ad ld

Sunday, June 30, 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013 Piya Pemain Terbaik (Gambar)

Pasukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus mempertahankan trofi yang dijulang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu. Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan.


Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya yang dilakukan Ahmad Fakri Shaarani serta Dickson Nwakaeme. Skuad Singa Selatan yang dikemudi Fandi Ahmad gagal memecah benteng pertahanan Kelantan di mana penyerang sensasinya, Nor Shahrul Idlan Talaha dikawal rapi rakan-rakan bekas pasukannya itu.

Sementara itu, kelibat Safee Sali hanya dapat dilihat sehingga minit ke-17 sahaja selepas dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti dengan Leonel George Nunez. Selain itu, separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang Dengan kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan balas. Tiada perubahan pada babak kedua dengan menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.

Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan. Aksi ini merupakan kali keempat Kelantan mara ke final selepas tahun 2009, 2011 dan 2012. Manakala Johor kali terakhir menjulang trofi ini pada tahun 1998. Aksi perlawanan akhir ini disaksikan 87,000 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

-- JDT Hadiah Audi Q7 Jika Menang Piala FA (Gambar)
-- Wala Juara Raja Lawak 7 Menang RM100 Ribu (Gambar)
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)


Thursday, June 27, 2013

My Twins Husna Dan Hanis Di Usia 4 Bulan

Anak kembar Husna dan Hanis ni membesar dengan cepat. Masa lahir hari tu around 2kg je, skang dah cecah 7kg baru masuk 4 bulan. Bulan lepas boleh lagi gagah pegang dua-dua sekali on the way ke umah pengasuh sebab kecil lagi dan ringan skit. Tapi skang dengan berat hampir 14kg tu budak dua orang tu dah x boleh dipangku sekali la beb, sekejap sekejap x pe la..hu.hu.


Baby seat dah lama beli, tapi Husna dan Hanis x nak duduk dalam tu. Pastu kalo dorang nangis memang tahap volume desibel tinggi lah, so langkah alternatif setakat ni, mama dukung sorang n papa dia dukung sorang. Kira fair n square la tu konon kan. Papa dorang drive sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan pegang baby..perhh.

Berguna juga rupanya skill main games lumba kereta Daytona, Need For Speed berjam jam masa muda2 dulu. This is it, papa drive sebelah tangan je, kata papa nya. Sempat lagi tu ingat game fevret dia, redha je lah kan, bab lenguh tangan tu x yah citer la, lu pikir la sendiri..kihkihkih.

IPU Bandar Utama Seluruh Negeri Terkini 27.6.13

IPU bandar bandar utama seluruh Malaysia pagi ni kebanyakannya menunjukkan bacaan yang semakin baik. Tiada lagi kawasan yang mencatat bacaan tahap bahaya ipu 300. Masih ada beberapa tempat dalam kategori tidak sihat ipu 101 ke atas tapi kebanyakannya beransur pulih kepada tahap sederhana.



Ipu 50 ke bawah juga makin bertambah di beberapa negeri. Hujan yang turun dalam kuantiti agak banyak di sesetengah tempat membantu memulihkan keadaan jerebu ini.

Wednesday, June 26, 2013

Naib Ketua Umno Permatang Pauh Meninggal Dunia

Naib Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Abdul Rahim Man meninggal dunia di rumahnya di Kampung Junjung Tasek, Simpang Ampat, dekat sini akibat jangkitan kuman di hati. Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Abdul Rahim, 61, meninggal dunia di Hospital KPJ di Bandar Perda pada kira-kira pukul 7.10 malam Rabu.

"Allahyarham telah dimasukkan ke wad di Hospital KPJ tiga hari lalu selepas mengalami jangkitan kuman di hati dan demam panas dan beliau tidak sedarkan diri sejak semalam. "Saya dimaklumkan oleh anggota keluarganya yang Allahyarham dibawa pulang ke rumah petang tadi selepas doktor memaklumkan keadaannya yang kritikal," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Katanya jenazah Abdul Rahim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Junjung pagi Khamis. Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Abdul Rahim dilantik sebagai Penyelaras Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norhazlina Abdullah dan lima orang anak. bernama

-- Adun Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru Paru (Gambar)
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)
-- IPU Bandar Utama Seluruh Negara Terkini Setiap Jam (Gambar)

Jenazah Adun Kuala Besut Selamat Dikebumi

Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pagi tadi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu petang Rabu.

Antara yang mengiringi jenazah ialah Menteri Pendidikan Kedua, Datuk SeriIdris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut dan Menteri Besar Terengganu, DatukSeri Ahmad Said. Turut hadir menziarahi jenazah ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin PAS Datuk Husam Musa.

