ad ld

Thursday, June 24, 2010

Bakal Pelajar IPT Boleh Tangguh Bayar Yuran Jika Tidak Mampu - Khaled

KUALA LUMPUR: Pelajar yang bakal mengikuti pengajian di universiti boleh memohon menangguhkan pembayaran yuran kemasukan mereka jika tidak berkemampuan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu boleh dilakukan menerusi perbincangan dengan pihak universiti.

"Keperluan menjelaskan yuran pendaftaran kemasukan ke universiti seperti yuran sekali seperti wang hemat diri, yuran minggu haluan siswa dan kad matrik tidak harus menjadi halangan bagi pelajar untuk meneruskan pengajian.

"Dalam hal ini mereka tidak perlu khuatir mengenai perkara tersebut. Ini kerana jika mereka mempunyai kesulitan untuk membayar yuran berkenaan perbincangan boleh dibuat dengan pihak universiti," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan mengenai penangguhan itu akan dibuat pihak universiti selepas perbincangan tersebut. - BERNAMA

-- Semakin mudah utk menuntut ilmu skang ni.. Hargailah peluang yg ada.

No comments: