ad ld

Friday, June 25, 2010

Luna Maya Lafaz Cinta Untuk Ariel


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Indonesia menunjukkan Ariel bergambar bersama beberapa tahanan di sebuah balai polis di Jakarta.


JAKARTA - Ketika bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazril Irham yang lebih dikenali dengan panggilan Ariel ditahan di sebuah balai polis di sini kerana skandal klip video lucah, kekasihnya, aktres Luna Maya (gambar kecil) sempat memberikan sokongan kepadanya di laman web Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam laman tersebut, Luna menulis mesej sokongannya dalam bahasa Inggeris yang menyatakan dia menyintai Ariel dan berharap Allah memberkati kekasihnya itu.

Aktres berkenaan menulis ungkapan cinta itu selepas dia menjalani pemeriksaan fizikal termasuk gigi yang dilakukan polis terhadap dirinya kelmarin di sebuah hospital polis di Kramat Jati, Jakarta Timur.

Selain Luna, barisan selebriti Indonesia yang diketuai Ahmad Dhani turut memberikan sokongan moral kepada Ariel dengan datang beramai-ramai ke ibu pejabat polis tempat dia ditahan.

"Kami cuma melawat, untuk memberi sokongan moral supaya (Ariel) tabah," kata Dhani di ibu pejabat polis Jakarta Selatan semalam.

Selain Dhani, selebriti lain yang hadir termasuk Mulan, Titiek Puspa, Hengky Tornado dan isteri, Baby Zelvia, Yovie Widianto, Sys Ns dan Camelia Malik serta pengurus Ariel-Luna Maya, Vitalia Ramona.

Dalam perkembangan berkaitan, Ariel yang merupakan suspek berhubung penyebaran klip video seks yang pelakunya mirip dirinya, Luna Maya dan pengacara, Cut Tari menegaskan dia tidak mengaku salah semasa ditahan oleh polis.

Bagaimanapun, polis menyatakan, pengakuan bersalah duda satu anak itu tidak terlalu penting.
"Sekiranya kami tidak memperoleh pengakuan itu, kami boleh mencari bukti daripada saksi-saksi dan penemuan lain,'' kata seorang pegawai polis, Marwoto Soeto.

Selang dua hari Ariel berada dalam tahanan polis, gambar dia bersama tahanan-tahanan lain disiarkan media Indonesia semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Ariel kelihatan akrab ketika bersama 10 tahanan lain.

Dalam gambar itu, dia yang memakai baju putih dengan berseluar pendek hitam tersenyum ketika dipeluk salah seorang tahanan di pejabat polis itu. - Agensi

-- Sumber : kosmoonline.

2 comments:

AishaAminudin said...

smpt lg amik gambo tu..

Mama Hanim said...

Adyshariz: org femes katakan..