Lebih 1,000 penduduk hadir menziarahi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu. A. Rahman, 55, meninggal dunia pukul 10.18 pagi Rabu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu. Beliau meninggalkan isteri Azizah N. Omar dan empat anak iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.

Pada pilihan raya umum ke-13 bulan lepas, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS Napisah Ismail. Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan exco kerajaan negeri Barisan Nasional. mstar

-- Adun Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru Paru (Gambar)
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)
-- Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 (Gambar)

Senarai Sekolah Ditutup Rabu 26.6.13 Semua Sekolah Di Klang, Petaling Perdana Dan Seri Manjung Perak Ditutup

Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup pada Rabu (26 Jun) ekoran fenomena jerebu, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud. Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit pada 5 petang Selasa melebihi 250, katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, pengarah pelajaran negeri berkenaan diminta untuk memaklumkan penutupan sekolah di kawasan berkenaan. Penutupan itu melibatkan 132 sekolah di daerah Petaling Perdana yang meliputi kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Seri Kembangan dan Puchong.

Sementara itu, bagi daerah Klang, kira-kira 133 sekolah ditutup melibatkan kawasan Banting, Pelabuhan Klang dan Kapar. Di Manjung pula membabitkan 102 sekolah.

"Penutupan sekolah yang terlibat hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa. "Pihak Pengarah Pendidikan juga perlu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan tentang bilangan sekolah dan murid yang terlibat ekoran penutupan tersebut," katanya.

Abd Ghafar berkata demi menjamin dan menjaga kesihatan murid, Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian. Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian, katanya. bernama

-- Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 (Gambar)
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Friday, June 21, 2013

DSLR Nikon Hadiah Hari Bapa I Am Nikon

DSLR Nikon entry level kamera hadiah hari bapa untuk papa 3H Hanim, Husna dan Hanis last week. Mulanya takde idea nak beli apa, tapi bila tengok tab dah banyak dengan gambar2 family, then baru terfikir why not dapatkan kamera untuk gambar2 yg lebih cantik dan satu bentuk ilmu baru dalam fotografi. My hubby pun banyak gak guna fungsi kamera utk site progress report, tapi biasa guna kamera ofis dia je lah.


Tips beli DSLR? Ada gak la buat survey kat internet ni sebelum beli tu, kira dalam dilema gak sat nak beli Nikon ke Canon? Selain sedikit sebanyak info yg dapat melalui online, iklan juga mainkan peranan besar dlm buat pilihan beli kamera DSLR Nikon ni.

Nak tahu apa dia? Uolss perasan tak, banyak kereta yg tampal kat cermin belakang I Am Nikon sekarang ni? Kan kan.. Tu antara faktor pilih Nikon berbanding Canon, sebab blom jumpa lagi yg iklan Canon, kira relevan gak la alasan tu kan. Maybe gak pengaruh The Apprentice Asia Tony Fernandes ni iklan mempengaruhi produk..kih3.

-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
-- Iklan Kakao Talk Di Blog Masyukk $$$ Tq Nuffnang
-- Mee Udang Pulau Sayak Kuala Muda, Sedap Dan Murah

Jerebu Makin Teruk Semua Sekolah Di Muar Batu Pahat Dan Pasir Gudang Ditutup (Gambar)

Keadaan jerebu yang semakin teruk di Johor menyebabkan lebih banyak sekolah terpaksa diarah bercuti mulai Jumaat. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata selepas kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti hari ini, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian.


"Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu," katanya pada Khamis. Indeks pencemaran udara (IPU) di kedua-dua daerah meningkat petang tadi iaitu 333 bagi Pasir Gudang manakala bacaan bagi Batu Pahat belum diperoleh. Bagaimanapun, bacaan IPU di daerah itu, yang merangkumi kawasan Muar, pada sebelah pagi ialah 383. Sehubungan itu, pelajar di 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti mulai hari ini.

Sementara itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjalan seperti biasa. Bagaimanapun, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd Adny Ahmad berkata penerbangan beberapa pesawat terpaksa dijadual semula. "Kami tidak menerima amaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) namun jerebu menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dijadual semula," katanya. Beliau juga berkata keutamaan kini adalah untuk meminimumkan kesulitan rakan kongsi syarikat penerbangan itu dan pelanggan mereka. bernama

-- Jerebu Semakin Buruk Melaka Port Dickson Muar Kemaman IPU Tidak Sihat
-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Pelajar Maahad Tahfiz Pulau Melaka Maut Dijangkiti Kencing Tikus

Thursday, June 20, 2013

Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?

Buai elektrik bayi atau electronic baby cradle banyak di pasaran kan. Uolss penah guna brand apa ekk? Baby Flower brand ada yang penah pakai tak? Macam mana tahap penggunaannya tahap lasak tak, maksudnya dari segi masa on tu ada tempoh tertentu or main belasah je tak kira berapa jam?


Last week my hubby beli buai elektrik Baby Flower. Kat SP ni xde la pilihan sangat, kebanyakan kedai ada 2-3 brand je. Tanya kawan2 yg penah guna pun dorang tak specify brand apa, main beli je asal ok. Sebelum ni x terfikir pun nak beli buai elektrik, tapi bila dah start keje masuk ofis dan rutin kehidupan yang baru dengan hadirnya anak kembar Husna dan Hanis, adanya buai elektrik satu bentuk kemudahan.

Kak Hanim dulu pun kena layan buai baru nak tido, so bila tengok adik adik kembar dia pun ada perangai cmtu gak, nampaknya kena beli la electronic cradle tu kan. Mau x beli, cuba bayangkan uolss buai dua dua orang serentak, mau berketul lengan beb..huhu. Camne pengalaman uolss guna buai elektrik, banyak membantu tak?

--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  My Twins Husna Dan Hanis Di Usia 4 Bulan
--  Bayi 6 Bulan Makan Nestum Dah Husna Dan Hanis
--  Si Kembar Di Kota Bharu Indahnya Makin Membesar 

Pelajar Maahad Tahfiz Pulau Melaka Maut Dijangkiti Kencing Tikus

Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan meninggal dunia pada Selasa akibat terkena jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di Bukit Bakar, Machang. Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, pada 30 Mei lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut.

Ibu saudara mangsa, Nur Ilyana Che Mat, 33, berkata, Sheikh Mohd Alif mengikuti perkhemahan yang dianjurkan sekolahnya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Anak saudara pergi ikut perkhemahan tersebut beberapa hari sebelum cuti pertengahan tahun baru-baru ini dan kemudiannya pulang ke rumahnya di Paka,Terengganu. "Mohd Alif kemudiannya kembali ke sekolah selepas tamat cuti sekolah tersebut, namun tidak mengikuti sesi riadah dan ulangkaji sehinggalah seorang guru yang membuat pemeriksaan di asrama menemui beliau berada dalam keadaan lemah," katanya.

Tuesday, June 18, 2013

Iklan Kakao Talk Di Blog Masyukk $$$ Tq Nuffnang

Kakao Talk talk talk talk iklan di kaca tv lately kan. Yuna dan Big Bang jadi model Kakao Talk tu, skang ada kat 1st love blog ni plak since semalam, Alhamdulillah. Makin bertambah buffered earnings running bekerja 'buat duit' untuk owner blog, hehe. Rezeki my twins Husna dan Hanis la tu kot.


Terima kasih Kakao Talk sudi pilih untuk berkempen di blog ni. Terima kasih juga untuk nuffnang.com.my terus memberi peluang cintapertamakami.blogspot.com buat duit melalui blog. Maju lah blog untuk semua..hehe.

-- Cek Nuffnang Duit Blog Dah Sampai Jom Shopping Lah
-- Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- Puteri Sarah Sedia Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta (Gambar)

Monday, June 17, 2013

Proton Saga SV Super Value RM33 Ribu Dilancarkan (Gambar)

Saga SV yang berharga dari RM33,438 diupayakan oleh Campro IAFM 1.3 liter yang sama seperti Saga FLX dan boleh didapati dalam bentuk transmisi manual dan CVT automatik. Varian baharu itu dipasang dengan, antaranya, roda keluli 13 inci, radio dengan pemain CD, sering kuasa, kawalan cermin sisi manual, signal membelok yang disepadukan dengan cermin sisi, beg udara berkembar dan tali pinggang keledar pra-regangan.


Saga SV yang dikeluarkan dalam enam warna solid white, elegant brown, tranquility black, genetic silver, fire red dan blue rock ditawarkan bersama jaminan selama tiga tahun atau jaminan pembuatan 100,000 kilometer.

Saga Super Value SV ini merupakan varian terbaru Saga FLX dijangka mendapat permintaan tinggi daripada pembeli berdasarkan harga dan kualiti yang telah dipertingkatkan.

