ad ld

Wednesday, June 23, 2010

Keputusan Piala Dunia - Korea Selatan vs Nigeria

Korea Selatan menjadi pasukan Asia pertama mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 meskipun sekadar seri 2-2 dengan Nigeria pada perlawanan ketiga Kumpulan B awal pagi tadi.

 Gambar - AFP

Gol-gol Korea Selatan dijaringkan oleh pemain pertahanan, Lee Jung-Soo pada minit ke-38 dan penyerang Park Chu-Young menerusi sepakan percuma cantik, 11 minit kemudian.

Nigeria pula memperolehi jaringan menerusi Kalu Uche pada minit ke-12 dan sepakan penalti, Yakubu Aiyegbeni pada minit ke-69.

Kemenangan itu meletakkan Korea Selatan berada di tangga kedua Kumpulan B dengan mengumpul empat mata di belakang juara kumpulan, Argentina yang mengutip sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan.

Dengan kemaraan itu, Korea Selatan bakal bertemu Uruguay yang menjuarai Kumpulan A pada pusingan kedua kejohanan tersebut 26 Jun depan.

-- Sumber : utusanonline.

No comments: