ad ld

Sunday, June 27, 2010

Keputusan Piala Dunia - Uruguay vs Korea Selatan

PORT ELIZABETH - Dua gol daripada Luis Suarez membantu Uruguay menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 apabila menang 2-1 ke atas wakil Asia, Korea Selatan di Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.

PEMAIN Korea Selatan, Lee Chung-yong (kiri) menanduk bola melepasi jangkauan penjaga gawang Uruguay, Fernando Muslera untuk gol penyamaan dalam pusingan kedua Piala Dunia di Port Elizabeth, semalam. Uruguay bagaimanapun menang selepas Luis Suarez menyumbat gol kedua. - REUTERS 

Kecuaian penjaga gol Korea, Jung Sung-Ryong memberikan Uruguay terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-8 melalui penyerang Ajax, Luis Suarez.

Tandukan Park Ji-Sung hampir mendapatkan gol penyamaan Korea pada minit ke-56 yang berpunca daripada hantaran silang Cha Du Ri tetapi Fernando Muslera sudah dapat membaca percubaan pemain Manchester United itu.

Korea memasukkan penyerang, Lee Dong-Gok menggantikan Kim Jae-Sung pada minit ke-60 dan akhirnya gol yang dicari menjelma lapan minit kemudian.

Lee Chung-Yong meletakkan Korea kembali dalam saingan selepas bola sepakan percuma yang diambil Ki Sung-Yeung gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Uruguay.

Pemain Bolton itu mudah menanduk menewaskan Muslera yang jelas sudah terkeluar posisi untuk gol penyamaan Korea.

Namun, Suarez memadamkan api perjuangan Korea pada minit ke-80 dengan gol ketiga peribadinya di kejohanan ini dengan rembatan lencong ke sebelah kanan yang terlebih dahulu mengenai palang sebelum menuju masuk ke dalam gawang Korea untuk kemenangan mutlak Uruguay.- Agensi

2 comments:

Uruchimaru @ kf said...

tumbang sdaa wakil asia...

Mama Hanim said...

Kf: still harapan pada jepun..