Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada pukul 2.15 petang Rabu selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna Parlimen.
Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan Ahli Parlimen yang lain.
"Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, Ahli Parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan.
Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang.- BERNAMA - mstar
-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
ad ld
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, July 8, 2010
Thursday, June 24, 2010
BAHAYA KANSER MULUT
PENYAKIT kanser seperti yang diketahui umum adalah antara penyumbang utama kepada kematian di seluruh dunia dan sehingga kini masih lagi belum ada penawarnya.
Lidah adalah antara organ yang diserang oleh kanser mulut. - gambar hiasan
Baik kanser payu dara, kanser ovari, kanser hati dan pelbagai jenis kanser lain yang merbahaya, ia merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa jua yang disahkan menghidap penyakit itu.
Bagaimanapun, dalam kesungguhan dunia memberi tumpuan terhadap usaha mencari penawar kepada penyakit kanser utama itu, masih terdapat penyakit kanser lain yang tidak kurang berbahaya dan boleh membawa maut tetapi jarang diperkatakan seperti kanser mulut .
Sekalipun kanser mulut bukanlah antara penyakit yang tergolong dalam kategori penyakit yang kronik, namun jika dilihat kepada sejarah, masyarakat di Asia adalah mereka yang paling berisiko kerana kaitannya dengan tabiat memakan sirih, merokok dan juga kesan daripada alkohol .
Apa yang lebih menakutkan ialah ia mencatatkan kes yang paling tinggi di kalangan penduduk miskin.
Kanser mulut biasanya terjadi di antara kanser yang paling merbahaya dan berada di tempat ke 10 bilangan penghidap teramai di Malaysia dengan purata 7 hingga 8 peratus.
-- Petikan utusanonline. Baca SINI.

Tuesday, June 22, 2010
KESAN HIPERTENSI - MAMPU MEMBUNUH DLM SENYAP
KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Daniel Chong dikejutkan dengan berita bahawa rakan baiknya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kehilangan banyak darah.
Atas semangat setiakawan, dia bergegas ke hospital berkenaan untuk mendermakan darah bagi menyelamatkan nyawa rakannya. Namun niat murninya itu berakhir tanpa dilunaskan apabila dia sendiri terpaksa ditahan di hospital yang sama gara-gara menunjukkan petanda hipertensi.
"Alangkah terkejutnya saya ketika itu kerana saya langsung tidak mengalami sebarang simptom yang berkaitan dengan hipertensi sebelumnya. Doktor memberitahu dengan bacaan tekanan darah 190, saya berisiko mendapat serangan strok minor.
"Cuma saya perasan, imej yang saya pandang kelihatan semakin mengecil dan mengalami pening-pening biasa. Keadaan itu kemudian hilang apabila saya berjalan-jalan dan berehat sebentar," katanya yang kini berusia 52 tahun.
Tambahnya, penyakit darah tingginya itu diwarisi daripada ibunya yang menghidap hipertensi selain faktor penyumbang lain seperti tekanan kerja dan gaya hidup tidak sihat.
-- Petikan kosmoonline.

Jangan Pandang Remeh Sakit Perut
TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.
Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.
Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.
Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.
Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.
Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.
Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.

MERPATI LUBUK KUMAN BERBAHAYA : KAJIAN
LONDON: Ahli sains yang mengkaji merpati mendapati burung yang mendominasi dataran di bandaraya seluruh dunia membawa dua kuman penyebab penyakit, sekali gus menjadikan burung itu ancaman kepada kesihatan awam.
Penemuan kajian kumpulan ahli sains di Sepanyol itu menunjukkan walaupun bakteria berkenaan berbahaya kepada manusia, ia tidak mendatangkan mudarat kepada merpati.
"Haiwan yang hidup berhampiran manusia boleh menjadi lubuk patogen berbahaya kepada manusia. Justeru, burung ini boleh menjadi risiko kesihatan kepada manusia," kata Fernando Esperon daripada Pusat Penyelidikan Kesihatan Haiwan di Madrid yang mengetuai kajian itu.
Dalam kajian yang disiarkan jurnal kesihatan Acta Veterinaria Scandinavica, Esperon dan rakan setugas menganalisis 118 merpati yang ditangkap sekitar Madrid.
Mereka menemui kuman dikenali sebagai Chlamydophila psittaci dalam 52.6 peratus merpati yang ditangkap dan Campylobacter jejuni dalam 69.1 peratus merpati berkenaan.
Jangkitan psittacosis pada manusia sering bermula dengan simptom seperti selesema dan boleh melarat menjadi pneumonia yang mengancam nyawa. Kuman spesis campylobacter pula adalah punca utama cirit birit teruk. - Reuters.
-- Sumber bharianonline.

Monday, June 21, 2010
EKZEMA : KANAK - KANAK
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.
Apa penyebab ekzema?
- Keturunan.
- Alahan
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
- Infeksi virus.
- Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
- Lain lain jangkitan.
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti :
Ekzema kelihatan seperti :
- Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
- Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
- Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

- Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
- Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
- Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
- Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Bagaimana cara menangani?
- Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
- Elakkan mandi air panas/suam.
- Elakkan memakai baju berlapis-lapis
- Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
- Elakkan dari fabrik yang kasar.
- Jangan gunakan sabun apabila mandi.
- Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
- Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
CACAR AIR : KANAK - KANAK
Apa itu jangkitan cacar air?
air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
- Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
- Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
- Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar

air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.Gejala-gejala :
- Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
- Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
- Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
- Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.
Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

- Jangkitan kuman pada kulit
- Jangkitan pada darah
- Radang paru-paru
- Keradangan otak
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
Amnya:
- Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
- Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
- Minum banyak air masak.
- Ambil makanan yang seimbang.
- Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
- Sapu losen kalamine di tempat ruam.
- Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
- Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.
- Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.
Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doctor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
Berumur 12 tahun ke atas.
- Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
- Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
- Bayi yang baru lahir.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
- Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
- Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
- Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.
Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan
Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:
Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.
Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.
EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.
Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan minyak ikan. Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.
Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar).

CIRIT - BIRIT ( DIARRHOEA ) : KANAK - KANAK
Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.
Apakah Diarrhoea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

- Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
- Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.
Apakah penyebab diarrhoea?
Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

- Bakteria
- contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
- Virus
- contoh; Norwalk virus, Rotavirus
- Parasit
- contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica
Bukan sebab-sebab jangkitan
- Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
- Reaksi ubat-ubatan
- anti-biotik tertentu
- Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
- Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)
Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
- Perut rasa memulas lebih kerap
- Cirit-birit
- Mual dan muntah-muntah
- Demam
- Hilang selera makan
- Sakit perut/kejang
- Kembung perut
Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.
Bagaimana mengenal dihidrasi?
Dihidrasi ringan dan sederhana
Dihidrasi ringan dan sederhana
- Mulut dan lidah kering
- Bibir merekah
- Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
- Gelisah
- Tidak kencing sehingga 4-6 jam
- Ubun-ubun kepala bayi tenggelam
Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :

- Kulit kering dan berkedut
- Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
- Enggan makan
- Mata cengkung
- Sukar bernafas
- Nadi yang lemah dan cepat
- Tangan dan kaki terasa sangat sejuk
Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?
Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :

- Tanda-tanda dihidrasi
- Darah pada najis atau najis bewarna hitam
- Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
- Hilang berat badan
- Mengantuk dan kelihatan lali
- Demam > 38 darjah selsius
- Enggan makan
Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?
- Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
- Jangkitan Sistemic (systemic infection)
- Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
- Rasa sakit disekeliling kawasan dubur
Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?
Rehidrasi
Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)
Umur bayi 6 bulan ke bawah
- 30 hingga 90mls setiap jam
Umur 6 bulan hingga 1 tahun
- 90 hingga 120mls setiap jam
Umur atas 1 tahun
- 120 hingga 240 mls setiap jam
Fasa pemulihan
- Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
- Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
- Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea.
Susu
- Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
- Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.
Perubatan
Perubatan untuk menghentikan Diarea-hendaklah dielakkan kerana :

- Tidak selamat untuk bayi dan anak
- Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu
Anti-biotik
- Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor
Krim-krim semasa
- Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.
Rawatan untuk Diarrhoea kronik
- Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhoea yang teruk
Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?
- Minum air yang dimasak
- Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
- Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
- Buang lampin pakai buang dengan betul
Saturday, June 19, 2010
PANDUAN PENJAGAAN BAYI JAUNDIS
BAYI yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi.
Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.
Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.
Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan.
Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.
Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.
Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.
Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.
Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.
Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.
Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.
Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat.
Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.
Apa perlu dilakukan
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin.
Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu.
Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.
Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih.
Biasanya ia tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.
Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.
Elakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.
Jika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda.
Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya.
-- Sumber : utusanonline.

PAKAR KANAK - KANAK : ANAK BERDENGKUR
DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.
Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga hingga 12 peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi secara umumnya kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami gejala lain.
Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga sembilan tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa.
Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-kanak yang berdengkur ini mengalami masalah kerap terjaga ketika tidur (apnea tidur); iaitu satu keadaan yang dianggap antara penyumbang penting kepada masalah kelakuan di kalangan kanak-kanak.
Bagaimana untuk mengetahui sama ada dengkuran anak anda adalah dengkuran biasa atau apnea tidur? Kanak-kanak yang berdengkur dan tidak mengalami apnea tidur sepatutnya sihat, cergas, tidak mengantuk pada siang hari dan mempunyai corak tidur yang normal. Sebaliknya apnea tidur menyebabkan tidur anak anda terganggu — nafasnya terhenti, mendengus atau tercungap ketika tidur.
-- Petikan hmetro. Baca SINI.

