ad ld

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Tiada Cita-Cita Masuk UMNO - Dr. Mohd Asri (Bekas Mufti Perlis)

KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini diura-urakan untuk menyertai UMNO membuat pengakuan bahawa beliau belum bercita-cita menyertai parti itu.


Berucap di Majlis Wacana Perdana Bolehkah Melayu Bersatu di Kota Bharu semalam, Dr Mohd Asri yang sebelum ini dilanda pelbagai spekulasi menyatakan beliau tidak pernah membuat kenyataan dia berminat menyertai UMNO.

“Saya tak pernah kata nak masuk (UMNO) orang yang kata dan sehingga saat ini saya tidak bercita-cita nak masuk UMNO,” katanya ketika menjawab soalan yang dilontarkan Moderator Majlis, Profesor Madya Mohammad Agus Yusof.

Selain Dr Mohd Asri, wacana yang diselangi perdebatan itu disertai oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Biro agama Pemuda UMNO, Afandi Yusoff dan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (Jasa), Lokman Nor Adam. Sebelum ini, Dr Mohd Asri adalah antara nama yang dikaitkan bersama 40 ulama muda yang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli UMNO dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu ketika ditemui selepas majlis tersebut, Dr Mohd Asri berkata buat masa ini beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, namun tidak mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Ditanya adakah beliau lebih terdorong untuk bersama Pas, bekas mufti itu mengakui beliau mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Pas, Almarhum Fadzil Noor namun masih belum berminat menyertai parti itu.

“Kita tak tahu masa depan, dengan apa yang saya faham, saya tidak menyertai mana-mana parti termasuk UMNO, memandai saya berbaik dengan pemimpin Pas dan UMNO, cukup ahli parti yang ada, saya masuk jadi serabut saja,” katanya. Terdahulu dalam ucapan nya, Dr Mohd Asri yang mengulas mengenai konsep perpaduan politik Melayu berkata, adalah lebih penting untuk memperkembangkan prinsip perpaduan Islam dengan tidak mengira bangsa dan keturunan.

Dalam masa yang sama katanya, masyarakat perlu mengakui bahawa konsep kenegaraan memerlukan parti politik selain membuat perimbangan bahawa konsep perpaduan bukan saja untuk mendapatkan kerajaan semata-mata.

“Semasa membuat perjumpaan di London bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sendiri menyebut perlu wujudnya Pas, kalau tidak rosak UMNO. “Kita mesti ada imbangan, mungkin ada yang tidak berpolitik, saya tak gemar bercakap soal perpaduan politik degan mengutamakan kerajaan federalisma, bila kuatnya UMNO bererti Melayu kuat dan bila Pas kuatnya Melayu itu kuat,” katanya. - sinarharian

-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)

Monday, June 28, 2010

Azmin Ali Ganti Abdul Khalid Terajui PKR Selangor

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta.

Jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat hari ini bersetuju untuk melakukan sedikit perubahan di peringkat negeri... selain itu kita turut melantik Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai Wilayah Persekutuan," kataPresiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Wan Azizah lagi, keputusan berkenaan dibuat atas permintaan Abdul Khalid sendiri yang akan memberi tumpuan kepada pentadbiran Selangor, pembangunan di Kampung Baru dan kawasan bersempadan dengan Selangor.

Sementara itu Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, tangunggjawabnya untuk menguruskan pembanggunan di Selangor terutamanya bagi memajukan ekonomi di negeri itu membataskan beliau untuk menerajui PKR di peringkat negeri.

"Pengalaman saya dari segi politik boleh jadi tak berapa (baik), parti berpendapat saya mempunyai banyak pengalaman dari segi ekonomi dan tugas untuk menumpukan kepada pelaburan dianggap lebih penting," katanya. - mstar.

Saturday, June 26, 2010

Dr Asri Isytihar Kekal Ulama Bebas, Tidak Sertai Parti Politik

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uar akan menyerahkan borang sebagai ahli Umno malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini.

"Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dalam kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kira-kirapukul 10.35 pagi ini.

Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik.

"Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain.

"Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau.

Malam semalam gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan ialah 40 orang pendakwah muda yang menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

-- Petikan mstaronline.