalam Kampus Di Shah Alam (Gambar)

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus.


Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.

Friday, September 19, 2014

Gadis 16 Tahun Lahirkan Bayi Dalam Tandas Rumahnya

Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 awal pagi Jumaat. Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi. Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh. Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembilan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung. mstar

--  Proton Iriz Dan Perodua Myvi Jom Tengok Perbezaannya
--  Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
--  Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)

Thursday, September 18, 2014

Azmi Sharom Pensyarah UM Mahu Cabar Keperlembagaan Akta Hasutan (Gambar)

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom mahu mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948. Dr Azmi, 45, memohon satu perintah bahawa Mahkamah Sesyen merujuk kes hasutan beliau ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan keperlembagaan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 itu.


Beliau turut memohon perintah untuk menggantung kes tersebut sementara menunggu pertuduhan terhadapnya dibatalkan.

Proton Iriz Harga Spesifikasi Warna Dan Variant (Gambar)

Proton Iriz dibawakan dalam 3 barisan trim, yang terdiri daripada trim Standard, Executive, dan Premium, dalam 8 varian kesemuanya.


Premium
Semua imej yang dikeluarkan oleh Proton setakat ini adalah daripada varian tertinggi, iaitu 1.6 Premium. Berikut merupakan ciri-ciri trim Premium.

Wednesday, September 17, 2014

Proton Iriz Dan Perodua Myvi Jom Tengok Perbezaannya

CEO Proton Datuk Abdul Harith Abdullah menerangkan versi terbaru Kereta Compact Proton bukan varian dari A-Segment dan ia terus mengalihkan pendapat media bahawa kereta keluaran terbaru Proton ini adalah B-Segment seperti Perodua Myvi.


Ia mencetuskan berbezaan saiz yang ditetapkan untuk Proton Iriz. Iriz telah dipamerkan kepada awam, saiz kereta compact ini berukuran 3,905mm panjang, 1,720mm lebar dan 1,550mm tinggi di mana ia 215mm panjang, 55mm lebar dan 5mm tinggi dari Myvi. Proton juga membawakan jarak roda yang lebih panjang iaitu 255mm berbanding Myvi 115mm.

Pernikahan Alif Satar Dan Sha Dila Halid Di Dewan Perdana Felda (Gambar)

Sekali lafaz, penyanyi Alif Satar akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda. Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi.


Sha Dila diwalikan oleh bapanya Halid Mohamad. Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 24, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM19,000.

Tuesday, September 16, 2014

UPSR Bocor Guru Besar, Jurutera Dan Guru Ditahan Polis

Seorang guru besar, dua guru dan seorang ejen insuran direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.


Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Dahlia Azmi di Mahkamah Majistret Putrajaya bermula 15 September hingga 18 September ini. Mereka ditahan untuk siasatan di lokap Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya.

Perodua Axia Dilancarkan Harga Lebih Murah Bermula RM24600-RM42530 (Gambar)

Perodua menjangka untuk mencapai sasaran jualan 30,000 unit Perodua Axia pada akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh.


Beliau berkata sejak tempahan dibuka pada 15 Ogos, pihaknya menerima tempahan sebanyak 13,500 unit, dengan tempahan harian antara 500 dan 600 unit.

Monday, September 15, 2014

Wawa Walfadhilah Peserta Pertama Tersingkir AF 2014 (Gambar)

Peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam Ahad.


Walfadhilah atau Wawa mendapat undian terendah selepas menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza. Pengumuman itu dibuat oleh hos rancangan itu Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Cuti Sekolah Di Kota Bharu Seronok Ke?

Cuti sekolah bermula dah kan. Apa lagi, terus balik kampung Kota Bharu la. Pagi Khamis dh ada kat kg, balik awal skit sbb Kak Hanim dah cuti free upsr.


Kota Bharu di musim cuti sekolah? Mestilah jalan jem di mana mana je uols. Kurang skit dri musim raya je lah. Pepun This Is Kota Bharu tetap di hatiku. Aktiviti wajib di kg antaranya mesti main air di pantai la kan. Husna dan Hanis seronok main pasir di PCB, Kak Hanim pun join sama.

-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
-- Mee Udang Sedap Sg Petani @ D'King Mee Udang
-- Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana 

Wednesday, September 10, 2014

Datuk Zakaria Man Pengarah JPJ Pahang Meninggal Dunia

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Datuk Zakaria Man meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang Selasa akibat kanser.


Pegawai Perhubungan Awam JPJ Pahang, Hashim Mustapha berkata, Allahyarham yang berusia 59 tahun meninggal dunia pada 5.45 petang Selasa setelah dimasukkan ke HTAA petang semalam.

"Allahyarham dikesan menghidap penyakit itu sejak enam bulan lepas dan pernah dirujuk untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur. "Allahyarham yang bercuti sakit sejak dua bulan lepas mengadu tidak sihat petang Isnin menyebabkan keluarganya membawa beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Jenazah Zakaria dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Sentul, Maran selepas Isyak. Allahyarham, yang menjadi Pengarah JPJ Pahang sejak 2006, meninggalkan seorang balu, Datin Azimah Abdul Wahab dan lima anak. mstar

-- Rogol Jer Nora Danish Ramai2 Baru Best @muhd_akmal95 (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
-- Anak Scha Al Yahya Dan Awal Lara Alana (Gambar)

Tuesday, September 9, 2014

Hattan Pengetua AF14 Zizan Dan FBI Pengacara Bersama (Gambar)

Konsert minggu pertama Akademi Fantasia 2014 (AF2014) membuat kejutan apabila mengumumkan bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail sebagai pengacara program tersebut bersama Zizan Razak bermula minggu hadapan.


Faizal yang lebih dikenali dengan panggilan FBI muncul pada segmen terakhir konsert yang sepatutnya mengumumkan penyingkiran peserta pertama daripada konsert itu. Konsert itu berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam. 

Monday, September 8, 2014

Anak Scha Al Yahya Dan Awal Lara Alana (Gambar)

Scha Al Yahya berkongsi gambar anaknya buat kali pertama melalui instagram. Bayi Scha Al Yahya dan Awal Ashaari itu diberi nama Lara Alana.


Comel sangat kan.

-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
-- Irma Hasmie Bersalin Anak Kedua Di Prince Court (Gambar) 

Thursday, September 4, 2014

Seks Dalam Kereta Pasangan Kekasih Larikan Diri Kemalangan Di Plaza Tol Damansara (Gambar)

Sepasang kekasih ditahan selepas melanggar beberapa kenderaan semata-mata untuk melarikan diri daripada polis yang mengesan mereka sedang melakukan hubungan seks dalam kereta.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, berikutan insiden itu, suspek yang berusia 17 tahun berkelakuan mencurigakan ketika didekati pasukan peronda polis pada pukul 10.30 malam di Jalan Teknologi 3/6, Kota Damansara.

Wednesday, September 3, 2014

Makan Makan Di Sungai Petani

Sungai Petani boleh dikatakan syorga makanan. Banyak kedai makan, restoran dan gerai yg ada menu sedap dan mabeles.


Mama Village Sungai Petani, best bak hang..hehe.

--  Nasi Kerabu Solok Lada Kelantan Mari
--  Le Boss Chicken Chop Dan Fish And Chips Terbaik Di Sungai Petani
--  Anak Anak Artis Yang Comel (Gambar)
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)