ad ld

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

(Gambar) Yasmin Hani Sah Milik Sha'arin

Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, Jumaat.



Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran termasuklah cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah kitab Al-Quran. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Qamilla manakala wajah Yasmin disolekkan oleh teman rapatnya, Tengku Putra Iskandar Tengku Othman. Pelamin kedua-dua mempelai ditaja oleh Mohd Ali.

Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) Di lokasi yang sama. Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya. Sha'arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama. mstar

-- Majlis Resepsi Fouziah Gous Dan Zhafran (Gambar)
-- Majlis Baby Shower Yasmin Hani Dan Shaarin (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)


Wednesday, October 12, 2011

Bob Lokman Ditahan JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan penulis lirik, pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Bob Lokman atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat malam Isnin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Wednesday, September 22, 2010

Artis: Mizz Nina Dan Noh Hujan Mengaku Bercinta Dlm Facebook

Salam.. Tentu ramai yg minat 'HUJAN' kan. Lagu raya dorg berkolaborasi dgn 'RAIHAN' pn best gak. Rasanya x salah utk golongan yg bru cecah 30an mcm I ni minat genre muzik Hujan kan, hehehe.. Sila bg chance ye.. Ok2, sape plak minat Mizz Nina, alah yg nyanyi What U Waiting For tu? Huhuhu compem ramai lelaki yg minat lah, dh la nyanyi best cun plak tu + anak jutawan lagik perhhh..
Kebtulan usha2 online td, tgk ada artikel Mizz Nina n Noh Hujan Mengaku Bercinta Dlm Facebook. Alahai ramai lah agaknya awek2 pakwe2 yg frust kt luar sana tu kan dgr berita ni..ahaks.. Jom layan apa cer..

Noh letak informasi Facebook miliknya 'In A Relationship With Shazrina Azman'. Begitu juga dengan Mizz Nina yang turut meletakkan status 'In A Relationship With Noh Kublai Khan'.


-- Uols yg minat Noh n Mizz Nina tu, sila komen skit la..hehehe..
-- Klik SINI utk Mizz Nina dan Noh Hujan Sah Bertunang

Saturday, July 17, 2010

Gambar Annahita Bakavoli dan Datuk Saiful Baha

Annahita Bakavoli di samping suaminya, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad merakamkan kenangan bersama rakan-rakannya selepas majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur Golf and Country Club, Petaling Jaya, Selangor.

Wednesday, July 14, 2010

Slps Kahwin S/U Sulit Kanan Menteri, Annahita Tak Sabar Timang Anak

PELAKON dan pengacara Annahita Bakavoli yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, Sabtu lalu merancang mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.

Gadis berusia 28 tahun ini mengakui ini adalah masa paling tepat untuknya menjalani kehidupan baru dengan keluarga yang sempurna. "Kami merancang untuk mendapat anak kalau boleh tahun depan sebab usia saya pun sudah mencecah 28 tahun. Ini adalah masa yang paling sesuai. Saya mahu menjalani kehidupan sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna.

"Namun begitu itu ia hanyalah sekadar perancangan. Kalau tidak ada rezeki kami terima tapi secara jujurnya saya sudah bersedia menjadi seorang ibu," jelas Annahita.

Anahita dan Saiful Baha diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai lalu. Menurut Annahita perkenalan yang kurang daripada setahun itu bukanlah penghalang untuk dia menerima lelaki tersebut dalam hidupnya. Dia yakin lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu mampu menjadi seorang suami dan ayah yang baik.

Dalam majlis pernikahajn itu, Annahita turut menerima wang hantaran sebanyak RM21,212.21 dan mas kahwin sebanyak RM2,000. Mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada 16 Julai ini di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KGCC), Mont Kiara, Damansara. - Petikan mstar

Luna Maya - Ariel Lepas Rindu Di Dalam Penjara

Walaupun mengharungi masa sukar krn berdepan tuduhan melakonkan video lucah, pasangan yg sedang hangat bercinta, Ariel - Luna Maya dikatakan sempat melepaskan rasa rindu di dlm bilik tahanan.

 Melihat drpd gambar yg tersebar yg menunjukkan Ariel sedang memangku Luna sambil mereka menonton sesuatu di telefon bimbit Luna Maya. Malah, gambar tersebut dipercayai diambil drpd kamera telefon bimbit berdasarkan resolusi yg rendah.

Luna sememangnya dibenarkan utk berjumpa Ariel sejak penyanyi yg digelar Peterporn itu ditahan. Rakan terdekat Luna menafikan Luna menangis ketika berjumpa Ariel tetapi tidak menafikan Luna kelihatan sebak ketika dapat memeluk Ariel.

“Luna tidak menangis, cuma matanya saja berkaca-kaca, ialah kerana rindu,” jelas rakan Luna. - sinarharian

Tuesday, July 13, 2010

Dicekik, Ditendang Krn Nk Slmtkan Tom Raja Farah

PETALING JAYA: Wartawan Utusan Malaysia, Raja Intan Dianna Raja Azham,25, mengalami bengkak pada rusuk kirinya dan lebam-lebam di seluruh badan akibat dipukul ketika mahu meleraikan pergaduhan melibatkan juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lepas, Raja Intan cuba membantu Tom yang diserang sekumpulan lelaki sehingga membuatkan dia turut mengalami kecederaan. Kata Raja Intan, walaupun Tom adalah saudaranya dia bukan mahu masuk campur urusan penyanyi itu sebaliknya atas sifat kasihan melihat sekumpulan lelaki cuba membelasah penyanyi tersebut.
"Saya bersimpati terhadap Tom apabila melihat seorang daripada lima lelaki meluru kearahnya lalu menyepak bahagian pipi kanan dia. "Kerana kasihan saya cuma membantu tetapi saya pula yang turut dicederakan," ujarnya ketika dihubungi Mstar Online di sini, Isnin.

Dalam kejadian di Damansara Ahad lepas, Tom cedera dibelasah oleh sekumpulan lelaki dipercayai akibat selisih faham selepas dia membuat kenyataan dalam rancangan Melodi yang dia sebenarnya tidak mengganggu rumah tangga orang. Sebelum ini Tom dikatakan menyebabkan rumah tangga seorang wanita dengan suaminya bergoyang kerana dia mempunyai hubungan dengan suami wanita berkenaan yang juga kekasih lamanya.

Kata Raja Intan, pada mulanya dia berada pada deretan kedai tidak jauh dari tempat kejadian. Bagaimanapun selepas melihat isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengan Tom itu cuba menyelamatkan penyanyi itu daripada dipukul, dia turut membantu. Malangnya pada waktu itu dia pula yang ditendang pada bahagian rusuk selain dicekik oleh seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan. "Beberapa perempuan yang berada disitu turut menjerit serta memaki hamun saya agar tidak masuk campur kerana saya orang luar. "Mereka juga ada memberi ugutan kepada saya agar beredar dari situ," jelasnya yang kini masih trauma dengan kejadian tersebut. - Petikan mstar

Monday, July 12, 2010

Apa Kes Plak Ni? - Tom Raja Farah MyStar LG

PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.


TOM cedera di seluruh badan apabila dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki di sebuah restoran di Damansara semalam. Gambar kecil, Tom yang cedera di muka. - kosmo

Sunday, July 11, 2010

Zoo Taiping Jadi Bukti Rita & Aidil Bahagia

Telefon Niezam tak putus-putus menerima SMS yang mahu bertanya kesahihan cerita itu. Ada juga yang tak dapat meneka siapakah artis yang dimaksudkan tapi ramai yang mengagak ia ditujukan kepada pasangan Rita Rudaini Mokhtar,34, dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak,23.


Rita, Aidil dan anak mereka. Gambar dirakam ketika tiga beranak ini bercuti ke Taiping pada 26 Jun lalu.

Pembaca tertanya-tanya betul ke rumah tangga Rita dengan Aidil, pemain bola sepak kebangsaan yang macho itu dilandai badai?Niezam tak boleh nak komen. Yang layak beri komen hanyalah Rita dan Aidil sahaja kerana mereka lebih tahu apa yang terjadi.

Gosip rumah tangga Rita dan Aidil sebenarnya bukan baru. Selepas dia orang menghebahkan perkahwinan mereka dulu pun sudah timbul macam-macam gosip membuatkan telinga mereka berdesing.

Untuk pembaca semua, minggu ini Niezam siarkan sekeping gambar Rita bersama Aidil dan anak mereka Airit Rayyan Rizqin. Gambar ini sudah mendapat kebenaran Rita untuk disiarkan.

Gambar ini juga sebagai bukti yang pasangan ini sedang bahagia. Rumah tangga mereka okey, no problem atau tidak ada masalah.Yang jadi masalah apabila ada mulut-mulut longkang di luar sana yang suka menyebar cerita tidak betul mengenai mereka.