PAKAR KANAK - KANAK : BERCERAI SUSU
BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.
Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.
Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.
Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.
Bagaimana anda tahu adakah anak anda bersedia untuk bercerai susu? Tanda seseorang bayi sudah sedia bercerai susu biasanya datang apabila mereka mula belajar merangkak atau berjalan. Bayi yang menyusu badan akan mula menunjukkan tanda hilang minat untuk menyusu.

JANGAN GUNA, BELI AMBERINE CAPSULE
KUALA LUMPUR 18 Jun - Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan sejenis produk tradisional, Amberine capsule berikutan pengesanan racun berjadual metformin dan sibutramine dalam produk tersebut.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, berikutan pengesanan dua jenis racun itu, pendaftaran produk tersebut yang digunakan secara tradisonal untuk kesihatan tubuh badan dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 27 Mei lalu.
"Ubat-ubatan yang mengandungi metformin dan sibutramine hanya boleh dibekal oleh doktor atau farmasi dengan kebenaran doktor kerana penggunaanya tanpa pengawasan dapat menyebabkan kesan sampingan serius.
"Ia seperti pengurangan paras gula dalam darah (hypoglycaemic), penurunan fungsi buah pinggang, tekanan darah tinggi dan kesan kardiovaskular yang lain.
"Produk ini (Amberine capsule) telah disahkan dicampur palsu dengan metformin dan sibutramine, oleh itu orang awam dinasihat menghentikan penggunaan produk ini," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Eisah meminta peniaga yang masih menyimpan stok Amberine capsule supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk ini dengan serta-merta.
Tegasnya, penjualannya melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
"Bagi kesalahan-kesalahan berikutnya, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya," jelasnya.
-- Petikan: utusanonline.

Sunday, June 13, 2010
CARA UTK MENGURANGKAN DENGKURAN TIDO
Salam.. Esok dh isnin, so tamatnya sudah sessi berpoya poya utk kebykan uols kan. (kedah hr ni pn dh keje la, huhu).. Harap2 yg x cukup tido n last week niat nk ganti waktu tido during weekend tu dh tercapai la ye..hehe..
Ni ada cer skit pasal tido - especially yg berdengkur....krohhh...krohhh...krohhh... Jgn risau, jgn takut.. Ada cara penyelesaiannya.. Just pilih dan cuba kot2 ada yg berkesan kan.
Oklah x mao cer byk.. Uols yg berminat nk tahu how to stop snoring tu..Sila log on HERE.
Tq uols...

Saturday, June 12, 2010
SPECIAL FOR MOMS TO BE
Salam.. Hari ni ada kenduri lagi tp sekitar SP je. Fuhhh... x la jauh2.. Satu kenduri ex student n satu lagi ofismate. Alhamdulillah dua2 jemputan dh settle tghari td. So ptg ni masa utk layan blog la plak..hehe..
Semlm ada edit skit my 2nd blog, guna new template yg rasanya agak cun skit la dri yg asal kan.. Then ada gak new n3 special for para ibu.. Jom layan :
SEX DURING PREGNANCY
WILL SEX HARM YOUR BABY?
A 1999 study conducted by researchers at Memorial University of Newfoundland found that more than half of mother - to - be believe that making love during pregnancy poses some sort of threat to the developing baby.
For detail, refer to: INFO TO SHARE.

Thursday, June 10, 2010
Makan BANYAK Baik Utk Kesihatan - BIAR BETUL
Salam.. Uols dh bekfes ke? Makan apa hari ni? Ni cer skit pasal makanan yg disyorkan klu telan setiap hari pn xpe, bagus utk kesihatan ok. Jom layan:
1. Yogurt - Menguatkan tulang, meningkatkan daya tuhan tubuh.
Yogurt mengandungi byk bakteria baik yg berfungsi utk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh n melindungi tubuh dpd serangan penyakit. Tp, x semua yogurt mengandungi bakteria baik, jd b4 membeli pastikan labelnya tertulis 'mengandungi kultur yang hidup dan aktif' agar manfaatnya dpt dinikmati tubuh.
2. Tomato - Melawak kanser, kesihatan jantung, meningkatkan daya tahan tubuh. Warnanya yg merah mengandungi banyak likopen kaya antiokjsidan, bahkan penyelidikan menunjukkan bhw, makanan yg kaya likopen dpt menurunkan risiko penyakit paru-[aru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus n pengumpulan plak di pembuluh darah.
3. Lobak Merah - Meningkatkan daya tahan, menajamkan penglihatan, sebahagian besar buah n sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dgn karotenoid yg mampu mengurangkan risiko penyakit n rheumatiod arthritis.
4. Blueberry - Meransang kerja otak n meningkatkan kesihatan jantung.
Buah ini kaya antioksida, ia dipercayai dpt mencegah bbrp jenis penyakit n meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa bluberry kaya dgn serat, vitamin A n C.
5. Soya hitam - Pertumbuhan otot, merangsang kerja otak, kesihatan jantung, semua soya bagus utk kesihatan jantung. Soya hitam pula ada keistimewaan n khasiat yg tersendiri iaitu dpt meningkatkan daya ingatan.
Kacang soya hitam kaya dgn antosianin, iaitu sejenis antioksida yg tlh terbukti dpt memperbaiki fungsi otak. Stgh cawan soya hitam mengandungi 8gram protein, 7.5 gram serat n rendah kalori.
6. Gandum - Pertumbuhan otot, merangsang otak, kesihatan jantung, selain kaya dgn khasiat, gandung juga mengandungi serat tinggi yg larut air, berfungsi utk menurunkan risiko serangan jantung. Gandum juga kaya dgn karbohidrat.
7. Bayam - Meningkatkan pertumbuhan otot, kesihatan jantung, menguatkan tulang n meningkatkan ketajaman penglihatan, bayam kaya dgn asid lemak omega 3 n folat yg membantu menurunkan risiko diserang bbrp jenis penyakit. W/pun sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat utk meningkatkan tenaga lelaki.
-- Tq uols sudi baca ok..

Wednesday, June 9, 2010
Radiasi Handphone Jejas Otak Kanak-Kanak
Salam.. Penggunaan handphone sgt penting skang ni kan, siap ada bleh surf internet, facebook, e-mail n mcm2 lagi. Tapi, harus juga diingat akan kesan sampingan semua itu. Ye la kan, pepun semua ada pro n kontra sesuatu tu kan. Jom uols layan info ni :
Tq ye..cau dulu..
- Telefon bimbit tdk memancar radiasi infra merah pada saat menerima. Frekuensinya adalah pd band 800 Mhz, 1800 Mhz atau 1900 Mhz, sedangkan gelombang infra merah memiliki frekuensi 300 Ghz- 400 Ghz yg jelas jauh berbeza.
- Ketika anda mengirim atau menerima SMS atau panggilan, hp memancarkan gelombang elektromagnet utk dpt berinteraksi dgn pemancar terdekat. Hakikatnya, kanak2 mudah terjejas apabila terdedah kpd radiasi drp hp, wi-fi, etc. Ini krn otak dan sistem saraf mereka masih berkembang dan kepala mereka masih kecil malahan tempurung kepala yg masih nipis memudahkan kemasukan radiasi jauh ke dalam otak mereka.
Tq ye..cau dulu..
Labels:
handphone,
kanak-kanak,
kesihatan,
radiasi
Monday, June 7, 2010
H1N1 Ada 10 Kes Terbaru
Salam.. Uols dh baca paper hari ni? Kes H1N1 makin meningkat dgn 10 kes terbaru..huhu.. Musim cuti sekolah cmni, kebykan tempat mesti crowded gilerz la kan.
Hati2 uols berada di tempat awam, amik langkah berjaga2 paling tdk pn bw lah sanitizer ok. Uols yg ada anak2 kecil tu lg lah mesti lbh berhati2 ye. Bukan apa, bab kata org mencegah itu lbh baik dari mengubati kan. X gitu uols?
Ni petikan berita kt hmetro online tu:
KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kes baru positif influenza A (H1N1) dikesan di seluruh negara menjadikan jumlah terkumpul sehingga kini 14,952 kes.
"Terdapat sejumlah 55 kluster ILI yang masih aktif di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Dr Mohd Ismail berkata, sebanyak 521 kes dirawat di hospital seluruh negara dan daripada jumlah itu 50 kes atau 9.6 peratus disahkan positif H1N1.
Baca SINI.
Take care uols.

Thursday, June 3, 2010
Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak: Pakar
MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.
Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.
"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.
"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.
Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama.
--> Sumber bharian.com.

berita,
info,
kanak-kanak,
kesihatan,
rokok
Subscribe to:
Posts (Atom)