ad ld

Tuesday, June 29, 2010

Remaja Perempuan Lari Ikut Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi telah melarikan diri dari rumah sejak lapan hari lepas.

Rosmida Rosli, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Taman Tas selepas sekolah, sejak 21 Jun lalu.

Ibunya, Juraini Saad, 39, yang menghubungi pihak sekolah kemudiannya, telah diberitahu bahawa anak sulungnya itu tidak pun ke sekolah pada hari berkenaan.

Keluarganya mengesyaki remaja berkenaan telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Man yang berumur 28 tahun.

"Saya bertambah yakin dengan andaian saya setelah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada anak saya yang meminta supaya saya menarik balik laporan polis yang telah saya buat atau dia akan membunuh diri," kata bapa remaja berkenaan Rosli Roslan, 48.

Beliau meminta bantuan orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubunginya di talian 014-5318269. - BERNAMA

No comments: