ad ld

Sunday, June 20, 2010

Syarikat Rokok Sasar Wanita

Kepercayaan merokok boleh membantu untuk kekal langsing adalah kebenaran yang terlalu kecil berbanding komplikasi kesihatan dan kesengsaraan berpanjangan penyakit kronik seperti barah akibat tabiat buruk berkenaan.

 Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zarihah Mohd Zain, (kanan) berkata kepercayaan itu mungkin dibangkitkan atas alasan kajian perubatan menunjukkan tabiat merokok menekan selera makan, menjejaskan saraf rasa lidah sekali gus menyebabkan makanan tidak berasa sedap.

"Bagaimanapun memilih rokok sebagai cara menguruskan badan adalah tidak bijak kerana ada banyak cara boleh digunakan untuk kurus, misalnya bersenam dan mengawal pemakanan.

“Malah, bukan semua orang kurus disebabkan rokok kerana ada perokok yang gemuk. Apa maknanya kurus kalau berhadapan dengan komplikasi penyakit kronik seperti barah?” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.


Malah, strategi pemasaran itu turut membabitkan saiz kotak rokok yang dikeluarkan khas bagi perokok wanita seperti berwarna merah jambu dan bersaiz kotak gincu. Sementara, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut syarikat tembakau berlumba-lumba meningkatkan iklan menarik wanita dan gadis remaja menjadi perokok.

-- Petikan bharianonline. Baca SINI.

No comments: