ad ld

Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Waheeda Makin Tenang Selepas Berpurdah

Penampilan istimewa pasangan Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Khamis. Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah
Jelasnya, selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.

Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi. Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi. “Saya suka berfesyen dan sekarang telah mempunyai lebih 10 koleksi abaya yang dibeli secara dalam talian. Ikutkan dari dulu lagi saya suka mengumpul koleksi jeans. Sekarang saya kumpul abaya pula,” katanya sambil tertawa.

Baru-baru ini, dia dikhabarkan tidak berapa sihat. Ditanya tentang kesihatannya sekarang, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini itu mengakui keadaan dirinya baik sambil berkata dia selalu menghidap penyakit gastrik yang datang tidak menentu. - mstar

Tuesday, July 6, 2010

Sabrina Ali Sehati Berdansa Pasangan Ke 6 Bercerai

Peserta Sehati Berdansa (SB), Sabrina Ali Dad Khan, 30, dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38, menjadi pasangan keenam yang menyertai rancangan ini bercerai.


Sebelum ini, peserta SB terbitan Astro yang lain, Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia - Ariff Johan Abdul Aziz; Dira - Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG - Shazlin Sharif dan Anne Ngasri - Abdul Wafi Hassan turut melalui proses penceraian.

Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu. 

Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu. Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. 

Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2. - Petikan izyan.

Monday, June 28, 2010

Syakir Akui Tersingkir Imam Muda

 
Bergelar pelajar paling muda tentunya sedikit sebanyak memberi cabaran tersendiri kepada individu yang terpaksa bersaing dengan senior yang lebih berpengalaman.

Namun perkara itu tidak sedikit pun melemahkan semangat calon Imam Muda, Ahmad Syakir Zamri atau Syakir yang berasal dari Machang, Kelantan.

Pelajar SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan yang kini dalam persediaan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mengakui kadang-kala berasa rendah diri apabila berdiri dengan calon-calon Imam Muda yang lain.

Dia yang mengakui terasa seperti akan disingkirkan kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik ketika sesi penilaian dilakukan.

Bagaimanapun, Syakir berharap hasratnya untuk bergelar Imam Muda akan tercapai walaupun tersingkir awal dan merasakan masih jauh perjalanan yang harus ditempuh untuk bergelar Imam.

“Saya masih muda dan masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari agar ilmu di dada lengkap untuk menjadi seorang Imam, Insya-Allah, jika Allah SWT mengizinkan saya untuk menjadi Imam, saya pasti akan menjadi Imam kelak,” katanya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian STPM yang tertangguh dan berhasrat untuk belajar lebih tinggi lagi.

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). - SinarHarian