ad ld

Wednesday, June 23, 2010

Keputusan Piala Dunia - Perancis vs Afrika Selatan

Perancis seperti diramalkan tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia 2010 apabila tewas kepada pasukan tuan rumah Afrika Selatan 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Free State, sebentar tadi.


Gol pembukaan Afrika Selatan diperoleh menerusi tandukan Bungani Kumalo pada minit ke-20 selepas mendapat bola sepakan sudut.

Selang empat minit kemudian, Perancis menerima kejutan kedua apabila pemain tengahnya, Yoann Gourcuff diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah.

Derita Perancis ditambah lagi menerusi jaringan kedua Afrika Selatan pada minit ke-36 menerusi penyerang Katlego Mphela.

Pasukan bimbingan Raymond Domenech yang menerima kritikan hebat itu hanya memperoleh gol sagu hati menerusi Florent Malouda pada minit ke-70.

Perancis hanya memperoleh satu mata tunggal selepas seri dengan Uruguay pada perlawanan pembukaan kumpulan sebelum ini.

-- Sumber : bharianonline.

2 comments:

Kancilbiru said...

wahh ni mmg minat bola eh??

Mama Hanim said...

Kb: laki punya pengaruh daaa...huhu..