ad ld

Tuesday, March 1, 2011

(Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang

Uols penah tgk pokok petai 'menangis'? Nak tahu, baca nih. Katanya kat Kg Lembah Raja, Pinang Tunggal Kepala Batas P Pinang.


- Kepala Batas: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu. Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.
Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi. Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.

Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan. Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya. Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis'. Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,”katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit. Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya. hmetro

-- (Gambar) Denda, Penjara Puja Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- (Gambar) Mayat Lelaki Gantung Diri Kecewa Cinta Di Lrg Tmn Ayer Keroh Melaka
-- (Gambar) Shahir AF8 Disyaki Sakit Kanser Hati
-- (Gambar) Daphne Kahwin, Peluk Islam Slps Melawat Taj Mahal
-- (Gambar) Pelakon Terbakar : Emma Akma Bimbang Wajah Kekasih Jadi Buruk
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai

8 comments:

mamalieyna said...

Menakjubkan..besarnya kekuasaan Allah..

✿ etiey erywan ✿ said...

kuasa Allah swt. tiada yang lebih hebat dariNya

ieda said...

uishhh miracle nie ..
besar sungguh keajaiban allah .. dunia dah akhir zaman nie semua yg allah nak tunjukkan :)

Ena said...

rasanya kes macam ni pernah masuk tv ni kak.. tapi dah lama dan tak sure pokok apa.. tp memg airnya mencurah2 la keluarnya.. ramai yg tadah utk dijadikan ubat..

sungguh besar kekuasaanNYA kan..

Mama Hanim said...

mamalieyna: tu la kan..semuanya kuasa Allah.

Mama Hanim said...

etiey erywan: btul tu..Subhanallah..

Mama Hanim said...

ieda: mcm2 skang ni kan kak.. Bukti kekuasaan Allah.

Mama Hanim said...

Ena: ye ena, penah gak kuar paper dlu, tp tempat berlainan rasanya.

Subhanallah..