Gambar ini Rita rakamkan pada hari Sabtu minggu lalu di rumah adiknya di Taiping. Selepas itu mereka singgah di Zoo Taiping sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Kemesraan mereka berdua dapat dibuktikan menerusi gambar tersebut. Tengoklah, tersenyum manja ketiga-tiga beranak di Zoo. Tapi awas Rita, kalau masuk zoo tolong jauh sikit dari kandang Orang Utan. Takut Aidil kena cium. - mStar

Saturday, July 10, 2010

Cut Tari Akhirnya Mengaku Terlibat Dlm Video Seks Ariel

JAKARTA 9 Julai - Sehari selepas memohon maaf kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan masyarakat Indonesia atas penyebaran laporan berita mengenai video pornografi yang membabitkan mereka, artis Cut Tari dan Luna Maya hari ini dijadikan suspek dalam kes itu oleh polis Indonesia.
 
Mereka disyaki terbabit dalam kes tersebut bersama seorang lagi suspek iaitu artis Ariel Peterpan. "Setelah melakukan penyiasatan saksi pakar, maka sejak semalam penyiasat telah meningkatkan status Cut Tari dan Luna Maya menjadi suspek pelanggaran pornografi," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Edward Aritonang di sini hari ini.
Dengan status baru dua artis berkenaan, polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu. Ariel, Cut Tari dan Luna Maya dikaitkan dengan undang-undang pornografi dan jenayah kerana disyaki menjadi pelaku manakala sembilan suspek lain pula disabit dengan undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan bahan itu.

Dalam permohonan maafnya semalam, Cut Tari dengan linangan air mata sekaligus mengaku berzina dengan artis dalam video porno itu dan memohon maaf kepada suaminya yang turut hadir pada sidang media tersebut.
Namun Luna Maya dan Ariel masih belum membuat pengakuan mereka.

Suami Cut Tari, Jusuf Subrata memberitahu media bahawa beliau tetap menyokong isterinya dan menyangkal adanya isu perceraian antara mereka. dan mengulangi perbuatan mereka. Mengenai tidak adanya pengakuan daripada artis terbabit, Aritonang berkata polis tidak memerlukannya kerana pembuktian undang-undang sudah mencukupi.

Presiden Susilo dalam komennya terhadap permohonan maaf artis terbabit semalam menyampaikan kenyataannya melalui jurucakapnya Julian Aldrin Pasha bahawa: "Komitmen Presiden untuk menegakkan undang-undang adalah jelas, bahawa siapa saja yang terbukti bersalah harus diproses oleh undang- undang secara tegas dan proporsional. Sebaliknya bila tidak terbukti maka harus dipulihkan nama baik dan harga dirinya," kata Julian. - BERNAMA - utusan

Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai

Umum dah tahu yag Fasha dah umumkan penyataan yang dia dengan Jejai adalah sepasang kekasih yang 'sah'. Jadi takda spekulasi lagi di antara mereka berdua nie kalau mereka saling menafikan dan gambar menjadi bukti segala-galanya mengenai mereka berdua. Gambar di bawah ini adalah saat-saat indah Fasha dan Jejai. Sungguh romantik gitue. Jejai nampaknya tidak mengatal sangat. Jadi percepatkan lagi proses pernikahan tue.:)



- Petikan: izyan.com

Klik utk:  -- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Thursday, July 8, 2010

Farhan Trauma Rumah Kena Rompak

Penyanyi bersuara serak-serak basah Farhan trauma setelah rumahnya yang terletak di Pandan Indah telah dirompak Selasa. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana ahli keluarganya terselamat.

Farhan atau nama sebenarnya Nur Farhan Azizan berkata ini merupakan kali pertama insiden seperti itu berlaku. Ketika rompakan melibatkan kerugian hampir RM20,000 itu, dia dan keluarga sedang menjamu selera di Restoran Madam Kwan, Bangsar pada pukul 8 hingga 11 malam.

Antara barang yang dirompak adalah wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah yang disimpan di dalam dua peti besi di rumah itu.

“Saya rasa terkedu dan trauma sebab perkara seperti ini tak pernah berlaku kepada kami. Semasa kami pulang ke rumah semalam, saya rasa bingung seketika dan tidak tahu hendak buat apa. “Tetapi sekarang dah okey sikit sebab tiada siapa yang cedera. Alhamdulillah,” ujarnya penuh syukur. Biarpun insiden itu membuatkannya trauma, Farhan berkata mereka tidak akan berpindah daripada rumah itu. “Selepas ini, kami akan perketatkan sistem keselamatan pintu rumah kami,” katanya lagi.

Farhan telah membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah selepas kejadian itu. Polis juga telah membuat pemeriksaan sehingga pukul 3 pagi. Bagaimanapun polis belum mengenalpasti suspek kes rompakan itu. - mStar

Wednesday, July 7, 2010

Gambar Lisa Surihani Tanpa Make-Up

Dengan bertajukkan 'tanpa makeup - biar kulit muka bernafas' yang digunakan oleh Lisa Surihani dalam laman Facebooknya kini menjadi perhatian ramai di sana.

Lisa ni memang tak payah make-up dah kelihatan cantik, kalau bermake-up bertambah-tambahlah cantiknya. Tapi Lisa ni neutral kulitnya. Sebab tue dia jarang bermake-up bila nak amik gambar spontan.

Kalau segelintir artis-artis lain tue, nak beberapa inci make-up takut nanti kedapatan pulak wajah tanpa make-up.  - Petikan : izyan

-- Cun kan lisa ni uols...

Tuesday, July 6, 2010

Sabrina Ali Sehati Berdansa Pasangan Ke 6 Bercerai

Peserta Sehati Berdansa (SB), Sabrina Ali Dad Khan, 30, dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38, menjadi pasangan keenam yang menyertai rancangan ini bercerai.


Sebelum ini, peserta SB terbitan Astro yang lain, Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia - Ariff Johan Abdul Aziz; Dira - Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG - Shazlin Sharif dan Anne Ngasri - Abdul Wafi Hassan turut melalui proses penceraian.

Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu. 

Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu. Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. 

Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2. - Petikan izyan.

Thursday, July 1, 2010

Penceraian Tidak Sah : Ida Nerina & Shahrin Masih Suami Isteri

KUALA LUMPUR: Pelakon filem terkenal, Ida Nerina dan suaminya Sha'arin Mohd Razali masih lagi pasangan suami isteri yang sah.
Ida hadir mendengar keputusan pengesahan lafaz cerai Shaarin terhadapnya pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama-sama rakan-rakannya Nanu dan Tania (kanan). - Foto IQMAL HAQIM ROSMAN

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Sha'arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin bekas anggota kumpulan muzik Blackrose selaku plaintif gagal membuktikan tentang lafaz cerai yang berlaku pada 22 September tahun lalu di rumah mereka di Petaling Jaya. Ida hadir mendengar keputusan pengesahan lafaz cerai itu dengan ketiadaan Shahrin yang tiba lewat sehingga mahkamah selesai bersidang.

Kes berkenaan disebut di bawah Seksyen 55A Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Kos mahkamah masing-masing akan ditanggung oleh mereka. Menurut peguam Shahrin, Mahyuddin Md. Zahari, anak guamnya itu sedang dalam perjalanan ke mahkamah ketika perbicaraan berlangsung kerana sebelum ini dia dimaklumkan kes tersebut ditangguhkan.

Ida yang hadir berkerusi roda enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui di luar mahkamah. Dia ditemani tiga rakan wanitanya termasuk aktres Nanu Baharudin dan Tania Khan (Amazing Race).
Pada 22 Januari lalu, Ida melalui peguamnya, Akhbardin Abdul Kadir bersetuju untuk diceraikan secara baik. - Petikan mstar

Video Porno Ariel, BCL?

JAKARTA: Belum selesai kes video seks Luna Maya, Ariel dan Cut Tari, kini tersebar pula dakwaan wujudnya video porno Ariel-Bunga Citra Lestari (BCL). Video berkenaan dikatakan beredar dalam bentuk VCD.

Polis Jakarta berkata, pihaknya sudah bersedia melancarkan siasatan jika video itu benar wujud. VCD porno itu dikatakan dijual penjual VCD di Manado, Sulawesi Utara dengan harga cukup tinggi, 400,000 rupiah (RM144) sekeping.

Ketika diminta mengesahkan kebenarannya, polis berkata, mereka belum menerima maklumat mengenainya.

Jurucakap polis, Brigadier Jeneral Zainuri Lubis ketika ditemui di Jakarta berkata, pihaknya perlu mengesahkan kewujudannya sebelum mula menyiasat. “Jika ada gambarnya, kita akan menyiasat. Selepas itu, kita akan tentukan pula tindakan lain,” kata Zainuri.

BCL, isteri pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, pernah diminta mengesahkan dakwaan itu. Pengurusnya, Dodi bagaimanapun menafikannya. “Bunga tidak pernah dekati Ariel kecuali berkait dengan kerja,” kata Dodi.

Pasangan itu hanya dikaitkan kerana mereka pernah dilihat jalan bersama pada 2007. Ariel ketika itu berkata, hubungannya dengan penyanyi lagu ‘Pernah Muda’ hanya sekadar kawan. - hmetro

Wednesday, June 30, 2010

Ariel Menonton Piala Dunia Di Penjara

BEKAS vokalis Peterpan, Nazril Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel merupakan peminat sukan bola sepak. Malah ketika berada dalam tahan dia tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan hebat Piala Dunia yang kini sedang berlangsung.

"Kelmarin, Brazil menang dia sangat gembira kerana dia salah seorang penyokong pasukan itu," ujar vokalis Marvells, Yanna, ketika ditemui selepas melawat rakannya itu.

Selama bertemu Ariel, topik utama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Piala Dunia.

"Biarpun dibebani masalah besar dia tetap tidak terkecuali menonton perlawanan Piala Dunia," jelasnya seperti dipetik DetikHot.com lagi.

Yana memberitahu bahawa mereka kerap bermain bola bersama penyanyi lagu Mungkin Nanti itu dan mengaku berkawan dengan Ariel sejak tahun 2000.

Berhubung kes video lucah yang sedang dihadapi teman baiknya itu, Yanna tidak mahu memberi sebarang komen. Sebagai teman, dia turut sedih dan berharap Ariel selalu sihat. - mStar

Norman Hakim Tetap Jaga Batas - Kahwin Je Lah

PELAKON Norman Hakim berkata dia tetap akan menjaga batasan mengenai hubungannya dengan pelakon Memey Suhaiza. Ia termasuklah ketika diajak bergambar bersama kerana tidak mahu ada pihak-pihak yang kurang senang dengan aksi yang mereka berikan.

Baru-baru ini, Memey mahupun Norman tidak menolak untuk merakamkan gambar mereka berdua yang penuh mesra bagaikan pasangan suami-isteri.

Detik manis Memey dan Norman ketika meraikan majlis Hari Jadi anak lelaki Chef Wan iaitu Chef Riz di restorannya, On The Table di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
“Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media.

“Kami tahu yang sepatutnya kami tidak perlu menunjuk-nunjuk kemesraan itu. Bagaimanapun, kami masih menjaga batasan antara satu sama lain kerana banyak hati yang perlu dijaga,” beritahunya sambil tertawa kecil.

Sama ada tingkah laku mereka itu akan meninggalkan kesan buruk atau tidak, Memey mahu menganggap semua itu sebagai suatu yang positif.

“Kalau saya terus memikirkan tentang apa yang orang katakan, sampai bila pun takkan selesai. Saya tak nak dengar apa yang orang akan cakap tentang kami selepas ini. Cukuplah masyarakat sudah tahu hubungan kami dan ianya tidak perlu dirahsiakan lagi.

“Saya rasa gambar kami berdua tidak perlu dikontroversikan,” katanya yang semakin menyerlah dalam bidang lakonan.

Selepas beberapa kali diberikan watak utama seperti menerusi drama Cinta Balkis dan Puteri Aurora Beradu, Memey ditawarkan berlakon dua lagi watak utama menerusi drama Impian Cinta dan Bola Cinta.
“Saya sedang menjalani penggambaran drama 30 episod Bola Cinta dan drama 13 episod Impian Cinta.

“Kedua-dua drama itu terbitan RTM dan berkisarkan tentang cerita cinta. Dalam drama Bola Cinta, saya bercinta dengan Shah Jazle manakala saya bercinta dengan Zoey untuk drama Impian Cinta.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran lakonan yang masih tidak putus sekarang,” ujarnya. - mStar

Tuesday, June 29, 2010

Luna Maya - Ariel Berpelukan Di Penjara

JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya berpelukan dengan kekasihnya, Ariel Peterpan di sebuah pejabat polis selepas mereka berpisah selama enam hari, lapor sebuah akhbar semalam.


GAMBAR fail 14 Julai tahun lalu menunjukkan Ariel (kiri) dan kekasihnya, Luna Maya di Jakarta

"Oh ya, mereka berpelukan di dalam (tahanan)," kata penerbit album bad Peterpan, Capunk dalam laman Twitter miliknya yang menceritakan kunjungan kekasih Ariel itu.

"Mereka makan berdua. Luna bawa makanan banyak sekali. Terus dibahagi-bahagikan dengan yang lain," tambahnya.

Menurutnya, Ariel kelihatan sihat semasa dia melawatnya.

"Tadinya, saya fikir dia bakal bimbang kerana tempatnya agak menyeramkan. Tetapi ternyata tidak, tempatnya nyaman," kata Capunk.

Ariel ditahan di pejabat polis itu kerana dia menjadi suspek dalam pengedaran klip video seks melibatkan Luna Maya dan seorang lagi pengacara Cut Tari. - Kosmo

Monday, June 28, 2010

Cerita Lawak - Jom Baca


Sila baca dgn teliti kenyataan akhbar yg dihigh light tu ok..

-- Sumber : izyan.