-- Cek Nuffnang Duit Blog Dah Sampai Jom Shopping Lah
-- Rozita Che Wan Menangis Di Masterchef Tertekan Kutukan Di Facebook (Gambar)
-- Pernikahan Izzue Islam Dan Awin Nurin (Gambar)

Thursday, June 13, 2013

Cek Nuffnang Duit Blog Dah Sampai Jom Shopping Lah

Cek nuffnang dah sampai last week, apa lagi gi bank in la kan. Dua hari dah dapat duit maka boleh lah shopping horey horey gitu. Alhamdulillah rezeki layan blog dapat duit free. Sape nak bagi beb senang senang duit camtu. Walau tak la banyak masyukkk macam blogger femes redmummy.com tu, kira ok la kot untuk blog ciput cintapertamakami ni..hehe.


Since ada anak kembar ni, masa berblogging agak terbatas tapi minat menulis tetap ada. Tambah plak ada iklan buffered earning BE duit masyukk makin datang la aura rajin tu kan..ekeke.

Terima kasih nuffnang kerana terus beri iklan iklan berbayar di blog ni. Terima kasih juga untuk uolss yang masih sudi singgah di cintapertamakami.blogspot.com. Semoga makin murah rezeki untuk semua.

-- Pernikahan Izzue Islam Dan Awin Nurin (Gambar)
-- Pemeriksaan Mengandung Minggu 35 Hospital Sultan Abdul Halim
-- Cinta Sayang Golf And Country Resort 

Wednesday, June 12, 2013

Rozita Che Wan Menangis Di Masterchef Tertekan Kutukan Di Facebook (Gambar)

Rozita Che Wan menangis di Masterchef Selebriti 2 kerana tertekan dengan komen dan kutukan terhadapnya di facebook. Che Ta menangis dan meminta untuk menarik diri dari persaingan Masterchef kerana sering dikutuk peminat dari segi penampilan dan pakaiannya. Bulu mata palsu, rambut palsu dan pakaian seksi Che Ta menjadi isu kemunculannya di Masterchef.


Dalam episod 32, Rozita, Kechana Dewi dan Michael Ang kalah dengan kumpulan diketuai Syura bersama Shanie dan Celina. Mereka dikehendaki meneka bahan yg disediakan para chef juri dalam masakan bubur lambuk. Rozita Che Wan menjawab semua betul, tapi Kenchana dan Michael gagal.


Che Ta dikecualikan memasak, Micheal dan Kenchana pula perlu sediakan bubur lambuk yang menyamai rasa bubur lambuk masakan chef. Michael kurangkan rempah dlm menu bubur lambuknya menjadi punca dia tersingkir. Waktu itulah Rozita Che Wan mohon tarik diri dan menggantikan tempat Michael Ang seperti Datuk Aznil tapi tidak dibenarkan chef juri.

Che Ta menangis pun tetap cute beb, comel je tengok semalam..hehe.

-- Beautifulnara Disamun Rugi RM350 Ribu Kereta BMW Dilarikan 3 Lelaki (Gambar)
-- Pernikahan Izzue Islam Dan Awin Nurin (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)


Beautifulnara Disamun Rugi RM350 Ribu Kereta BMW Dilarikan 3 Lelaki (Gambar)

Abang Nara a.k.a beautifulnara.com telah disamun 3 lelaki bertopeng dan melarikan kereta BMW 3 Series miliknya. Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, petang semalam.


Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan. Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040. Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang. Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341.

-- Diana Danielle Bersalin 7 Bulan?
-- Pernikahan Amar Asyraf Dan Arna Salleh (Gambar)
-- Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh Penyambung Susur Keluar (Gambar)

Friday, June 7, 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh Penyambung Susur Keluar (Gambar)

Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi. Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.


Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.

Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.

-- Mohamad Shahrulnizam Jurutera PJH Maut Mendaki Everest (Gambar)
-- Kereta Jatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui Slps 7jam
-- Bapa Lee Chong Wei Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang

Wednesday, June 5, 2013

Mohamad Shahrulnizam Jurutera PJH Maut Mendaki Everest (Gambar)

Pendaki Everest Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari meninggal dunia diserang penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) ketika dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest Nepal. Seorang lagi pendaki Malaysia Mohd Yazrul Ekhzan Yahya turut mengalami penyakit sama dan berada dalam keadaan kritikal.


Mohamad Shahrulnizam 25 penolong jurutera Perbadanan Putrajaya (PPj) mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp 2013. Ekspedisi yang bermula 27 Mei lalu dianggotai 14 orang ( 11 lelaki 3 wanita ) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.

Usaha menyelamatkan tergendala kerana cuaca buruk dan terpaksa menunggu keadaan reda untuk membawa balik jenazah dan pendaki yang kritikal ke Kathmandu.

-- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda
-- Farid Kamil Cedera Jatuh Motosikal KSR 10 Di Subang Jaya