Greece menewaskan Nigeria 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Stadium Free State sebentar tadi.
Nigeria mendahului pada minit ke-16 menerusi gol Kalu Uche tetapi terpaksa beraksi dengan 10 pemain mulai minit ke-33 apabila Sani Kaita dilayangkan kad merah.
Greece mengambil kesempatan daripada kelebihan itu untuk meningkat serangan dan Dimitris Salpingidis menyamakan kedudukan pada minit ke-44.
Vassilis Torosidis menjadi wira Greece apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71.
Ia adalah kemenangan pertama Greece dalam kejohanan Piala Dunia.
-- Sumber : bharianonline.
No comments:
Post a Comment