ad ld

Sunday, June 20, 2010

Anelka Digugurkan Dari Skuad Perancis

Penyerang Perancis, Nicolas Anelka digugurkan daripada skuad Piala Dunia 2010 Perancis selepas dilaporkan menyelar dengan memaki hamun jurulatih Raymond Domenech, demikian menurut Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF).

Akhbar Perancis, sports daily L’Equipe, mendakwa penyerang Chelsea yang berusia 31 tahun itu dilaporkan memaki hamun Domenech dengan menggunakan perkataan tidak baik membabitkan ibunya di dalam bilik persalinan, selepas jurulatih itu tidak berpuas hati dengan prestasinya pada separuh masa pertama ketika menentang Mexico.

Naib Presiden FFF, Noel Le Graet berkata, walaupun pemain mempunyai hak mempersoalkan taktik jurulatih, Anelka bertindak melampaui batas apabila menggunakan perkataan yang tidak sesuai. - AFP

-- Petikan bharianonline.

No comments: